You are on page 1of 27

1

PENGENALAN

Tamadun China merupakan salah sebuah tamadun tertua di dunia yang terbina
kira-kira 4000 tahun yang lampau. Tamadun ini diperintah secara silih berganti oleh
dinasti yang berbeza yang pada mulanya berbentuk sistem feudal dan kemudiannya
berubah kepada imperalisme maharaja dan seterusnya daripada sistem republik kepada
sistem pemerintahan komunis. Setiap dinasti yang memerintah mempunyai corak
pemerintahan yang berbeza-beza dan setiap dinasti yang mentadbir negara, pemerintah
akan menjadikan rakyat sebagai perkara yang paling asas dengan cara memberi
perhatian terhadap keadaan dan kehidupan rakyat. Namun terdapat juga dinasti yang
melaksanakan undang-undang yang ketat untuk mengawal ataupun mengawasi rakyat.

Terdapat beberapa tahap dalam tamadun sepanjang ianya terbina iaitu tahap
pertama merupakan tahap pra-sejarah yang menggambarkan usaha pembinaan tamadun
China dengan terbentuknya kerajaan awal yang akan mentadbir negara China.
Seterusnya, tahap kedua pula merupakan suatu tahap pengukuhan dan kesinambungan
tamadun China dari 770 SM hingga 206 SM. Tahap ketiga adalah tahap perkembangan
dan kegemilangan yang bermula dari tahun 206 SM hingga 1271 Masihi. Akhir sekali,
tahap keempat merupakan tahap penyesuaian di mana telah wujudnya dua orang
pemerintah iaitu pimpinan orang Mongol dan orang Manchu dari tahun 1271 hingga
1800 Masihi. Setiap tahap ini mempunyai dinasti yang memerintah dari awal sehingga
China menjadi sebuah negara yang maju.

Sejarah kemunculan tamadun China memperlihatkan bahawa ia dapat dibahagikan


kepada beberapa zaman mengikut dinasti yang memerintah. Setiap dinasti mempunyai
corak masing-masing dalam membentuk pentadbiran China. Dalam zaman pembinaan
terdapatnya tiga dinasti yang memerintah yang bermula dari Dinasti Shang iaitu pada
1766 SM hingga 1122 SM yang bertempat di Sungai Yangtze. Seterusnya ialah Dinasti
Chou yang merupakan dinasti kedua dalam tamadun China yang bermula pada 1122
SM hingga 256 SM dan dinasti terakhir dalam zaman pembinaan ialah Dinasti Chin
atau Qin yang bermula dari 256 SM hingga 206 SM. Melalui dinasti Chin, China
berjaya disatukan semula setelah mengalami keadaan huru-hara dan berpecah-belah
semasa Dinasti Chou. Maharaja Shih Huang-Ti telah menghapuskan sistem feudal dan
2

digantikan dengan pemerintahan berpusat. Dinasti ini merupakan permulaan kepada


penyatuan negara China yang berada dibawah pemerintahan Maharaja Shih Huang-Ti.

Selain itu, pada zaman keagungan pula juga wujudnya tiga dinasti iaitu Dinasti
Han ( 202-221M ), Dinasti Sui ( 589-618M ) dan Dinasti Tang ( 618-907M ).
Ketiga-tiga dinasti ini memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun China
setelah keberhasilan Dinasti Chin dalam menyatupadukan semula negara China.
Sebagai contoh, semasa pemerintahan Dinasti Han ianya mempunyai empayar yang
luas dan jumlah penduduk yang ramai serta wujudnya jalan sutera yang
menghubungkan China dengan Asia-Barat. Selepas zaman ini terdapat lagi beberapa
zaman seperti zaman peralihan sehinggalah zaman moden.

Dalam Tamadun China wujudnya pelbagai dinasti sehingga zaman moden yang
telah mentadbir China. Namun dalam esei ini ianya berfokus kepada tiga dinasti awal
iaitu Dinsti Shang, Dinasti Chou dan Dinasti Chin. Dalam ketiga-tiga dinasti ini ia
mempunyai perubahan serta perkembangan yang berlaku terutamanya dalam aspek
sistem pemerintahan pentadbiran. Setiap raja yang memerintah mempunyai ideologi
tersendri dalam membentuk sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan China. Oleh
itu, esei ini akan berfokus kepada perubahan serta perkembangan yang berlaku dalam
sistem pemerintahan dan pentadbiran dari Dinasti Shang sehinggalah Dinasti Chin.
3

1.0 SEJARAH AWAL TAMADUN CHINA

Apabila melihat kepada perkembangan sejarah tamadun China haruslah


dikupas melalui perkembangan prasejarah di China. Terdapat beberapa tahap
penting pada awal tahap perkembangan China iaitu zaman Paleolitik, Neolitik dan
Zaman Gangsa.

Zaman Paleolitik wujud selama 1.3 juta tahun yang lalu1. Pada zaman ini
dilihat bahawa jumpaan tengkorak yang dikenali sebagai Homo erectus.
Tengkorak ini ditemukan di tapak choukoutien, Barat daya Beijing dan telah
ditemukan oleh seorang ahli arkeologi dan evolusi perkembangan ini dapat di
kesan di Benua Afrika kira-kira dua juta tahun yang lalu dan pada awal
bermulanya Zaman Ais Batu. Homo Erectus ini kemudian bergerak ke selatan
Eropah dan Asia. Dipercayai bahawa spesis ini muncul di China pada 700 000
tahun yang lampau (Zaman Ais Batu Pertengahan). Jumpaan di Choukoutien itu
dikenali sebagai Peking Man 2 (Sinanthropus pekinensis). Dari segi fizikal,
manusia ini pendek. Kaum lelaki mempunyai ketinggian sepanjang 1.558 meter
dan kaum wanita adalah 1.435 meter. Ini bermakna lelaki mempunyai ketinggian
yang lebih jika dibandingkan dengan wanita.

3
Zaman neolitik ini pula, manusia mula mengorak langkah untuk
meningkatkan taraf hidup mereka daripada hanya bergantung pada alam
semulajadi kepada usaha menggunakan sumber semulajadi untuk memenuhi
keperluan hidup mereka . pada zaman ini dapatlah dibuktikan bahawa wujudnya
1
Gina L.Barnes. 1993.
2
Peking Man adalh seorang yang mempunyai keupayaan membuat dan menggunakan perlatan yang
diperbuat daripada kayu, tulang dan yang lebih penting adalah batu.
3
Ibid, halaman 17
4

penduduk yang mengamalkan kegiatan bercucuk tanam, menternak binatang dan


tinggal tetap di suatu kawasan (Wilayah Henan).

Terdapat beberapa mitos dan lagenda tentang kemunculan masyarakat ini.


