You are on page 1of 18

MODUL SOALAN RAMALAN PERNIAGAAN SPM

2018
Tajuk pilihan

1. OBBU

2. Kelebihan dan Kekurangan Milikan Tunggal

3. Ciri dan Kelebihan PLT

4. Jenis-jenis Rakan Kongsi

5. Sektor Utama

5. Kesan Inflasi/ deflasi

6. Peranan PBT

7. Faktor yang mempengaruhi Daya Saing

8. Peranan Pengurusan Sumber manusia

9. Kemahiran Kebolehkerjaan

10. Pengurusan sumber Fizikal

11. Penyata Kewangan dan Analisis

12. Strategi Pemasaran

13. Kelebihan Berniaga


BAHAGIAN A

DIFINISI/ MAKSUD/ KONSEP/ PERANAN AGENSI/ LOGO AGENSI/ SOALAN DIRECT

1. (a) Terangkan maksud pemasaran? [2 markah]

H1 Aktiviti mencipta nilai barang/penentuan harga/promosi/pengedaran produk


H2 Bagi menggalakkan berlaku pertukaran
H3 Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
H4 Untuk mencapai objektif organisasi, iaitu keuntungan

(b) Terangkan maksud pembangunan produk dan pembangunan pasaran [4 markah]


Maksud pembangunan produk
H1 Memperkenalkan produk baharu di pasaran sedia ada
H2 Menghasilkan produk baru/mengubahsuai produk sedia ada
H3 Untuk menarik pelanggan di pasaran

Maksud pembangunan pasaran


H1 Usaha mencari pasaran baharu
H2 Bertujuan untuk memasarkan produk yang sedia ada
H3 Kerana pasaran sedia ada sudah tepu/ tidak dapat meningkatkan jualan produk

(c) Apakah maksud syer pasaran? [ 2 markah]


Bahagian atau peratusan penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang/
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan dalam pasaran berbanding pesaing.
Peniagaan yang menguasai syer pasaran terbesar akan menjadi pemimpin dalam pasaran.

(d) Apakah maksud kebolehkerjaan? [ 2 markah]

Kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja seperti kemahiran berkomunikasi,
kerja sepasukan, penyelesaian masalah, perancangan dan pengurusan diri, keupayaan
pembelakaran, penggunaan teknologi, berinisiatif dan keusahawanan.
2(a) Rajah 1 di bawah berkaitan dengan tujuan perniagaan.

Jelaskan organisasi perniagaan di atas? [3 markah]

F1 Organisasi bukan bermotif untung (OBBU)


H1 mengumpulkan dan menggunakan setiap usaha, kepakaran dan kebajikan
dari setiap lapisan masyarakat untuk melawan
H2 Ia bertujuan untuk menyediakan penjagaan rawatan, penjagaan pencegahan,
penyelidikan dan perkhidmatan sokongan kanser untuk pesakit kanser
dan keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi dan orang awam di Malaysia
H3 perkhidmatan sokongan, rawatan, pendidikan & kesedaran, penyelidikan
dana dan pembangunan dan bahagian antarabangsa

2(b) Logo di bawah berkaitan agensi kerajaan.


Jelaskan peranan agensi kerajaan tersebut membantu perniagaan. [4 markah]

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)


Mengamalkan konsep ‘pinjaman asas simpanan’.
Memberi pinjaman kepada peniaga sebagai modal tambahan
Menggalakkan budaya menabung
Mewujudkan satu jaringan usahawan secara kelompok
Membina kemahiran usahawan.
Skim yang ditawarkan:
Skim Pembiayaan Program Temannita
Skim Pembiayaan Kontrak –I
Skim Pembiayaan Teman Tekun
Skim Pembiayaan Tekun Niaga
Program Pembangunan Usahawan Bekas Tentera
Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera
2(c) Logo di bawah berkaitan agensi kerajaan.
Jelaskan peranan agensi kerajaan tersebut membantu perniagaan. [4 markah]

