You are on page 1of 9

Tugasan MOOC PKP

Nama: TE SHI YING

No Matrik: GP07193

Topik/ Isu Perbincangan: Topik 6 Pendidikan Kaunseling dan Isu

1.0 Pengenalan

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat penting dewasa ini dalam


era negara kita menuju ke negara maju. Sebenarnya, apakah yang
dimaksudkan dengan pendidikan kaunselling? Apakah elemen-elemen yang
penting yang dirangkumi oleh pendidikan kaunselling? Persoalannya, apakah
perbezaan antara kaunseling dan bimbingan?

Pertamanya, salah satu konsep penting dalam pendidikan kaunseling


merupakan bimbingan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan
bimbingan sebagai perbuatan membimbing sama ada memberi petunjuk,
huraian, pimpinan dan lain-lain lagi. Menurut Othman Mohamed (2000),
bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan
usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai
bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang
menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
Menurut Gladding (2000), bimbingan ialah proses membantu individu
membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi
kehidupannya.Kita boleh merumuskan bahawa maksud bimbingan ialah satu
porses yang membantu secara langsung antara seorang yang lebih
berkemahiran kepada individu yang memerlukan bantuan secara cepat.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan kaunseling sebagai


proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang
dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya
menerusi bimbingan dan nasihat. Mengikut American Personnel and Guidance
(APGA) juga menerangkan bahawa kaunseling merupakan penggunaan
prosedur kaunselor dan tingkah laku sains yang berkaitan untuk membantu
dalam mempelajari cara menyelesaikan masalah atau membuat keputusan
berkaitan dengan kerjaya, perkembangan peribadi, perkahwinan, keluarga,
atau lain-lain kerisauan interpersonal. Blocher (1974) juga mendefinasikan
kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi
lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam
persekitarannya.

Persoalannya, apakah perbezaan antara bimbingan dan kaunseling?


Sebenarnya, perbezaan antara bimbingan dan kaunseling boleh dibincangkan
daripada beberapa perspektif. Yang pertamanya, dari segi jangka masa iaitu
bimbingan bermatlamat untuk jangka masa pendek manakala kaunseling
adalah bermatlamat untuk jangka pendek dan jangka panjang. Fokus
bimbingan merupakan pemberian maklumat atau nasihat kepada orang yang
menerima manakala kaunseling adalah berfokus untuk seseorang yang
bersifat perkembangan kendiri. Bimbingan biasanya dijalankan oleh seorang
guru biasa atau semua orang manakala kaunseling dijalankan oleh seorang
kaunselor yang bertauliah dalam kursus bimbingan dan kaunseling. Malah,
sasaran untuk bimbingan boleh ditentukan dalam individu, kelompok kecil dan
besar manakala sasaran untuk kaunseling hanya boleh ditentuka dalam
individu ataupun kelompok kecil. Bimbingan biasanya boleh berlaku di mana-
mana tempat manakala proses kaunseling hanya boleh dijalankan dalam bilik
khas dimana pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien
berlaku.

Kesimpulannya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan


peranan yang penting sama ada dalam persekitaran sekolah dan masyarakat
untuk mencapai Wawasan negara 2020. Pendidikan kaunseling perlu
mempunyai pengurusan yang mantap dan sistematik dalam usaha mencapai
matlamat dalam agenda pendidikan negara dan menyahut cabaran era
globalisasi. Isu-isu dalam kaunseling perlu diberi perhatian dan berusaha
mencari cara penyelesaian.
2.0 Isu Pendidikan Kaunseling: Salah Tanggapan Tentang Kaunseling