Menurut kepercayaan orang China, terdapat lagenda Pan Ku sebagai pembina
kehidupan di dunia. Beliau dianugerahi kuasa sakiti yang membeolehkan beliau
mampu untuk mencipta bintang dan kehidupan di kawasan pergunungan. Apabila
Pan Ku mati, suaranya akan menjadi buruh, matanya menjadi bulan dan matahari ,
menjadi sungai dan jeram, bdannya menjadi tanah, rambutnya menjadi pokok,
giginya menjadi batu mineral dan peluhnya menjadi hujan4. Sejurus selepas itu,
terdapat beberapa lagi pemimpin yang bersifat magis mula muncul di China5.
Kesemua pemimpin ini mempunyai kepakaran dan kepandaian tersendiri untuk
mengajar manusia tentang cara hidup.

Pada 2000 tahun sebelum masihi, terdapat dua puak yang menghuni Sungai
Kuning iaitu puak Ji dan Jiang yang telah bersatu dibawah Huang Ti atau
Maharaja Kuning. Kedua-dua puak ini tinggal di Sungai Wei dan kemudian
bergerak ke Timur dan bertapak di wilayah-wilayah Shensi, Henan dan Hopei.
Yao dianggap sebagai seorang yang penting dalam membentuk struktur kerajaan
China Purba. Beliau melantik penggantinya berdasarkan kelayakn dan bukannya
menurunkan terus takhtanya kepada anaknya mahupun kerabatnya. Shun seorang
pengganti raja yang dilantik sendiri oleh Yao. Namun begitu, Shun pula telah
melantik Yu untuk menjadi penggantinya juga berdasarkan kelayakan tetapi
dianggap tidak layak untuk menjadi pengganti beliau.

Hal ini kerana, Yu telah membina kerajaan berwaris di China. Kerajaan itu
dikenali sebagai dinasti Hsia yang dipercayai wujud pada tahun 2100 S.M.-1600
S.M. Yu dianggap sebagai seorang penaung dalam kegiatan pertanian. Dipercayai
beliau juga mempunyai kuasa-kuasa yang luar biasa dan mampu untuk
mengelakkan untu berlakunya bencana alam. Pada ketika itu, masyarakat pada
zaman itu sudah pandai untu berperang menggunakan senjata yang diperbuat

4
Evelyn Lin, 1985. Chinese Beliefs and Superstitions. Singapura: Graham Brash.
5
Suffian Mansor. 2003. Tamadun China. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hlm 21
5

daripada gangsa. Namun begitu, bukti-bukti tentang penggunaaan senjata yang


diperbuat daripada gangsa masih kabur sekaligus kewujudan dinasti Hsia mula
dipertikaikan kewujudannya.

Dinasti Shang ditemui pada tahun 1928 dengan kerjasama arkeologi China
dengan Freer gallery of art Washington dan telah melakukan aktiviti cari gali di
Sungai Auan iaitu cabang dari Sungai Kuning dan usaha cari gali itu berjaya
menemukan dinasti Shang. Ibu negeri dinasti Shang adalah berubah-ubah tetapi
Anyang sebagai pusat pentadbiran yang lengkap. Pada ketika itu, Dinasti Shang
diasakan oleh Cheng Tang pada sekitar 1600 S.M. Dinasti ini mempunyai 31
0rang rasa dan menggunakan sistem penggantian berdasarkan abang kepada dik
dan baginda berjaya menyatukan pelbagai puak. Namun begitu, dinasti Shang
mula jatuh apabila raja Shang Zhou adalah seorang yang zalim dan
mengakibatkan serangan yang dilakukan oleh orang Zhou. Dalam masa yang
sama, tentera dan hamba-hamba dinasti Shang telah membelot dengan cara
menyertai pemeberontak Zhou dan menyebabkan pemberontak-pemberontak
Zhou itu mampu mendirikan dinasti yang baru.

Dinasti Zhou telah menjatuhkan dinasti Shang dan membina dinastinya


tersendiri. Dinasti Zhou ini terletak diantara dinasti Shang dan juga dinasti Chin.
Pada ketika itu, sejarah China telah mencatatkan bahawa raja yang memerintah
dinasti Zhou iaitu Raja Zhou Wu Wang yang telah berjaya menggulingkan dinasti
Shang yang dipimpin secara kejam oleh Kaisar Shang Zhou Wang. Dinasti Zhou
ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Dinasti Zhou Barat (1066-771 S.M) dan
Dinasti Zhou Timur ( 770-256 S.M ). Terdapat beberapa sebab dan kesan
mengapa dinasti Zhou ini dibahagikan kepada dua bahagian. Dinasti Zhou telah
meneruskan legasi Dinasti Shang dengan cara menyusun atur semula sistem
politik dan ekonomi dinasti Shang yang sudah sedia ada. Sistem penggantian raja
yang digunakan oleh dinasti Shang adalah berdasarkan kuasa ayah yang akan
diturunkan kepada anak lelakinya.

Pada zaman dinasti Zhou Barat, terdapat banyak wilayah yang dapat
ditakluki oleh kerajaan pusat. Dapat diringkaskan bahawa pada zaman pentadbiran
6

dinasti Zhou lebih baik jika dibandingkan dengan dinasti Shang. Tambahan lgi,
sistem feudal mula diperkenalkan pada masa ini. Namun demikian, berlaku sedikit
kekacauan apabila ketua-ketua wilayah sudah mula menunjukkan minat untuk
keluar daripada kerajaan pusat6. Hal ini berlaku kerana, mereka telah diberikan
kebebsan untuk mengumpul sebanyak mana harta dan kekuatan yang ada. Apabila
mereka sudah mempunyai kedua-duanya, mereka sudah menunjukkan kuasa
mereka dan mencabar kerajaan pusat serta wilayah-wilayah yang lainnya dan
akhirnya membebaskan diri daripada kerajaan pusat dan secara perlahan-lahan
kerajaan pusat sudah mula merosot. Pada ketika itu, mereka menyelesaikan
masalah dengan cara peperangan dan krisis ini menjadi serius apabila adanya
serangan puak jung. Selain itu, pakatan yang dilakukan bersama orang gasar telah
menyebabkan raja Zhou dibunuh dan ianya tidak berakhir begitu sahaja apabila
anak baginda mula lari ke timur dan memulakan dinasti yang baharu.

Putera Zhou yang lari ke Timur dikenali sebagai Raja Ping. Semasa
pembinaan dinasti Zhou Barat, kuasa kerajaan pusat dipercayai berada dalam
keadaan yang agak stabil tetapi sebaliknya berlaku kepada dinasti Zhou Timur.
Hal ini berlaku kerana, wilayah kerajaan-kerajaan feudal tidak lagi mempercayai
dan meyakini kerajaan pusat dan wilayah kerajaan-kerajaan feudal berusaha
membebaskan diri dan mula berperang antara satu sama lain. Situasi ini telah
menyebabkaan kerajaan pusat mengalami masalah untuk mentadbir China. Pada
zaman dinasti Zhou Timur ini sangat berpecah belah sehinggakan ianya
dipecahkan kepada dua jangka masa iaitu zaman musim bunga dan musim luruh
dan juga zaman negeri-negeri berperang. Sistem pentadbirannya tidak dipercayai
oleh penduduk lainnya dan menyebabkan kejatuhannya dan menyebabkan
kebangkitan dinasti Chin.

