Stres Pekerjaan, Kepuasan Kerja Dan Masalah Kesihatan Mental PDF

You might also like

You are on page 1of 20

STRES PEKERJAAN, KEPUASAN KERJA DAN MASALAH

KESIHATAN MENTAL DI KALANGAN POLIS

Chua Bee Seok

ABSTRACT

The present study aims to examine the differences in occupational stress, job satisfaction
and mental health problem between polices and government civil service servants.
s
The differences according to the individual officer rank (high rank police officer,
middle rank police officer and lower rank police officer) were also observed. This
study also attempted to examine the effect ofsources ofstress on job satisfactions and
mental health problem. Data were collectedfrom JJ3 police officers and J22 government
civil service servants in Kota Kinabalu, Sabah. The Occupational Stress Indicator
(OSJ) was adopted to investigate the source of stress, job satisfaction and mental
health problem among the subjects. The result showed that: i) The polices expressed
higher sources ofjob- related stress, particularly in terms of factors intrinsic to the
job', 'the managerial role', the homework interface' than the government civil
service servants. ii) The police experienced morejob satisfaction in 'achievement / value
servants. iii) Lower rank offICers experienced higher stress in 'career and achievement'
than high rank police offICers. ivY High rank police officers and middle rank police
officers experienced more job satisfaction in 'achievement/value and growth',
'organizational processed' and 'personal relationship' than lower rank police officers. v)
Mental health problem is significantly predicted by stressor associated with 'the
managerial role '.

PENGENALAN

Dalam proses penglobalisasian negara terpaksa mengalami pelbagai perubahan dan


perkembangan dalam struktur ekonomi dan sosial. Dalam proses perubahan, kemajuan
dan pembangunan, e1emen-elemen negatif turnt merebak dalam masyarakat kita.
Kegiatan seperti pengedaran dadah, jenayah kekerasan, jenayah harta benda, dan
jenayah perdagangan menggunakan peralatan yang Iebih canggih kian menular ke
dalam rnasyarakat dengan cara yang sukar dikesan. Di samping itu. kini juga te1ah
dibuktikan wujudnya golongan penjenayah profesional, berpendidikan tingg~ berstatus
sosiaI, dan berpangkat besar yang turnt terlibat dalam jenayah. Semua fenomena ini
telah menghambat pasukan polis dan secara lang sung juga telah meningkatkan stres
pekerjaan di kalangan ahli dalam pasukan ini.
Chua Bee Seok

Kerjaya sebagai polis dikatakan secara tabiinya sering menimbulkan stres


kerana ia sering meletakkan si petugas dalam keadaan yang terdedah kepada bahaya
dan ancaman. Namun, menurut Beehr (1981) dan Gaines dan Jermier (1983), dalam
situasi sebenar sumber stres kerja polis mungkin berpunca dari peristiwa-peristiwa
biasa seperti kekecewaan dengan sistem mahkamah, polisi pentadbiran dan amalan
polis, perubahan syifkerja, dan kekurangan peluang kemajuan dalam organisasi polis.
Untuk mengenal pasti sejauh mana polis mengalami stres pekerjaan, tahap kesejahteraan
polis perlu dibandingkan dengan tahap kesejahleraan kwnpulan pekerja atau komuniti lain.
Dalam satu kajian perbandingan profil stres pekerjaan dan kepuasan ketja
antara polis dengan pengurus sektor swasta, Kirkcaldy dan Cooper (1992) mendapati
wujud beberapa perbezaan antara dua kumpulan subjek itu. Mereka melaporkan bahawa
~gawai senior polis Berlin merasakan ia menerirna kurang kawalan personal ke alas
~rsekitarannya berbanding pengurus industri Jerman. Keputusan kajian itu juga
enunjukkan impak negatif daripada pengaruh kepuasan kerja ke atas prestasi ketja
bih kuat bagi polis berbanding pengurus industri. Polis juga melaporkan rasa kurang
:lamat terhadap kerja dan prospek kerjaya mereka. Dalam kajian itu, Kirkclady dan
ooper (1992) juga melaporkan polis berpangkat tinggi (penolong ketua konstabel dan
etua superintenden) lebih cenderung mempunyai tingkah laku jenis A berbanding
engurus pertengahan dan atasan industri (setaraf dengan superintenden). Keputusan
ajian juga menunjukkan pengurus industri mempunyai kawalan yang lebih tinggi ke
tas stres intra-organisasi dan proses pengurusan berbanding polis.
Sementara itu, Brown dan Campbell (1994) melaporkan terdapal perbezaan
ola dalam pendedahan kepada stres dan pengalaman stres di kalangan staf penyeliaan.
)apatan kajian Brown dan Campbell menunjukkan tugas-tugas operasi polis lrurang
lemberi kesan ke atas para pegawai peringkat alasan tetapi stres organisasi dan
engurusan banyak memberi kesan negatifke atas slafsenior.
Dalam satu kajian perbandingan stres pekerjaan antara kumpulan polis dengan
opulasi umum di New South Wales, Australia, O'Brien dan Reznik (1988) serta
Vesterink (1990) mendapati kumpulan polis mengalami gangguan psikologikal dan
izikal yang lebih tinggi berbanding dengan populasi umum New South Wales.
Disebabkan terdapat perbezaan dalam fungsi, persekitaran kerja dan struktur
Irganisasi anlara polis dengan populasi umum, maka dijangkakan terdapat juga
erbezaan profil stres pekerjaan dan kepuasan kerja di antara polis dengan populasi
mum. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan di antara polis
dengan kakitangan perkhidrnatan awam dalam profil stres pekerjaan, kepuasan ketja
dan masalah kesihatan mental.
Dapatan kajian Brown dan Campbell (1994) memperlihalkan bahawa
pemeringkatan jawatan merupakan pembolehubah pencelah penting dalam hubungan
di antara stres pekerjaan dengan ketegangan di kalangan polis. Dalam kajian ini pengkaji

2
Sires Pekerjaan, Kepuasan Kelja dan MasaJah KesihaJan Mental

ingin melihat sarna ada terdapat perbezaan profil stres pekeIjaan, kepuasan keIja dan
rnasalah kesihatan mental bagi tiga kumpulan iaitu pegawai polis peringkat atasan
(terdiri daripada pegawai kanan polis sehingga inspektor percubaan), pegawai polis
peringkat pertengahan (terdiri daripada sub-inspektor sehingga saIjan) dan pegawai
polis peringkat bawahan (terdiri daripada koperal sehingga konstabe1 tambahan) yang
saling berbeza status pekeIjaan mereka.
Akhir sekali, kajian inijuga bertujuan untuk mengkaji pengaruh sumber stres
pekeIjaan ke atas kepuasan keIja dan rnasalah kesihatan mental di kalangan polis.
Dapatan ini nanti boleh dijadikan garis panduan dalam merangka strategi pencegahan
dan pengurusan stres di kalangan polis mengikut status pekerja.

