You are on page 1of 26

Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

PEMBANGUNAN TANAH RANCANGAN, PENCAPAIAN DAN CABARAN

Asan Ali Golam Hassan


Mahani Mohd @ Mamat

Universiti Utara Malaysia

PENGENALAN

Pada tahun 1954 misi Bank Dunia telah mencadangkan Tanah Melayu
memberikan perhatian kepada pembangunan tanah bagi meningkatkan hasil
pengeluaran pertanian. Satu Badan Bertugas telah ditubuhkan dan ia
menekankan kepada pentingnya perancangan dan koordinasi dalam
pembangunan tanah bagi memastikan pembangunan ekonomi dan sosial yang
seiringan. Badan ini juga sedar tentang wujudnya masalah berkaitan
ketakseimbangan pemilikan tanah yang sedia ada dan halangan ke atas
rancangan pembangunan tanah yang dijalankan. Akhirnya, Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan atau ringkasnya FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di
bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956, khas bagi memajukan sektor luar bandar
(Shamsul Bahrin & Lee Bon Thong 1988:11).

Secara khusus, tujuan penubuhan FELDA ialah untuk membangunkan


kawasan luar bandar sebagai kawasan pertanian yang berdaya maju. Dalam
masa yang sama ia juga berfungsi sebagai penempatan semula rakyat miskin dan
tidak bertanah di luar bandar dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang
diperlukan. Selain itu, skim FELDA (dan skim FELCRA) berupaya mengatasi
masalah “tuantanah tidur” dan masalah saiz kebun yang kecil (Malaysia
1991a:43).

Peneroka yang diterima masuk ke tanah rancangan akan disediakan


dengan sebuah rumah yang agak sederhana, sebidang tanah di bahagian
belakang rumah untuk ditanam buah-buahan, sayur-sayuran atau ternakan dan
seluas lapan hingga sepuluh ekar tanah pertanian untuk diusahakan. Mereka
dijangka akan mendapat hakmilik tanah tersebut selepas 15 tahun dibangunkan.
FELDA telah menjadi syarikat perladangan yang terbesar di dunia pada tahun
1981 dengan peruntukan belanjawan sebanyak RM538 juta berbanding hanya
RM3.2 juta pada tahun 1958 (Ozay Mehmet 1987:63; FELDA 1958:22).

Kos pembukaan tanah bagi menempatkan sesebuah keluarga adalah


tinggi. Kos purata pembangunan bagi menempatkan satu keluarga dalam
rancangan FELDA telah meningkat dari RM27,750 pada tahun 1974/75 kepada
hampir RM50,000 pada awal tahun 1980-an. Pihak FELDA membiayai semua kos
infrastruktur serta kos pengurusan dan pentadbiran, peneroka hanya membayar
balik kos sebenar ladang, tanaman di ladang, lot tapak rumah dan rumah (Mohd
Shukri 1992:102).

Sehingga akhir tahun 1994 FELDA telah membangunkan tanah seluas


891,986 hektar, meliputi 469 buah tanah rancangan yang menempatkan 114,159
orang peneroka (74,377 tanaman kelapa sawit; 39,335 tanaman getah). Dari

46-1
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

jumlah ini, 23,105 orang peneroka (20%) telah pun mendapat surat hakmilik
(Malaysia 1994:53).

Usaha menggantikan semula pokok yang telah tua di tanah rancangan


FELDA telah dimulakan sejak tahun 1983 lagi. Sehingga tahun 1994, sejumlah
53,524.1 hektar tanah yang melibatkan 17,293 orang peneroka terlibat dalam
usaha menanam semula (46.3% tanaman kelapa sawit dan 53.7% tanaman
getah) (Malaysia 1994:55).

Keadaan sosio-ekonomi masyarakat FELDA berbeza antara satu kawasan


dengan kawasan yang lain. Keadaan ini dipengaruhi oleh lamanya kawasan yang
telah dimajukan dan jenis tanaman.

Pendapatan yang diterima oleh para peneroka ini ditakrifkan sebagai apa
yang diterima daripada penjualan hasil ladang. Bagaimanapun hasil kajian
mengenai pendapatan purata bulanan yang diterima oleh peneroka berbeza
antara penyelidik. Ini kerana purata pendapatan bulanan peneroka (hasil ladang)
sangat dipengaruhi oleh faktor seperti jenis tanaman, harga pasaran, lamanya
pokok telah ditanam dan musim dalam setahun.

