You are on page 1of 29

Click Here & Upgrade

Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 1

GA1123: PROFESION PERGURUAN

AKTIVITI 2: PERANAN TANGGUNGAJAWAB GURU KHAS DAN GURU NORMAL

QUESTIONS

1. Interview two teachers about the different roles of teachers (caring professional,
instructor, etc. Ask them to rank these roles in terms of importance and to explain why
they ranked them the way they did. Compare the two teachers’ responses in a paper and
describe how their rankings differ from yours.

2. Visit a school district office or state office of education and ask to see the statistics on the
current teaching force in your area. How do they differ from the national averages?
Why? Describe these differences and explain what implications these differences might
have for employment opportunities for you.

3. Interviewing Teachers about Role Conflict

Purpose: Teachers work with many role expectations, some of which are clear and
straightforward, and some of which conflict with each other. Teachers wrestle with how to
resolve conflicting role expectations and arrive at different strategies for accomplishing it. Use
this activity to give you some ideas about how you might achieve your own resolution of role
conflict by discovering how other teachers have achieved it.

Directions: Use the following questions to guide you in interviewing one or two teachers
about role conflict.

1. Do you value treating students as individuals?


2. What do you do to show students that you value them as individuals and are
attempting to tailor instruction to their needs?
3. How many students do you teach every day? Do you teach mostly to groups of
students or individuals?
4. Hoe do you resolve the dilemma between treating students as individuals and
teaching that many students every day?
5. Do you think it is important to be on close terms with students in order to better teach
them?
6. Do you think it is important to maintain some social distance from students in order
to maintain discipline?
7. How do you resolve the dilemma between fostering closeness with students for
teaching purposes and yet maintaining distance for discipline purposes?

Analysis and Reflections: Using these teachers’ responses as a jumping-off place, write a
paragraph about how you might initially try to deal with resolving these conflicting role
expectations for yourself.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 2

OBJEKTIF TUGASAN:

1. Mengetahui persamaan tugas-tugas am guru sebagai guru pemulihan khas dan guru
aliran perdana.
2. Membuat perbandingan kaedah P&P guru pemulihan khas dan guru aliran perdana.
3. Mengetahui peranan khusus, tugas-tugas khusus dan tanggungjawab guru pemulihan
khas dan guru aliran perdana.
4. Mengetahui kaedah yang diambil oleh guru pemulihan khas dan guru aliran perdana
dalam menangani masalah disiplin pelajar.

SKOP LOKASI TUGASAN

Kami telah memilih Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Bukit sebagai lokasi skop tugasan kami
kerana sekolah ini berada di sekitar kawasan Bangi yang berhampiran dengan Universiti
Kebangsaan Malaysia...Sekolah ini mempunyai dua pentadbiran sekolah iaitu Sekolah Rendah
Kebangsaan Jalan Bukit 1 dan Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Bukit 2.

METADOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan mengumpul maklumat data daripada temu bual.
Kajian ini dilaksanakan di sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Bukit,
Kajang, Selangor. .Lokasi ini dipilih kerana sampel guru pemulihan khas dan guru aliran perdana
yang dikehendaki memenuhi kriteria dan berhampiran dengan tempat pengkaji.
Instrumen kajian telah digunakan dalam kajian tindakan ini ialah temubual. Temubual
melibatkan pertemuan pengkaji dengan responden untuk tujuan mendapatkan maklumat. Untuk
mendapatkan maklumat tersebut, pengkaji perlu menyediakan alat kajian. Alat kajian itu adalah
terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji dan diajukan serta dijawab secara
lisan. Temubual terbahagi kepada tiga jenis iaitu Temubual berstruktur (Structured Interviews),
tidak berstruktur(Unstructured Interviews) dan semi berstruktur (Semi-Structured Interviews).
Temubual berstruktur merupakan teknik soal jawab mengikut soalan yang menjurus kepada
topik yang spesifik. Manakala temubual tidak berstruktur lebih kepada penerokaan idea dan
soalan-soalan terbuka dikemukakan kepada responden. Temubual semi berstruktur merupakan
gabungan antara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur.

KELEBIHAN TEMU BUAL

Kelebihan menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan maklumat ialah memberi
peluang kepada responden mengemukakan idea atau pendapat mereka secara spontan dan bebas.
Membenarkan pengkaji meneroka secara mendalam dan memberi peluang kepada responden
untuk memberi penjelasan yang tepat kepada persoalan yang dikemukakan. Data boleh
dikumpulkan dalam bentuk audio ataupun dalam bentuk visual. Temu bual ini menjadi alternatif
kepada responden yang tidak berminat untuk berkongsi idea melalui penulisan.

KANDUNGAN TEMU BUAL

Terdapat 7 soalan yang dikemukakan kepada responden yang mana soalan-soalan yang menjurus
kepada temu bual semi berstruktur. Soalan pertama dan kedua menjurus kepada untuk
mengetahui adakah guru tersebut menilai murid sebagai seorang individu serta langkah yang
diambil untuk menunjukkan guru tersebut menghargai murid sebagai seorang individu mengikut
kesesuaian keperluan mereka. Soalan ketiga pula memfokuskan kepada bilangan murid yang
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 3

diajar oleh responden serta kaedah pembelajaran yang digunakan semasa waktu Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P).Soalan keempat melihat bagaimana responden menangani dilema antara
melayan pelajar semasa waktu pengajaran setiap hari. Soalan kelima adalah untuk mengetahui
keperluan wujudnya hubungan rapat antara guru dan murid untuk tujuan ke arah pengajaran
yang lebih efektif. Soalan keenam dikemukakan adalah untuk mengenal pasti sejauh mana
kepentingan menjaga jarak sosial antara guru dan pelajar untuk mengekalkan disiplin pelajar.
Soalan ini dikemukakan adalah bertujuan untuk mengetahui kesan daripada persoalan tersebut.
Soalan terakhir cuba menilai dari aspek responden menangani masalah antara mewujudkan
keakraban dengan murid untuk tujuan mengajar dan menjaga jarak untuk tujuan disiplin.

PENGENALAN

Guru (dari bahasa Sanskrit) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan
pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas
bimbingan). Dalam zaman moden ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang
yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar
dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau
pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula
dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran. Dari segi agama pula
misalnya agama Hindu dan Sikh, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk
kepada para pendeta yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian
Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang
penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan
merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu
dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan
mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari
masa ke semasa ketahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi
Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan
Malaysia Ke-9.
Menurut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, sen bina,
perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab
( kerjaya)sebagai guru. Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion
perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari
sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.
Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan
mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat,
semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin
maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai
tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring
kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum. FPK ( Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan 2020, PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan )
dan Misi Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan
kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang ‘ first and foremost’ dalam
diri seorang individu yang bergelar guru itu.
Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada
Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era
globalisasi. Maksudnya, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik, teknologi, kemewahan dan
hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah
guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 4

pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang
stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi
dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan. Pembinaan
kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah
dengan matlamat membangunkan insan.
Islam amat menyanjung tinggi pengorbanan guru sebagai pendidik. Rasulullah SAW
sangat menghormati majlis ilmu dan juga menggalakkan umatnya untuk menghormati guru.
Apatah lagi guru tersebut lebih tua daripada pelajar, maka guru selayaknya diberi penghormatan
yang tinggi kerana usia mereka serta pengorbanan yang mereka lakukan. Guru adalah merupakan
ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru adalah
bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca
mata Islam merupakan murabi, mualim, muaddib, alim atau ulama. Mereka berfungsi bukan saja
untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Ia juga berkait rapat tentang
tanggungjawab, amanah, komitmen dan hubungannya dengan Allah. Allah telah meletakkan
orang yang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi, seperti firman-Nya: Allah akan
meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu
pengetahuan beberapa darjat. (al-Mujadalah: 11).Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud, "Tiada perkara yang lebih berat di timbangan akhirat selain akhlak yang mulia.
Dan sesungguhnya, orang yang mempunyai budi pekerti yang akan mencapai darjat orang yang
berpuasa dan mengerjakan solat". (riwayat Tirmizi dan Abu Daud).
Masalah pembelajaran merupakan faktor penting di negara-negara membangun seperti
Malaysia sebab ianya mempunyai kaitan dengan usaha ke arah universalization of primary
education”. Pendidikan universal pada tahap rendah merupakan salah satu daripada komponen
utama program “Pendidikan Untuk Semua” dan “ Pendidikan Sepanjang Hayat “ serta
merupakan strategi untuk mewujudkan pendemokrasian pendidikan. Keutamaan harus diberi
kepada ketiga-tiga aspek pendidikan sejagat iaitu Universal Access kepada pendidikan
rendah, kadar menamatkan persekolahan yang tinggi dan pencapaian maksimum. (Special
Education Deparment, 1999. MEM)
Dalam tahun 1983, Sistem Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR). Perubahan ini menunjukkan usaha untuk kembali semula kepada asas
pendidikan (back to the basic) dengan memperkenalkan kurikulum ini yang memberi fokus
kepada 3M. Semakan kurikulum ini telah meletakkan suatu penekanan yang penting terhadap
masalah penguasaan 3M dengan menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas
KBSR sebagai teras utama ke arah penyelesaian masalah 3M ini.
Konsep pendidikan pemulihan dalam Buku Panduan Am KBSR tahun 1982 yang
dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia
menerangkan bahawa ;“ Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang
khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai
satu-sat kemahiran asas membaca, menulis dan mengira atau 3M. “
Namun begitu, perancangan KBSR yang begitu rapi dan teliti tidak dapat di implementasi
dengan lebih berkesan disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Ia jelas
dibahaskan dan secara rasional Ketua Perancang atau arkitek perancangan KBSR iaitu Dato’
Asiah bte Abu Samah, Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada ketika itu telah
menyatakan : We can t run away with the fact though it is now in the middle of its second
cycle(the first cycle ended in 1988 when the first batch of KBSR pupils completed six years
of primary school) , we still have problem sicio humanistic as well as academic “
(New Straits Time, pada 28 Mac,1992 , m.s. 12)
Kenyataan beliau tersebut telah dibahaskan di dalam sebuah seminar yang telah di adakan
di peringkat kebangsaan pada tahun 1989 yang telah membuat satu rumusan iaitu;
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 5

“ Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelas KBSR tidak mencapai tahap yang
dijangkakan – menyebabkan terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran
asas 3M hingga ke peringkat tahap dua persekolahan rendah dan ke peringkat persekolahan
menengah. “
Selain itu juga, pelbagai definisi yang dapat di takrifkan untuk pendidikan pemulihan
khas ini. Di antaranya mengikut Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan dalam
pekeliling KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertarikh 8 Januari 1986 telah mendefinisikan
pengajaran pemulihan sebagai: satu usaha dalam pendidikanuntuk mengatasi masalah
pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-gunu pemulihan yang
telah menerima latihan khas dalam bidang Program Pendidikan Pemulihan Khas.
Selain itu, Asia and Pacific Programme of Educational Innovation for Development
(1987) yang disediakan oleh Keme. Menurut laporannya yang bertajuk Pendidikan Malaysia,
pengajaran pemulihan ialah:a process in which children with learning problems are given
practical alternatives and effective approaches (programme) in education. Ini bermaksud
pemulihan khas merupakan sebuah proses di mana anak-anak dengan masalah belajar diberikan
praktikal alternatif dan pendekatan yang berkesan (program) dalam pendidikan.