METODOLOGI

SUbjek dan Tempat Kajian

Subjek kajian terdiri daripada 113 orang polis dan 122 orang kakitangan perkhidrnatan
awam yang dipilih secara rawak daripada Polis Diraja Malaysia Kontingen Negeri Sabah
dan sebuah jabatan perkhidrnatan awam yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Subjek
kajian ini dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut status pekeIjaan iaitu pegawai
atasan, pertengahan dan bawahan.

AlatKajian

Dalam kajian ini, subjek diminta me1engkapkan alat kajian Occupational Stress Indicator
(OSI) versi Melayu (diterjemah oleh Mohammad Haji-Yusuf, Abdul Halim Othman,
Chua Bee Seok, & Sapora Sipon, 2000). OSI merupakan satu alat kajian mengkaji stres
pekerjaan dengan mendedahkan silang rujukan antara empat eIemen: Sumber-sumber
stres pekerjaan, individu yang mengalami stres,strategidaya tindak yang digunakan,
dan kesan stres pekerjaan (rna salah kesihatan mental dan kepuasan kerja). Item-item
yang mengukur atau mewakili setiap skala OSI merupakan item berbentuk skala
pemeringkatan Likert (enam mata). Dalam kajian ini, hanya skala sumber-sumber stres
pekerjaan, skala kepuasan keIja dan skala masalah kesihatan mental digunakan.
Skala sumber stres pekerjaan mengandungi 61 item dan dibahagikan kepada
enam sub skala iaitu faktor intrinsik dalam pekerjaan; peranan dalam pengurusan;
hubungan dengan orang lain; kejayaan dan pencapaian; struktur dan iklim organisasi
serta halangan-halangan kerja/rumah. Subjek kajian dikehendaki mengenal pasti sarna

3
ada sesuatu item itu merupakan suatu sumber stres bagi dirinya dengan memberi
skor pada skala pemeringkatan enam mata iaitu dari satu sumber stres yang sang at
jew (6) ke sangat je1as bukan satu sumber stres (1). Semakin tinggi skor yang
diperolehi dalam sesuatu sub skala itu semakin tinggi stres yang dirasai wbat sumber
stres berkenaan. Ukuran bagi stres pekerjaan keseluruhan adalahjumlah skor daripada
semua sub skala stres pekerjaan itu.
Skala lepuasan kerja mengandungi 22 item dan dibabagikan kepada lima
sub skala iaitu kepuasan terbadap pencapaian, nilai dan perkembangan, kepuasan
terhadap kerja itu sendiri, kepuasan terhadap reb bentuk dan struktur organisasi,
kepuasan terbadap proses pengurusan serta kepuasan terbadap hubungan personal.
Dalam skala ini subjek juga dikehendaki memberi skor pada skala pemeringkatan eoam
mata iaitu dari amat sangat puas bali (6) hingga amat sang at tidak puas hali (1). Skor
tinggi yang diperolehi dalam sesuatu sub skala itu menunjukkan individu berkenaan
mempunyai kepuasan yang tinggi bagi sub skala berkenaan. Kepuasan kerja secara
keseluruhan adalahjumlah skor bagi kelima-lima sub skala kepuasan kerja.
Skala masalah kesihatan mental mengandungi 18 item yang mengukur
kekerapan berlakunya simptom stres dari segi kognitif. Bahagian ini juga menggunakan
skala pemeringkatan enam mata. Bagi sub skala masalah kesibatan mental, skor (6)
menunjukkan keadaan negatif dan skor (1) menunjukkan keadaan positif.
Alat kajian Occupational Stress Indicator (OSI) telah diterjemahkan ke dalam
versi Melayu oleh Mohanunad Haji-Yusuf, Abdul Halim Othman, Chua Bee Seok dan
Sapora Sipon (2000) mengikut prosedur back translation yang dicadangkan oleh Brislin
(1973). MenurutAnastasi dan Urbina (1997), tahap kebolehpercayaan yang tinggi adalah
pekali kebolehpercayaannya berlingkar antara 80 hingga 90. Hasil penilaian
kebolehpercayaan menunjullan skala OSI mempunyai tahap kebolehpercayaan yang
agak tinggi dan boleh diterirna. Pekali skala dan sub skala OSI berlingkar antara 0.579
hingga 0.961. Hasil anal isis kebolehpercayaan OSI ditunjullan dalam Jaduall.

Analisis Data

Analisis statistik deskriptif yang me1aporkan frekuensi dan peratusan digunakan


untuk me1aporkan ciri-ciri demografik subjek kajian. Ujian-t digunakan untuk
membandingkan min skor stres pekerjaan, kepuasan kerja dan masalah kesihatan
mental antara polis dan kakitangan perkhidmatan awam. Metod Anova sehala
digunakan untuk membandingkan min skor stres pekerjaan, kepuasan kerja dan
masalah kesibatan mental antara tiga kumpulan pegawai polis iaitu pegawai polis
atasan, pegawai polis pertengahan dan pegawai polis bawahan. Di samping itu, metod
regresi pelbagai digunakan untuk mengkaji pengaruh sumber-sumber stres ke atas
kepuasan kerja dan rnasalah kesihatan mental di kalangan polis.