Dinasti Chin merupakan sebuah dinasti yang menonjol pada zaman


negeri-negeri berperang. Pembentukan Chin adalah hasil daripada usaha Fei-tzu
yang telah mendapat tanah daripada raja zhou untuk menternak kuda bagi
keluarga Zhou. Selepas berlakunya huru-hara pada dinasti Zhou, mereka telah
mengambil keputusan untuk menyerahkan segalanya kepada ahli pemikir dan

6
Yow Yit Seng, Chinese Dimensions Their roots, mindset and psyche, Pelanduk Publications.
7

usaha itu telah membuahkan hasil yang positif terhadap tamadun China.
Kebangkitan dinasti Chin ini dipercayai sebagai satu permulaan yang baru bagi
tamdun China. Hal ini kerana, dinasti itu menjadi titik pemisah kepada perubahan
tamadun China kepada sebuah empayar. Pada zaman ini, maharaja berkuasa
mutlak dan penggantian raja ini adalah berdasarkan merit tentera7. Namun begitu,
dinasti ini hanya bertahan selama 15 tahun apabila para petani mula memberontak
kepada pemerintah China sekaligus raja pada zaman dinasti Chin itu yang
dikenali sebagai Huhai telah melakukan penyelewengan. Dengan itu, dinasti
Hang telah mengambil kesempatan tersebut untuk menggulingkan dinasti Chin.

Ringkasnya, tamadun China merupakan sebuah tamadun yang unggul dan


mempunyai pelbagai cabaran yang dihadapi walaupun pada awalnya dinasti
Shang terlihat sebagai sebuah dinasti yang hebat tetapi gagal kerana adanya usur
pembelotan yang dilakukan oleh orangnya sendiri. Pada zaman dinasti Zhou dapat
diakui kerana pemerintahannya lebih hebat berbanding Shang namun turut
tumbang kerana kerajaan pusat tidak mengehadkan kebebasan yang diberikan
kepada ketua-ketua wilayah dan menyebabkan berlakunya perang yang berterusan.
Ditengah-tengah peperangan itu, muncul sebuah dinasti Chin sebagai sebuah
dinasti yang berjaya menghentikan pergelutan yang berlaku dan mempunyai
rakyat yang sangat setia walaupun berlaku sedikit pemberotakan tetapi turut
hancur apabila pemerintah sendiri mula melakukan penyelewengan secara kejam
dan dinasti Hang telah mengambil kesempatan yang ada untuk menjatuhkan
dinasti Chin.

7
Suffian Mansor,2003. Tamadun China. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
8

2.0 PERUBAHAN SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Setiap dinasti yang memerintah semasa Tamadun China ianya mempunyai


sistem pemerintahan dan bentuk pentadbiran yang berbeza. Namun wujud juga
dinasti yang meneruskan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sama dengan
dinasti yang sebelumnya. Dinasti awal iaitu dinasti Shang sehingga Dinasti Ch’in
telah menunjukkan berlakunya beberapa perubahan iaitu dari segi aspek bentuk
pemerintahan, sistem penggantian raja, kementerian ataupun jabatan yang wujud
dalam pentadbiran dan dasar perluasan kuasa yang dijalankan. Aspek perubahan
ini telah membentuk negara China sehingga ia membentuk sebuah negara yang
maju. Hal ini demikian kerana setiap dinasti yang memerintah memberikan
sumbangan yang besar kepada tamadun China.

Aspek perubahan yang pertama ialah bentuk pemerintahan dimana setiap


pemerintah yang memerintah China akan merubah dan mengikut strategi
masing-masing untuk menjadikan China sebuah negara yang maju dari segi
politik. Bentuk pemerintahan yang dijalankan oleh pemerintah Diinasti Shang
ialah Dinasti Shang merupakan sebuah negara yang ditadbir oleh satu raja secara
bersiri dalam jumlah 29 atau 30 raja sepanjang hampir 600 tahun. 8 Masyarakat
Shang diperintah oleh seorang raja yang dikenali sebagai wang. Dalam
pemerintahan Dinasti Shang raja akan dibantu oleh golongan pembesar, jeneral
tentera dan beberapa orang pegawai kerajaan.

8
Chao Lin. 1982. The socio-political systems of the Shang Dynasty. Nankang. Taipei. hlm 84.
9

Selain itu, Sistem pemerintahan yang digunakan oleh dinasti Shang adalah
berbentuk sistem aristokratik. Dimana pemerintahan dinasti Shang adalah
berbentuk pemerintahan dibawah kepimpinan bangsawan dan diperintah oleh
seorang raja dengan kawalan penuh ke atas kemuliaan tentera didalam dinasti ini
iaitu dibawah pemerintahan raja Tang yang merupakan raja pertama didalam
dinasti Shang. Semasa era kepimpinan beliau, budaya dan sejarah china adalah
beransur-ansur bertambah baik yang membawa kepada kebangkitan, kekayaan
dan pertumbuhan ekonomi serta budaya negara. Dibawah kepimpinan bangsawan
pula adalah kelas imam yang banyak sangat bertanggungjawab bagi rekod
kerajaan serta agama dinegara ini.

Dinasti Shang juga mengamalkan satu bentuk pemerintahan yang bersifat


teokrasi dimana peranan utama raja ialah agama. Raja Shang adalah orang tengah
antara dunia fizikal dan ketuhanan. Shang menyembah tuhan yang tinggi dan
dalam dinasti Shang raja itu dipercayai menjadi orang yang terbaik boleh
berkomunikasi dengan tuhan melalui nenek moyang di depannya. Oleh itu, raja
memainkan peranan yang besar dalam peraturan raja khusunya, tafsiran petanda
dan tanda-tanda adalah bahagian yang paling penting dalam proses membuat
keputusan kerajaan.9

Setelah kerajaan ini tamat pada abad ke-11, kemunculan era Dinasti Chou
kini bermula. Apabila pemerintahan Chou bermula ia mengamalkan sistem
pemerintah yang bersifat feudalisme dimana pentadbiran diketuai oleh seorang
raja yang dibantu oleh pembesar. Semasa pemerintahan Dinasti Chou, dinasti ini
telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Dinasti Chou Barat dari 1066 hingga
771 SM dan Dinasti Chou Timur dari 770 hingga 256 SM. Kewujudan sistem
feudal berlaku kerana berlakunya perluasan kuasa yang diusahakan oleh Raja
Chou yang keluar dari tradisinya. Disebabkan oleh kawasan luas Raja Chou
mengambil langkah membahagikan China kepada beberapa wilayah dan wilayah
tersebut dibahgikan kepada anak-anak raja serta pembesar untuk mentadbir.
Walaubagaimanapun, kerajaan wilayah tetap berada kawalan kerajaan pusat.