Menurut Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983) pula, pendidikan pemulihan khas ialah satu
tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan yang mengalami
kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang
dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa,
dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan khas.

Ee Ah Meng (1998), dari segi konsepnya, program pemulihan khas ialah sebagai
suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid dalam kelas biasa
yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas 3M. Guru
mestilah berpengalaman dalam bidang pengajaran dan pembelajaran muridnya.
Dalam program pemulihan, didapati bahawa murid-murid pemulihan sering
menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca. Fauziah Tahiruddin (2000)
menyatakan antara permasalahannya ialah pelajar pemulihan mudah lupa perkataan yang dibaca.
Daya ingatan mereka sangat singkat. Oleh itu mereka perlu diberi peluang membaca perkataan
yang sama berulang kali dalam aktiviti latih tubi. Ramai kanak-kanak pemulihan juga mengalami
masalah dalam pengamatan. Mereka kurang mahir mengecam bentuk perkataan yang dibaca.
Masalah ini mungkin disebabkan mereka sukar memberi tumpuan atau perhatian. Selain itu,
murid pemulihan juga mempunyai perbendaharaan kata yang kurang atau terhad menyebabkan
mereka menghadapi masalah dalam membina ayat mudah dengan betul.

PERSAMAAN PERANAN GURU BIASA (ALIRAN PERDANAN) DAN


GURU PEMULIHAN KHAS

Etika Guru

Setiap guru sama ada guru aliran perdana ataupun guru yang mengajar pemulihan khas
mempunyai persamaan iaitu dari segi peranannya yang harus dijalankan sebagai seorang guru.
Antara persamaan peranannya ialah seorang guru itu seharusnya mempunyai etika. Etika
membawa pelbagai maksud. Mengikut Kamus Dewan Bahasa &Pustaka, 1995 menyatakan
bahawa etika ialah satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Manakala,
mengikut Kamus Oxford,1994 menyatakan etika bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral.
Selain itu, etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 6

terhadap masyarakat. Menurut dari perspektif Islam pula, etika merujuk kepada tingkah laku
betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Seterusnya ialah etika professional.
Etika profesioanal ialah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek
yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion
dalam masyarakat.

Skop Etika Profesional

Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar
peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain- lain.Dalam Islam, etika profesional
ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

Etika Perguruan

Etika perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat
dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek
moral yang baik dan yang buruk, yang betul dan yang salah untuk memberi garis panduan
kepada ahli-ahli beerkenaan. Profesion perguruan, sama seperti profesion lain iaitu dalam
bidang kejuruteraan, perubatan, dan guaman mempunyai etikanya sendiri. Tiap-tiap orang guru
dikehendaki mematuhi etika itu demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesionnya. Di
Malaysia, “Tatasusila Profesion Perguruan” yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya.
Kod etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah lakudalam profesion


perguruan dan ia bersesuaian untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ini adalah untuk guru lebih faham dan jelas
tentang tanggungjawab mereka. Atau dengan perkataan lain etika keguruan bermaksud
tugas hakiki guru yang menekankan dua amanah penting iaitu konsep ibadah dan
pembangunan insan.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan
etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod
etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam
putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang
luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuahorganisasi. Pengamalan
etika dapat mengekalkan dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan
tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli
dalam organisasi (INTAN, 1991).

Oleh yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib memahami kod etika
perguruan sebagai landasan dan garis panduan dalam membangunkan negara bangsa.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 7

Guru Sebagai Pendidik

Guru sebagai pendidik merupakan salah satu peranan penting sebagai seorang guru. Mendidik
bermaksud menjaga, memelihara, melatih dan mengajar. Orang yang di amanahkan bagi tujuan
itu di institusi-institusi pendidikan formal adalah guru-guru atau pendidik. Peranan pendidik
adalah memberi ataupun menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan akhlak mulia, menjadi
contoh teladan, mengawasi, melatih, menilai dan memperbaiki akhlak pelajar.
Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu guru dilatih untuk
menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh
itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang
berguna dalam bidangnya. J. M Coopes (1988) berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang
memperoleh ilmu pengetahuan khususnya kemahiran mengajar seperti: menguasai ilmu
pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia, menunjukkan sikap jujur yang
dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala,
memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar dan
menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang mewujudkan murid menjalankan aktiviti
pembelajaran mereka.
Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas
dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa
kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan
daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini
hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.

Guru Sebagai Agen Perubahan.

Tambahan itu, persamaan guru adalah guru berperanan sebagai agen perubahan. Peranan guru
sebagai agen perubahan sangat berkait rapat dengan misi dan visi pendidikan Negara. Misi dan
visi pendidikan Negara diterjemahkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan reformasi
pendidikan yang dilakukan dari semasa ke semasa. Agen perubahan merujuk kepada seseorang
yang terlibat secara sengaja dalam proses perubahan sama ada perubahan dari segi sosial, budaya
atau tingkah laku. Tan (1998) menyenaraikan tujuh alasan penting bagi melaksanakan perubahan
iaitu

1. Berubah Untuk Menjadi Cekap


Merujuk kepada usaha untuk berubah supaya dapat melakukan kerja mengikut cara yang betul.
Dalam erti kata yang lebih luas ia bermaksud meningkatkan kemahiran bagi memastikan hasil
yang bermutu. Dalam konteks guru, guru harus berubah supaya menjalankan proses
pengajarannya dengan cekap dan pada masa yang sama mengubah pelajarnya juga supaya
menjadi cekap dalam proses pembelajarannya. Seterusnya, memastikan pelajar memperoleh
kemahiran cara belajar supaya akhirnya dapat mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang
hayat dalam kehidupannya.

2. Berubah Menjadi Sebagai Guru Berkesan.


Berubah menjadi berkesan pula merujuk kepada usaha untuk berubah supaya dapat melakukan
kerja yang betul. Ini supaya usaha yang dicurahkan tidak menjadi sia-sia sahaja. Berubah untuk
memotivasikan pula menjadi penting dalam rangka kerja yang melibatkan individu atau orang
lain. Dalam konteks tugas guru, guru perlu berubah dari segi bagaimana mereka dapat
memotivasikan pelajar mereka supaya tertarik dan dapat mengekalkan minat terhadap
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 8

pelajarannya. Guru juga harus berubah supaya dapat menjadi pemimpin yang cekap dan
berkesan.

3. Berubah Untuk Bermotivasi


Ini sangat berkaitan dengan bidang tugas guru itu sendiri. Misalnya, perubahan yang guru
laksanakan dalam kaedah penyampaiannya dapat memotivasikan pelajarnya menumpukan
perhatian terhadap aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Guru perlu mengemaskinikan
pengetahuan untuk memperbaiki cara-cara baru yang sesuai dan berkesan untuk menarik minat
pelajarnya.

4. Berubah Untuk Memimpin.


Berubah untuk memimpin pula merujuk kepada sejauh mana perubahan yang dilakukan itu.
Berjaya memimpin pelajar ke arah matlamat yang hendak dituju. Di sini, guru itu berubah untuk
menjadi pemimpin kepada apa yang ingin diubahnya. Seterusnya ialah berubah untuk
berkembang. Ia merujuk kepada perubahan yang perlu dilakukan supaya kita terus berkembang
maju.

5. Berubah untuk bertahan


Ini pula merujuk kepada supaya profesion perguruan dapat terus menyumbang bakti untuk
mendidik generasi muda Negara. Akhir sekali ialah berubah untuk semua mendapat manfaat.
Tujuan ini sangat selari dengan misi dan visi pendidikan Negara kita yang ingin melahirkan
generasi muda yang seimbang dari seg jasmani, emosi, rohani dan intelek yang mempunyai
keterampilan serta dapat menyumbang kepada dirinya sendiri dan kepada masyarakatnya.

Guru Sebagai Pemimpin

Guru sebagai pemimpin merupakan salah satu peranan utama seorang guru. Mengikut kamus
dewan (2004) kepimpinan membawa maksud keupayaan memimpin. Dalam konteks ini tugas
memimpin di sebuah sekolah dapat dimainkan oleh guru yang berdedikasi, berinovasi dan
kreatif. Sehubungan itu, Katzenmeyer dan Moller (2001) pula mendapati kajian-kajian kini
menunjukkan guru berupaya menjadi pemimpin dalam sekolah
Ini kerana, kepimpinan guru dapat memupuk semangat bekerjasama sesama rakan sekerja
dan juga pelajar. Dalam hal ini, guru-guru yang mempunyai sifat kepimpinan berupaya
menjalankan tugas sebagai mentor, fasilitator, pelatih, dan pakar kurikulum dalam usaha
membawa pembaharuan dalam sekolah. Peranan ini selaras dengan Perintah Am dan Arahan
Pentadbiran (2004) yang mendefinisikan kepimpinan sebagai mewujudkan wawasan, kebolehan
mengerak, dan memberi dorongan pada pegawai ke arah mencapai objektif organisasi serta
kualiti peribadi murni yang dapat diteladani serta berkebolehan membuat keputusan dengan
tegas, tepat dan teliti.
Di samping itu, guru juga perlu sentiasa berusaha meninggikan kebolehan dalam bidang
yang diberi tanggungjawab bagi mengekalkan kepercayaan orang lain terhadapnya. Oleh itu,
pelaksanaan tugas melalui kepimpinan guru memerlukan criteria-kriteria yang seperti
keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan perasaan hormat, personaliti yang perlu
diperkembangkan bagi mewujudkan pertalian yang dapat meyakinkan pihak sekolah dan staf,
kedudukan yang perlu dihormati, diteladani dan dipatuhi, dan juga kebolehan yang mewujudkan
suatu sikap yang amanah serta dihormati oleh orang lain
Konsep kepimpinan pula ialah kepimpinan wujud dalam semua profesion termasuklah
profesion perguruan. Tetapi dalam konsep profesion perguruan, kepimpinan adalah salah satu
daripada unsur-unsur yang terpenting. Dengan yang demikian, unsur kepimpinan dalam
profesion perguruan perlu dipupuk dan dipertingkatkan kualitinya supaya proses pendidikan
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 9