4
SIres Pekerjaan, Kepuasan Kerja dan MasaIah Kesihatan Menttd

Jaduall: PekaliAlpha Bagi Skala dan Sub Skala Stres Pekerjaan, Kepuasan
Ketja dan Masalah Kesihatan Mental Occupational Stress Indicator (OSI)

Skala & Sub Skala OSI Alpha


Stres Pekerjaan 0.961
Faktor intrinsik ket;ja 0.779
Peranan pengurusan 0.823
Hubungan dengan orang lain 0.815
Kerjaya dan pencapaian 0.789
Struktur dan iklirn organisasi 0.812
Halangan kerja/rumah 0.846

Kepuasan Kerja 0.939


Kepuasan terhadap pencapaian, nilai dan
perkernbangan 0.830
Kepuasan terhadap kerja itu sendiri 0.717
Kepuasan terhadap reka bentuk dan
struktur organisasi 0.809
Kepuasan terhadap proses-proses 0.749
organisasi
Kepuasan terhadap hubungan personal 0579

Kesihatan Mental 0.605

KEPUTUSAN

Daripada 113 orang subjek polis, 98 orang atau 86.7 peratus terdiri daripada kakitangan
lelaki dan hanya 14 orang atau 12.4 peratus terdiri daripada kakitangan perempuan.
Taburan seperti ini dapat dijangkakan bagi kerjaya polis yang biasanya didorninasi
oleh kaurn lelaki. Terdapat seorang subjek yang tidak rnernberi maklumat berkenaan
jantinanya. Sementara itu, daripada 122 orang subjek dari jabatan perkhidrnatan awam,
57 orang atau 46.7 peratus terdiri daripada kakitangan lelaki, dan 63 orang atau 51.7
peratus terdiri daripada kakitangan perernpuan dan terdapat dua orang subjek yang
tidak rnemberi maklumat tentangjantina mereka. Taburanjantina bagi subjekdarijabatan
perkhidmatan awam agak seirnbang.
Dalarn kajian ini, umur dibahagikan kepada dua kategori iaitu umur antara 21
tahun hingga 35 tahun dan antara 35 tahun ke atas. Profit rnenunjukkan rarnai di antara
subjek polis berada dalarn lingkungan urnur 35 ke atas iaitu seramai 67 orang (59.3
peratus) manakala seramai 41 orang (36.3 peratus) berurnur antara 21 tahun hingga 35
tabun. Terdapat lima orang subjek yang tidak mernberi maklumat tentang umur rnereka.

5
Chull Bu Seo!

Begitu juga bagi subjek dari labatan PerkhidmatanAwam, ramai di antara subjek berada
dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas iaitu seramai 75 orang atau 61.5 peratus
manakala seramai 42 orang atau 34.4 peratus terdiri daripada pekerja yang dalam
linglrungan umur antara 21 tahun bingga 35 tabun. Terdapat riga orang subjek yang
tidak memberi maklumat tentang umur mereka.

Jadual2:Profil Subjek Kajian: Sampel Polis (N "" 113 orang) dan Sampel dari labatan

Pembolehubah Polis labatan Perkhidmatan Awam


Frekuensi Frekuensi Peratus Peratus

Jantina
Lelaki 98 86.7 57 46.7
Perempuan 14 12.4 63 51.7

Umur

21-36 tahun 41 34.4 42 36.3


37 - 55 dan ke atas 67 63.1 n 59.3
Missing value 5 2.5 3 4.4

Status Pekerjaan
Pengurusan atasan 37 20.5 25 32.7
Pengurusan

Pekerja bawahan 39 40.2 49 34.5

Pertengahan 37 39.3 48 32.7

Pengalaman Kerja
5 tahun ke bawah II 23.8 29 9.7

5 hingga 10 tahun 20 23.8 29 17.7

10 tabun ke atas 82 52.5 64 72.6

6
Sires Pekerjaan, Kepuasan Kerja dan MasaJah KesihaJan Mental

Subjek telah dibahagikan kepada tiga kategori mengikut status kerja iaitu
pekerja pengurusan atasan, pekerja pengurusan pertengahan dan pekerja peringkat
bawahan. Taburan subjek polis bagi ketiga-tiga status pekerjaan ini adalah agak
sarna rata iaitu seramai 37 orang atau 32.7 peratus anggota polis terdiri dari kumpulan
pengurusan atasan. seramai 37 orang atau 32.7 peratus anggota polis dari pengurusan
pertengahan dan seramai 39 orang atau 34.5 peratus anggota polis daripada peringkat
bawahan. Profil jabatan perkhidmatan awam menunjukkan subjek yang mempunyai
status pengurusan atasan terdiri daripada 25 orang atau 20.5 peratus. PekeIja berstatus
pengurusan pertengahan terdiri daripada 48 orang atau 39.3 peratus dan pekerja
peringkat bawahan pula terdiri daripada 49 orang atau 40.2 peratus.
Subjekjuga dibahagikan kepada tiga kategori mengikut pengalaman kerja
masing-masing iaitu pekeIja mempunyai pengalaman keIja lima tahun ke bawah, lima
hingga 10 tahun dan 10 tahun ke atas. Profil polis pula menunjukkan terdapat seramai
82 orang atau 72.6 peratus polis yang telah mempunyai pengalaman keIja 10 tahun ke
atas. Seramai 20 orang atau 17.7 peratus polis mempunyai pengalaman kerja antara
lima hingga 10 tahun dan hanya terdapat seramai 11 orang atau 9.7 peratus polis
yang mempunyai pengalaman keIja kurang daripada lima tahun. Profil menunjukkan
seramai 64 orang at au 52.5 peratus subjek dari jabatan perkhidmatan awam yang
mempunyai pengalaman kerja 10 tabun ke atas manakala seramai 36 orang atau 29.5
peratus subjek mempunyai pen gala man keIja kurang daripada lima tahun dan seramai
22 orang atau 18 peratus subjek mempunyai pengalaman kerja antara lima bingga 10 tahun.

Perbezaan Stres Pekerjaan (Stres Pekerjaan Keseluruhan dan Enam


Sumber Stres) Antara Polis dan Kakitangan Perkhidmatan Awam

Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan min skor stres pekerjaan keseluruhan
dan enam sumber stres antara polis dan kakitangan perkhidmatan awam. Keputusan
anal isis ditunjukkan dalam Jadual3.
Merujuk Jadual 3, hasil analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan antara polis dan kakitangan perkhidmatan awam dalam stres
pekerjaan keseluruhan (t = -2.45, k < .05) dan sumber stres 'faktor intrinsik dalam
kerja' (t = -3.74, k < .05), 'peranan dalam pengurusan' (t = -2.39, k < .05) 'hubungan
dengan orang lain' (t = -2.12, k < .05), 'struktur & iklim organisasi' (t = -2.24, k < .05),
dan 'halangan kerjalrumah' (t = -3.32, k < .05).