9
Ibid. hlm 84 & 85
10

Selain daripada itu, Dinasti Chou ini memulakan satu usaha baru dalam
sistem politik mererka iaitu Son Of Heaven yang membawa konsep Anak
Syurga10 yang merupakan teori politik baharu terhadap permulaan pembinaan
Dinasti Chou. .Melalui konsep ini, Dinasti ini mendapat sokongan daripada
masyarakat disebabkan terdapatnya unsur-unsur suci dan sakti yang merupakan
oengesahan terhadap pemerintahan Dinasti Chou. 11 Melalui konsep ini juga,
Dinasti Chou juga turut memperkenalkan konsep mandat dari Syurga. Konsep ini
dikaitkan dengan seorang raja atau dianggap sebagai anak syurga yang
merupakan wakil Tuhan ataupun perantara antara bumi dan syurga. Raja Chou
menyatakan bahawa kejatuhan Dinasti Shang disebabkan oleh penarikan mandat
dari syurga dan kemunculan Raja Chou adalah untuk mewujudkan sebuah
pemerintahan yang lebih adil, aman, maju dan makmur.12 Melalui peristiwa ini
Raja Chou dianggap sebagai Putera Tian ataupun T’ien-tzu.

Peristiwa kacau-bilau yang berlaku semasa kerajaan-kerajaan di bahagian


wilayah melakukan pemberontakan terhadap pemerintahan pusat telah
memulakan era baru kepada era Dinasti Chou Timur. Namun pemerintahan
Dinasti Chou Timur tidak mengalami kestabilan seperti di Barat. Hal ini
demikian kerana kerajaan wilayah telah hilang kepercayaan terhadap kerajaan
pusat dan telah membentuk kekuatan dan kekayaan sendiri untuk
mempertahankan kerajaan daripada pencerobohan. Dalam era ini sistem feudal
telah menjadi huru-hara kerana kerajaan wilayah mengambil tindakan untuk
mentadbir kerajaan mereka sendiri. Perkara ini telah menyebabkan Dinasti Chou
lemah dan dimulakan dengan era pemerintahan yang baharu iaitu Dinasti Ch’in.

Berbeza juga dengan bentuk pemerintahan Dinasti Ch’in di mana


pemerintahan Dinasti Ch’in bersifat autokrasi iaitu maharaja sebagai
pemerintahan tertinggi. Dalam bentuk pentadbiran ini maharaja mempunyai

10
Adanya unsur-unsur supernatural
11
Hilda Hookham. 1972. A Short History of China. New America Library. New York. Hlm 38
12
Ibid. Hlm 32
11

kuasa mutlak dalam menjalankan pentadbiran dan menentukan semua kuasa


tentang negara. Pegawai kerajaan pula hanya mempunyai bidang kuasa dalam
menasihati maharaja. Dalam era Dinasti Ch’in telah wujudnya golongan tentera
sebagai pegawai pentadbir kerajaan. Pemerintah dinasti ini iaitu Shih Huang-Ti
mengambil keputusan untuk menjalankan pemerintahan berpusat atas cadangan
Li Ssu yang telah menolak sistem pemerintahan feudalism seperti zaman Chou.
Li Ssu merupakan penasihat raja yang memegang jawatan sebagai Canselor kiri
kepada Shih Huang-Ti.13

Dalam pemerintahan berpusat ini Shih Huang-Ti telah memulakan era


penyatuan dan mewujudkan empayar sejagat di China yang terletak di
Hsien-yang. Empayar ini telah dibahagikan kepada beberapa wilayah dan daerah
tertentu dan setiap wilayah mempunyai pentadbir sendiri. Melalui perubahan
setiap dinasti ini kita dapat melihat bahawa setiap pemerintah mempunyai bentuk
dan strategi masing-masing untuk membentuk sistem pemerintahan dan
pentadbiran di China. Bentuk pemerintahan Shih Huang-Ti adalah berasaskan
undang-undang yang begitu ketat dan berpendapat bahawa rakyat mesti
diperintah dan dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang tegas.

Aspek perubahan seterusnya ialah aspek sistem penggantian raja. Semasa


zaman Dinasti Shang pewarisan takhta ataupun sistem penggantian raja adalah
melalui keturunan lelaki iaitu secara adik-beradik seperti dari abang kepada adik.
Raja dan keturunannya berada di tengah-tengah struktur politik, ekonomi dan
agama Shang dan masyarakat akan setia kepada raja bukannya kepada negeri atau
mana-mana institusi. Raja sering merujuk kepada dirinya sebagai “yu yiren” yang
bermaksud “saya, seorang lelaki itu”.14

13
Ibid. Hlm 60
14
Yuri Pines. 2012. Alinating Rhetoric In The Book of Lord Shang And Its Moderation. Extreme
orient-Extreme Occident 34-2012. hlm 84.
12

Semasa Dinasti Shang Raja merupakan individu yang penting dalam kerajaan
untuk menjadi perniagaan peribadi dan pegawai-pegawai awam menjalankan
fungsi mereka sebagai satu bentuk perkhidmatan peribadi kepada pemerintah.
Begitu juga pihak berkuasa tentera negara itu terikat secara langsung kepada
tentera raja tempatan dan sekutu Shang hanya boleh digerakkan jika raja
bersetuju untuk berjuang bersama mereka.

Perkara ini berubah apabila Dinasti Chou mula memerintah kerajaan di China.
Sekiranya pada zaman dinasti Shang, penggantian raja-raja adalah berdasarkan
adik beradik dan sebaliknya berlaku kepada dinasti Chou kerana sistem itu telah
diubahsuai dengan menjadikan penggantian raja itu adalah secara keturunan
seperti kuasa daripada ayah turun kepada anak sulung lelaki 15 . Hal ini
menunjukkan sistem telah berubah walaupun ia masih dalam lingkungan
hubungan kekeluargaan. Sebagai contoh, pemerintah pertama iaitu Raja Wu
dan setelah kematian baginda, takhtanya telah digantikan oleh anak sulunya iaitu
Raja Ch’eng.

Seterusnya, semasa Dinasti Chin sistem ini turut berubah mengikut merit
tentera. Pelantikan jawatan dalam kerajaan adalah berdasarkan merit tentera dan
pemerintah kerajaan Chin bukan dari golongan bangsawan serta tidak
mengamalkan pemberian kuasa secara turun-temurun. Pemerintah Dinasti Ch’in
iaitu Shih Huang-Ti telah melakukan perubahan ini disebabkan oleh ideologi
pemerintahan yang berbeza iaitu legalisme yang berdasarkan undang-undang. Hal
ini menyebabkan penggantian raja adalah berdasarkan merit yang diperoleh
seseorang individu. Pemerintah adalah daripada golongan tentera bukan daripada
golongan bangsawan pada ketika ini dan hal ini menyebabkan golongan
bangsawan diketepikan daripada sistem pemerintahan.