memperolehi keberkesanan untuk mencapai matlamat-matlamatnya secara cemerlang. Konsep


kepimpinan yang sesuai dan tepat kepada profesion perguruan ialah kepimpinan yang positif,
dinamik, progresif, berfungsi dan juga produktif.
Kelima-lima unsur kepimpinan merupakan factor utama mencapai kejayaan matlamat-
matlamat pendidikan. Para guru hendaklah mempunyai unsur-unsur kepimpinan positif iaitu
berfikiran luas, waras, mendalam dan berpandangan jauh. Kepimpinan guru yang positif
memberi galakan dan dorongan yang kuat kepada pelajar-pelajarnya bagi merancang dan
melaksanakan sesuatu projek. Konsep ini memberi pengertian bahawa tidak ada aktiviti yang
sihat yang tidak boleh dilaksanakan. Konsep ini membantu para pelajar ke arah pencapaian
matlamat murni.
Unsur kepimpinan dinamik pula membawa pengertian bahawa para guru adalah anggota
yang sentiasa bergerak maju, berinisiatif, kreatif, berinovatif dan bersemangat tinggi. Unsur
ketiga, progresif ialah yakin kepada amalan bahawa kemajuan perlu dicapai melalui usaha dan
keazaman. Guru perlu memikirkan kemajuan yang mesti dicapai. Unsur kepimpinan yang
keempat ialah berfungsi iaitu setiap orang guru mempunyai tugas-tugas tertentu yang mesti
dilaksanakan. Unsur kepimpinan kelima ialah produktif. Setiap guru hendaklah produktif dan
sumbangan baktinya kepada masyarakat perlu berterusan dan berkesan. Sekiranya kelima-lima
unsur kepimpinan ini dapat diamalkan, profesion perguruan akan Menjadi satu profesion yang
dihormati, dan sumbangannya terhadap pembangunan negara akan lebih berkesan.

Guru Sebagai Contoh Teladan “Role Model”

Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada pelajar-pelajar. Oleh itu, guru perlu mempunyai
sifat-sifat terpuji yang dapat menjadi contoh teladan ataupun roe model kepada pelajar-pelajar
bagi dicontohi pelajar. Dalam hal ini, guru perlulah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan
baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai sikap
positif pada tugas-tugas yang diamanahkan. Pada zahirnya, guru perlu berkelakuan seperti guru,
berpakaian seperti guru, berjalan seperti guru dan bertutur seperti guru.
Sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak terhad kepada
penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja tetapi juga meliputi pembentukan
sahsiah pelajar. Ini meliputi pelbagai aspek perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani supaya pelajar-pelajar menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi,
harmonis dan seimbang. Oleh itu, guru mempunyai akauntabiliti pada taraf pencapaian,
kemajuan serta kelakuan pelajar-pelajar yang diajarnya. Seterusnya , guru hendaklah memainkan
peranan sebagai role model supaya pelajar akan mencontohi guru tersebut, di samping
membentuk sahsiah murid melalui pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti
kokurikulum.

Guru Sebagai Kaunselor

Peranan guru yang seterusnya ialah sebagai kaunselor pelajar. Kaunselor berperanan dalam
membantu dan memberi nasihat kepada pelajar sekiranya mereka menghadapi masalah. Selain
daripada ibu bapa, guru merupakan insan terbaik dalam membantu pelajar menyelesaikan
masalah yang dihadap oleh mereka. Hal ini kerana sesetengah pelajar gagal berkomunikasi
dengan ibu bapa apabila mereka menghadapi masalah.
Oleh yang demikian guru memainkan peranan yang penting dalam menenangkan fikiran
dan emosi mereka supaya mereka tidak melakukan perkara-perkara yang negatif. Guru juga
harus meluangkan masa yang lebih dan memberi perhatian tambahan kepada para pelajar yang
menghadapi masalah. Khususnya, mereka yang menghadapi masalah keluarga, kewangan,
disiplin dan masalah kesihatan. Hal ini supaya para pelajar berasa selesa dan tidak menghadapi
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 10

masalah untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan mendapat
pencapaian yang terbaik.

Guru Sebagai Jurulatih

Berikutnya, bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan sebagai


jurulatih yang mencungkil bakat dan potensi pelajar. Setiap pelajar di sekolah mempunyai
keistimewaan tersendiri. Guru merupakan insan yang terbaik dalam mengenal pasti dan
mengembangkan bakat dan potensi para pelajar. Hal ini kerana, sesetengah pelajar yang berbakat
tidak dapat menonjolkan bakatnya kerana tidak mengetahui cara yang betul untuk
mengembangkan bakat mereka. Sekiranya guru di sekolah peka terhadap bakat dan potensi yang
ada di kalangan pelajar, bakat mereka boleh diketengahkan dan dilatih ke tahap yang terbaik
supaya dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar itu mempunyai potensi dalam acara sukan, guru boleh
melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar tersebut supaya bakat pelajar
tersebut dapat diasah dan menjadi atlet yang terbaik. Secara tidak langsung, faktor jasmani
pelajar tersebut dapat diperkembangkan dan mencapai salah satu matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Guru Sebagai Penasihat Ibu Bapa

Di samping itu, guru juga berperanan sebagai penasihat kepada ibu bapa. Guru haruslah
menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya perkembangan pelajar di sekolah dan
di rumah dapat diikuti. Sehubungan itu, guru haruslah mengetahui latar belakang keluarga
pelajarnya. Guru juga bertanggungjawab dalam menyimpan semua maklumat yang diberikan
oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka dan tidak
membocorkan kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Hal ini
kerana guru merupakan insan yang paling dipercayai oleh ibu bapa dalam menjaga dan mendidik
anak mereka di rumah dengan cara terbaik dan berkesan. Sekiranya ibu bapa mempunyai
masalah berkaitan dengan anak mereka, guru merupakan insan yang terbaik untuk mereka
meluahkan perasaan dan masalah serta meminta nasihat dan dorongan untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, peranan guru ketika ini amatlah peting dalam
memberi nasihat, dorongan dan bimbingan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan anak mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
pengembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan social anak mereka.
Kesimpulannya, guru merupakan insan yang terpenting dalam merelaisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana, guru berperanan sebagai
seorang pendidik, pembimbing, agen perubahan, penasihat , jurulatih, kaunselor dan role maodel
kepada para pelajar dan masyarakat. Oleh itu, guru perlu mempunyai kemahiran profesional
seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, menyediakan bahan pengajaran pembelajaran,
mengajar, mengurus, menilai, berkomunikasi, menangani masalah dan berusaha ke arah
perkembangan kendiri. Hal ini supaya mereka dapat mendidik dan melahirkan anak bangsa yang
berkualiti, berpengetahuan, bersahsiah dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial.

PERBEZAAN PERANAN GURU BIASA DAN GURU PEMULIHAN KHAS

Terdapat pelbagai perbezaan di antara guru biasa ataupun guru aliran arus perdana dan juga guru
pendidikan pemulihan khas. Mengikut kamus pelajar edisi kedua menyatakan bahawa arus
perdana ialah perkembangan semsa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan, fizikal,
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 11

mental, kebudayaan dan sebagainya. Ini bermakna, guru arus perdana ialah guru yang mengajar
sukatan pembelajaran mengikut perkembangan semasa. Antara perbezaannya ialah dari segi jenis
pelajar yang diajar, matlamat guru itu dalam pengajaran dan pembelajaran , emosi apabila
berdepan dengan para pelajar dan seterusnya kemampuan guru itu sama ada mampu untuk
mengajar pelajar yang biasa dan juga pelajar yang berkeperluan khas.

Ciri-Ciri Pelajar

Perbezaan pertamanya ialah dari segi ciri pelajar yang diajar oleh guru tersebut. Kebanyakan
guru yang mengajar aliran arus perdana atau guru biasa, guru ini hanya mengajar pelajar-
pelajar yang tipikal iaitu mengajar pelajar-pelajar yang normal sahaja mengikut sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini adalah kerana, telah
ditetapkan bahawa guru yang mengambil aliran arus perdana ini hanya mengajar pelajar yang
normal sahaja. Namun, ada juga guru biasa yang mengajar selain daripada bidangnya seperti
pendidikan khas sekiranya apabila guru pendidikan khas tidak ada atau tidak mencukupi. Maka
guru aliran arus perdana ini pula memikul tugas ini juga.
Manakala, bagi guru pemulihan khas ini pelajar-pelajarnya adalah terdiri daripada
pelajar yang berkeperluan khas. Guru ini mengajar pelajar-pelajar yang lembam ataupun pelajar
pemulihan khas yang lemah dalam pelajaran. Iaitu, pelajar yang tidak boleh menguasai
kemahiran asas 3M iaitu membaca, mengira dan juga menulis serta pelajar yang kadangkala
tidak dapat menguruskan diri sendiri.

Matlamat Mengajar.