7
Chull Bee Seok

Jadual3: Keputusan Ujian-t bagi Stres Pekerjaan (Stres Pekerjaan Keseluruhan dan
Enam Sumber Stres) Mengikut Organisasi

Pembolehubah Terikat Pembolehubah Bebas N Min S.P


Stres Pekerjaaa Polis 99 220.14 41.31 -2.45-
Keseluruban Kakitangan Awam 106 204.70 48.47

Faktor intrinsi" Polis 111 34.58 6.63 -3.74-


dalam lcerja KakitanganAwam 117 31.11 7.34

Peranan da/am Polis 108 39.56 8.07 -2.39-


pengurusan Kakitangan Awam 117 36.76 9.53

Hubungan dgn Polis 109 34.80 7.85 -2.12-


orang/ain Kakitangan Awam 119 32.56 8.08

Kerjaya& III 32.47 7.10 -0.49-


pencapaian Polis 117 31.97 8.04
Kakitangan Awam
Struktur& III 41.82 8.05 -2.24-
iklim organisasi Polis 116 39.25 9.17
Kakitangan Awam
Halangan 109 37.78 9.30 -3.32-
lcerjalrumah Polis 118 33.40 10.56
Kakitangan Awam
-k<.05

Keputusan rnenunjukkan polis mengalami stres pekerjaan keseluruhan (min =


220.14, S.P =41.31), sumberstres 'faktorintrinsikdalam kerja' (min = 34.58, S.P= 6.63),
'peranan dalam pengurusan' (min"" 39.56, S.P = 8.07), 'hubungan dengan orang lain'
(min = 34.80, S.P = 7.85), 'struktur& iklim organisasi' (min =41.82, S.P = 8.05), dan
'halangan kerjalnunah' (min = 37.78, S.P = 9.30) yang lebih tinggi berbanding kakitangan
perkhidmatan awam. Min skor dan sisihan piawai stres pekerjaan keseluruhan dan
sumber stres bagi subjek kakitangan perkhidmatan awam adalah (min = 204.70, S.P =
48.47) bagi stres pekerja keseluruhan, (min = 31.11, S.P =7.34) bagi sumberstres faktor
intrinsikdalamkerja(min =36.76, S.P =9,53) bagi 'peranandalam pengurusan', (min =
32.56, S.P = 8.08) bagi 'hubungan dengan orang lain', (min = 39.25, S.P = 9.17) bagi
'struktur & iklim organisasi' dan (min = 33.40, S.P = 10.56) bagi 'halangan kerjalnunah'.

8
SIres Pekerjaan~ Kepuasan Ketja dan MaSlllah Kesihatan MentIIJ

Perbezaan Kepuasan Kerja (Kepuasan Kerja Keseluruhan dan Lima


Sub Skalanya) dan Masalah Kesihatan Mental Antara Polis dan
Kakitangan Perkhidmatan Awam

Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan min skor kepuasan ketja keseluruhan dan
lima sub skalanya dan masalah kesihatan mental antara polis dan kakitangan
perkhidrnatan awam. Keputusan analisis ditunjukkan dalam Jadual4.

Jadual4: Keputusan Ujian-t Bagi Kepuasan Kerja (Kepuasan Kerja Keseluruhan dan
Lima Sub Skalanya) dan Masalah Kesihatan Mental Mengikut Organisasi

Pembolehubah Terikat Pembolehubah Bebas N Min S.P

Kepuasan Pekerjaan Polis 109 104.27 13.53 -2.43*


Keseluruhan KakitanganAwam 107 99.63 14.47

Kepuasan terhadap
pencapaian, nilai Polis 112 27.93 4.08 -2.92*
dan perkembangan KakitanganAwam 117 26.24 4.66

Kepuasan terhadap Polis 112 19.79 2.33 -2.79*


kerja itu sendiri Kakitangan Awam 118 18.85 2.76

Kepuasan terhadap
reka ben/uk dan Polis 111 23.21 3.66 -1.58
struktur organisasi KakitanganAwam 117 22.44 3.71
Kepuasanterhadap
proses-proses Polis 112 18.68 3.07 -2.22*
pengurusan Kakitangan Awam 118 17.78 3.07
Kepuasan terhadap Polis 113 14.63 2.01 -1.14
hubungan personal Kakitangan Awam 119 14.34 1.88
KESIHATAN MENTAL Polis 110 62.64 8.27 -1.69
Kakitangan Awam 118 60.75 8.59

*k<O.05

9
ChUG Bee Seok

Merujuk ladual 4, basil analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan


yang signiflkan antara polis dan kakitangan perkhidmatan awam dalam kepuasan
kerja keseluruhan, (t = -2.43, k < .05) dan 'kepuasan terbadap pencapaian, nilai dan
perkembCingan, (t =-2.92, k < .05), 'kepuas~ terhadap kerja itu sendiri' ,( t = -2.79, k <
.05), 'kepuasan terhadap proses-proses pengurusan' ,( t ... -2.22, k < .05).
Keputusan menunjukkan polis melaporkan mempunyai kepuasan kerja
keseluruban (min = 104.27, S.P = 13.53), dan 'kepuasan terhadap pencapaian, nilai
dan perkembangan' (min = 27.93, S.P = 4.08), 'kepuasan terhadap kerja itu sendiri'
( min = 19.79, S.P = 2.33), dan 'kepuasan terhadap proses-proses organisasi' (min =
18.68, S.P = 3.07) yang lebih tinggi berbanding kakitangan perkhidmatan awam.
Min skor dan sisihan piawai kepuasan kerja keseluruhan dan sub skalanya bagi
subjek kakitangan perkhidmatan awam adalah (min = 99.63, S.P .. 14.47) bagi
kepuasan kerja keseluruhan, (min - 26.24, S.P - 2.76) bagi 'kepuasan terhadap
kerja itu sendiri', dan (min = 17.78 S.P = 3.07) bagi 'kepuasan terhadap proses-
proses pengurusan'. Hasil analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara polis dan kakitangan perkhidmatan awam dalam masalah
kesihatan mental (t = -1.69, k < .05).

