You are on page 1of 5

WACANA PERADABAN MELAYU

(PERSOALAN MIGRASI KE-TANAH MELAYU: CERAKINAN ARKEOLOGI,


SEJARAH DAN KONTEKS BUDAYA)

PERASMI:

YB.AMINUDDIN BIN ZULKIPLI


TIMBALAN YANG DIPERTUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK
ADUN BEHRANG

TARIKH :

22 NOVEMBER 2018 (KHAMIS)

MASA: 9.00 pagi

TEMPAT :

DEWAN KONVENSYEN, BANGUNAN E-LEARNING,


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ANJURAN :

INSTITUT PERADABAN MELAYU (IPM) ,


JABATAN SEJARAH, FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN
DENGAN KERJASAMA PERMAS
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
1. PENGENALAN

Persoalan migrasi ke Tanah Melayu ini timbul apabila ada segelintir masyarakat di Malaysia
yang masih memegang teori Kolonisasi yang dikemukakan oleh Quaritch-Wales. Teori ini
berpendapat bahawa Kedah Tua atau Lembah Bujang dibangunkan dan dimakmurkan oleh
orang-orang India yang bermigrasi dari benua India. Teori ini bersandarkan kepada
ekskavasi yang dijalankan oleh Quaricth-Wales pada tahun 1936-1937 yang telah
menemukan lebih daripada tiga puluh buah tapak candi. Beliau yang dibiayai oleh ‘The
Greater India Society’ yang berpusat di Calcutta, India. Quaritch-Wales telah bersetuju
bahawa Kedah Tua dibangunkan oleh koloni India yang mengguna-pakai sepenuhnya
kebudayaan India berdasarkan temuan artifak dan juga fitur hasil daripada ekskavasi yang
beliau lakukan.
Walau bagaimanapun, pendapat Quaritch-Wales ini ditolak oleh Alaistair Lamb yang
membuat kajian di Pengkalan Bujang dan Bukit Batu Pahat. Sumbangan beliau adalah
terhadap ekskavasi yang beliau lakukan di Candi Bukit Pahat (Tapak 8) di mana sebuah
candi berunsur agama Hindu telah ditemui. Berdasarkan senibina candi tersebut, beliau
berpendapat bahawa Candi Bukit Pahat dibina dengan menggunakan kepakaran dan
bercirikan tempatan berdasarkan kepada penggunaan pelapik tiang dan juga tiang-tiang
kayu serta bahagian atap yang bertingkat. Ini secara tidak langsung menolak pendapat
Quaritch-Wales terutamanya dalam konteks kearifan tempatan masyarakat Melayu pada
zaman itu.
Sehubungan dengan itu adalah difikirkan perlu untuk wacana ini dibahaskan dalam
pentas akademik bagi menjelaskan kepada masyarakat konteks sebenar berkenaan
perkembangan sejarah dan kebudayaan masyarakat yang memakmurkan Lembah Bujang.
Dalam konteks ini adalah orang Melayu itu sendirilah yang membangunkan dan
memakmurkan kerajaan awal di Kedah Tua atau kerajaan lain di Alam Melayu.

Objektif Kajian

Objektif Wacana Peradaban Melayu ini diadakan adalah seperti yang berikut:

1. Menjelaskan kepada masyarakat berkenaan sejarah dan kebudayaan masyarakat


dalam kerajaan Melayu Kedah Tua.
2. Memaparkan keberadaan dan peranan yang dimainkan oleh masyarakat India di Tanah
Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan.
3. Menolak pandangan segelintir anggota masyarakat yang buta sejarah tentang asal usul
penduduk di negara ini
4. Mewujudkan IPM sebagai platform akademik dalam mencambah pemikiran dan
perkongsian ilmu kepada masyarakat Malaysia.

2. LOKASI PROGRAM

Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

3. PANEL / PEMBENTANG
3.1 Profesor Dato Dr. Ahmad Murad Merican (USM)
3.2 Profesor Madya Dr.Zuliskandar Ramli (UKM)
3.3 Dr.Azharudin Mat Dali (UM)
3.4 Dr.Nasha Rodziadi Khaw (USM)
4. IMPLIKASI KEWANGAN

Peruntukan akan menggunakan bajet belanja mengurus Institut Peradaban Melayu di


bawah kod 105121 dan kod akaun amanah IPS-IPM 022024-13-001.

3.1 Anggaran Perbelanjaan :

Bil. Perkara Jumlah Perbelanjaan Jumlah (RM)

1 Jamuan :
i. Sarapan VIP: 10 org x RM20.00 200.00
Peserta : 200 org x RM4.00 800.00

ii. Makan Tengahari VIP: 10 org x RM20.00 200.00

2 Percetakan :
Banner 2 banner x RM150.00 300.00
Bunting Seminar 3 bunting x RM50.00 150.00
Buku Program 100 x RM1,00 100.00
Sijil Penyertaan 200 x RM1,00 200.00

3 Bayaran penceramah 4x RM300.00 1200.00

4 Kontigensi 315.00
10% dari perbelanjaan

3465.00
JUMLAH KESELURUHAN (RM)

5. SENARAI JAWATANKUASA

Penaung : Y.Bhg.Profesor Dato’Dr.Mohammad Shatar bin Sabran


Naib Canselor
Penasihat : Y.Bgh.Profesor Dr.Mohd Sahandri Gani bin Hamzah
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Pengerusi : Prof. Madya Dr. Azhar Wahid (IPM)
Timb. Pengerusi : Prof. Madya Dr. Adnan Jusoh (FSK)
Setiausaha : En. Iskandar Zulkarnain Mohamed Ridzuan
AJK/Urusetia: : PERMAS
Ahmad Redzuan Abu Bakar
Nur’Amirah bt. Ali
Mohd Muhaiyuddin Md Zahid
Fathin Noor Ain bt. Ramli
Harneeta Kaur Mallanhanse

6. TENTATIF PROGRAM

BIL MASA AKTIVITI TEMPAT

1 08.00 pg- 09.00 pg - Pendaftaran Peserta


- Ketibaan jemputan

2 09.00 pg-10.00pg Perasmian Wacana: Dewan Konvensyen,


- Ucapan Aluan : YBhg Prof Dato Bangunan E-Learning,
Naib Canselor UPSI UPSI
- Ucapan Perasmi:
YB.AMINUDDIN BIN ZULKIPLI
Timbalan Yang Dipertua Dewan
Undangan Negeri Perak
Adun Behrang

3 10.00pg – 10.30pg Rehat dan Sarapan

4 10.30pg-12.30tgh Sesi Wacana

Profesor Dato Dr. Ahmad Murad


Merican (USM)
Profesor Madya Dr.Zuliskandar
Ramli (UKM)
Dr.Azharudin Mat Dali (UM)
Dr.Nasha Rodziadi Khaw (USM

5 12.30 tgh-1.30 ptg Penyampaian cederamata dan


Bersurai

7. SYOR
Mengesyorkan agar cadangan dan perbelanjaan berkaitan kertas konsep Wacana ini
diluluskan oleh pihak pengurusan Institut Peradaban Melayu (IPM).

Disediakan oleh : ISKANDAR ZULKARNAIN MOHAMED RIDZUAN


Penolong Pegawai Tadbir
Institut Peradaban Melayu

................................................

Diluluskan oleh : PROF. MADYA DR. AZHAR WAHID


Peruntukan diluluskan : Pengarah
Institut Peradaban Melayu
RM...........................

.............................................

You might also like