Walaubagaimanapun, beberapa jabatan juga diwujudkan dalam pentadbiran


untuk membantu dalam sistem pemerintahan. Dinasti awal ini juga menubuhkan
15
John K. Fairbank, Edwin O Reischauer dan Albert M Craig. 1989. East Asia: Tradition and
Transformation. Harvard University. United State of America
13

beberapa jabatan untuk memerintah di bahagian wilayah ataupun daerah yang


dikuasai. Setiap dinasti melakukan perubahan untuk jabatan dalam kerajaan.
Semasa dinasti Shang, dalam urusan pentadbiran dikatakan raja dibantu oleh
golongan bangsawan dan pegawai kerajaan, raja telah membahagikan tugas
kepada golongan bangsawan dan pegawai untuk memerintah dan menjaga
kawasan wilayah luar. Bagi wilayah diluar pusat pentadbiran, pemerintahnnya
dibantu oleh golongan bangsawan, dimana golongan bangsawan ini
dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya. 16 Golongan bangasawan
yang memerintah dikawasan wilayahnya dikatakan berhak untuk mewujudkan
sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan
undang-undang. Namun begitu, dinasti Shang juga menggunakan sistem
absolutisme iaitu sistem pemerintahan yang memusatkan semua kekuasaan di
satu tangan, dimana raja berkuasa mutlak dalam mentadbir wilayahnya.17

Kerajaan shang itu terdiri daripada dua bahagian, satu ditadbir secara
kawasan dalaman dimana kawasan dalaman itu ditadbir oleh raja shang sebagai
kekuasaan pusat, manakala dikawasan lain adalah termasuk di kawasan luar.
Walaupun kesemua kawasan adalah dibawah pengaruh raja tetapi ia tidak berada
di bawah kawalan langsung raja tersebut. Raja terpaksa melantik atau mengambil
kerja rasmi ketua-ketua asal domain untuk mentadbir bagi pihaknya.18

Seterusnya, pada zaman Dinasti Chou pula ketika di Chou barat beberapa
jabatan telah wujud seperti pentadbiran awam, hal-ehwal tanah, ketenteraan, kerja
raya, pertanian dan keadilan. Melalui jabatan ini ia dapat membantu untuk
melicinkan pentadbiran. Raja juga akan dibantu oleh Perdana Menteri atau
disebut sebagai taishi atau taibao dalam pentadbiran kerajaan. Politik di bahagian
barat agak stabil sebelum berlakunya pemberintakan oleh golongan yang
memerintah wlayah. Namun begitu, raja tidak dapat mengawal pemerintah
wilayah dan telah memulakan pemerintah di bahagian Timur tetapi tidak berjaya

16
Chao Lin. 1982. The socio-political systems of The Shang Dynasty. Nankang. Taipei.
17
George I. Israel. China and east Asia to the Ming Dynasty.
18
China five thousand years of history & civilization. 2007. City University of Hong Kong press Tat
Chee Venue. Kowloon Hong Kong. hlm 29.
14

disebabkan masyrakat tidak lagi mempercayai konsep pemerintahan yang


dilakukan oleh raja Chou. Hal ini menyebabkan Dinasti Ch’in mengambil
kesempatan untuk memulakan dinasti baharu untuk memerintah kerajaan China.

Dinasti Ch’in pula menggunakan konsep ketenteraan dan pegawai kerajaan


yang diambil adalah berdasarkan merit tentera. Terdapat beberapa jabatan
kerajaan yang ditubuhkan untuk menguruskan hal seperti hal ehwal keagamaan,
istana dan keselamatan. Era Dinasti Chin juga mereka telah memperkenalkan
corak undang-undang baharu yang diperkenalkan oleh Li Ssu.. Seperti yang
dinyatakan oleh Hilda Hookham dalam buku The Short History of China tujuan
undang-undang baru diperkenalkan ialah “ a Legalist Prime Minister, Li Ssu
introduced a series of measured designed to quell opposition, to bring all the
empire under centalised control, to promote agriculture and to increase the
military strength of empire.” 19 Bentuk pemerintahan Shih Huang-Ti adalah
berasaskan undang-undang yang begitu ketat dan berpendapat bahawa rakyat
mesti diperintah dan dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang tegas.

Undang-undang Dinasti Chin bersifat lebih meluas, ketat dan rapi. Setiap
aspek dalam pentadbiran akan dikawal dengan rapi termasuk perkara-perkara
yang berkenaan dengan jenayah, cukai, aktiviti pertanian, sistem pengairan dan
perlindungan alam sekitar. Perkara ini membolehkan Shih Huang-Ti menguatkan
lagi pemerintahan serta penguasaannya terhadap negara China pada ketika itu.
Bentuk hukuman undang-undang yang dijalankan oleh Dinasti Chin adalah amat
kejam. Sebagai contoh, dihina dan dipotong kepala ( lu ), dibunuh dan mayat
akan ditunjukkan di hadapan khalayak ramai ( qishi ), memecahkan mayat ( zhe )
dan dilemas atau ditanam ( dingsha ).

Selain darpada hukuman mati, terdapat beberapa lagi hukuman yang lain
yang telah dilakukan terhadap pesalah termasuk yang mencacatkan anggota
badan. Mereka juga turut membunuh ahli keluarga dan kerabat pesalah. Perkara

19
Hilda Hookham.. 1972. A Short Story Of China. New American Library. London. hlm 69
15

ini berlaku disebabkan oleh Shih Huang Ti sangat berpegang teguh kepada
ideologi Legalisme yang menekankan konsep bahawa undang-undang yang ketat
dan hukuman yang berat merupakan salah satu inisiatif ataupun jalan
penyelesaian bagi menjamin kestabilan serta keamanan negara.

Akhir sekali aspek yang dapat kita lihat ialah dari segi aspek dasar perluasan
kuasa dimana setiap dinasti mempunyai dasar yang berbeza dan mempunyai
perubahan untuk memperkukuhkan lagi kuasa pemerintah yang memerintah
ketika itu. Dasar perluasan kuasa Dinasti Shang dimana pengaruhnya meluas
sehingga ke wilayah sungai kuning.20Cheng Tang dikatakan telah menubuhkan
ibu kota pertama bagi dinasti ini disebuah bandar yang bernama Shang
(berhampiran moden ZhengChou) tetapi kemudian raja-raja berpindah ibu kota
banyak kali, yang terakhirnya sebagai suatu tempat yang bernama Yin
(berhampiran moden Anyang) bukti arkeologi menunjukkan bahawa bandar
Shang adalah ibu kota nenek moyang dinasti yang kekal di lokasi yang tetap
sepanjang dinasti. Ia adalah dimana raja-raja Shang menyimpan nenek moyang
mereka yang paling suci kuil, tablet dan pakaian. Ibu kota politik adalah dimana
raja-raja hidup dan memerintah dari situ. Manakala politik ibukota berpindah
banyak kali sepanjang dinasti, ibu negara nenek moyang tidak pernah berpindah.
Teras dinasti terletak dibahagian utara moden wilayah Henan, di kawasan segi
tiga antara bandar-bandar Anyang, Luoyang dan ZhengChou, kedua-duanya
berada di di Sungai Kuning. Selain mendedahkan beberapa tinggalan bandar
Shang, ahli arkeologi mendapati banyak makam besar raja-raja Shang dan
keluarga mereka. Walaupun dinasti itu berpusat di kawasan ini, budaya mencapai
tempat-tempat lebih jauh lagi.