Perbezaan Stres Pekerjaan (Stres Pekerjaan Keseluruban dan Enam


Sumber Stres) Antara Tiga Kumpulan Pegawai Polis

Ujian ANOVA sehala digunakan untuk melihat perbezaan min skor stres
pekerjaan keseluruhan dan enam sumber stres antara pegawai polis atasan,
pegawai polis pertengahan dan pegawai polis bawahan. Keputusan analisis
ditunjukkan dalam ladual5.
Merujuk ladual5, keputusan ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat
perbezaan min skor yang signifikan di antara pegawai polis atasan, pertengahan
dan bawahan dalam stres keseluruhan dan sub skalanya kecuali dalam sumber
stres kerjaya dan pencapaian F(2.10I):Z 3.88, k < 0.05).

10
SIres Pekerjaan, Kepuasan Kerja dan MasaJah Kesihaliln Mental

Jadual5: KeputusanAnalisis Varians Bagi Stres Pekerjaan (Stres Pekerjaan


Keseluruhan dan Enam Sumber Stres) Mengikut Status Pekerjaan

Pembolehubah Pembolehubah N Min S.P F


Terikat Bebas AlP AlB PIB

Stres Pekerjaan Pegawai atasan 33 213.45 38.21


Keseluruhan Pegawai pertengahan 29 222.59 51.98 0.66 -
Pegawai bawahan 37 224.19 34.39

Faktor intrinsik Pegawai atasan 37 33.24 6.12


dalamkerja Pegawaipertengahan 35
Pegawai bawahan 39
35.46
35.05
7.82 1.16
5.88
-
Peranan dalam Pegawai atasan 36 37.97 8.15
pengurusan Pegawai pertengahan 35 40.00 9.25 1.17
Pegawai bawahan 38 39.56 6.84

Hubungan Pegawai atasan 36 33.81 6.92


dengan orang lain Pegawai pertengahan 37
Pegawai bawahan 38
35.89
34.74
9.06 0.62
7.57
-

Kerjayadan Pegawai atasan 36 29.86 7.52


pencapaian Pegawai pertengahan 36 33.35 7.43 3.88 .J
Pegawai bawahan 39 34.08 5.71

Struktur dan Pegawai atasan 36 39.94 7.98


iklim organisasi Pegawai pertengahan 36 42.25 9.16 1.58
Pegawai bawahan 39 43.15 6.82

Halangan Pegawai atasan 36 35.89 9.73


kerjalrumah Pegawai pertengahan 34 38.82 10.27 1.12
Pegawai bawahan 39 38.62 7.87

11
Chilli Bee Seo"

Nota: A = pegawai polis atasan, P = pegawai polis pertengahan


B = pegawai polis bawahan
AlP = pasangan perbezaan di antara pegawai polis atasan dengan pegawai polis
pertengahan
AlB = pasangan perbezaan di antara pegawai polis atasan dengan pegawai polis
bawahan
PIB = pasangan perbezaan di antara pegawai polis pertengahan dengan pegawai
polis bawahan
..J pasangan yang berbeza secara signifikan

Analisis ujian pos-hoc antara kumpulan menggunakan prosedur Sche./fe


menunjukkan perbezaan min skor sumber stres 'kerjaya dan pencapaian' yang signifikan
di antara pegawai polis atasan dengan pegawai polis bawahan. Keputusan itu menunjukkan
pegawai polis bawahan (min = 34.08, S.P = 5.71) merasai sumber stres 'kerjaya dan
pencapaian' yang lebih tinggi berbanding pegawai polis atasan, (min - 29.86, S.P -7.52).
Keputusanjuga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signiflkan antara pegawai
polis pertengahan dengan pegawai polis atasan dan bawahan dalam perkara ini.

Perbezaan Kepuasan Kerja (Kepuasan Kerja Keseluruhan dan Lima


Sub Skalanya) dan Masalah Kesihatan Mental Antara Tiga Kumpulan
Pegawal Polis

Ujian ANOVA sehala digunakan untuk melihat perbezaan min skor kepuasan kerja
Ieeseluruhan dan lima sub skalanya antara pegawai polis atasan, pegawai polis pertengahan
dan pegawai polis bawahan. Keputusan anal isis ditunjukkan dalam Jadual6.
Merujuk Jadual6, keputusanANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan
min skor yang signifikan antara tiga kumpulan pegawai dalam kepuasan Ieerja
Ieeseluruban, (F,Z.III) = 4.40, k < 0.05), 'kepuasan terhadap proses-proses pengurusan'
(F(2.111) = 3.60, k < 0.05), 'kepuasan terhadap hubungan personal' (F(2.IIZ) = 4.46, Ie < 0.05).
Analisis ujian pos-hoc antara kumpulan menggunakan prosedur Sche./fe
menunjukkan perbezaan min skor kepuasan kerja Ieeseluruhan yang signifikan di
antara pegawai polis atasan dengan pegawai polis bawahan, dan di antara pegawai
polis pertengahan dengan pegawai polis bawahan. Keputusan itu menunjukkan
pegawai polis atasan (min - 107.24, S.P = 12.30) dan pegawai polis pertengahan (min
= 106.82, S.P = 12.53) mempunyai tahap kepuasan kerja keseluruhan yang lebih tinggi
daripada pegawai polis bawahan (min ... 99.08, S.P = 14.32).

12
SIres Pekerjlum, Kepu4San Kerja dan MasoJah Kesihattm Menflll

Jadual6: KeputusanAnalisis Varians Bagi Kepuasan Ketja (Kepuasan Ketja Keseluruhan


dan Lima Sub Skalanya)danMasalahKesihatanMentalMengikutSlatusPeketjaan

Pembolehubah N Min S.P F


Terikat AlP AlB PIB

Kepuasao Kerja Pegawai atasan 37 107.24 12.30


Keseluruhao Pegawaipertengahan
Pegawai bawahan
34
38
106.82
99.07
12.53 4.58* -
14.32 " oJ

Kepuasan Pegawai atasan 37 28.70 3.46


terhadap Pegawai pertengahan 36 28.78 3.75 4.40* - oJ oJ
pencapaian, nilai Pegawai bawahan 39 26.41 4.55
dan
perkembangan

Kepuasan Pegawai atasan 37 20.30 1.90


terhadap kerja itu Pegawai pertengahan 36 40.00 2.18 3.00
sendiri Pegawai bawahan 39 19.08 2.70