Mencari dan membangunkan kawasan perdagangan baharu


Mengenalpasti pasaran baharu di luar negara
Menemukan pengeksport Malaysia dengan pengimport dari luar negara
Mengekalkan perhubungan antara pengimport dengan pengeksport berdaftar
Mencetak dan mengedarkan bahan bacaan mengenai aktiviti perdagangan Malaysia
Mengadakan misi perdagangan ke luar negara dan membawa masuk pengimport dari luar
negara
Mengambil bahagian dalam pameran perdagangan antarabangsa
Mempromosikan barangan keluaran Malaysia
Mengeratkan hubungan perdagangan dengan negara lain
Merancang dan mengendalikan seminar perdagangan antarabangsa untuk pengeksport
Malaysia.

3(a) Bezakan kos tetap dengan kos berubah. [4 markah]

Kos Tetap Kos Berubah

Tidak dipengaruhi oleh kuantiti Kos yang dipenagaruhi oleh


pengeluaran kuantiti pengeluaran

Kos yang ditanggung sama Kos yang ditanggung bergantung


kepada kuantiti produk.

Contoh kos bangunan, insuran, Contoh bahan mentah, bil air,


pekerja, kilang dan jentera elektrik, telefon
3(b) Gambar di bawah menunjukkan dua jenis organisasi perniagaan.

Bezakan organisasi A dan Organisasi B dari segi

(i) Aktiviti yang dijalankan


(i) Tujuan Penubuhan
(ii) Sumber kewangan

Organisasi A Organisasi B

Organisasi Bermotif untung Organisasi Bukan Bermotif untung

i Mengeluarkan barang dan perkhidmatan Menyediakan perkhidmatan kepada


masyarakat

ii Memaksimumkan untung Menjaga kebajikan masyarakat

iii Sumbangan dana oleh pemilik, Derma orang ramai dan sumbangan
pinjaman dan keuntungan perniagaan kerajaan
4(a) Rajah di bawah menunjukkan klasfikasi perniagaan.

Sektor

X Kedua Ketiga

Huraikan X? [3 markah]

Meliputi aktiviti pengekstrakan sumber semula jadi untuk mengeluarkanbahan mentah atau
hasil semula jadi dari bumi atau laut.
Terdiri daripada pertania, perlombongan, pembalakan, perikanan.
Contoh kelapa sawit, petroleum

4(b) Rajah di bawah menunjukkan bilangan rakan kongsi.

Bilangan Rakan Kongsi

Perkongsian Biasa Perkongsian Berhad Perkongsian Y

Terangkan kebaikan rakan kongsi Y? [4 markah]

Entiti berasingan
Rakan kongsi bebas daripada tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap PLT.
Liabiliti Terhad
Aset semua rakan kongsi dilindungi sekiranya perniagaan muflis.
Penjimatan kos
PLT tifdak tertakluk kepada sistem audit dan pematuhan pada undang-undang berkanun.
Hayat berterusan
Perubahan yang berlaku pada PLT tidak menjejaskan kewujudan/ hak/ liability PLT.
Fleksibiliti Perniagaan.
Rakan kongi boleh meletak syarat tambahan menurut perjanajian perkongsian.
5(a) Maklumat berikut berkaiatan dengan satu jenis kemudahan pembiayaan yang disediakan
oleh bank perdagangan .

Pada 1 Januari 2018 baki akaun semasa En Asri adalah sebanyak sebanyak RM15,
000. Pada 10 Januari 2018 beliau telah memasukkan tunai RM2,000 ke dalam akaun
tersebut. Pada 15 Januari 2018, beliau telah mengeluarkan sekeping cek bernilai
RM20,000 untuk pembayaran kepada pembekal barang niaga.