Dalam era globalisasi ini, kaunseling merupakan cabang psikologi yang


membabitkan proses perhubungan atau interaksi secara professional dengan
kaunselor berdaftar mengikut etika yang dibenarkan. (Akta Kaunselor,1998).
Pada hakikatnya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah mustahak di
sekolah. Salah satu kepentingan ialah ia memberi perkhidmatan sokongan
kepada system sekolah. Jenis-jenis perkhidmatan kaunseling terbahagikan
kepada kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Selain itu, bimbingan
kaunseling kerjaya juga penting demi membantu para pelajar untuk
menentukan kerjaya masa depan mereka. Perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling juga memainkan peranan yang penting dalam menghadapi
masalah disiplin dan sebagai program pencegahan berlakunya masalah
disiplin. Malangnya, menurut Ahli Lembaga Kaunselor, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Mumtaj Begum Mohd.
Sultan (2017) dalam berpendapat bahawa peranan kaunselor dan perkhid-
matan kaunseling dalam masyarakat di negara ini dilihat masih rendah,
mungkin disebabkan kaunseling itu dianggap sebagai sesuatu yang terlalu
peribadi. Salah satu isu dalam pendidikan kaunseling ialah pihak
masyarakat mempunyai salah tanggapan masyarakat tentang kaunseling.
Pertamanya, terdapat tiga istilah yang sering dikelirukan oleh pihak
masyarakat, iaitu nasihat, bimbingan dan kaunseling. Sebenarnya, perbezaan
antara ketiga-tiga istilah boleh dibezakan berdasarkan orang yang
memberikan,contohnya nasihat diberikan oleh sesiapa dan tidak kepada apa-apa
kepakaran, bimbingan diberikan oleh orang yang pakar dalam bidang tertentu manakala
kaunseling diberikan oleh orang yang mempunyai ilmu dan bertauliah dalam bidang
kaunseling.