Seterusnya, dalam Dinasti Chou kawasan yang ditakluk lebih luas


berbanding Dinasti Shang. Pada zaman ini, Dinasti Chou Barat sangat penting
kerana pada masa inilah munculnya sistem feudal di China. Dengan adanya
sistem ini telah menyebabkan dinasti Chou ini memperluaskan kuasanya keluar

20
Chun-shu Chang.1975. The Making Of China: Main Themes in Premodern Chinese History.
Englewood Cliffs. New Jersey. hlm 41 & 42
16

daripada perluasan wilayahnya. Semasa perluasan kuasa ini dijalankan, ianya


berada dibawah pimpinan raja Chou yang berjaya mengalahkan orang gasar21
22
dan terus mau ke Lembah Sungai Han dan menyeberangi kawasan
pergunungan Ch’in-ling yang membantu bahagian selatan lembah Sungai Wei
jatuh ke tangan raja Chou dan perluasan kuasa ini telah dijalankan sehinggalah ke
utara Sungai Yangtze23. Oleh itu, kuasa dinasti Chou kelihatan lebih hebat jika
dibandingkan dengan kuasa dinasti Shang. Dinasti Chou ini telah mentadbir
banyak kawasan dan telah diberikan kepada kaum kerabatnya untuk ditadbir.
Sebagai contoh, raja Chou dan kerajaan Shang timur Hunan telah mentadbir
kawasan kerajaan Lu di Selatan Semenanjung Shantung. Keluasan jajahan
Dinasti Chou merangkumi kawasan bahagian selatan iaitu dari kawasan
Manchuria sehingga Sungai Yangtze.

Pada awalnya, dinasti Chou Barat ini dapat mengekalkan kawalan mereka
terdapat wilayah-wilayah kekuasaan mereka menerusi sistem feudal. Namun
begitu, kuasa-kuasa raja pada masa itu tidak kekal lama kerana ketua-ketua
wilayah tidak setia dan sudah mula menunjukkan minat untuk keluar daripada
kerajaan pusat. Hal ini berlaku kerana mereka ini telah diberikan kebebasan untuk
mengumpul harta dan kekuatan sebanyak yang mereka mahu tetapi sebaliknya
berlaku apabila mereka sudah cukup mempunyai kedua-duanya, mereka akan
mula menunjukkan kuasa mereka, mencabar kerajaan pusat dan mengancam
wilayah-wilayah yang lain. Keadaan ini telah berlaku di kawasan perbatasan
China. Ketua-ketua wilayah telah menjalankan usaha penaklukan wilayah orang
gasar di sekeliling mereka dan memasukkannya dalam lingkungan kebudayaan
China. Dengan kekuatan yang mereka ada, hubungan harmoni sudah mula luntur
dan tindakan itu diganti dengan kekerasan.

Akhirnya, kerajaan-kerajaan feudal itu mulai memberontak dan cuba


membebaskan diri daripada kuasa pusat. Secara perlahan-lahan kerajaan pusat
21
Bangsa atau etnik yang mempunyai tahap ketamadunan yang rendah (Barbarian) / individu yang
suka berperang dan tidak berperikemanusiaan.
22
Kenneth Scott Lattourette. The Chinese: Their story and Culture. New York, The Macmillan
Company.
23
sungai terpanjang di China dan Asia, dan yang ketiga terpanjang di dunia.
17

mula merosot dan terdapat beberapa buah negeri yang telah merdeka mula
muncul. Peperangan merupakan cara yang biasa dilakukan untuk mendapatkan
apa yang mereka mahu. Krisis yang berlaku ni ditambah lagi dengan serangan
puak Jung iaitu orang asing yang dianggap tidak bertamadun. Pakatan antara
orang gasar ini telah membunuh raja Chou dan pembunuhan raja Chou ini tidak
berakhir begitu sahaja tetapi ianya telah memulakan dinasti Chou Timur. Namun
begitu, pemerintahan ini mengalami kemerosotan kuasa. Semasa pembinaan
dinasti Chou Barat, kuasa kerajaan pusat dipercayai berada dalam keadaan yang
agak stabil tetapi sebaliknya berlaku kepada dinasti Chou Timur. Hal ini berlaku
kerana, wilayah kerajaan-kerajaan feudal tidak lagi mempercayai dan meyakini
kerajaan pusat dan wilayah kerajaan-kerajaan feudal berusaha membebaskan diri
dan mula berperang antara satu sama lain. Situasi ini telah menyebabkaan
kerajaan pusat mengalami masalah untuk mentadbir China. Perpaduan yang
diamalkan oleh dinasti Chou Barat sedikit demi sedikit sudah mula dilupakan.
Wilayah-wilayah kerajaan Feudal mula membentuk kekuatan untuk
mempertahankan diri daripada diceroboh oleh musuh-musuh mereka. Dalam
sejarah kuno China, perpecahan zaman dinasti Chou Timur ini dipecahkan
kepada dua jangka masa iaitu Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh dan
Zaman negeri-negeri berperang. Kedua-dua zaman ini telah menghiasi zaman
dinasti Chou Timur dan memberi impak yang paling penting dalam kalangan
pemikiran masyarakat China pada abad yang seterusnya.

Pada zaman seterusnya pula iaitu Dinasti Ch’in telah berubah di mana Shih
Huang Ti telah menjalankan dasar meluaskan kuasa ke kawasan sebelah utara dan
selatan. Kejayaan Ch’in dalam menguasai beberapa negeri perang telah
meletakan imej Ch’in sebagai kuasa ketenteraan yang kuat dan dan unggul di
bahagian Asia Timur.24 Kempen perang ke utara telah berjaya menawan kawasan
Ordos dan perang ini diketuai oleh salah satu jeneral tentera Dinasti Ch’in iaitu
Jeneral Meng Tian untuk menyerang Xiongnu dan mengeluarkan agama Ordos

24
Suffian Mansor. 2003. Tamadun China. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Hlm 63
18

dalam negara China pada tahun 215 SM.25 Manakala di sempadan barat laut
Ch’in, tentera Ch’in telah berjaya mengundurkan tentera orang gasar di utara.

Selain itu, bagi melindungi negara daripada ancaman puak gasar dari utara,
Jeneral Meng Tien telah mengerahkan 300 000 buruh paksa untuk membina
tembok pertahanan di sepanjang sempadan utara China.26 Tembok pertahanan ini
sepanjang 1400 batu dari barat daya Kansu sepanjang kawasan pinggir selatan
Mongolia.27 Tembok ini bertujuan untuk mempertahankan serangan musuh bagi
mewujudkan kestabilan dalam negara dan menjaga keselamatan penduduk. Selain
itu, dalam buku East Asia : Tradition and Transformation juga menyatakan
bahawa this Great Wall was designed to be a permanent barrier separating the
agricultural Chinese from nomadic “ barbarians”.28

Menurut Suffian Mansor, Tembok Besar China ini mempunyai tiga fungsi
iaitu mengelakkan serangan musuh bagi mewujudkan kestabilan dalam negara
dan menjaga keselamatan penduduk, membuka kawasan pertanian untuk
meningkatkan pengeluaran dengan membentuk 12 prefektur sepanjang tembok
tersebut dan melindungi jalan perhubungan dan keselamatan para pedagang.29
Walau bagaimanapun, pembinaan tembok besar ini telah menyebabkan banyak
orang terkorban disebabkan peperangan yang berlaku.