Kepuasan terhadap Pegawai atasan 37 23.76 3.53


reka bentuk dan Pegawai pertengahan 36 23.72 3.23 2.32
struktur organisasi Pegawai bawahan 38 22.18 4.01

Kepuasan terhadap Pegawai atasan 37 19.30 3.19


proses-proses Pegawaipertengahan 36 19.17 2.91 3.59* - oJ oJ
organisasi Pegawai bawahan 39 17.64 2.91

Kepuasan terhadap Pegawai atasan 37 15.20 1.63


hubungan personal Pegawai pertengahan 37 14.84 1.77 4.46* - oJ
Pegawai bawahan 39 13.90 2.36

Masalah Kesihatan Pegawai atasan 36 60.94 9.04


Mental Pcgawai pertengahan 35 63.26 9.06 1.14
Pegawai bawahan 39 63.64 6.57

13
Chull Bee Seok

Nota: A z Pegawai polis atasan, P ~ pegawai polis pertengahan


B - Pegawai pol is bawahan

AlP z Pasangan perbezaan di antara pegawai polis atasan


dengan pegawai polis pertengahan

AlB '"' Pasangan perbezaan di antara pegawai polis atasan


dengan pegawai polis bawahan

PIB - Pasangan perbezaan di antara pegawai polis


pertengahan dengan pegawai polis bawahan

.oJ pasangan yang berbeza secara signifikan

Pegawai polis atasan (min = 28.70, S.P = 3.46) dan pegawai polis pertengahan (min
= 28.78, S.P = 3.75) mempunyai tahap 'kepuasan terhadap pencapaian, nilai dan
perkembangan' yang lebih tinggi daripada pegawai polis bawahan (min = 26.41, S.P =4.55).
Pegawai polis atasan (min = 19.30, S.P=3.l9) dan pegawai polis pertengahan (min'"' 19.17,
S.P = 2.91) mempunyai tahap 'kepuasan terhadap proses-proses pengurusan' yang lebih
tinggi berbanding pegawai polis bawahan (min = 17.64, S.P = 2.91). Selain itu, pegawai polis
atasan (min = 15.20, S.P = 1.63) juga melaporkan mempunyai tahap 'kepuasan terhadap
hubungan personal' yang lebih tinggi daripada pegawai polis bawahan (min = 13.90, S.P = 236).
Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan antara
pegawai polis atasan, pegawai polis pertengahan dan pegawai polis bawahan dalam masalah
kesihatan mental (F(2.I09) = 1.44, k < 0.05).

Pengaruh Sumber-sumber Stres Ke Alas Kepuasan Kerja dan Masalah


Kesihaun Menul

Bagi menguji pengaruh sumber-sumber stres pekerjaan (faktor intrinsik dalam kerja, peranan
dalam pengurusan, hubungan dengan orang lain, ketjaya dan pencapaian, iklirn dan struktur
organisasi, dan halangan keIjalrumah) ke atas kepuasan keIja dan masalah kesihatan mental
keenam-enam pernbolehubah sumber stres itu dirnasukkan ke dalam satu model regresi
dengan pembolehubah kepuasan ketja dan masalah kesihatan mental bertindak sebagai
pernbolehubah terikat Hasil analisis regresi pelbagai ditunjukkan dalam Jadual7.
Merujuk ladual 7, basil analisis menunjukkan model ini hanya menerangkan
sebanyak 3.00 peratus daripada varians dalam kepuasan keIja dan model ini menerangkan
sebanyak 12.00 peratus daripada varians dalam masalah kesihatan mental.
Keputusan analisis menunjukkan tiada sumber stres pekeIjaan yang memberi
sumbangan signifIkan ke atas kepuasan keIja keseluruhan. Keputusan menunjukkan
hanya sumber stres 'peranan dalam pengurusan' memberi kesan positif yang signiflkan
ke atas rnasalah kesihatan mental.
14
SIres Pekerjaan, Kepuasan Kerja dan Masalah KesihaJan Mental

Jadual7: Taburan Beta Piawai Bagi Menguji Hubungan Antara Sumber-sumber Stres
Pekerjaan dengan Kepuasan Kerja dan Masalah Kesihatan Mental

Sumber-sumber Stres Kepuasan Kerja Masalah Kesihatan Mental

Pekerjaan (Beta) (Beta)