Jelaskan sumber pembiayaan yang digunakan oleh En. Asri. [5 markah]

F Overdraf
H1 Merupakan kemudahan kredit yang disediakan oleh bank perdagangan
H2 Pemegang akaun semasa boleh mengeluarkan wang melebihi jumlah wang dalam
akaun semasa setakat had yang ditetapkan.
H3 Faedah hanya dikenakan ke atas jumlah overdraf yang digunakan mengikut kadar
harian.
H4 Overdraf sesuai kepada usahawan yang kurang pasti tentang jumlah, masa dan
H5 Pembiayaan jangka pendek.
H6 Proses mudah/ tidak memerlukan dokumentasi/ penjamin

(b) Nyatakan enam aspek yang perlu diberi perhatian oleh pengurus sumber manusia untuk
mewujudkan organisasi perniagaan yang mampan [6 markah]

Aspek yang perlu diberikan perhatian oelh pengurus sumber manusia yang teratur dan
berkesan
F1 Menyediakan pelbagai program kompetensi dan praktikal untuk pekerja
F2 Mengamalkan pelbagai penilaian dalam proses pembangunan prestasi pasukan
F3 Melaksanakan penambahbaikan prestasi pekerja menerusi pelbagai ganjarandan insentif
F4 Melaksanakan program kepimpinan/pemantapan budaya profesionalisme/dalam
kalangan pengurus atasan dan pertengahan

F5 Mewujudkan pelbagai skim ganjaran seperti peluang pembagunan dan


kerjaya/faedah/insentif jangka panjang
F6 Menyediakan penghuraian kerja dan spesifikasi tugas yang jelas agar pekerja dan
kakitangan mengetahui fungsi masing-masing
BAHAGIAN B (RESPON TERBUKA)

7(a) Graf di bawah menunjukkan empat kitaran ekonomi.

Kitaran
Pertumbuhan Kemerosotan Y Melambung

Masa

(i) Terangkan Y. [4 markah]

F1 Fasa kemelesetan/ Deflasi


H1 Merupakan faktor ekonomi
H2 Permintaan terhadap perniagaan jatuh/ kuantiti jualan merosot
H3 Keuntungan perniagaan jatuh
H4 Stok barang meningkat/ lebihan penawaran barang
H5 Firma terpaksa mengurangkan pengeluaran barang
H6 Pekerja diberhentikan/ kilang ditutup
H7 Pengangguran akan bertambah
H8 Kuasa beli rakyat menurun
H9 Taraf hidup rakyat turun/ Kemiskinan meningkat.
H10 Tabungan menurun

(ii) Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah di Y.
[4 markah]

H1 Kerajaan akan mengunakan dasar kewangan dan dasar fiskal untuk mengawal
kemelesetan
H2 Dasar kewangan seperti Sumber kredit, kadar faedah dan mengawal penawaran
wang
H2a Kerajaan menurunkan kadar faedah
H2b Dapat meningkatkan kuasa beli masyarakat
H3 Dasar fiskal seperti kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan
H3a Kerajaan menurunkan kadar cukai
H3b Kerajaan menambahkan perbelanjaan
H4 Permintaan demostik akan meningkat
(b) Gambar dibawah menunjukkan sejenis sumber perniagaan.

Jelaskan prosedur menguruskan sumber perniagaan tersebut? [7 markah]

Mesin merupakan sumber fizikal.


Perlindungan insurans
Menguruskan risiko bagi mengelakkan daripada berlakunya kerugian.
Insuran kebakaran/ kecurian
Melindungi mesin daripada risiko kebakaran, risiko kecurian.
Jika risiko berlaku peniaga akan dibayar ganti rugi.

Keselamatan
Pekerja tahu menggunakan mesin dengan betul/ latihan/ sop
Mesin selamat digunakan

Penyelengaraan dan baik pulih.secara terancang.