Perbezaan kedua antara guru arus perdana dan juga guru pendidikan khas ini ialah dari segi
matlamatnya. Kebanyakan guru perdana menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk
mendidik pelajar supaya menjadi insan yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan
kokurikulum. Menjadikan pelajar yang diajarnya supaya mempunyai sikap-sikap yang mulia,
seterusnya dapat menyumbang kepada diri sendiri, masyarakat dan Negara. Seterusnya,
matlamat guru ini adalah untuk melengkapkan diri pelajarnya dengan pelbagai kemahiran agar
dapat digunakan sepanjang hayat dalam memajukan diri sendiri. Seterusnya menjadikan pelajar
ini sebaris dengan pelajar luar Negara yang berjaya dan untuk mencapai objektif falsafah
pendidikan kebangsaaan iaitu menjadikan sistem pendidikan ini bertaraf dunia dengan
melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua bidang yang diceburi. Akhir sekali,
menjadikan pelajar ini berguna kepada agama, bangsa dan Negara. Manakala bagi guru
pemulihan khas pula, menyatakan matlamatnya adalah untuk membantu pelajar-pelajar
pemulihan khas ini menguasai kemahiran-kemahiran yang belum dapat dikuasai agar mereka
tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan
rakan sebaya mereka yang lain.
Kebanyakan pelajar pemulihan khas ini mempunyai emosi dan tingkah laku yang
berbeza daripada pelajar normal yang lain iaitu pelajar ini adalah seorang pelajar yang
mempunyai perasaan rendah diri iaitu suka mengasingkan diri. Seterusnya pelajar ini mempunyai
perasaan risau, hiba, sedih atau duka . Selain itu, pelajar seumpama ini mudah jemu atau cepat
bosan dengan pembelajaran, takut dengan perkara baru, degil dan tidak patuh arahan, pasif dan
juga malas dalam pembelajaran. Justeru itu, guru pemulihan khas ini haruslah sentiasa
membantu pelajar ini agar mereka dapat mengatasi masalah mereka dan boleh bersosial seperti
pelajar-pelajar yang biasa. Mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan serta
pendidikan yang terbaik agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap yang optimum.
Seterusnya, matlamat guru pemulihan khas ini juga adalah untuk menarik minat pelajar supaya
belajar. Menurut (Crow & Crow, 1980), minat adalah daya penggerak yang mendorong pelajar
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 12

supaya memberikan perhatian kepada seseorang, benda dan kegiatan. Ia boleh merupakan
pengalaman yang berpengaruh yang telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri. Minat boleh
menjadi punca kepada sesuatu kegiatan itu sendiri. Arah pemikiran dipengaruhi oleh pengalaman
deria dan kesedaran pengamatan untuk membolehkan deria dan kesedaran pengamatan
membolehkan perubahan perhubungan di antara idea dengan proses pemikiran. Oleh yang
demikian, pelajar yang mempunyai minat yang maksimum serta sikap berdisiplin akan lebih
bersemangat dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi dalam
setiap pembelajaran walaupun ianya sukar untuk dikuasai sepenuhnya.

Perbezaan Tahap Emosi Guru

Seterusnya adalah perbezaan dari segi emosi guru itu apabila berhadapan dengan para pelajar
yang pelbagai. Bagi guru biasa, cabaran guru yang amat besar sekali ialah pengurusan disiplin
pelajar dan bilik darjah. Secara umum, disiplin merangkumi usaha guru dalam membantu murid-
murid berinteraksi dengan rakan-rakan kelas, mengajar mereka berkelakuan selaras dengan
norma dan piawaian sedia ada, memberikan mereka peluang belajar daripada kesilapan, dan
sedia menerima konsekuen akibat keputusan yang mereka buat.
Berdasarkan keterangan di atas, maka boleh dikatakan bahawa disiplin bertujuan untuk
membantu murid-murid menjadi individu yang bertanggungjawab dan berkeyakinan diri, boleh
berfikir untuk diri sendiri, prihatin terhadap orang lain, dan menjalani hidup yang berguna serta
membawa kepada kepuasan diri. Takrifan masalah disiplin yang diutarakan oleh ahli-ahli teori
dalam bidang tersebut. Kindsvatter (Levin & Nolan,2004) yang melihat disiplin dari perspektif
tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah mendefinisikan masalah disiplin sebagai tingkah
laku bermasalah atau salah laku.
Feldhusen (Levin & Nolan, 2004) pula menggunakan istilah tingkah laku disruptif yang
ditakrifkan sebagai gangguan terhadap pelaksanaan proses pengajaran yang lancar. Berpegang
kepada pengertian ini, maka apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru boleh
dianggap sebagai masalah disiplin. Bagi Emmer dan rakan-rakan (Levin & Nolan, 2004) tingkah
laku murid boleh ditakrifkan sebagai disruptifapabila ia mengganggu pengajaran guru serta
pembelajaran beberapa orang murid untuk satu jangka masa tertentu. Oleh itu, kesabaran diuji
dengan sikap dan tingkah laku pelajar yang tidak mendengar kata dan sering melakukan
masalah disiplin di sekolah seperti vandalism, ponteng sekolah dan kelas, gejala samseng dan
sebagainya. Oleh itu, guru haruslah pandai mengawal masalah disiplin pelajar ini agar
keharmonian sekolah dapat dicapai. Justeru itu, bagi guru haruslah pandai mengawal emosi.
Selesaikan segala masalah dengan akal dan bukan dengan emosi semata-mata.
Manakala, berbeza pula bagi guru pemulihan khas ini. Bagi guru pemulihan khas ini
pula, kesabaran diuji dengan karenah pelajar pemulihan khas yang sukar memahami arahan dan
pembelajaran. Pelajar-pelajar ini kebanyakannya adalah degil, aktif di mana sering mengganggu
kawan yang ingin belajar, tidak fokus pada apa yang di ajar, selalu menangis, enggan masuk
kelas dan sebagainya. Oleh itu, guru ini harus mempunyai kesabaran yang tinggi dalam
mengajar para pelajar ini. Guru pemulihan khas ini perlulah lebih memberi perhatian yang
sepenuhnya kerana pelajar-pelajar ini untuk meningkatkan keyakinan pelajar tersebut
mempunyai sikap yang rendah diri dan ada di antaranya tidak dapat berhadapan dengan perkara
yang baru. Setiap pelajar adalah unik, berbeza dan merupakan individu tersendiri merupakan
tanggapan yang tuntas, benar dan amat tepat bagi kanak-kanak pemulihan khas. Ini bermakna,
kemampuan pelajar-pelajar berpendidikan khas ini terbatas. Oleh itu mereka perlu didekati,
dilayani dan dididik secara individu. Setiap murid tersebut memerlukan perhatian secara
individu.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 13

Perbezaan Tahap Kemampuan Guru

Akhir sekali ialah perbezaan dari segi kemampuan seorang guru itu. Mengikut kemampuan pula,
kebanyakan guru biasa yang mengajar pelajar-pelajar normal ini, hanya mampu mengajar pelajar
ini sahaja. Ini adalah kerana, guru yang mengambil bidang ini semasa di pusat pengajian sama
ada di maktab mahupun universiti mereka hanya didedahkan pengajaran atau ilmu terhadap
pelajar-pelajar arus perdana ini sahaja. Seterusnya, apabila melakukan praktikal ataupun tugasan
mengajar, para guru yang mengambil bidang arus perdana ini hanya mengajar pelajar-pelajar
yang normal. Oleh itu, apabila guru biasa diminta untuk mengajar pelajar-pelajar pemulihan khas
ini mereka tidak dapat melakukan kerana mereka tiada pengetahuan tentang bagaimana untuk
mengawal atau mengajar pelajar-pelajar brekeperluan khas ini dan seterusnya tidak dapat
membantu pelajar berkeperluan khas ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-
pelajar pemulihan khas ini. Ini bermakna kemampuan guru biasa hanya terhad mengajar kepada
pelajar daripada kelas arus perdana sahaja. Seterusnya, sikap guru biasa yang tidak berminat dan
tidak mempunyai latihan langsung untuk mengajar murid-murid berkeperluan khas. Jika guru
tidak berminat untuk mendidik pelajar-pelajar berkeperluan khas, ia akan menjejaskan murid-
murid tersebut. Demikian juga jika guru tidak mempunyai latihan.
Manakala bagi guru pendidikan pemulihan khas, guru ini mampu mengajar pelajar-
pelajar yang berkeperluan khas dan juga pelajar-pelajar arus perdana. Ini adalah kerana, guru ini
diterapkan dengan pengetahuan untuk memahami pelajar arus perdana dan juga pelajar yang
bekeperluan khas ini juga. Ini kerana semasa di pusat pengajian setiap guru akan didedahkan
tentang ilmu pelajar sama ada pelajar yang normal dan juga pendidikan khas.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai perbezaan yang ketara di antara guru biasa dan juga
guru pendidikan khas. Walaupun terdapat pelbagai perbezaan dari segi pelajar , matlamat,
kemampuan dan sebagainya setiap guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam sistem
pendidikan bagi mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan di mana untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.

CIRI-CIRI UTAMA PERANAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU-GURU


SEBAGAI “PENDIDIK” DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menentukan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran

Ciri utama guru berkesan atau guru efektif ialah menentukan objektif pengajaran dan
pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap pencapaian murid. Objektif perlu
dimaklumkan dan diketahui oleh murid- murid sebelum pembelajaran bermula. Penetapan
sedemikian membolehkan mereka menyedia dan mengubahsuai mind-set yang tepat terhadap
pengetahuan, kemahiran dan perlakuan yang perlu dicapai apabila pembelajaran tamat. Guru
boleh mengukur dan menilai tahap pencapaian murid berdasarkan hasil pembelajaran atau
learning outcome. Kelainan perolehan dan pencapaian di dalam suatu pembelajaran adalah
perkara biasa. Walau bagaimanapun, jika terdapat perbezaan yang terlalu besar dalam min
pencapaian, guru perlu menyemak semula tentang kelemahan atau kesilapan dalam
pengajarannya, untuk usaha penambahbaikan. Pendekatan ini akan memudahkan guru membuat
susulan agar objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai pada tahap maksimum. Penentuan
objektif amat mustahak dalam pengajaran dan pembelajaran, ibarat kapal belayar perlu
menentukan hala tuju agar sampai ke destinasi mengikut jadual. Seseorang guru tidak akan
mencapai tahap efektif sekiranya tidak menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran,
umpama perjalanan tanpa tujuan akan mundar mandir, terhoyong-hayang dan ke hulu ke hilir,
hingga akhirnya kecundang sendirian.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 14

Menyediakan Rancangan Mengajar

Guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran,
termasuklah guru berpengalaman, guru cemerlang dan guru pakar. Persediaan mengajar oleh
guru akan melibatkan masa yang berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan, dan kearifan
individu guru. Objektif dan isi pelajaran disusun mengikut keutamaan atau kefahaman murid,
seperti bermula daripada aspek yang mudah kepada yang lebih sukar, aspek yang berada dalam
pengetahuan atau pengalaman murid kepada perkara yang belum berada dalam pengetahuan dan
pengalaman mereka. Setiap perkembangan pelajaran diikuti pula oleh aktiviti murid secara
terancang dan sebahagiannya spontan. Pendekatan berasaskan spiral curriculum membolehkan
murid mengembangkan ilmu sedia ada dan memantapkan pengalaman tersedia. Mereka akan
mengikuti pengajaran peringkat demi peringkat, langkah demi langkah, fakta demi fakta, yang
keseluruhannya secara sistematik dan efektif. Guru menerajui haluan perkembangan pengajaran
dengan murid-murid mengayuh bersama menuju ke destinasi yang diketahui bersama. Usaha dan
kebersamaan sedemikian boleh mempercepatkan perolehan kandungan pembelajaran dan
seterusnya peningkatan pencapaian. Penerangan disampaikan secara susunan tanpa memasukkan
terlampau banyak isi pelajaran dalam sesuatu masa berasaskan pendekatan teach sequentially
and globally.

