You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PENOR

25150 KUANTAN PAHANG

KERTAS KERJA:

PROJEK KECEMERLANGAN BILIK OPERASI SPBT


(BOSS)
2018

UNIT:
UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PENOR
PENDAHULUAN

Bilik SPBT telah diwujudkan sejak bermulanya Skim Pinjaman Buku Teks dan
hanya merupakan tempat penyimpanan buku teks. Dari semasa ke semasa
penambahbaikan telah dibuat dan jawatankuasa telah bersetuju menubuhkan
sebuah bilik operasi yang serba lengkap dan kondusif sejajar dengan
transformasi negara masa kini. Bilik operasi SPBT SK Kuala Penor telah
beroperasi sebagaimana sekolah lain dengan kemudahan yang terhad.
Walaubagaimana pun sistem pengurusan dan dokumentasi telah dikemaskini
dan diberi penambahbaikan mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh Bahagian
Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga Bilik SPBT SK Kuala
Penor dianugerahkan NAIB JOHAN Peringkat Negeri Pahang pada 2017.

RASIONAL
Dapatan pemantauan oleh Pegawai BBT Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah mendapati bahawa SK Kuala Penor
berpotensi untuk dicalonkan mewakili Negeri Pahang ke peringkat Kebangsaan
dalam pertandingan Pengurusan SPBT Cemerlang 2018. Justeru itu pihak
sekolah sangat berbesar hati untuk terus meningkatkan kecemerlangan
pengurusan SPBT dan bertekad untuk menyediakan kemudahan yang lebih
kondusif kepada semua pelajar disamping untuk memartabatkan Buku Teks
sebagai sumber ilmu utama. Sumbangan idea, tenaga dan sokongan moral serta
kewangan sangat diperlukan untuk merealisasikan Pengurusan SPBT
Cemerlang hingga ke peringkat kebangsaan.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan peranan Unit SPBT sebagai sebuah unit yang
membantu kecemerlangan pelajar melalui aspek keutamaan buku teks
sebagai sumber ilmu.
2. Menyediakan kemudahan tempat membaca seperti Taman SPBT,
Anjung Ilmu SPBT dan Pondok SPBT.
3. Menyediakan sebuah tempat simpanan buku teks yang terurus,
inisiatif, kreatif , kondusif dan selamat.
4. Memperkasakan unit SPBT dalam pengurusan sistem fail dan Buku
Stok dengan kualiti yang lebih cemerlang dan sistematik.

MATLAMAT
1. Menjadi sebuah unit yang cekap, kreatif dan berinovasi dalam
pengurusan SPBT serta mesra pelajar.
2. Kemudahan yang disediakan menjadi tarikan pelajar untuk terus
membaca dan menjadikan buku teks sebagai bahan rujukan utama
dalam pelajaran.
3. Menjadi penanda aras kepada sekolah sekolah yang lain dalam
mencapai kecemerlangan yang sama.

SASARAN
1. Bilik Operasi SPBT sekolah
2. Taman SPBT
3. Pondok SPBT
4. Anjung Ilmu SPBT

PENGLIBATAN
Pengurusan - Jawatankuasa Unit SPBT
Keceriaan - Semua guru

PERANCANGAN PROJEK DAN KOS


SASARAN KERJA KERJA ANGGARAN KOS
- Sistem Fail
1. Bilik SPBT - Papan Kenyataan
- Mural RM 500.00
- Kaunter
- Sudut Galeri

- Simen, batu, pasir


2. Taman SPBT - Cat RM 500.00
- Pasu dan bunga.
- Payung hiasan.
- Papan dan kayu
3. Pondok SPBT - Cat RM 3000.00
- Zink / Asbestos
@ Set lengkap Gazebo
- Meja
4. Anjung Ilmu SPBT - Kerusi RM 1000.00
- Rak Buku
JUMLAH BESAR RM 5000.00

PENUTUP

Projek kecemerlangan BOSS ini diharap dapat mencapai objektif dan


matlamatnya selain diharap semua kemudahan dan keceriaan yang disediakan
dapat menarik minat serta mengubah persepsi positif pelajar terhadap buku teks
seterusnya memertabatkan buku teks sebagai sumber ilmu utama.

Disediakan oleh

……………………………………………….
(SH NAWAITUL AQSYAH SYED ABD RAHMAN )
Penyelaras SPBT

Disemak oleh Disahkan oleh

……………………..….. …………………………….
(ZAWIAH BT MOHAMED) (AHMAD ZAHIRUDDIN B MD ISA)
GPK HEM YDP PIBG
SK Kuala Penor SK Kuala Penor

You might also like