Pihak masyarakat yang kurang terdedah kepada perkhidmatan bimbingan dan


kaunseling telah mempunyai beberapa salah kefahaman terhadap definisi kaunseling. Yang
pertamanya, kaunseling dianggap sebagai nasihat sahaja di mana kaunseling sebenarnya
merupakan proses penggunaan prosedur kaunselor dan tingkah laku sains yang
berkaitan untuk membantu dalam mempelajari cara menyelesaikan masalah.
Ramai orang memiliki tanggapan awal tentang apa itu kaunseling dan apa yang kaunseling
boleh atau tidak boleh lakukan. Pihak masyarakat juga menganggap proses kaunseling sebagai
hanya berbual-bual sahaja dan tidak memberi sumbangan ke atas perkembangan kendiri
seseorang. Terdapat juga pihak masyarakat yang menganggap bahawa kaunseling untuk
orang kaya sahaja ataupun untuk murid-murid di sekolah sahaja. Tanggapan ini boleh
menghalang seseorang dari mendapat khidmat kaunseling.
Seterusnya, tanggapan yang salah tentang kaunseling dan hakikat sebenar di sebalik
salah tanggapan tersebut akan dibincangkan secara terperinci. Salah tanggapan yang pertama
ialah kaunseling adalah untuk orang yang sakit jiwa. Salah tanggapan ini akan
menghalang masyarakat daripada menerima kaunseling sebab berasa
diri bukan orang yang mempunyai sakit jiwa ataupun ‘psycho’. Pada
hakikatnya, kaunseling adalah untuk orang yang mengalami masalah yang
sementara atau situasi yang mengganggu kehidupan harian, atau mahu
membaiki diri. Situasi yang mengganggu termasuklah menghadapi stres,
mempunyai kemurungan, mengalami perubahan yang besar seperti
kehilangan ibu bapa, menghadapi kebimbangan dan juga sentiasa menangguh
kerja dalam kehidupan seharian. Kesemua situasi ini bukan tanda-tanda sakit
jiwa. Ini telah membuktikan bahawa kaunseling bukan untuk orang yang sakit
jiwa malah untuk orang yang bermasalah atau ingin meningkatkan
perkembangan diri. Jika sesorang yang benar-benar mengalami sakit jiwa,
mereka tidak semestinya berjumpa dengan kaunselor malah hendaklah
mendapatkan rawatan psikiatri dan bukannya khidmat kaunseling.
Salah tanggapan yang seterusnya ialah orang yang tidak dikenali tidak boleh
membantu. Pihak masyarakat yang menghadapi masalah mungkin berasa
dirinya tidak mengenali sesiapa kaunselor dan berasa malu untuk berjumpa
dengan kaunselor. Mereka juga tidak percaya pada kaunselor yang mungkin
membongkarkan rahsia mereka kepada orang lain. Sebenarnya, hasil kajian
telah menunjukkan bahawa kebanyakan orang lebih mudah untuk
mencurahkan masalah dan kebimbangan mereka kepada orang yang tidak
dikenali, bukan kepada orang yang mereka rapat atau mereka sayangi seperti
contoh, rakan, ahli keluarga dan sahabat karib. Profesionalisme kaunselor juga
memastikan bahawa kaunselor tidak terlibat di dalam kehidupan peribadi klien.
Justeru, mereka tidak ada ‘vested interest’ terhadap klien. Maka dengan itu
jelas tidak berlaku bias. Etika kaunseling yang perlu dipatuhi dan diamalkan
oleh semua kaunselor adalah memastikan tiada hubungan emosi di antara
kanselor dan juga klien. Profesionalisme kaunselor boleh dipercayai oleh klien.
Hal ini demikian kerana Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998 telah memastikan
bahawa hanya kaunselor yang berdaftar boleh melakukan kaunseling.
Kaunseling juga diiktiraf kan sebagai satu profesion professional.
Kaunselor tidak buat apa-apa juga merupakan salah satu salah
tanggapan masyarakat terhadap kaunseling. Hal ini demikian kerana klien
yang berjumpa dengan kaunselor mempunyai salah faham bahawa kaunselor
akan membantu mereka untuk menjalankan apa-apa tindakan dalam
kehidupan seharian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Jadi, salah tanggapan telah wujud apabila kaunselor hanya mendengar
masalah mereka tanpa mengambil tindakan ke atas kehidupan seharian
mereka maka hanya memberi bantuan dan nasihat secara lisan menyebabkan
mereka berasa kaunselor tidak buat apa-apa selain daripada bercakap kosong.
Sebenarnya, kaunselor mempunyai peranan yang penting dalam setiap sesi
kaunseling. Pertamanya, kaunselor mendengar perluahan masalah klien dan
mencatatkan semua isi penting. Seterusnya, kaunselor sebenarnya memberi
respon lisan dan tanpa lisan termasuk bahasa badan kepada klien. Kaunselor
juga membantu klien untuk mengenalpasti isu utama dan menjelas perspektif
melalui setiap sesi kaunseling. Sekiranya klien mempunyai fikiran yang tidak
bersesuaian, kaunselor akan memainkan peranan untuk mencabar pemikiran
dan pandangan klien. Malah, kaunselor menggalak klien meneroka
kepercayaan dan idea yang membatasi diri mereka. Kaunselor juga pandai
menggunakan pelbagai strategi bergantung kepada teori dan situasi yang
dialami oleh klien. Walaubagaimanapun, profesionalisme kaunselor telah
menetapkan bahawa segala cadangan yang diberikan hanya boleh ditentukan
oleh klien sendiri sama ada menerima atau menolak cadangan tersebut.
Seseorang kaunselor tidak boleh memaksa seseorang klien untuk menerima
cadangan diri.
Di samping itu, salah tanggapan yang seterusnya ialah Kaunseling
mengambil masa. Ini mungkin menjadi satu alasan untuk pihak
masyarakat untuk menghalang diri daripada menerima kaunseling. Pada
hakikatnya, kaunseling memang memerlukan masa. Hal ini demikian kerana
perubahan seseorang juga memerlu masa. Klien yang berbeza dari segi
keperluan kepada keperihatian, ruang untuk berfikir, dan perhatian. Kesannya,
semakin berat dan kompleks isu yang dihadapi, semakin banyak masa
diperlukan. Ini membawa maksud bahawa semakin klien tidak bersedia untuk
berubah, semakin banyak masa diperlukan. Oleh itu, kaunseling jangka pendek
boleh diklasifikasikan dalam tempoh berminggu atau berbulan. Ini adalah
cukup jika klien yang fokus kepada matlamat. Malah, terdapat juga kaunseling
jangka panjang jika tujuan kaunseling ini adalah untuk berfokus kepada
perkembangan kesejahteraan mental dan personaliti klien.
Salah tanggapan yang seterunsya ialah orang lain akan mengetahui
masalah ataupun sebab sekiranya menerima kaunseling. Pihak
masyarakat tidak menerima kaunseling kerana bimbing rahsia diri akan
diketahui oleh orang lain. Pada hakikatnya, hubungan kaunseling adalah sulit.
Etika kaunselor telah menetapkan bahawa segala perbualan semasa sesi
kaunseling adalah sulit. Orang lain akan tahu jika klien yang beritahu. Etika
kaunselor termasuklah kaunselor perlu menghormati hak peribadi klien dan
menyifatkan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling sebagai
rahsia. Setelah kaunselor memperolehi rahsia klein, kaunselor
bertanggungjawab menyimpannya. kecuali untuk maklumat mahkamah
sedangkan maklumat berkenaan boleh membahayakan klien contohnya bunuh
diri.
Salah tanggpan yang seterusnya ialah pihak masyarakat menganggap
bahawa kaunseling akan mengubah siapa dirinya. Sebenarnya, setiap kali
sesi kaunseling akan memberi peluang kepada klien untuk meneroka isu masa
lepas bagi membolehkan klien maju untuk perkembangan diri. Klien memang
mengalami perubahan dalam pemikiran dari satu sesi ke sesi yang lain.
Walaubagaimanapun, perubahan ini merupakan progres positif yang
membebaskan diri klien dari keadaan negatif yang mengganggu hidupnya.
Setiap kaunselor mematuhi etika bahawa setiap sesi kaunseling mempunyai
matlamat dan bukan hanya sekadar sembang kosong. Kaunselor haruslah
mahir menggunakan pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana
selesa, sayang, hormat dan terbuka. Kaunselor juga hendaklah menunjukkan
sifat-sifat sebagai pendengar yang baik dan kritikal serta membantu klien jika
menghadapi keadaan tersekat-tersekat sewaktu meluahkan pengalaman dan
perasaanya. Kaunselor haruslah dapat juga menggalakkan klien menghurai
dan menentukan pernyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongan yang
dikehendaki
3.0 Punca Salah Tanggapan Terhadap Kaunseling