Pengetahuan, Kemahiran dan Kecekapan Bidang

Seseorang guru semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek
yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
komprehensif terhadap bidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa kemas kini, menarik, bertenaga dan inspirasional.
Ada kalanya murid bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau kurikulum yang tertera
dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti
kukuh, pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan kecenderungan murid untuk mengikuti
lanjutan epistemologi disiplin tersebut. Lebih menarik dan efektif sekiranya guru dapat
menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid. Murid akan melihat dan
menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan datang.
Demikian sebaliknya, jika guru gagal untuk menjawab pertanyaan murid atau sentiasa
menangguhkan jawapan, menyebabkan murid kurang berkeyakinan kepada guru tersebut dan
hilang minat. Lebih-lebih lagi jika guru sentiasa menghalang murid-murid daripada bertanya
perkara yang di luar kurikulum, sedangkan berminat untuk mengetahui, berkemungkinan mereka
kehilangan kecenderungan untuk bertanya dan hilang minat untuk mempelajari subjek yang
diajar oleh guru berkenaan. Jika halangan dan gangguan terhadap perkembangan murid-murid
berlanjutan, situasi ini akan mengakibatkan perencatan dan pembunuhan minat mereka untuk
belajar.

Kepelbagaian Kaedah Mengajar

Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan
pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh
murid. Guru perlu employ a wide variety of methods untuk menyampaikan kandungan pelajaran
berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan
keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya
efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk
sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Kajian saintifik perlu dibuat untuk menilai kekuatan
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 15

dan kelemahan kaedah yang digunakan. Guru perlu berkemahiran dalam membuat kajian
tindakan atau pemerhatian saintifik. Kajian menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan amat
berperanan penting sebagai sumber kefahaman, minat dan komitmen murid dalam pengajaran
dan pembelajaran. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemas kini dan menggunakan
peralatan elektronik seperti komputer, internet, power point, dan video. Walau bagaimanapun,
guru yang bijak menggunakan gaya tingkah laku dan intonasi suara, bercerita, memek muka
humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti pengajaran secara efektif.

Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid

Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajaran.
Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid,
dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa
pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu mengenali di antara
satu sama lain, saling berinteraksi dan menggunakan panggilan baik-baik serta digemari yang
membuktikan saling communicate with interest and enthusiasm. Semasa menyampaikan
pengajaran guru seharusnya mempunyai pemikiran positif dan bersangka-suka terhadap murid
agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan
humur. Memandang terus dan telus terhadap individu murid dan melihatnya dengan penuh
empati serta use intrinsic and extrinsic rewards more often than penalties. Situasi sedemikian
akan dapat menimbulkan interaksi positif dan konstruktif yang menghasilkan keberkatan ilmu
yang disampaikan demi manfaat jangka pendek dan jangka panjang murid dan guru. Masyarakat
dan negara akan memperoleh manfaat seterusnya.

Motivasi, Minat dan Mencungkil Sikap Ingin Tahu Pelajar

Murid-murid boleh digalakkan untuk mengemukakan soalan, pendapat dan menunjuk cara
perlakuan. Penglibatan murid-murid secara aktif akan menimbulkan minat yang tinggi dan
berazam untuk terus berada dalam pembelajaran. Guru perlu mencari faktor-faktor yang boleh
menimbulkan minat dalam pengajaran. Ada kalanya faktor ini berbeza-beza di antara satu
kumpulan atau kelas murid. Apabila guru berjaya mencetuskan minat murid-murid, mereka
bukan saja akan terlibat secara aktif, bahkan sentiasa menunggu-nunggu kedatangan guru
berkenaan. Ramai penyelidik psikologi mendapati bahawa minat atau kecenderungan merupakan
faktor utama penglibatan serius murid dalam sesuatu pembelajaran.

Kejelasan Penyampaian Dan Penghuraian Isi Pelajaran Kepada Pelajar

Penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami oleh murid akan menjadikan mereka lebih
berminat dan mengikuti pembelajaran sehingga tamat. Kepelbagaian dalam gaya penyampaian
dan bahasa yang mudah difahami serta formula yang tahu aplikasi akan menjadikan
pembelajaran murid bertambah komited dan efektif. Guru seharusnya mengetahui taraf
kebolehan bahasa murid, pencapaian pengetahuan, dan kefahaman aplikasi sesuatu teori atau
formula. Imam Al-Ghazali mengingatkan agar guru menggunakan bahasa yang mudah,
penerangan yang jelas, dan perbincangan isi pelajaran yang di dalam pengetahuan dan kemahiran
murid yang diajar. Guru perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa dan penerangan yang
berliku-liku, berbelit-belit, perkataan sukar, dan bombastik. Ini bererti penyampaian berbeza di
antara murid sekolah rendah dengan sekolah menengah, murid pintar dengan sederhana, dan
murid normal dengan pendidikan khas. Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas
akan memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru
seterusnya dapat meningkatkan prestasi pembelajaran. Sebagai kesediaan awal murid-murid
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 16

perlu dicerna dan mahirkan kefahaman mereka dalam aspek bahasa seperti yang di tunjangkan
dalam objektif KBSR.
Guru seharusnya berkebolehan dalam menerangkan secara jelas mengenai sesuatu konsep
abstrak dan konkrit iaitu explain and illustrate concepts both abstractly and concretely. Perkara
abstrak boleh dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid atau sesuatu yang
mempunyai persamaan dengan membuat andaian. Guru boleh juga melakarkan dalam bentuk
tulisan, gambar rajah atau carta. Penerangan konsep konkrit perlu diikuti oleh perbuatan atau
tindakan murid demi mengukuhkan konsep yang konkrit dengan objek sebenar.

Ujian dan Penilaian.

Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan tertentu
berasaskan konsep menyoal. Di antara tujuan menyoal ialah mendapatkan maklumat, menguji
kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan, dan
mengukuhkan pemahaman. Soalan-soalan berbentuk provokatif atau thought-provoking boleh
mendatangkan rangsangan dan motivasi untuk pelajar berfikir secara konstruktif dan inovatif.
Soalan dibina dalam bentuk ayat mudah, berstruktur atau terbuka. Persoalan boleh diajukan
berdasarkan pendekatan konsep Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sentisis, penilaian, dan apresiasi. Hussein (1992:130) menukilkan bahawa Rutter, et al.,
(1979) mengenal pasti di antara ciri-ciri sekolah rendah berkesan di United Kingdom ialah
penglibatan guru, adanya penyelarasan dan ketekalan guru, sesi berstruktur, pengajaran yang
mencabar keintelektualan, perhubungan maksimum antara guru dengan pelajar, persekitaran
untuk mengajar dan belajar, dan, iklim positif.

Tindakan Susulan Melalui Pengayaan dan Pemulihan.

Tindakan susulan merupakan langkah terpenting dalam menilai keberkesanan sebenar


pembelajaran murid. Ini dilakukan pada penghujung pengajaran atau selepas membuat penilaian
atau ujian formatif atau summatif. Soalan yang dikemukakan perlu dibincangkan semula
jawapan sebenar dan rasional setiap jawapan. Langkah ini diikuti pula oleh pemantauan prestasi,
di antaranya dengan cara murid-murid yang mendapat pencapaian tinggi dikelompokkan dalam
satu kumpulan untuk proses pengayaan pembelajaran manakala murid-murid lemah
dikelompokkan dalam satu kumpulan untuk pemulihan dengan guru memberi perhatian dan
tumpuan yang lebih banyak. Guru perlu know how to achieve individual and group goals
terutama di dalam bilik darjah yang diajar.

Pengurusan Bilik Darjah.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan pengurusan bilik darjah
yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang mempunyai suasana belajar, persekitaran
harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmu-an. Lantaran sedemikian akan membolehkan guru
melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran
maksimum. Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggung jawab dan amanah seseorang guru
dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai efektif
apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif di kalangan pelajar. Tahap
efektif guru lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian pelajar sama ada dalam perolehan
pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan apresiasi. Semua ini menjadi key performance index
terhadap keterampilan guru dan guru efektif. Guru berkebolehan menjangkau perlakuan yang
akan berlaku semasa pengajaran, berjenaka deduktif, dan menggunakan kehadirannya dalam
bilik darjah dengan terbaik dan sepenuh kebaikan. Aspek ini ditekankan oleh Levin dan
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 17

Lockheed (1991) dalam sintesisnya mengenai Effective Schools in Developing and


Underdeveloped Countries mengatakan faktor terpenting yang memberi input positif kepada
pencapaian pelajar di negara maju ialah ‘proses pembelajaran’ di bilik darjah. Amat kurang
bererti kepada seseorang guru yang hebat di luar bilik darjah tetapi mengabaikan akauntabiliti di
dalam bilik darjah. Agak tidak relevan sekiranya guru kurang kesungguhan semasa mengajar,
motivasi rendah, mengajar dalam terpaksa, menghukum pelajar lebih daripada memotivasikan,
tiada memberi pujian atau menganugerahi pelajar, masam muka lebih banyak daripada senyum,
dan paling serius ialah ponteng tugas mengajar.

PERANAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN


PEMULIHAN KHAS

Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit
tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata
sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tercicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan
jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.

Tugas-tugas Guru Pemulihan Khas

Guru Pemulihan Khas mempunyai tugas-tugas yang memerlukan penelitian yang lebih bagi
menjamin kelancaran program pemulihan ini. Antara tugas-tugas guru pemulihan ini
termasuklah:

1. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid- Murid lemah yang terpilih
dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid- murid Tahun 2
dan Tahun 3.

2. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih


dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid- murid Tahun 2
dan Tahun 3.

3. Membantu guru-guru asas dalam hal :


• Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama
ada di kelas biasa atau kelas khas.
• Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan- bahan pemulihan.
• Membantu guru asas sekiranya keadaan memerlukan.

4. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, guru bimbingan, ibu bapa, doktor, pegawai
kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang
kelakuan, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.

5. Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid-murid yang


menghadiri kelas pemulihan dan merekodnya. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:
• Kemajuan murid.
• Latar belakang murid.
• Laporan kesihatan murid.
• Hasil temu bual dan rujukan.

6. Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid mengandungi:
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 18

• Borang Pencalonan.
• Profil Murid Pemulihan.
• Ujian Saringan dan Diagnostik
• Lembaran Kerja.
• Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
• Catatan lain yang berkaitan dengan murid.

7. Membentuk Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa


Kurikulum Sekolah.
8. Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.
9. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid pemulihan khas di sekolah.

PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS

Peranan utama guru pemulihan adalah diklasifikasikan seperti berikut:

Penilai (An Assessment Role)


1. Menyediakan dan menjalankan saringan untuk mengenal pasti murid yang menghadapi
masalah pembelajaran.
2. Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah pembelajaran
khusus yang dihadapi murid.
3. Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkan dengan rapi dan tersusun.

Preskriptif ( Prescriptive Role)


1. Merancang, menyediakan dan melaksanakan program program individu bagi kanak-
kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
2. Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di peringkat sekolah atau
daerah khas untuk guru-guru dan Guru-guru besar, Pegawai-pegawai dari Jabatan
Pendidikan Daerah dan negeri, sekiranya keadaan mengizinkan.

Pengajar ( A Teaching Therapentik )


1. Mengajar murid-murid yang menghadapi masalah- masalah pembelajaran (3M) yang
mana tidak dapat diatasi oleh guru biasa dalam situasi kelas biasa.
2. Mengajar bersama-sama dengan guru asas dengan cara “Team Teaching” sekiranya
keadaan memerlukan.

Khidmat bantu ( A Supportive Role )


1. Membantu guru biasa merancang dan mengubahsuaikan aktiviti-aktiviti dan bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran untuk pemulihan berpandukan Buku Panduan
Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah Rendah 2) Membimbing dan memberi tunjuk
ajar kepada guru-guru biasa mengenai teknik mengajar kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran.

Bagi memastikan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran mendapat


perhatian, layanan dan bantuan yang maksimum di sekolah, kerjasama dan penyelarasan di
antara Guru Khas Pemulihan dan guru biasa dalam merancang, menyelia dan melaksanakan
program pemulihan dan guru asas perlu memainkan peranan mereka bersama dalam berbagai-
bagai perkara seperti berikut:
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 19

1. Mengenal pasti murid yang memerlukan pemulihan dan menghadapi masalah


pembelajaran tertentu.
2. Mengatur jadual waktu serta menyediakan aktiviti dan bahan untuk pengajaran
pemulihan.
3. Menyediakan kerja susulan.
4. Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod murid dengan rapi dan tersusun.

Perhubungan ( A Liasion Role )


1. Menghubungi dan berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid-murid tertentu untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan
2. Mengemukakan cadangan-cadangan kepada ibu bapa atau penjaga murid tentang
bagaimana hendak membantu anak-anak mereka di rumah, demi kepentingan
pembelajaran murid-murid itu.
3. Menghubungi dan mendapatkan nasihat serta bantuan kepakaran dari doktor, pakar
psikologi, pegawai kebajikan masyarakat dan sebagainya terhadap murid-murid tertentu

Pendorong ( A Motivator )
1. Peranan yang paling penting sebagai seorang guru pemulihan ialah sebagai seorang
pendorong. Seorang Guru Pemulihan haruslah berupaya mendorong pelajarnya supaya
terus belajar dan menghapuskan rasa kurang yakin pada diri pelajar tersebut.
2. Guru juga harus mewujudkan suasana bilik darjah yang menarik untuk mengelakkan
kebosanan murid terhadap aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BIASA/GURU TERAPUNG

Tugas Mengajar
1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan.
3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni.
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan-tindakan susulan sewajarnya

Membuat Perancangan (P&P)


1. Merancang P&P tahunan mengikut Sukatan Pelajaran anjuran Kementerian Pendidikan.
2. Menyediakan rancangan pelajaran penggal, mingguan dan harian.
3. Menyediakan rancangan mengajar bersaingan selain Buku Rekod Persediaan Mengajar.
4. Merancang ujian berasaskan tajuk bahan P&P, ujian mingguan, bulanan atau tahunan.
5. Merekodkan penilaian dan keputusan ujian yang kemas kini di dalam Buku Kemajuan
murid.
6. Merancang tindakan-tindakan susulan terhadap penilaian/keputusan ujian berkenaan
untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid.

Melaksanakan Pelbagai Tugas Khusus


1. Menghadiri kursus kemahiran anjuran Pusat Kegiatan guru atau seumpamanya.
2. Mengendalikan kursus-kursus dalaman kepada ahli-ahli staf yang lain
3. Menjadi ahli pelbagai jawatankuasa dalaman yang ditubuhkan oleh Guru Besar
4. Mengendalikan kelas-kelas tambahan apabila dirancangkan oleh Guru Besar.
5. Mengendalikan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti diagihkan oleh PK(KK)
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 20

Menjaga Disiplin, Keselamatan dan Kebajikan Murid


1. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi oleh setiap murid
2. Mewujudkan suasana ceria dan kondusif bagi P & P
3. Mengendalikan kes-kes disiplin, keselamatan dan kebajikan murid
4. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai di kalangan murid

Mentadbir dan Menguruskan Bilik Darjah.


1. Mengutamakan disiplin di samping P &
2. Mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan kelengkapan yang sedia ada
3. Memastikan suasana bersih, kemas dan teratur
4. Mengambil tindakan segera terhadap kes-kes murid ponteng.

Mengendalikan Pelbagai Tugas Rasmi Lain


1. Mengambi alih tugas-tugas rasmi bagi rakan yang lain semasa ketiadaannya.
2. Menjadi guru pengganti atau guru “ sit-in” dari masa ke semasa
3. Mewakili pihak sekolah dalam jemputan-jemputan rasmi atas arahan Guru Besar
4. Menjalankan tugas-tugas khas yang diarah akan oleh Jabatan
Pendidikan/GB/Pk1/PK2/PK KK/PP

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SETIAP GURU.

Sebagai guru yang mendorong pelajarnya untuk lebih maju supaya tidak hilang minat di dalam
kelas, seorang guru haruslah mengelakkan beberapa perkara berikut :
1. Mendiskriminasikan para pelajarnya, di antara yang bijak dan yang lembam.
2. Menghina pelajar yang lembam di hadapan pelajar lain, ataupun secara bersendirian atau
di dalam bilik guru pun, guru tidak harus menghinanya.
3. Membunuh rasa yakin diri pelajarnya. Rasa yakin diri pelajar boleh terjejas jika guru
mengecap mereka sebagai bodoh, tolol, dungu dan sebagainya.
4. Menunjukkan bahawa dia membenci pelajar sama ada melalui kata-kata atau tindak
tanduknya.
5. Mengatakan bahawa jika pelajar tersebut meninggalkan sekolah tidak akan memberi
kesan apa-apa kepada sekolah dan sekolah tidak kerugian.
6. Berasa bahawa masa dan tenaga yang dicurahkan untuk mengajar pelajar itu adalah sia-
sia.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 21

BIODATA GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

• Nama : Cikgu Sit i Kalt ina bint i Yazid


• Umur : 30 tahun
• Status : Berkahwin.
• Pendidikan: Sarjana Muda Sains Sosial Psikologi (UKM)
• Pen. Terakhir : KPLI
• Kursus: Diplo ma Pendidikan Pemulihan Khas (IP Teknik Ceras)
• Pengalaman bertugas: 5 tahun.
• Program: Pemulihan Khas
• Bil. Murid Yang diajar: 8 orang.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 22

Biodata Guru Aliran Perdana

• Nama : Cikgu Ma’idah bint i Aminuddin


• Umur : 31 tahun
• Status : Berkahwin
• Pendidikan : Sarjanamuda Ilmu Kemanusiaan USM)
• Pendidikan Terakhir: Diplo ma Pengajian Melayu (KPLI)
• Opsyen: Major(Bahasa Melayu)
Minor( Kajian Tempatan)
• Subjek mengajar: Bahasa Melayu .
• Pengalaman bertugas: 5 tahun.
• Program: Aliran Perdana
• Bilangan murid yang diajar: 85

SAMPEL SOALAN TEMU BUAL

1) Adakah cikgu menilai setiap murid sebagai seorang individu?


2) Bagaimana cikgu menilai set iap murid itu sebagai seorang individu mengikut
kesesuaian keperluan mereka?
3) Berapakah jumlah bilangan murid yang cikgu ajar setiap hari dan adakah cikgu
lebih gemar mengajar secara kumpulan atau secara individu?
4) Bagaimana cikgu mengatasi dilema antara melayan murid sebagai seorang
individu dalam jumlah bilangan murid yang ramai set iap hari?
5) Untuk tujuan ke arah pengajaran yang lebih efektif, adakah perlu wujudnya
hubungan rapat antara guru dan murid?
6) Adakah anda fikir ini adalah pent ing untuk menjaga jarak sosial antara murid
untuk mengekalkan disiplin pelajar?
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 23

7) Bagaimana cikgu menangani masalah ant ara mewujudkan keakraban dengan


murid untuk tujuan mengajar dan menjaga jarak untuk tujuan disiplin?

Temubual di antara guru aliran perdana dengan guru pendidikan pemulihan khas

1) Adakah guru menilai setiap murid sebagai seorang individu?

Menurut cikgu kaltina setiap guru pemulihan khas perlu menilai setiap murid sebagai seorang
individu .Hal ini kerana mereka berhak menerima pendidikan yang sama dengan murid normal.
Tambah beliau lagi member layanan sama seperti murid normal bermaksud member sokongan
dan galakan agar murid-murid yang berkeperluan khas ini merasa berkeyakinan. Cikgu Kaltina
memberitahu,
saya memberikan layanan kepada murid-murid berkeperluan khas ini sama seperti murid-
murid normal yang lain, tidak adillah bagi saya sekiranya membeza-bezakan mereka kerana
mereka juga mempunyai hati dan perasaan

Beliau juga menggalakkan murid-murid berkeperluan khas mengambil bahagian dalam


semua aktiviti sama seperti pelajar normal yang lain. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan
seperti bersukan, menyanyi dan mengadakan pertandingan aktiviti dalam bilik darjah. Menurut
cikgu Maidah yang merupakan seorang guru aliran perdana juga memberikan jawapan yang
sama dengan cikgu Kaltina bahawa beliau juga menilai setiap murid sebagai seorang individu.
Hal ini kerana murid-murid daripada kelas aliran perdana memerlukan perhatian dan pengajaran
yang lebih unuk memastikan prestasi pembelajaran semakin meningkat. Beliau juga berpendapat
murid-murid juga berhak menerima pendidikan yang sejajar dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Negara. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan ,berakhlak mulia bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta
member sumbangan kepada kemakmuran masyarakat dan Negara.
‘Murid-murid aliran perdana ini memerlukan perhatian dan pengajaran yang lebih.
Tambah lagi murid-murid yang akan mengambil peperiksaan UPSR ,kata cikgu
Maidah.