Hasil ladang ini juga dipengaruhi oleh kesuburan tanah, kerjasama


peneroka dalam sesebuah blok rancangan, umur peneroka dan faktor generasi
yang mengusahakan ladang. Generasi kedua peneroka pula kurang kesanggupan
untuk membantu dan meneruskan usaha generasi pertama (Malaysia 1991a:206).

Bagi tanah rancangan kelapa sawit yang belum mengeluarkan hasil,


pendapatan peneroka sekitar RM107 sebulan; bagi umur pokok antara lima
hingga sembilan tahun, pendapatan peneroka adalah disekitar RM435 sebulan
dan bagi umur pokok antara sembilan hingga 14 tahun, pendapatan peneroka
menurun kepada RM246 sebulan (Blair & Nache 1980:6). Hasil yang semakin
berkurangan dan beban hutang termasuk bayaran tunggakan menyebabkan
peneroka (selepas 10 hingga 25 tahun) terperangkap semula dalam kemiskinan.

Pendapatan peneroka adalah tidak serata antara satu kawasan dengan


kawasan yang lain. Sering kali pendapatan agak tinggi di satu kawasan dan
dalam masa yang sama di kawasan lain pendapatannya rendah malah ada yang
di bawah garisan kemiskinan. Perbezaan pendapatan peneroka ini seterusnya
akan mempengaruhi agihan pendapatan mereka. Kebanyakan peserta FELDA
merupakan orang Melayu yang tidak berpelajaran dan bertanah dengan purata
pendapatan kurang dari RM50 sebulan sebelum menyertai tanah rancangan
FELDA (Wan Mohd Rafaei 1975:5).

Walaupun kebanyakan kajian mendapati peneroka telah terkeluar dari


belenggu kemiskinan, tetapi dalam keadaan sebenar masalah kemiskinan di
tanah rancangan tetap berlaku terutamanya setelah pokok ditebang untuk
ditanam pada kali kedua sehingga pokok tersebut sudah boleh mengeluarkan
hasil. Faktor-faktor yang mempengaruhi pendapatan peneroka dapat diringkaskan
seperti dalam Rajah 1.

46-2
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

FAKTOR LUARAN FAKTOR DALAMAN

Lama Kawasan
Telah
Dimajukan

Dasar Kerajaan Musim dalam setahun

Pekerjaan
Sampingan Umur Peneroka

Institusi
Kerajaan Generasi Kedua

Kesuburan Lokasi Tanah


Tanah Rancangan Pendapatan pekerjaan
tetap yang
lain

Infrastruktur Agihan Pendapatan Upah Buruh

Migrasi
Kemiskinan Keluar
Belia
Harga Pasaran Ladang
Terbiar

Lanjut Usia/
Uzur

Jenis Tanaman
Umur Pokok

Tanaman Kali Tanaman Kali


Pertama Kedua

Petunjuk : kesan langsung

kesan tidak langsung

Rajah 1 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pendapatan, Agihan Pendapatan


dan Kemiskinan Di Tanah Rancangan

46-3
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

PENINGKATAN PENDAPATAN

Keluasan ladang bagi satu-satu keluarga memberikan kepada peneroka dan


anggota keluarganya satu pendapatan yang mencukupi pada peringkat awal dan
berupaya meningkatkan lagi pendapatan dalam jangka panjang supaya
pendapatan itu terus meningkat berbanding dengan peluang-peluang pekerjaan di
tempat-tempat lain (Shamsul Bahrin & H.L.Kow 1986:144).

Pendapatan bersih bulanan peneroka rancangan FELDA antara tahun


1976 hingga 1981 secara puratanya ialah RM426 bagi peneroka di tanah
rancangan getah dan RM679 bagi peneroka di tanah rancangan kelapa sawit.
Namun begitu, bagi tempoh 1980 hingga 1983, kadar kemiskinan di luar bandar
masih lagi tinggi. Berlaku peningkatan kadar kemiskinan sebanyak 9.2 peratus
dalam sektor pertanian iaitu daripada 45.7 peratus pada tahun 1980 kepada 54.9
peratus pada tahun 1983 (Zulkifli Mustafa 1988:104). Kadar kemiskinan di
kalangan pekebun kecil getah pula telah berkurangan dari 42.7 peratus pada
tahun 1984 kepada 40.0 peratus pada tahun 1987 (Malaysia 1991a:47).