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah lama dilaksanakan dalam Malaysia.


Namun, pelbagai isu dan cabaran masih hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak di
Malaysia terutamanya sektor pendidikan. Salah anggap, salah faham atau
misconceptions terhadap kaunseling merupakan salah satu perkara biasa dan
sinonim dengan masyarakat di Malaysia.
Biasanya, apabila seseorang individu disarankan untuk mengikuti program
kaunseling, masyarakat akan melabelkan seseorang tersebut sebagai seorang
yang bermasalah atau penyebab masalah. Proses stereotaip oleh
masyarakat umum turut menjejaskan imej selain memberi gambaran buruk
mengenai program kaunseling itu. Akibatnya, klien akan berasa malu dan
melahirkan ketidakselesaan semasa sesi kaunseling. Akibatnya, hubungan
antara kaunselor dan klien telah dijejaskan. Klien juga enggan memberikan
kerjasama kepada kaunselor sepanjang proses kaunseling.
Seterusnya, media massa di Malaysia yang menggambarkan sesi
kaunseling dengan negatif juga tidak membantu. Malah, pihak media massa
sering menggambarkan imej individu yang menemui kaunselor sebagai orang
yang mempunyai beban masalah berat, kemurungan, gila atau hilang akal.
Profesion sebagai kaunselor sering kali dikaitkan dengan merawati pesakit
mental dan orang yang bermasalah. Sebenarnya, orang yang mempunyai sakit
jiwa perlu menerima rawatan psikiatri dan bukannya khidmat kaunseling.
Kaunselor juga tidak boleh membantu orang yang sakit jiwa.
Kerjaya dalam bidang kaunseling sering kali disalah tanggap sebagai
profesion yang boleh membaca minda dan stereotaip berlaku di mana apabila
seorang klien yang berjumpa secara sukarela ataupun dibawa berjumpa
adalah tergolong di dalam kumpulan yang bermasalah. Kerjaya sebagai
kaunselor sering kali ditakuti dan disalah anggap.(Fatimah, 2014)
Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/membudayakan-
kaunseling-dalam-komuniti-1.539296#ixzz5Gt3a7gRG
© Utusan Melayu (M) Bhd

Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/membudayakan-
kaunseling-dalam-komuniti-1.539296#ixzz5Gt3ABHHR
© Utusan Melayu (M) Bhd

3.1 Kepentingan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Objektif Kaunseling

Tujuan kaunseling

http://echask.blogspot.my/2009/11/definisi-kaunseling.html

http://cr2bkuaien.blogspot.my/2012/10/definisi-bimbingan-kaunseling-
dan.html
4.0 Isu-isu Pendidikan Kaunseling

You might also like