Jais Sahok dan Mat Nor Husin (1990) menyatakan bahawa guru mestilah sedar akan wujudnya
murid-murid yang memerlukan Pendidikan Pemulihan di dalam kelasnya. Masalah pembelajaran
murid haruslah dikesan dan dianalisis oleh guru.Ini membolehkan guru merancang pengajaran
pemulihan melalui program khas untuk murid berkesan. Tegasnya guru pemulihan adalah
pengesan dan pemulih kepada kelemahan.

2) Bagaimanakah cikgu menilai setiap murid itu sebagai seorang individu


mengikut kesesuaian mereka.

Cikgu kaltina menyatakan beliau mempelbagaikan kaedah pembelajaran mengikut tahap


kebolehan ,kemampuan dan kefahaman murid .Cikgu kaltina akan membahagikan pelajarnya
mengikut tahap dalam pembelajaran. Beliau membahagikan pelajar yang berkemampuan,
sederhana dan seterusnya lemah. Melalui cara ini akan memudahkan beliau untuk mengesan
setiap tahap kemampuan murid-murid.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 24

Selain itu, Cikgu Kaltina selalu memberikan pujian kepada setiap perkara positif yang
dilakukan oleh murid tersebut.Sebagai contoh beliau akan memberikan pujian dan memberikan
kata-kata semangat apabila muridnya mencuba serta berjaya menjawap soalan yang diajukan
sama ada betul atau salah.
Bagus jawapan kamu itu Ahmad. You are smart boy.. Kata cikgu Kaltina sekiranya muridnya
cuba untuk menjawab soalan yang diajukan.

Cikgu kaltina juga memahami keupayaan murid dengan tidak memaksa sekiranya mereka
tidak mampu melakukan sesuatu kerja. Pelajar berkeperluan khas berbeza kemampuan
berbanding pelajar normal. Kemampuan murid khas ini lebih terbatas. Cikgu kaltina akan
memastikan muridnya melakukan kerja yang ringan dan tidak membebankan murid tersebut
dengan tugasan di rumah dengan banyak.
Saya sedar murid berkeperluan khas ini berbeza kemampuan berbanding murid
normal yang lain. Oleh itu, saya mengambil langkah dengan tidak memberikan
bebanan kerja kepada mereka. Saya akan suruh mereka lakukan perkara tu
mengikut kemampuan mereka

Menurut Cikgu Maidah beliau menghargai murid dengan memberi perhatian,


memahami dan memenuhi keperluan pembelajaran murid tersebut .Cikgu Maidah
akan pulang lewat dari waktu persekolahan kerana beliau akan membuat
perbincangan dengan murid yang memerlukan bantuannya untuk memahami subjek
yang diajar oleh beliau.

Saya kerap pulang lewat daripada waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah.Pada masa itu
saya akan membantu murid yang tidak faham dengan pengajaran saya sebelum ini ketika dalam
kelas ,kata cikgu Maidah.

Seperti cikgu Kaltina, Cikgu Maidahh juga akan memberikan ganjaran mengikut setiap
kemampuan mereka. Cikgu Maidah akan memberikan hadiah kepada pelajarnya yang
menunjukkan prestasi cemerlang dalam kelas. Melalui cara ini beliau yakin setiap pelajar akan
belajar bersungguh-sungguh dan bersaing antara satu sama lain untuk mendapat tempat yang
teratas dari kedudukan dalam kelas.
Semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas beliau akan memberi
peluang kepada murid untuk berkongsi maklumat. Beliau akan mengajukan soalan kepada murid
dan akan meminta muridnya untuk menjawap sambil didengari semua murid dalam kelas itu
.Melalui cara ini memudahkan beliau berbincang bersama murid serta berkongsi pendapat di
dalam kelas mengenai soalan tersebut.
saya akan mengajukan soalan kepada murid dan meminta mereka untuk memberikan jawapan.
Saya akan meminta murid yang menjawab soalan tersebut memberikan jawapan dengan kuat
sehingga semua murid lain dalam kelas itu mendengarnya ,kata cikgu Maid

Haigh (1997) berpendapat bahawa satu asas yang sangat perlu bagi tiap-tiap pelajaran
ialah member galakan dan pujian. Pengukuran yang bercorak positif hendaklah dijalankan
sebagai asas bagi mengawasi murid-murid mereka. Selain daripada aktiviti –aktiviti yang
diberikan kepada murid dalam pengajaran seharian, murid-murid tidak dihalang jika mereka
ingin membuat aktiviti yang lain asalkan berkaitan dengan pelajaran itu.
Menurut Rahimah (UKM,1992) keberkesanan pengajaran terletak kepada keupayaan
guru membina suasana untuk pelajar-pelajarnya menyelami pembelajaran yang akan membawa
hasil yang dikehendaki. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru supaya memudahkan
proses pengajaran dan membuat pengalaman belajar sebagai suatu yang menyeronokkan.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 25

3) Berapakah jumlah bilangan murid yang cikgu ajar setiap hari dan adakah cikgu
lebih gemar mengajar secara berkumpulan atau secara individu?

Cikgu Kaltina mengajar murid dalam satu sesi pembelajaran ialah antara 2 hingga 4 orang murid.
Beliau lebih gemar mengajar secara individu. Sekiranya beliau mengajar secara individu, ini
membolehkan beliau member tumpuan sepenuhnya kepada murid. Selain itu, ini akan
memberikan kebaikan kepada murid kerana mereka akan lebih fokus dan mudah untuk
memahami ilmu yang disampaikan. Sebagai contoh cikgu Kaltina akan menetapkan jadual masa
pembelajaran untuk setiap muridnya .Apabila cikgu Kaltina mempunyai masa lapang, beliau
akan mengajar dan memberi tumpuan kepada muridnya yang mempunyai masalah memahami
pelajaran di tahap yang lemah. Cikgu Kaltina memberitahu,
saya akan mengajar murid-murid ini secara individu.Saya dapat memberikan tumpuan kepada
mereka sehingga mereka betul-betul dapat memahami apa yang saya ajar melalui cara ini

Pengajaran secara individu biasanya mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan


perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan-bahan pengajaran yang dikhaskan
kepadanya. Pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan bahawa setiap murid adalah berbeza
dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. Kesemua
pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar
kepantasn murid. Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid-murid boleh
belajar mengikut kemampuan sendiri.
Morahani Yusof (1990) menyatakan bahawa dalam pengajaran pemulihan, pengajaran
secara individu yang dilakukan oleh guru dapat memberi tumpuan yang khusus kepada
keperluan seseorang murid dalam mempelajari kemahiran membaca. Guru harus menilai
kemahiran memimpin & menyelenggarakan perbincangan secara perseorangan, membuat
diagnostik terhadap kekuatan & kemahiran murid merancang kegiatan yang lain & merekod
kemajuan kemahiran murid.
Menurut Chua Tee Tee(1992) tidak kira system pengajaran yang dijalankan adalah kelas
tetap atau tidak tetap guru khas mestilah menjalankan pendidikan secara individu di samping
pengajaran berkelompok.Ini adalah kerana sekumpulan murid lambat dan beberapa individu
yang berbeza-beza walaupun mengalami kesulitan dalam mata pelajaran yang sama dan dating
dari kelas yang sama. Oleh kerana keperluan mereka yang berlainan maka guru pemulihan khas
haruslah merancang dan menjalankan aktiviti perseorangan yang sesuai.
Bagi cikgu Maidah pula purata murid yang diajarnya dalam bilik darjah antara 30 hingga
40 orang murid setiap hari. Berlainan dengan Cikgu Kaltina, Cikgu Maidah mengajar muridnya
secara berkumpulan. Melalui pengajaran secara berkumpulan Cikgu Maidah membuat had
kepada murid-murid dalam satu-satu kumpulan tertentu. Lazimnya bahan-bahan yang digunakan
adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan pengajaran
dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara berkelompok. Dua bentuk kumpulan
yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian,
iaitu murid-murid yang lebih kurang sama taraf kebolehan mereka diletakkan dalam satu
kumpulan berdasarkan keputusan ujian atau lain-lain cara pengukuran kebolehan otak murid-
murid. Kedua, ialah kumpulan mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan. Seterusnya
Cikgu Maidah akan membahagikan latihan dan tugasan mengikut kumpulan tersebut. Murid-
murid diarah untuk berbincang bersama-sama ahli kumpulan.
saya lebih mudah mengajar mereka secara berkumpulan. Murid-murid akan lebih mudah untuk
mengikuti apa yang saya sampaikan. Mereka juga dapat bantu-membantu antara ahli
kumpulan , kata Cikgu Maidah.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 26

4) Bagaimana cikgu mengatasi dilema antara melayan murid sebagai seorang


individu dalam jumlah murid yang ramai setiap hari?

Cikgu Kaltina tidak menghadapi dilema kerana jumlah murid yang kecil diajar setiap hari. Jika
mengajar dalam jumlah murid yang sedikit setiap hari tiada ragam yang ditunjukkan oleh murid.
bilangan murid yang saya ajar setiap hari amat sedikit. Setakat ini tiada masalah yang saya
hadapi dalam menguruskan bilangan murid yang kecil ini kata cikgu Kaltina.

Bagi cikgu Maidah, beliau mengatasi dilema antara melayan murid sebagai seorang
individu dalam jumlah murid yang ramai setiap hari dengan cara mengajar murid seperti
biasa.Ini bermaksud Cikgu Maidah memasang niat yang murni dan keikhlasan serta
menganggap tugas sebagi seorang guru adalah ibadah. Cikgu Maidah juga sentiasa peka
terhadap persekitaran bilik darjah. Beliau akan memastikan keadaan disiplin kelas dalam
keadaan terkawal. Mengajar murid yang ramai setiap hari mesti tidak akan lari dari melayan
karenah murid yang pelbagai. Cikgu Maidah akan melayan kerenah muridnya pada keadaan
tertentu sahaja disamping member tumpuan kepada P&P yang disampaikan. Cikgu Maidah
menyatakan,
ada masa-masa tertentu sahaja saya akan melayan karenah murid ,ada ketikanya saya perlu
memberi tumpuan kepada P&P

5) Untuk tujuan kearah pengajaran yang lebih efektif,adakah perlu wujudnya


hubungan rapat antara guru dan murid?