Menurut satu taksiran, setelah berada 7 atau 8 tahun di tanah rancangan


kelapa sawit FELDA, sesebuah keluarga miskin akan menikmati pendapatan dua
kali ganda daripada paras pendapatan di kampung dulu (Mohd Shukri 1992:103).
Mereka yang memasuki tanah rancangan getah akan menikmati kenaikan
pendapatan kira-kira 70 peratus (Mariam Omar 1980:40).

Di tempat asal, sekurang-kurangnya 89.4 peratus peneroka mendapat


pendapatan bulanan kurang daripada RM200.00 sebulan. Selepas menyertai
skim FELDA peratusan ini telah berkurang kepada 25 peratus sahaja. Umumnya
hampir semua peneroka telah menerima pendapatan paling kurang tiga kali
ganda lebih tinggi daripada apa yang mereka perolehi di tempat asal. Peneroka
dalam kumpulan pendapatan paling tinggi dalam skim ini menerima paling kurang
sepuluh kali ganda daripada apa yang mereka terima di tempat asal (Shamsul
Bahrin & H.L.Kow 1986:20,222). Putara pendapatan bersih bulanan peneroka di
tanah rancangan getah telah meningkat daripada RM483 pada tahun 1990
kepada RM712 pada tahun 1993 (Jadual 1).

Jadual 1: Purata Pendapatan Bersih Bulanan Peneroka FELDA


Tanah Rancangan Getah (RM)

Luas Lot Tahun


Hektar (ekar) 1990 1991 1992 1993
2.4 (6) 347 348 285 421
2.8 (7) 342 379 407 547
3.2 (8) 455 463 385 488
4.1 (10) 540 553 535 797
4.9 (12) 620 511 572 879
Purata 483 503 481 712
Sumber : Laporan Tahunan FELDA 1991.
Laporan Tahunan Kementerian Tanah dan Pembangunan
Koperasi 1994.

Dari segi purata pendapatan bersih bulanan peneroka tanah rancangan di


negeri Kedah pada tahun 1993, ia mencatatkan angka tertinggi iaitu RM754

46-4
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

di FELDA Laka Selatan dan terendah di FELDA Batu Lapan yang hanya
RM330 sahaja. Pendapatan peneroka telah di semua tanah rancangan
FELDA di negeri Kedah telah meningkat pada tahun 1994. FELDA Laka
Selatan masih lagi mencatatkan jumlah tertinggi purata pendapatan bersih
bulanan iaitu sebanyak RM1,495 (kenaikan sebanyak 98.3%) manakala
terendah di FELDA Lubuk Merbau (Peringkat 5), RM597 berbanding dengan
RM396 pada tahun 1993 iaitu kenaikan sebanyak 50.7% (Jadual 2).

Jadual 2: Purata Pendapatan Peneroka FELDA, Kedah Darulaman,


1993 dan 1994

Tahun Purata Pendapatan Purata Pendapatan


FELDA Pembangunan Peringkat 1993 1994

Kasar Bersih Kasar Bersih


Guar Napai 1956/67 1 399 359 652 599
1956/57 2
Batu Lapan 1959/60 1 374 330 809 739
1959/60 2
Bukit Tembaga 1956/57 1 555 433 920 741
1957/58 2
Bukit Tangga 1977/78 1 985 737 1,580 1,328
1979/80 2 909 650 1,535 1,257
1979/80 3 845 621 1,490 1,259
1982/83 4 486 365 1,192 1,023
Gunung Bongsu 1977/78 1 855 625 1,203 960
1979/80 2 712 493 1,177 877
Laka Selatan 1982/83 1 1,018 754 1,816 1,495
Lubuk Merbau 1964/65 1 - - - -
1965/66 2 - - - -
1967/68 3 558 593 670 649
1969/70 4 587 562 805 783
1970/71 5 473 396 658 597
1972/73 6 659 554 1,011 915
1972/73 7 697 610 1,040 974
1977/78 8 783 643 1,253 1,116
1979/80 9 922 729 1,365 1,170
Sg. Tianga 1959/60 1 - - - -
1960/61 2 - - - -
Teloi Kananb 1962/63 1 - - - -
1963/64 2 - - - -
1970/71 3 590 554 871 754
Teloi Timur 1976/77 1 845 598 1,372 1,064
1977/78 2 852 600 1,366 1,157
1980/81 3 647 432 1,289 972
1980/81 4 666 437 1,268 951
1981/82 5 724 487 1,304 987

Nota : a,b tanam kali kedua belum mengeluarkan hasil


Sumber : FELDA, Pembangunan Tanah, Usaha dan Pencapaian, 1995.

