You are on page 1of 4

KP(BS)8591/Jld.

XVIII/( )
Ogos 2006

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2006

Garis Panduan Pelaksanaan Borang Maklumat Murid Bagi Tujuan Agihan


Bantuan Kepada Murid Warganegara Malaysia di Sekolah Kerajaan dan di
Sekolah Bantuan Kerajaan.
_______________________________________________________________

Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tatacara pelaksanaan


Borang Maklumat Murid (BMM) di bawah aplikasi Sistem Maklumat Murid (SMM)
bermula dengan kutipan data pada 31 Januari 2007.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada murid warganegara Malaysia yang
belajar di sekolah kerajaan dan di sekolah bantuan kerajaan.

3. Bagi mendapatkan bantuan ini, ibu bapa murid perlu mengisi borang
permohonan yang berbeza. Keadaan ini antaranya menimbulkan karenah
birokrasi dan membebankan sekolah serta ibu bapa. Oleh yang demikian, wujud
keperluan penyelarasan borang permohonan bantuan bagi tujuan pengagihan
bantuan murid.

4. Bagi tujuan tersebut, KPM menyediakan BMM di bawah aplikasi SMM.


BMM merekodkan butiran murid, ibu bapa/penjaga, pendapatan, tanggungan
dan jenis bantuan yang diterima oleh murid.

5. Objektif pelaksanaan BMM adalah bagi mendapatkan maklumat murid


untuk tujuan:

i) Pemilihan murid warganegara Malaysia yang layak


dipertimbangkan menerima bantuan yang disediakan oleh KPM
tanpa menggunakan borang permohonan seperti yang
diperuntukkan oleh Surat Pekeliling Ikhtisas yang
berkuatkuasa/semasa mengenai bantuan;
ii) Pemilihan murid yang layak dipertimbangkan menerima bantuan
yang disediakan oleh agensi/badan bukan KPM; dan

iii) Merekodkan bantuan-bantuan yang diterima oleh murid.

6. Dari segi pelaksanaan bantuan, adalah diharapkan bahawa penggunaan


BMM akan dapat:

i) Mengurangkan karenah birokrasi dan meringankan beban guru


di peringkat sekolah;

ii) Memastikan golongan sasaran yang benar-benar layak sahaja


menerima bantuan;

iii) Memastikan bantuan yang diberi tidak bertindih dengan bantuan


yang disampaikan oleh agensi/badan bukan KPM seperti bantuan
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan-Yayasan
Negeri, agensi zakat/baitulmal dan badan atau pihak lain;

iv) Membangunkan pangkalan data bantuan yang komprehensif bagi


merekod penyaluran bantuan; dan

v) Rekod semua murid rendah dan menengah dapat disimpan,


disenggara dan dimuat turun bagi pelbagai tujuan yang
termasuklah perancangan, pemantauan dan penyelarasan
bantuan-bantuan murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

7. Kutipan data maklumat murid di bawah aplikasi SMM dilaksanakan dua


kali setahun pada 31 Januari dan pada 30 Jun. Butiran BMM murid direkodkan di
bawah aplikasi SMM di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan,
Jabatan Pelajaran Negeri/Wilayah dan KPM.

8. Semua ibu bapa dikehendaki memberikan sepenuhnya butiran yang


diperlukan oleh BMM bersama dokumen sokongan yang diminta sekali sahaja,
iaitu semasa kutipan data kali pertama atau semasa mendaftarkan kemasukan
murid ke sekolah.

9. Selanjutnya, semasa kutipan data yang dijalankan dua kali setahun, pihak
sekolah akan mengemukakan cetakan (print-out) Bahagian A dan B borang
BMM kepada ibu bapa bagi tujuan mengemaskini maklumat jika terdapat
sebarang perubahan.
10. Berdasarkan maklumat murid daripada cetakan (print-out) Bahagian A
dan B borang BMM dan dengan merujuk kepada syarat kelayakan bantuan yang
ditetapkan oleh Surat Pekeliling yang berkuatkuasa/semasa mengenai jenis
bantuan yang berkaitan, Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah hendaklah
menetapkan jenis bantuan yang layak diberikan kepada murid tersebut dan
melaksanakan bantuan seperti mana yang ditetapkan oleh Surat Pekeliling
berkenaan.

11. Dengan pelaksanaan BMM ibu bapa tidak perlu lagi mengisi borang
permohonan bagi mendapatkan bantuan yang disediakan oleh KPM kecuali bagi
bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa Kelas Persediaan Universiti dan
Biasiswa Sukan yang perlu diproses di peringkat KPM.

12. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan “Garis Panduan


Pelaksanaan Borang Maklumat Murid” untuk digunapakai di bawah aplikasi
Sistem Maklumat Murid sebagai panduan dan untuk diedarkan ke Pejabat
Pelajaran Daerah/Gabungan, sekolah menengah dan sekolah rendah di bawah
kategori sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah pentadbiran
masing-masing.

13. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersekali dengan Surat Pekeliling
berkenaan bantuan murid yang berkuatkuasa/semasa.

14. Y. Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil tindakan


segera dengan memaklumkan kepada semua pegawai di Jabatan Pelajaran
Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan, sekolah menengah dan sekolah
rendah di bawah kategori sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di
bawah pentadbiran masing-masing mengenai perkara ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(DATO’ DR. HJ. AHAMAD B. SIPON)


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Merangkap
Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru.
s.k 1. YB Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein
Menteri Pelajaran Malaysia.

2. YB Dato’ Noh bin Omar


Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

3. YB Dato’ Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

4. YB P. Komala Devi
Setiausaha Parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha,


Kementerian Pelajaran Malaysia.

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran,


Kementerian Pelajaran Malaysia.

8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pelajaran Malaysia.

11. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

You might also like