Mesin perlu diselenggara secara berkala untuk memastikan operasi berjalan lancar.
Penyediaan jadual pemeriksaan untuk memastikan keroskan mesin dapat dicegah.
Jika berlaku kerosakan , mesin dapat dibaiki dengan segera.
Menjamin kelancaran operasi pengeluaran, meningkatkan produktiviti dan keuntungan.
8(a)

Syarikat BCB menghasilkan sos bilis untuk pasaran tempatan. Berikut ialah
maklumat tentang kos pengeluaran yang dihadapi oleh syarikat dalam proses
pengeluaran dalam tempoh setahun.
RM
Kos bahan mentah untuk seunit sos 1
Kos upah untuk menghasilkan seunit sos 1.50

Sewa kilang setahun 25 000


Mesin dan peralatan 20 000

(i) Jika syarikat menetapkan harga jualan sebanyak RM4 seunit, hitung jumlah sos yang
perlu dikeluarkan dan dijual dalam syarikat untuk mencapai titik pulang modal (TPM).
[3 markah]

Jawapan :

Titik Pulang Modal = Kos Tetap


Harga seunit – Kos Berubah Seunit

= 45,000 = 30 000 unit sos


4 – 2.50

8(a)(ii) Jelaskan kepentingan analisis operasi kewangan dengan menggunakan Titik Pulang
Modal. Kepada Syarikat CBC [4 markah]

H1 TPM adalah satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil


keluaran sama dengan jumlah kos.
H2 Kuantiti pengeluaran tidak member sebarang untung atau rugi.
H3 Jumlah hasil cukup menampung jumlah kos
H4 Tahap minimum jualan yang perlu diperoleh supaya tidak akan
mengalami kerugian.
H5 Jumlah keluaran kurang dari titik TPM menyebabkan perniagaan
mengalami kerugian.
H6 Jumlah keluaran melebihi titik TPM menyebabkan perniagaan
mengalami keuntungan.
8(b) Maklumat berikut berkaitan dengan iklan jawatan kosong di sebuah syarikat.

Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan bagi


mendapat jawatan tersebut. [4 markah]

F1 Kelayakan yang sesuai


H1 mengikut keperluan perniagaan/ Diploma perakaunan
F2 Pengalaman
H2 Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam perakaunan
F3 Berpengetahuan tentang perkhidmatan
H3 Berpengetahuan dalam sistem perakaunan UBS
F4 Keberksanan mencapai sasaran individu/ pasukan/ jabatan
H4 Berdikari/ mempunyai kenderaan sendiri
8(c) Gambar beikut berkaitan dengan beberapa alat teknologi maklumat yang digunakan dalam
aktiviti perniagaan.

Pada pendapat anda, jelaskan kaedah yang boleh digunakan untuk mengaplikasi
peralatan tersebut dalam perniagaan. [7 markah]

F1 e- pemasaran
H1 digunakan untuk memasarkan produk keluaran secara dalam talian / contoh
F2 e- dagang
H2 membuat tempahan, pembelian, dan pembayaran secara dalam t alian/ contoh
F3 e- government
H3 Peniaga menggunakan dalam talian untuk urusan perniagaaan
melibatkan pihak kerajaan/ kementerian/ jabatan/ contoh
F4 e- banking
H4 Urusan peniagggan yang melibatkan perbankan dengan urusan dalam talian/ contoh
F5 Penggunaan laman sosial
H5 Mengiklankan produk, meluaskan rangkaian/ mencari pelanggan
baru dan mengekalkan pelanggan sedia ada./ contoh
F6 Penggunaan e mail
H6 Menggunakan mel elektronik untuk menyampaikan maklumat
perniagaan kepada pelanggan dengan cepat dan jimat masa.
9(a) Maklumat di bawah berkaitan dengan dua buah syarikat dalam industri yang sama.