Faktor intrinsik ~.12 ~.Ol


dalamkerja

Peranan dalam 0.13 0.61*


pengurusan

Hubungan dengan 0.17 ~.l9


orang lain

Kerjaya dan ~.l3 ~28


pencapaian

Iklim dan struktur ~.14 ~.11

organisasi

Halangan 0.Q7 0.12


kerjalrumah

Malar 108.55 55.75

0.03 0.12

F 0.44 2.(9

*k<.05

15
Chull Bee Seok

PERBINCANGAN

Perbezaan Stres Pekerjaan (Stres Pekerjaan Keseluruhan dan Enam


Sumber Stres) Antara Polis dan Kakitangan Perkhidmatan Awam

Dapatan kajian menunjukkan polis mengalami stres pekerjaan keseluruhan, sumber


stres 'faktor intrinsik dalam kerja' (stres timbul akibat daripada keadaan temp at kerja
yang tidak sesuai dan tidak selesa, jumlah waktu kerja yang panjang, kerja yang
berisiko dan bahaya, teknologi baru, bebanan kerja yang terlalu banyak atau terIalu
sedikit, menghadiri mesyuarat, membuat tugas-tugas pentadbiran, serta mengurus
dan menyelia kerja orang lain), 'peranan dalam pengurusan' (stres timbul akibat
daripada mengalami konflik peranan seperti terpaksa menjalankan peranan negatif
misalnya memecat pekerja, dan peranan sebagai ketua, dan kekaburan peranan yang
merujuk kepada pekerja kabur terhadap skop dan tanggungjawab dalam tugas yang
diberikan kepadanya), 'hubungan dengan orang lain' (stres timbul kerana bermasalah
dalam menjalin hubungan baik dengan rakan sekerja, pihak atasan atau orang bawah),
'struktur & iklim organisasi' (stres timbul akibat daripada kurang atau tidak terlibat
dalam proses membuat keputusan, kurang rundingan at au komunikasi yang efektif
dan sekatan ke atas tindakan, seperti anggaran perbelanjaan), dan 'halangan kerjal
rumah' (stres timbul akibat daripada berlakunya pertindihan tanggungjawab di tempat
kerja dan tanggungjawab di rumah) yang lebih tinggi di kalangan anggota polis
berbanding dengan kakitangan perkhidmatan awam.
Dapatan kajian ini menolak pandangan stereotaip yang menyatakan kerja
polis secara tabiinya adalah menekan atau menimbulkan stres kerana kerja itu adalah
membahayakan. Sebaliknya, dapatan kajian menyokong dakwaan Beehr (1981) dan
Gaines dan Jermier (1983) bahawa dalam situasi sebenar stres yang dialami polis
banyak berpunca daripada peristiwa-peristiwa biasa.
Bukti kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan antara sifat stres polis dengan pekerjaan lain. Brown dan Campbell (1990)
telah mengenal pasti sumber stres utama bagi pasukan polis Inggeris. Sumber-
sumber stres itu termasuklah lebih beban kerja, kekurangan staf, kurang sokongan
dari staf senior dan kelemahan komunikasi dalam organisasi. Keputusan ini
menunjukkan sumber stres yang dialami oleh polis adalah lebih kurang sarna dengan
stres yang dialami oleh guru (Cox et 0/., 1988),jururawat (Hingley & Cooper, 1986)
dan pengurusan (Davidson & Cooper, 1983).

16
Stres Pekerjaan, Kepuasan Kerja dan MasaJah Kesihatan Mental

Pcrbezaan Kepuasan Kerja (Kepuasan Kerja Keseluruhan dan Lima


Sub Skalanya) dan Masalah Kesihatan Mental Antara Polis dan
Kakitangan Perkhidmatan Awam

Walaupun keputusan sebelum ini mendapati polis mengalami stres pekerjaan yang
lebih tinggi berbanding kakitangan perkhidmatan awam, keputusan perbandingan
kepuasan kerja antara dua kumpulan ini menunjukkan polis mempunyai kepuasan
kerja keseluruhan, 'kepuasan terhadap pencapaian, nilai dan perkembangan',
'kepuasan terhadap kerja itu sendiri', dan 'kepuasan terhadap proses-proses
organisasi' yang lebih tinggi berbanding kakitangan perkhidmatan awam. Dapatan
kajian ini menyokong dakwaan Brown dan Campbell (1994) bahawa walaupun
keIja polis adalah menekan dan menimbulkan stres tetapi ini tidak bermakna pegawai
polis akan mengalami distres psikologikal. Menurut mereka, ini adalah kerana
dalam ideologi polis seseorang pegawai polis seharusnya merupakan seorang
individu yang kuat dari segi emosi, seman gat dan boleh menangani perkara-perkara
atau situasi yang menekan. Terdapat juga pandangan stereotaip bahawa polis
merupakan satu pasukan yang mempunyai "superhuman coping skill" dan
kemah iran itu menyebabkan polis adalah lebih kedap terhadap stres.
Satu lagi penjelasan ialah stres bagi polis mungkiIi hanya merupakan perkara
biasa memandangkan tabii kerja polis memang menekan. Ditambah pula, setiap
anggota polis harus menjalani latihan taban lasak yang amat menekan sebelum
mereka layak menyandang tugas sebagai polis. Latihan itu boleh menjadikan polis
lebih 'kedap' terhadap stres dan meningkatkan ambang stres bagi polis.
Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan tahap kesihatan mental
antara pegawai polis dan kakitangan perkhidmatan awam, walaupun hasil kajian
o 'Brien dan Reznik (1988) serta Westerink (1990) me1aporkan bahawa kumpulan
polis mengalami gangguan psikologikal dan fizikal yang lebih tinggi berbanding
dengan populasi umum New South Wales. Dapatan ini mengukuhkan lagi dakwaan
Brown dan Campbell (1994) bahawa pegawai polis adalah individu yang kuat dari
segi emosi dan semangat.

Perbezaan Stres Pekerjaan (Stres Pekerjaan Keseluruhan dan Enam


Sumber Stres) Antara Tiga Kumpulan Pegawai Polis

Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pegawai polis
atasan, pertengahan dan bawahan dalam stres pekerjaan kecuali dalam sumber stres
~kerjaya dan pencapaian'. Pegawai polis peringkat bawahan melaporkan merasai
sumber stres 'keIjaya dan pencapaian' (merujuk kepada tidak dinaikkan pangkat setaraf
dengan kebolehan seseorang individu, atau kenaikan pangkat ke tahap di luar

17
Chua Bee Seok

kebolehan seseorang, rasa tidak selamat terhadap jawatan yang dipegang, halangan
kepada pencapaian at au cita-cita dan sebagainya) yang lebih tinggi berbanding
pegawai polis peringkat atasan. Dapatan ini juga menunjukkan pegawai polis peringkat
bawahan serius dan bimbang terhadap kerjaya dan pencapaian mereka.
Pegawai polis di peringkat bawahan akan mengalami proses transisi
kenaikan pangkat. Dalam proses kenaikan pangkat penilaian diberikan ke atas prestasi
dan tingkah laku mereka. Penilaian ini akan menimbulkan stres kerana mereka
bimbang tidak dinaikkan pangkat setaraf dengan kebolehannya atau dinaikkan
pangkat ke tahap di luar kebolehannya. Keadaan ini mungkin juga akan menyebabkan
mereka berasa tidak selamat terhadap jawatan yang dipegang dan bimbaog
pencapaian atau cita-cita akan dihalang. Sementara itu, pegawai polis peringkat
atasan kurang mengalami stres pekerjaan kerana mereka telah "mencapai apa yang
mereka boleh capai". Dapatan kajian ini tidak menyokong laporan Brown dan
Campbell (1994) bahawa tugas-tugas operasi polis kurang memberi kesan negatif
ke atas pegawai peringkat atasan tetapi stres organisasi dan pengurusan banyak
memberi kesan negatifke atas staf senior.