Secara khusus, pendapatan peneroka (isirumah) boleh dibahagikan kepada


empat ceraian iaitu;
a. pendapatan isi rumah hanya berdasarkan pendapatan dari hasil ladang
Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja;

b. pendapatan isi rumah berdasarkan pendapatan dari hasil ladang KIR,

46-5
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

pendapatan dari pekerjaan sampingan KIR dan dari lain-lain sumber


pendapatan KIR sahaja;

c. pendapatan isi rumah berdasarkan pendapatan dari hasil ladang KIR,


pendapatan dari pekerjaan sampingan KIR, dari lain-lain sumber
pendapatan KIR dan dari pemberian anak yang telah berpindah; dan

d. pendapatan isi rumah berdasarkan pendapatan dari hasil ladang KIR,


pendapatan dari pekerjaan sampingan KIR, dari lain-lain sumber
pendapatan KIR, dari pemberian anak yang telah berpindah dan dari
pendapatan Ahli Isi Rumah (AIR) dari pekerjaan tetap, sampingan dan lain-
lain sumber pendapatan AIR.

Langkah-langkah seperti berikut boleh digunakan bagi mendapatkan pendapatan


per kapita peneroka (isi rumah);

YkKIR = HL (kg.susu getah) x Hp … (1)

YbKIR = Yk - (Kp1 +Kp2 + … + Kpn + TKpt-1) - (Pc + TPct-1) … (2)

YbpKIR = Yb - (Bk + TBkt-1) - (Ts + TTst-1) - (Pi1 + Pi2 + … + Pin + Tpit-1)... (3)

YKIR = (YbKIR + YsKIR + Y1,2,3…nKIR + PA) – Ub …. (4)

YAIR = YkuAIR + YsAIR + Y1,2,3…nAIR … (5)

YIR = YKIR + YAIR … (6)

YIRPK = (YKIR + YAIR)/BIR … (7)

dimana;

YkKIR = pendapatan kasar dari ladang FELDA (LF)


YbKIR = pendapatan bersih dari LF
YbpKIR = baki pendapatan bersih dibawa pulang dari LF
YKIR = pendapatan KIR
YsKIR = pendapatan sampingan KIR
PA = pemberian anak yang tidak tinggal bersama KIR
Y1,2,3…nKIR = lain-lain sumber pendapatan KIR
YAIR = pendapatan AIR
YkuAIR = pendapatan kerja utama AIR
YsAIR = pendapatan sampingan AIR
Y1,2,3…nAIR = lain-lain sumber pendapatan AIR
YIR = pendapatan isi rumah
YIRPK = pendapatan perkapita isi rumah
HL = hasil ladang
Hp = harga pasaran
Kp = potongan kos pengendalian (kos operasi)
TKpt-1 = potongan tunggakan kos pengendalian
Pc = potongan cukai ladang
TPct-1 = potongan tunggakan cukai ladang
Bk = potongan bayaran kembali

46-6
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

TBkt-1 = potongan tunggakan bayaran kembali


Ts = potongan tanam semula
TTst-1 = potongan tunggakan tanam semula
Pi = potongan individu/kebajikan
Tpit-1 = potongan tunggakan individu/kebajikan
Ub = kos mengupah buruh

Maklumat (1), (2) dan (3) boleh diperolehi dari salinan penyata gaji peneroka dan
maklumat (4) dan (5) harus diperolehi dari soalselidik (kerja lapangan). Potongan
individu (kebajikan) peneroka adalah seperti, potongan kedai runcit, caruman
bulanan koperasi, caruman bulanan ASN/ASB, Jawatankuasa Kemajuan
Rancangan (JKKR) dan lain-lain. Lain-lain sumber pendapatan seperti, bantuan
Kebajikan Masyarakat, Pencen, Biasiswa persekolahan (anak yang tinggal
bersama KIR), ladang/rumah/lain-lain harta yang disewakan, elaun koperasi dan
lain-lain. Semua bayaran yang berbentuk tahunan dibahagikan dengan 12 (bulan)
bagi mendapatkan amaun bulanan.