Dinasti ini berakhir apabila golongan petani melakukan penentangan


terhadap pentadbiran yang dijalankan oleh pemerintah China. Dinasti ini hanya
dapat bertahan selama 15 tahun sahaja. Pemerintahan yang dijalankan oleh Shih
Huang-Ti boleh dianggap sebagai suatu pemerintahan yang kejam kerana
ideologi yang dibawa adalah asas legalisme iaitu dibawah perundangan yang

25
Patricia Ebrey. Anne Walthall. 2014. Pre-Modern East Asia : A Cultural, Social, and Political
History To 1800. Wadsworth Cengage Learning. USA. hlm 41
26
Ibid hlm 42
27
Fairbank. Reischauer. Craig. 1978. East Asia : Tradition and Transformation. Harvard University.
United State of America. Hlm 57
28
Ibid. Hlm 57
29
Ibid. Hlm 64
19

ketat. Setelah kemangkatan Shih Huang-Ti, ia digantikan dengan pemerintah


yang dilantik hasil daripada kesepakatan Li Ssu dan Chou Ghou iaitu Hu Hai.
Namun maharaja kedua ini telah melakukan penyelewengan dan tidak
mempunyai keupayaan untuk memerintah sebuah negara yang besar. Dengan ini
pemerintah Dinasti Han iaitu Han Gao Zhu-Liu Pang mengambil kesempatan
untuk menggulingkan Dinasti Ch’in pada 206 SM.

Perubahan ini telah menjadikan tamadun China sebuah tamadun yang maju
seperti tamadun yang lain. Pemerintahan Dinasti Ch’in yang dianggap salah satu
pemerintahan yang kejam telah memberi impak yang kepada pemerintahan di
China. Dinasti iaitu Dinasti Han di bawah pemerintah iaitu Liu Bang seterusnya
pemerintahan telah berubah dengan menerapkan ideologi konfisius dan
meringankan hukuman dari segi perikemanusiaan.
20

3.0 PERKEMBANGAN SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Tamadun China mengalami perubahan-perubahan dalam proses perkembangan


yang panjang. Zaman Dinasti Shang memperlihatkan perkembangan tamadun yang
lebih kompleks dengan pembentukan negara kota luar dan dalam wilayah,
penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan pekerjaan, dan wujudnya
sistem masyarakat yang berlapis. Kita dapat lihat perkembangan pemerintahan dalam
dinasti Shang dimana ia adalah dibawah satu kekuasaan seorang raja dan dibantu oleh
golongan-golongan bangsawan yang memerintah di sesuatu kawasan atau wilayah.
Golongan bangsawan juga telah melantik pegawai-pegawai untuk melicinkan lagi
pentadbirannya atas arahan raja. Dalam pemerintahan Dinasti Shang raja dibantu oleh
golongan pembesar, jeneral tentera dan beberapa orang pegawai kerajaan. . Selain itu,
sistem pemerintahan yang bersilih ganti dengan penggantian saudara lelaki atau anak
lelaki menjadikan Dinasti Shang sentiasa mempunyai pemerintah kerana adanya
sistem penggantian yang sememangnya sudah ditetapkan.

Konsep raja mandat dari tuhan mengukuhkan kan lagi kekuasaan raja kerana
rakyat percaya bahawa raja merupakan wakil tuhan dan mempunyai kekuasaan
daripada tuhan. Oleh itu, dengan adanya pembahagian sistem pemerintahan dalam dan
luar wilayah, sistem penggantian raja kepada saudara lelaki, konsep raja mandat dari
tuhan seperti ini telah menjadikan Dinasti Shang ditadbir dengan lebih teratur dengan
adanya organisasi pemerintahan yang berstruktur.
21

Dalam dinasti Shang gangsa dinilai sebagai simbol elit dan tukang-tukang gangsa
dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting semasa pemerintahannya. Peradaban
Shang berpusat dibahagian utara He’nan dimana dua tapak arkeologi di Zhengzhou
dan Anyang menunjukkan sejarah ketamadunan dinasti Shang.30 Walaupun begitu,
pada awal pemerintahan Dinasti Shang, pemerintahannya adalah pemerintahan yang
sangat berjaya namun apabila berlakunya peralihan demi peralihan tampuk
pemerintahan, Shang akhirnya mengalami kejatuhan dalam pemerintahan. kezaliman
raja Shang menunjukkan raja kehilangan mandat menyebabkan golongan hamba
menyingkirkan Dinasti Shang untuk diganti dengan Dinasti Chou.

Setelah berakhirnya pemerintahan Dinasti Shang, muncul pula Dinasti Chou yang
mengambil alih pemerintahan. Kemunculan Dinasti Chou dengan bentuk
pemerintahan secara Feudalisme dimana ia diperintah oleh seorang raja dengan
dibantu oleh menteri-menterinya (pembesar). Perkembangan dalam sistem
pemerintahan dapat dilihat daripada Dinasti Shang ke Dinasti Chou yang beralih
kepada bentuk pemerintahan feudal. Dikatakan sistem feudal berlaku kerana
perluasan kuasa oleh raja Chou ke wilayah-wilayah di China. Dengan berlakunya
perluasan kuasa maka raja Chou telah membahagikan setiap wilayah yang dikuasai
kepada anak-anak raja dan melantik pembesar untuk wilayah tersebut. Kita dapat lihat
disini, perluasan kuasa yang berlaku adalah kerana dasar kekuasaan secara feudalisme
yang dilakukan oleh raja, dasar ini telah menjadikan Chou mempunyai satu kekuasaan
wilayah yang lebih luas di China. Pemerintahnnya lebih meluas sehingga hampir
keseluruhan negeri China pada ketika itu.

Seterusnya, satu konsep yang dibawa oleh dinasti Chou iaitu “Son of Heaven”
yang merupakan pembawaan baru dalam konsep teori politik telah mengukuhkan lagi
kedudukan raja kerana konsep ini telah disokong oleh rakyat. Penerimaan ini telah
menjadikan raja dipercayai sebagai anak syurga yang patut dipatuhi dan ditaati oleh
semua rakyat. Orang bawahan juga harus memberi kesetiaan kepada raja. Raja-raja
dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada
pemerintahan dan memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan

30
Ray Huang. 1989. China A Macro History. An East Gate Book . Armonk New York. hlm 11.
22

binatang. 31 Perkembangan dalam sistem pemerintahan ini dapat dilihat dari segi
konsep “Anak syurga” yang diguna pakai dan diterima oleh masyarakat dalam teori
politik untuk mengukuhkan kedudukan dan kesetiaan orang bawahan raja dalam
menjalankan pemerintahannya. Melalui konsep ini, ia sangat mempengaruhi
kewibawaan dalam pemerintahan seorang raja. Hal ini berbeza pada masa dinasti
Shang, walaupun masyarakat mempercayai raja merupakan wakil tuhan, namun
pengenalan dan penerapan yang benar-benar kepada konsep ini kurang diterima oleh
masyarakat.