Butiran Aset Semasa dan Syarikat ABC Bhd (RM) Syarikat XYZ Bhd (RM)
Liabiliti Semasa

Tunai di bank 1000 1500

Penghutang 500 400

Stok 100 100

Pemiutang 2000 1500

(i) IHitungkan nisbah semasa bagi kedua-dua syarikat tersebut. [4 markah]

(ii) Sekiranya anda ingin membuat pelaburan, syarikat manakah yang anda pilih?
Berikan alasan. [4 markah]

Syarikat yang dipilih untuk melabur ialah Syarikat XYZ B


Alasan
Nisbah semasa Syarikat XYZ Bhd ialah 1.33 : 1
Bagi setiap RM1 liabiliti semasa, syarikat mempunyai RM1.33 aset semasa
Syarikat XYZ Bhd mampu membayar hutang-hutang jangka pendeknya dengan
menggunakan aset semasa
9(b) Gambar di bawah berkaitan satu produk yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat.

Jelaskan starategi pemasaran yang digunakan oleh syarikat tersebut?[4 markah]

F1 Strategi Harga
H1 Harga yang berpatutan
H2 Penetapan harga berdasarkan kos pengeluaran
H3 Penetapan harga berdasarkan pesaing
H4 Penetapan harga berdasarkan psikologi/ RM2.99
H5 Pemberian diskaun kepada pengguna
9(c) Maklumat berikut berkaitan En. Tony Fernandez , pemilik Syarikat Air Asia.

Tahun Penerangan
Tahun 2001 Mengambil alih Syarikat yang dibebani hutang yang amat
banyak melalui Syarikatnya Tune Air Sdn. Bhd.
Tahun 2014 Pesawat Air Asia terhempas di Selat Karimata, Indonesia dan
telah mengorbankan semua penumpang.
Tahun 2017 Menerima anugerah sebagai Syarikat Tambang murah terbaik di
dunia.

(i) Nyatakan ciri keperibadian usahawan yang dimiliki oleh Encik Tony.
[3 markah]

F1 Berani mengambil risiko/ untuk gagal


H1 Menganggap kegagalan sebagai satu pengajaran yang berharga
F2 Tidak mudah putus asa
H2 Meneruskan usaha walaupun menghadapi kegagalan/ pesawat terhempas.
F3 Inovatif
H4 Syarikat penerbangan tambang murah.

(ii) Sejauh manakah sumbangan En. Tony terhadap kemajuan dan pembangunan
ekonomi negara. [5 markah]

H1 Memperkenalkan produk tempatan ke luar negara


H2 Mewujudkan kerjasama serantau/ negara Indonesia
H3 Pengaliran wang masuk/ eksport tak Nampak
H4 Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
H5 Memberikan perkhidmatan penerbangan tambang murah
H6 Membuka peluang pekerjaan
H7 Sumber pendapatan diri dan keluarga
H8 Peluang perniagaan bahru
BAHAGIAN C (KAJIAN KES)

Syarikat Media Kreatif Sdn. Bhd menjalankan perniagaan menhasilkan Drama dan Filem.
Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 2000. Syarikat setakat ini Berjaya menghasilkan
karya drama sebanyak 40 drama dan 10 buah filem . Pelanggan utama drama terbitan
syarikat ini adalah Stesyen TV swasta seperti TV3 dan TV9. Baru – baru ini beliau
mendapat laporan bahawa drama terbitan syarikatnya telah dimuat naik di Youtube tanpa
mendapat kebenaran daripada syarikatnya. Peguam syarikat menasihat agar penerbitan
drama perlu dilindungi.

Visi syarikat ini ialah menjadikan syarikat ini sebagai Syarikat pengeluar filem
terunggul tahun 2020. Bagi mencapai visi tersebut, syarikat perlu membuat strategi
pemasaran yang berkesan. Untuk menambah penonton syarikat ini berhasrat
mengeluarkan filem yang bermutu setaraf dengan filem-filem luar negara.