Melalui kajian penulis yang dijalankan di semua tanah rancangan FELDA


di negeri Kedah purata dan penentu jumlah pendapatan bulanan berbeza antara
kawasan dan ianya sangat dipengaruhi oleh lama pokok telah ditanam dan
kawasan telah diduduki. Di negeri ini terdapat 10 buah tanah rancangan yang
menempatkan 3,179 orang peneroka. Kesemua tanah rancangan yang
berpeneroka hanya melibatkan jenis tanaman getah sahaja. Daripada jumlah
keseluruhan peneroka di negeri ini, 1,456 orang peneroka telah menanam semula
tanaman getah masing-masing.

Kajian ini menggunakan data yang di perolehi daripada Bahagian Operasi


dan Bahagian Kewangan Ibu Pejabat FELDA, Kuala Lumpur. Maklumat mengenai
pendapatan bulanan individu (termasuk potongan) didapati daripada penyata
pendapatan peneroka (slip gaji) bagi bulan Mac 1997 dari Pejabat FELDA di
setiap kawasan kajian yang dipilih. Bagi maklumat hasil bukan ladang serta
lain-lain maklumat asas mengenai setiap isirumah pula didapati daripada
soalselidik yang dijalankan di setiap kawasan kajian. Seramai 1,296 orang
peneroka telah disoalselidik dan keputusan kajian dapat diringkaskan seperti
jadual di bawah.

46-7
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

Jadual 3: Purata Pendapatan Bulanan

Maklumat Kawasan Sumber Pendapatan


Kajian
Lama Lama Hasil Hasil Hasil ladang Hasil ladang +
Kawasan Pokok ladang ladang + + pendapatan dari
Telah Telah sahaja pendapatan pendapatan perkerjaan
Kawasan Diduduki Ditanam dari dari sampingan dan
Kajian perkerjaan perkerjaan lain-lain sumber
sampingan sampingan pendapatan +
dan lain- dan lain-lain pemberian anak
lain sumber sumber yang telah
pendapatan pendapatan berpindah +
+ pemberian pendapatan
anak yang daripada ahli-ahli
telah isirumah yang
berpindah berkerja
Bukit 40 14 (ts) 580 655 794 1,056
Tembaga
(Pkt.1&2)
Batu Lapan 37 12 (ts) 692 808 959 1,296
(Pkt.1&2)
Guar Napai 37 12 (ts) 608 657 778 1,027
(Pkt.1&2)
Sg.Tiang 38 5 (ts) 214 247 348 656
(Pkt.1&2)
Teloi 32 5 (ts) 200 293 714 822
Kanan
(Pkt.2)
Lubuk 29 2 (ts) 260 298 403 648
Merbau
(Pkt.1)
Bukit 14 16 1,098 1,356 1,405 1,549
Tangga
(Pkt.2)
Teloi Timur 15 20 891 955 988 1,402
(Pkt.1)
Gunung 12 18 538 670 700 965
Bongsu
(Pkt.1)
Laka 10 14 1,020 1,036 1,211 1,278
Selatan
Nota : Pkt = peringkat
ts = umur pokok selepas ditanam untuk kali kedua

Jumlah pendapatan peneroka mempunyai kaitan yang rapat dengan


pendapatan yang diperolehi dari hasil ladang KIR. Hasil ladang yang rendah
merupakan penyebab yang utama jumlah pendapatan yang rendah di FELDA
Sungai Tiang, FELDA Teloi Kanan, FELDA Lubuk Merbau dan di FELDA Gunong
Bongsu. Di sesetengah kawasan peneroka tidak memperolehi hasil ladang. Mereka
hanya bergantung kepada elaun saradiri kerana pokok getah telah ditanam semula
dan masih belum mengeluarkan hasil. Jika peneroka memilih untuk tidak mengambil
elaun saradiri, mereka tidak memperolehi apa-apa hasil ladang sehinggalah pokok
getah yang telah ditanam semula boleh ditoreh. Mereka memilih tidak mengambil
elaun saradiri antara RM160 hingga RM200 kerana mempunyai anak-anak yang
telah bekerja.

