You are on page 1of 2

Resepi Rahsia Kawalan Serangga Organik

Bahan:
(A)
1. Daun serai wangi/serai makan - 4 batang serai
2. Bawang putih - 5 ulas
3. Minyak masak - 2 sudu makan
4. Air - 1L

(B)
1. Cuka - 10ml
2. Garam - 1 sudu teh

(C)
1. Cecair sabun pencuci pinggan - 1 sudu teh + 500ml air

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan (A) kemudian tapis guna kain (tapisan halus)
2. Seterusnya, masak sehingga mendidih dan masukkan bahan (B). Renihkan sehingga agak
berminyak (keluar minyak dari daun serai wangi)
3. Sejukkan
4. Sebelum guna, campurkan dengan bahan (C)

Nota:
1. sukatan ini boleh digunakan 2 kali (boleh dibahagi dua).
2. Tambah air untuk penggunaan sukatan 500ml.

Testimoni:
1. Berkesan untuk menghapuskan ulat di pokok limau dan kari (terus kiok dalam masa singkat)
2. Mengurangkan serangan kumbang oren di pokok melon/timun & yang sejenisnya
3. Berjaya mengurangkan serangan kulat di putik mangga (tak mudah luruh)
(saya uji sendiri pada tanaman saya..sejauh mana berkesan kepada tanaman lain dan jenis-jenis
serangga lain masih belum teruji...Wallahu 'alam..)

Kelemahan:
1. Mudah hilang kesannya lepas hujan, Sembur semula selepas hujan.
2. Perlu disembur beberapa hari sehingga serangga perosak sudah tak kelihatan.
3. Jika diserang semula, semburan perlu dilancarkan lagi.

You might also like