Baru-baru Syarikat beliau telah mendapat projek menghasilkan filem sejarah


Perjuangan Tunku Abdul Rahman daripada pihak kerajaan. Syarikat beliau tidak mampu
untuk menghasilkan filem kerana kekurangan kepakaran. Syarikat bercadang untuk
membuat perkongsian dengan syarikat lain. Berikut adalah dua buah syarikat yang
berpotensi dijadikan rakan niaga.

Nisbah Syarikat Chaty Syarikat Yusuf Sdn. bhd

Peratusan Untung Tokokan 25.5% 14.0%

Peratusan pulangan atas modal 20.4% 15.5%

Bagi menjayakan projek tersebut , pihak syarikat telah membuat pelaburan semula
sebanyak RM10 juta. Selain daripada itu, pelbagai galakan telah ditawarkan oleh kerajaan
yang bertujuan untuk mengembangkan industri perfileman negara.

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut,


(a) Terangkan tujuan perniagaan yang ditubuhkan oleh Syarikat Media Kreatif.
[2 markah]
F1 Perkhidmatan
H1 Aktiviti yang memberikan faedah kepada pengguna
H2 Tidak mempunyai bentuk fizikal
H3 Penerbitan filem/ drama
(b) Bagaimana Syarikat Media melindungi Karya terbitan syarikatnya.
[4 markah]
F1 Mendaftar melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
H1a Perlindungan hak cipta berdasarkan Akta Hak Cipta 1987.
H1c Kesalahan cetak rompak boleh didakwa di mahkamah
F2 Hak Cipta Terpelihara
H2a Drama merupakan karya yang layak mendapat perlindungnan
H2b Hak cipta eksklusif kepada pencipta karya/
H2 c Drama/ Filem merupakan ekspresi idea yang direkodkan
H2 d Mengawal penggunaan karya dalam tempoh tertentu
H2d Melindungi hasil ciptaan supaya tidak disalah guna/ cetak rompak

(c) Cadangkan bagaimana syarikat Media Kreatif dapat menarik minat penonton .
[5 markah]
F1 Strategi Produk
H1a Mengeluarkan filem/ drama yang berkualiti tinggi/ contoh
H1b Menggunakan teknologi moden dalam penggambaran filem
H1c Pelakun yang terkenal /

F2 Strategi Promosi
H2a Membuat iklan / tv/ internet

(d) Syarikat yang manakah yang mungkin dipilih sebagai rakan kongsi strategik.
Berikan alasan. [6 markah]

F1 Syarikat Chaty
Alasan
H1 Peratusan Untung Tokokan Syarikat Chaty lebih tinggi./ 25.5%
Syarikat Terlajak Murah lebih rendah./ 14.0%
H2 Syarikat Chaty lebih berkesan dalam mengawal harga jualan
H3 Harga jualan barang niaga dipeeolehi dengan menambah 25.5% pada kos.
H4 Peratusan pulangan atas modal Syarikat Chaty lebih tinggi/ 20.4%
/Syarikat Terlajak Murah lebih rendah/ 15.5%
H5 Syarikat Charty menunjukkan cekap dalam membuat pelaburan perniagaan.
H6 Bagi setiap RM1 modal yang dilaburkan untung bersih yang diperolehi
Syarikat Chaty ialah 20.4 sen / Bagi setiap RM1 modal yang dilaburkan
untung bersih yang diperolehi Syarikat Terlajak Murah ialah 15.5 sen
(e) Bincangkan galakan yang patut diterima oleh Syarikat Media Kreatif dari pihak
kerajaan?

F1 Elaun Cukai Pelaburan

H1 Pelepasan cukai ekoran pelaburan modal yang diberi kepada

perniagaan berstatus Koridor Raya Multinational.

F2 Pengecualian cukai

H2 Diberi kepada syarikat berstatus MHC dan terlibat dalam industri

berteknologi tinggi.

H3 Perbelanjaan mendapat pengecualian cukai seperti penyelidikan

pasaran eksport, pameran dan penyelidikan

You might also like