46-8
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

Di kawasan yang telah lama dimajukan (sesetengah kawasan pokok telah


ditaman untuk kali kedua), faktor usia peneroka dan anak-anak yang telah
dewasa (bekerja) dan tanggungan yang rendah telah mengurangkan penglibatan
mereka dalam pekerjaan sampingan. Selain itu di kawasan yang telah lama
dimajukan juga faktor pemberian anak yang telah bekerja dan tidak menetap
bersama dengan ketua isirumah telah meningkatkan jumlah pendapatan bulanan
peneroka pada kadar yang lebih besar dibandingkan dengan kawasan yang baru
dimajukan.

AGIHAN PENDAPATAN

Purata pendapatan (mean income) penduduk luar bandar telah meningkat dari
RM590 pada tahun 1970 kepada RM824 pada tahun 1979 seterusnya kepada
RM857 sebulan pada tahun 1987 (Ishak Shari 1992:10). Purata pendapatan bulanan
penduduk luar bandar ialah RM853 sebulan pada tahun 1987 (Jomo K.S. 1990:93).

Corak agihan pendapatan isirumah luar bandar di Semenanjung Malaysia


pada tahun 1987 menunjukkan 49.5 peratus isirumah menduduki tempat 20
peratus tertinggi, 36.4 peratus isirumah menduduki tempat 40 peratus
pertengahan dan 14.1 peratus isirumah menduduki tempat 40 peratus terendah
(Zainal Azman 1991:358-365).

Dari segi kemiskinan relatif pula, masih wujud masalah ketidaksetaraan


agihan pendapatan. Walau bagaimanapun keadaan ini dikatakan semakin baik.
Bahagian pendapatan yang dikuasai oleh golongan 40 peratus terendah semakin
meningkat secara keseluruhannya. Bahagian pendapatan kumpulan 40 peratus
terendah ini telah meningkat dari 12.8 peratus pada tahun 1984 kepada 13.8
peratus pada tahun 1987 (Chamhuri Siwar 1991:34).

Melalui kajian penulis di tanah rancangan FELDA Zon Pahang Timur


(tanaman kelapa sawit) mendapati bagi tanah rancangan yang telah tujuh tahun
dibangunkan, pekali Gininya adalah 0.051; 20 tahun telah dibangunkan, pekali
Gininya adalah 0.237 dan yang telah 24 tahun dibangunkan, pekali Gininya adalah
0.213. Tidak wujud sebarang perhubungan di antara nilai pekali Gini dengan
lamanya tanah rancangan tersebut telah dibangunkan. Tindakan FELDA melalui
amalan "polisi pendapatan terjamin" akan menyeragamkan pendapatan bulanan
peneroka dan seterusnya akan mengecilkan nilai pekali Gini, contohnya seperti di
FELDA Bukit Sagu 1 yang berhadapan dengan masalah bayaran balik tunggakan
yang tinggi, pekali Gininya hanyalah 0.036 (Asan Ali 1998:228-247).

Kajian yang dijalankan di semua tanah rancangan FELDA di negeri Kedah


(yang membahagikan pendapatan peneroka/isi rumah kepada empat ceraian)
mendapati agihan pendapatan peneroka agak seimbang jika pendapatan
peneroka hanya berdasarkan hasil ladang sahaja.

46-9
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

Jadual 4: Agihan Pendapatan

Angkali Gini Angkali Gini Angkali Gini Angkali Gini


Pendapatan KIR Pendapatan KIR Pendapatan KIR Pendapatan KIR
FELDA dari hasil ladang dari hasil ladang dari hasil ladang dari hasil ladang
+ + +
Lain-lain sumber Lain-lain sumber Lain-lain sumber
pendapatan pendapatan pendapatan
+ +
Pemberian anak Pemberian anak
yang telah yang telah
berpindah berpindah
+
Pendapatan AIR
1 Bukit Tembaga 0.069 0.121 0.191 0.267
a
(Pkt.1&2) (75) (58) (40)
2 Batu Lapan 0.052 0.154 0.182 0.239
(Pkt.1&2) (196) (18) (31)
3 Guar Napai 0.065 0.120 0.157 0.286
(Pkt.1&2) (85) (31) (82)
4 Sungai Tiang 0.151 0.190 0.243 0.366
(Pkt.1&2) (26) (28) (51)
5 Teloi Kanan 0.056 0.120 0.190 0.252
(Pkt.2) (114) (58) (33)
6 Lubuk Merbau 0.104 0.143 0.214 0.354
(Pkt.1) (37) (50) (65)
7 Bukit Tangga 0.018 0.186 0.193 0.223
(Pkt.2) (933) (4) (21)
8 Teloi Timur 0.020 0.077 0.091 0.110
(Pkt.1) (285) (18) (21)
9 Gunong Bongsu 0.046 0.204 0.225 0.274
(Pkt.1) (343) (10) (22)
10 Laka Selatan 0.046 0.149 0.163 0.175
(224) (9) (7)