Dalam pemerintahan Dinasti Chou, perluasan kuasa telah mengubah


pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan yang telah membawa
kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin. Bentuk pemerintahan itu berkembang
kepada pemerintahan empayar yang lebih besar semasa pemerintahan Chin. Semasa
dibawah pemerintahan Shih Huang Ti beliau telah berjaya menyatukan seluruh
kerajaan kecil di China, beliau memerintah secara autokratik iaitu secara tegas dan
mutlak. Pada masa ini konsep raja telah bertukar kepada maharaja. Pemerintahan oleh
maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam
yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang dilantik
terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sesebuah jawatankuasa
dalam sistem perkhidmatan awam iaitu Hon Kao Tsu32. Pelantikan pegawai-pegawai
ini berdasarkan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam. Dalam
pemerintahannya kuasa golongan bangsawan dihapuskan dengan melantik gabenor
dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China
daripada serangan orang gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan tembok besar
China.

Oleh yang demikian, perkembangan dalam pemerintahan dan pentadbiran dalam


ketiga-tiga dinasti ini iaitu dari dinasti Shang hingga dinasti Chin telah memberikan
perubahan kepada tamadun China. Daripada sebuah kuasa yang berbentuk golongan

31
Esa Khalid & Mohd Azhar Abd Hamid. 2004. Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, China,
Jepun.Universiti Teknologi Mara. Johor Darul Takzim .
32
Lok Chong Hoe. 1998. Tamadun Cina, Falsafah, Pandangan hidup dalam aspek-aspek kesenian.
Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang
23

bangsawan yang mempunyai kuasa dalam wilayah mereka berkembang kepada


sebuah bentuk pemerintahan yang dapat meluasakan wilayah-wilayah jajahan
sehingga dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian. Seterusnya berkembang
kepada sebuah bentuk pemerintahan empayar yang lebih luas. Organisasi dalam
pemerintahan dan pentadbiran berkembang dengan lebih berstrategi dan teratur.

KESIMPULAN

Tamadun awal China diperintah oleh tiga dinasti awal iaitu Dinasti Shang,
Dinasti Zhou dan Dinasti Chin. Setiap era pemerintahan mempunyai identiti serta
strategi yang berlainan uantuk mentadbir atau mengawal negara China. Perubahan
serta perkembangan yang berlaku memberikan impak yang positif dan pembangunan
kepada negara China. Walaupun pelbagai konflik ataupun peperangan yang
menyebabkan kejatuhan setiap dinasti yang memerintah namun negara China kini jadi
lebih maju dan mempunyai sejarah pemerintahan tersendiri.

Dinasti Shang merupakan dinasti yang terawal didalam tamadun China yang telah
meninggalkan rekod bertulis dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh tentang
kewujudan dinasti ini berdasarkan penemuan-penemuan oleh arkeologi. Dalam dinasti
ini corak pemerintahannya adalah berbentuk sistem aristokratik dimana
pemerintahannya berada dibawah kepimpinan bangsawan dan diperintah oleh seorang
raja yang dikawal sepenuhnya ke atas kemuliaan tentera dan Raja Tang merupakan
24

raja pertama di dalam dinasti Shang. Semasa era kepimpinan beliau, budaya dan
sejarah china adalah beransur-ansur bertambah baik yang membawa kepada
kebangkitan, kekayaan dan pertumbuhan ekonomi serta budaya negara.

Seterusnya pemerintahan ini berakhir dan diganti oleh Dinasti Chou dimana
dinasti ini telah terbahagi kepada dua bahagian iaitu Dinasti Chou Barat dan Dinasti
Chou Timur. Dalam dinasti ini pemerintah telah memperkenalkan sistem pemrintahan
yang berbeza dari sebelumnya dengan menerapkan konsep Anak Syurga. Konsep ini
dijadikan asas kepada pemerintahan Dinasti Chou dan sistem pemerintahan mereka
adalah bercorak feudalisme. Selepas Dinasti Chou jatuh, Dinasti Chin mengorak
langkah untuk memegang tampuk pemerintahan di China dan perkara tersebut
berjaya.

Dinasti Chin merupakan pemerintahan pertama yang menyatukan seluruh negara


China. Walaubagaimanapun, dinasti ini hanya dapat dikekalkan dalam jangka masa
yang pendek sahaja disebabkan faktor pemerintah yang tidak disenangi oleh rakyat.
Selepas keruntuhan Dinasti Qin, Dinasti Han telah ditubuhkan. Dinasti Han yang
menggantikan Dinasti Qin ini telah dikenali sebagai “Zaman Keemasan” dalam
sejarah China. Malah, Dinasti Han juga menjadikan negara China sebagai sebuah
negara yang agung dalam dunia zaman tersebut.

Berdasarkan perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam ketiga-tiga dinasti


awal ianya memperlihatkan bahawa setiap pemerintah mempunyai corak yang
berbeza untuk mentadbir negara China. Kepelbagaian sistem pemerintahan dalam
Tamadun China telah menjadikan China sebuah negara yang mempunyai tamadun
yang tersendiri seperti negara Jepun dan India.
25

RUJUKAN

Evelyn Lin. 1985. Chinese Beliefs and Superstitions. Singapura: Graham Brash.
26

Yow Yit Seng. Chinese Dimensions Their roots. mindset and psyche. Pelanduk
Publications.

Chao Lin. 1982. The socio-political systems of the Shang Dynasty Nankang. Taipei.

Hilda Hookham. 1972. A Short History of China. New America Library. New York

Yuri Pines. 2012. Alinating Rhetoric In The Book of Lord Shang And Its Moderation.
Extreme orient-Extreme Occident 34-2012

George I. Israel. China and east Asia to the Ming Dynasty.

China Five Thousand Years of History & Civilization. 2007. City University of Hong
Kong press Tat Chee Venue. Kowloon Hong Kong.

Chun-shu Chang. 1975. The Making Of China: Main Themes in Premodern Chinese
History. Prentice-Hall. InKenneth Scott Lattourette. The Chinese: Their story and
Culture. New York. The Macmillan Company. Englewood Cliffs. New Jersey.

Suffian Mansor. 2003. Tamadun China. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Patricia Ebrey. Anne Walthall. 2014. Pre-Modern East Asia : A Cultural. Social. and
Political History To 1800. Wadsworth Cengage Learning. USA.

Fairbank. Reischauer. Craig. 1978. East Asia : Tradition and Transformation.


Harvard University. United State of America
27

Ray Huang. 1989. China A Macro History. An East Gate Book. Armonk New York.
Second printing

Esa Khalid & Mohd Azhar Abd Hamid. 2004.beberapa aspek tamadun Melayu. India.
China. Jepun. Johor Darul Takzim : Universiti Teknologi Mara.

Lok Chong Hoe.1998. Tamadun Cina. Falsafah. Pandangan hidup dalam


aspek-aspek kesenian. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

You might also like