Cikgu Kaltina menyatakan perlunya wujud hubungan rapat antara guru dan murid untuk
mewujudkan pengajaran yang lebih efektif. Sekiranya guru rapat dengan seseorang murid ,guru
dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid terutama masalah yang dihadapi dalam
pelajaran. Apabila wujud hubungan ini, murid juga tidak segan untuk menyatakan masalah yang
dihadapi sama ada masalah yang melibatkan pelajaran malah yang tidak melibatkan pelajaran.
Bagi murid pula, mereka akan merasa lebih yakin dan berani untuk bertanya apabila tidak
memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu, interaksi guru dan murid akan
bertambah baik. Kebiasaannya murid akan merasa takut untuk berinteraksi dengan guru, tetapi
sekiranya ada hubungan rapat antara guru lebih memudahkan mereka berinteraksi dengan lebih
baik. Sebagai contoh Cikgu Kaltina akan meluangkan masa sebentar untuk berbual dengan
muridnya selepas tamat sesi pengajaran.
selepas tamat sesi pengajaran saya akan mengambil sedikit masa untuk berbual dengan murid.
Saya akan bertanya khabar dan masalah yang dihadapi murid ini

Menurut Cikgu Maidah, beliau juga menyatakan perlunya wujud hubungan rapat antara
guru dan murid .Bagi cikgu Maidah sebagai guru yang mengajar kelas aliran perdana hubungan
rapat antara guru dan murid lebih penting. Hal ini memudahkan guru menarik perhatian serta
minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disampaikan oleh guru.
Tambahan itu, interaksi antara guru dan murid juga dapat diwujudkan. Murid-murid dan guru
dapat berbincang dan menyuarakan pendapat tentang topik pelajaran yang disampaikan.
Kesannya, murid akan lebih yakin dan berani untuk menyuarakan pendapat dan masalah mereka
dalam pelajaran. Secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin. Menurut Cikgu
Maidah kebanyakan murid akan menghormati guru apabila guru itu bijak memainkan
peranannya di dalam kelas.
saya akan membuat soal jawab dengan murid setiap kali berakhir sesi pembelajaran. Saya
yakin dengan cara ini dapat mewujudkan hubungan rapat antara murid dan guru
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 27

6) Adakah cikgu fikir penting untuk menjaga jarak sosial antara pelajar untuk
mengekalkan disiplin pelajar?

Cikgu Kaltina menyatakan penting menjaga jarak sosial pelajar dengan guru untuk mengekalkan
disiplin pelajar .Pada zaman ini, ramai antara pelajar yang tidak menghormati guru sebagai
seorang pendidik. Cikgu Kaltina berpendapat penting sekiranya ada jurang antara guru dan
murid pada suatu masa dan keadaan untuk mewujudkan rasa hormat murid terhadap guru.
Seterusnya ini dapat mengelakkan daripada berlakunya salah laku pelajar terhadap guru.
Contohnya walaupun Cikgu Kaltina mengajar murid berkeperluan khas tetapi beliau juga
menjaga jarak sosial antara murid dengan cara memberi layanan yang mesra kepada muridnya
pada masa dan keadaan tertentu sahaja.
Murid-murid berkeperluan khas sememangnya memerlukan perhatian dan kasih. Walaupun
begitu, saya juga perlu menjaga jarak social dengan mereka , kata cikgu Kaltina.

Cikgu Maidah juga menyatakan penting menjaga jarak sosial antara pelajar untuk
mengekalkan disiplin pelajar. Oleh kerana cikgu Maidah mengajar murid daripada aliran
perdana, beliau berdepan dengan masalah disiplin yang kian menjadi-jadi sejak kebelakangan
ini. Cikgu Maidah berpendapat menjaga jarak sosial penting sejak mereka dari sekolah rendah
lagi. Beliau berpegang dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya murid
tidak dididik untuk menghormati guru sejak di awal bangku sekolah lagi, nescaya perasaan
hormat kepada guru akan berkurangan apabila berada di sekolah menengah kelak. Tambah
Cikgu Maidah lagi sekiranya ada jarak sosial antara murid,murid akan mengetahui batas-batas
pergaulan antara mereka. Murid juga dapat membezakan guru sebagai pengajar dan bukan
menganggap mereka sebagai rakan sebaya.
‘Ada masa dan ketika saya mampu ketawa bersama mereka,tapi ada masa dan ketika juga saya
kena serius. Kalau tidak mereka akan pijak kepala kita ,kata cikgu Maidah.

7 Bagaimana cikgu menangani masalah antara mewujudkan keakraban


dengan pelajar untuk tujuan mengajar dan menjaga jarak untuk tujuan
menjaga disiplin?

Menurut cikgu Kaltina beliau menangani masalah antara mewujudkan keakraban dengan murid
untuk tujuan mengajar dan menjaga jarak sosial untuk tujuan menjaga disiplin ialah dengan
mempraktikkan sistem kawalan kelas yang efektif dengan beberapa cara. Pertama beliau
menetapkan peraturan-peraturan dalam bilik darjah .Contohnya cikgu Kaltina akan mengenakan
denda kepada muridnya yang tidak mengikuti peraturan dalam kelas dengan cara meminta murid
tersebut membersihkan bilik darjah setiap hari. Guru sebagai pendisiplin berupaya menjelaskan
undang-undang dan peraturan kepada kelas agar ada ketulusan dalam melaksanakan undang-
undang dan peraturan. Selain itu, cikgu Kaltina akan memberikan masa rehat yang pendek
kepada pelajarnya semasa dalam pembelajaran. Sebagai contoh cikgu Kaltina akan memberi
sedikit masa antara 3-5 minit untuk muridnya merehatkan diri serta melakukan senaman ringan
untuk memdapatkan kesegaran semasa belajar.
apabila saya menetapkan peraturan dalam kelas, murid-murid tidak berani untuk melakukan
tingkah laku yang tidak diingini. Salah satu denda yang akan saya lakukan ialah dengan cara
meminta murid tersebut membersihkan kelas setiap hari ,kata cikgu Kaltina.

Menurut cikgu Maidah pula beliau menangani masalah antara mewujudkan keakraban
dengan murid untuk tujuan mengajar dan menjaga jarak untuk tujuan disiplin juga dengan
mempraktikkan sistem kawalan kelas yang efektif dengan cara menetapkan peraturan dalam bilik
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 28

darjah. Cikgu Maidah mengajar murid yang ramai setiap hari. Setiap karenah murid-muridnya
berbeza-beza. Sebagai contoh cikgu Maidah telah menetapkan peraturan seperti memberikan
kerja rumah tambahan kepada muridnya yang tidak mengikut arahan. Seterusnya cikgu Maidah
juga membuat srategi dengan cara menyusun tempat duduk murid dalam kelas. Sebagai contoh,
Cikgu Maidah akan menyusun murid yang kerap melakukan salah laku di barisan hadapan kelas.
Melalui cara ini guru akan mudah untuk memerhati perlakuan mereka.
Saya akan menempatkan murid yang nakal di barisan hadapan.Saya juga sering menumpukan
perhatian kepada mereka agar tidak berlaku perkara yang tidak di ingini ,kata cikgu Maidah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat pelbagai perbezaan yang ketara di antara guru biasa dan juga guru
pendidikan khas. Walaupun terdapat pelbagai perbezaan dari segi murid, matlamat, kemampuan
dan sebagainya setiap guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam sistem pendidikan
bagi mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan di mana untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmoni dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.
Setiap insan yang bernama guru mempunyai peranan yang perlu dipikul untuk
memastikan anak didiknya berjaya dalam setiap bidang yang diceburi sama ada di dunia ataupun
akhirat. Tugas dan tanggungjawab di sekolah hendaklah diselaraskan agar guru pemulihan khas
dapat menumpukan tugasnya yang sebenar di kelas pemulihan khas. Bagi guru yang cemerlang,
peranan guru itu tidak terhad kepada proses pengajaran dalam bilik darjah sahaja malahan
mereka menjadi contoh teladan yang baik kepada anak murid.
Guru memainkan peranan menyebarkan ilmu pengetahuan dan kebudayaan bangsa.
Selain itu, guru merupakan pelita kepada murid-muridnya. Jadi guru haruslah mempunyai segala
sifat dan kualiti yang murni dan bernilai. Guru haruslah menyemai dan memupuk sifat dan
kualitinya sendiri di dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai sebagai seorang pendidik
,pengasuh serta penyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan negara. Hanya guru yang memiliki
sifat dan kualiti yang bernilai sahaja dapat menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab guru
sebagai professional terhadap negara, pelajaran, pelajar dan diri sendiri.
Hubungan rapat antara guru dan murid perlu disemai agar wujud komunikasi antara guru
dengan murid. Hal ini akan memudahkan proses pengajaran seterusnya matlamat dalam
pengajaran akan tercapai. Hubungan yang terjalin antara guru dan murid juga perlu mempunyai
batas-batas agar tidak berlaku masalah disiplin. Sekiranya keadaan ini berlaku, guru perlu
memainkan peranan untuk menangani masalah antara mewujudkan keakraban dengan murid.
Khususnya sebagai murid sekolah rendah ,mereka masih tidak dapat membezakan dan
memahami keperluan guru itu menjaga hubungan baik dengan mereka. Berbeza dengan pelajar
sekolah menengah mereka sudah mula memahami tujuan guru tersebut menjaga jarak hubungan
yang bertujuan untuk menjaga disiplin.
Sebagai seorang guru ,kita mestilah mempunyai persediaan yang mencukupi dari segi
fizikal dan mental untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku antara guru dan
murid walaupun hakikatnya guru berhadapan dengan pelbagai cabaran lain dalam meningkatkan
tahap profesionalisme mereka. Peranan guru pemulihan yang paling penting dalam konteks ini
ialah memberi sokongan moral kepada pelajar- pelajarnya. Sebarang sikap negatif yang
dilakukan atau ditunjukkan tidak akan memulihkan keadaan, sebaliknya memburukkan lagi
keadaan pelajar bermasalah itu.
Click Here & Upgrade
Expanded Features
PDF Unlimited Pages
Documents
Complete 29

RUJUKAN

Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Omardin Ashaari (2001).Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah. Kuala Lumpur:
Mohamad Johdi Hj. Salleh Institut Pendidikan International Islamic University Malaysia.
Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007L
http://www.scribd.com/doc/8527541/tanggungjawab-dan-peranan-guru
http://www.scribd.com/doc/16759767/c-Peranan-Dan-Tanggungjawab-Guru-Cemerlang
http://books.google.com.my/books?id=Ca4noKpe95AC&pg=PT35&dq=guru+sebagai+pengajar
&hl=en&ei=tmytTOVB43EvQPOnqWxBg&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=
0CCcQ6AEwAA#v=onepage&q=guru%20sebagai%20pengajar&f=false
http://eprints.utm.my/2231/1/5_7.pdf
http://www.scribd.com/doc/6137972/Konsep-Pemulihan-Assgmt
http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/definisi/

You might also like