Perbezaan Kepuasan Kerja (Kepuasan Kerja Keseluruhan dan Lima


Sub Skalanya) dan Masalah Kesihatan Mental Antara Tiga Kumpulan
Pegawai Polis

Hasil kajian mendapati pegawai polis atasan dan pertengahan mempunyai tahap kepuasan
kerja keseluruhan, 'kepuasan terhadap pencapaian, 'nilai dan perkembangan', 'kepuasan
terbadap proses-proses pengurusan' dan 'kepuasan terhadap hubungan personal' yang
lebih tinggi berbanding pegawai polis peringkat bawahan. Keputusan menunjukkan tidak
terdapat perbezaan min skor yang signiflkao antara pegawai polis atasan, pegawai polis
pertengahan, dan pegawai polis bawahan dalam masalah kesihatan mental.
Seperti yang diterangkan sebelum ini, pegawai polis peringkat atasan telah
"mencapai apa yang mereka boleh capai" maka sudah tentu mereka mempunyai
'kepuasan terhadap pencapaian, nilai dan perkembangan' yang lebih tinggi. Pegawai
polis peringkat atasanjuga melaporkan mempunyai tahap 'kepuasan terhadap proses-
proses pengurusan' dan 'kepuasan terhadap hubungan personal' yang lebih tinggi
daripada pegawai polis peringkat bawahan. Ini mung kin boleh dijelaskan atas sebab
pegawai-pegawai atasan inilah yang menentukan deskripsi tugas pekerja, menentukan
sistem pentadbiran atau pengurusan organisasi dan memberi arahan. Dengan itu,
sudah tentu mereka akan rasa puas hati terhadap proses-proses pengurusan
organisasi dan tidak merasa ada masalah dalam menjalin hubungan baik dengan
pegawai-pegawai polis peringkat lebih rendah.

18
Sires Pekerjaan, Kepuasan Kerja dan Masalah Kesihatan Mentol

Pengaruh Sumber-sumber Stres Ke Atas Kepuasan Kerja dan


Masalah Kesihatan Mental

Kajian mendapati keenam-enam sumber stres (faktor intrinsik dalam kerja, peranan
dalam pengurusan, hubungan dengan orang lain, kerjaya dan pencapaian, iklim
dan struktur organisasi dan halangan kerja/rumah) tidak memberi kesan ke atas
kepuasan kerja di kalangan polis. Dapatan kajian ini tidak konsisten dengan
dapatan kajian yang menunjukkan terdapat hubungan antara stres pekerjaan
dengan ketidakpuasan kerja (Brown, Cooper & Kirkcaldy, 1996; Cooper &
Marshall, 1976; Wall, Clegg & Jackson, 1978).
Dapatan kajian menunjukkan sumber stres 'peranan dalam pengurusan'
merupakan peramal signifikan kepada masalah kesihatan mental bagi polis. Polis
yang menghadapi konflik peranan seperti terpaksa menjalankan peranan negatif
(misalnya memecat pekerja) dan peranan sebagai ketua atau kabur terhadap skop
dan tanggungjawab dalam tug as yang diberikan kepadanya cenderung mengalami
masalah kesihatan mental dan keadaan sebaliknya.

KESIMPULAN

Akibat daripada masalah konsep dan metodologi dalam kajian stres polis (seperti
penggunaan ukuran yang tidak sesuai, kurang kajian yang membandingkan stres
pegawai polis dengan kumpulan pekerja lain dan kurang kerangka teoritikal
berkenaan hubungan antara personal dan ciri-ciri pekerjaan polis) menyebabkan
maklumat berkenaan sejauh mana kerja polis itu menekan dan apakah faktor-
faktor yang menentukan kualiti hidup polis masih kurang. Hasil kajian ini
diharapkan dapat membantu menjawab persoalan sejauh mana tahap
kesejahteraan polis dibandingkan dengan tahap kesejahteraan kumpulan pekerja
lain. Kajian ini mendapati polis mengalami stres pekerjaan yang lebih tinggi
berbanding dengan kakitangan darijabatan perkhidmatan awam. Namun begitu,
polis juga melaporkan mempunyai kepuasan kerja yang lebih tinggi berbanding
dengan kakitangan dari jabatan perkhidmatan awam. Dapatan kajian juga
menunjukkan sumber stres dari segi peranan dalam pengurusan merupakan
penyumbang kepada masalah kesihatan mental bagi polis.

RUJUKAN

Anastasi, A & Urbina, S. 1997. Psychological Testing (7th ed.). New Jersey: Prentice Hall.

Beehr, T. A 1981. The Beehr-Newman Model ofOccupational Stress: Application to criminal


.Justice Research PaperJXeSellledatTheFirstNatiooal Coofereoceon Burnout, Philadelj:hia.
19
CIrUG Bu Seok

Brislin. R. w. 1973. Cross-cultural Research Methods. New York: John Wiley.

Brown, 1. M. & Campbell. E. A. 1990. Sources of Occupational Stress in the Police. Work
and Stress, 4, 305·318.

Brown, J. M. & Campbell, E. A. 1994. Stress and Policing; Sources and Strategies. New
York: John Wiley & Sons.

Brown, J. M., Cooper, C. L., & Kirkcaldy, B. 1996. Occupational Stress Among Senior
Police Officers. British Journal of Psychology, 87( 1),31.21.

Cooper, C. L. & MarshalI, 1. 1976. Occupational Sources of Stress: A Review of the


Literature Relating to Coronary Heart Disease and Mental IIl·Health.lournal
of Occupational Psychology, 49, 11.28.

Cox, T., Boot, N., Cox, S. & Harrison, S. 1988. Stress in Schools: An Organizational
Perspective, Work and Stress, 2, 353·363.

Davidson, M. J. & Cooper, C. L. 1983. Stress and the Women Manager. Oxford:
Martin Robertson.

Gaines, 1., & lennier, 1. M. 1983. Emotional Exhaustion In a High Stress Organization.
Academic of Management lournal, 26, 567·586.

Hingley, D. & Cooper, C. L. 1986. Stress and the Nurse Manager. Chichester: Wiley.

Kirkcaldy, B. D. & Cooper, C. L. 1992. Cross·Cultural Differences in 0crupati0naI


Stress Among British and German Managerial Staff. Work and Stress, 6, 177·231.

Kirkcaldy, B. D. & Cooper, C. L. 1992. Managing the Stress of Change: Occupational


Stress Among Senior Police Officers in Berlin. Stress Medicine, 8,219·231.

Wall. T. D., Oegg, C. w., & lackson, P. R. 1978. An Evaluation of the lob Characteristics
Model. lournal of Occuptional Psychology,S 1, 183·196.

You might also like