Purata 0.063 0.146 0.185 0.256


Keseluruhan (132) (27) (37)

Nota : aangka dalam kurungan menunjukkan peratus perubahan angkali Gini


dari tingkat pendapatan sebelumnya

Ketakseimbangan agihan pendapatan agak ketara di FELDA Sungai Tiang


(0.151) dan di FELDA Lubuk Merbau (0.104). Di FELDA Sungai Tiang
ketakseimbangan agihan pendapatan dari hasil ladang yang yang agak ketara
kerana hampir 40 peratus peneroka mempunyai ladang getah (peringkat kedua)
yang tidak boleh ditoreh, sama ada pokok telah tua atau telah ditebang untuk
tujuan tanam kali kedua. Pendapatan yang mereka terima hanya berdasarkan
elaun sara hidup sebanyak RM150 sebulan. Seramai 56 orang peneroka
mengambil keputusan tidak mengambil elaun sara hidup kerana tidak mahu
terikat dengan bayaran kembali setelah pokok boleh mengeluarkan hasil.

Agihan pendapatan yang lebih seimbang di FELDA Bukit Tangga, Teloi


Timur, Gunong Bongsu dan Laka Selatan adalah kerana peneroka memperolehi
pendapatan hasil ladang yang agak seragam dan sebahagian besar daripada
mereka membawa hasil setiap bulan.

Jika pendapatan KIR dicampur dengan pendapatan dari kerja sampingan


dan dari sumber pendapatan yang lain, Angkali Gini akan mula meningkat.
Peratusan peningkatan Angkali Gini paling besar di FELDA Batu Lapan (196%)

46-10
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

dan di FELDA Teloi Kanan (114%). Ini kerana lebih ramai peneroka di kedua-dua
kawasan berkenaan terlibat dalam pekerjaan sampingan atau mempunyai lain-
lain sumber pendapatan yang menyebabkan pendapatan mereka meningkat
secara tidak serata dibandingkan dengan peneroka-peneroka lain di kawasan
berkenaan.

Di tanah rancangan yang telah lama dimajukan, peratus perubahan


Angkali Gini meningkat dengan mendadak sebanyak 381 peratus dengan paling
ketara di FELDA Bukit Tangga iaitu sebanyak 933 peratus. Ini kerana hampir 20
peratus peneroka di kawasan berkenaan mempunyai pekerjaan sampingan.

Apabila pemberian wang oleh anak yang telah berpindah diambilkira dalam
pendapatan KIR, ketakseimbangan agihan pendapatan menjadi semakin ketara.
Keadaan ini disebabkan lebih ramai anak-anak KIR di tanah rancangan yang
telah lama dimajukan telah berpindah dan bekerja. Pemberian anak-anak KIR
pada kadar yang berbeza meningkatkan lagi masalah ketidakseimbangan agihan
pendapatan di tanah rancangan. Peningkatan yang besar ini kerana KIR
mempunyai ramai anak-anak dewasa yang tinggal bersama dengan KIR dan telah
bekerja. Manakala di FELDA Laka Selatan, tanah rancangan baru dibuka 10
tahun dan anak-anak KIR kebanyakan masih bersekolah.

KEMISKINAN

Dasar Ekonomi Baru memberikan penekanan ke atas pembangunan dan


pembasmian kemiskinan luar bandar kerana lebih kurang 80 peratus daripada
jumlah isirumah miskin terdapat di luar bandar. Namun, walaupun berlaku
pembangunan luar bandar yang pesat di Semenanjung Malaysia bagi tempoh
1977 hingga 1980, wujud beberapa masalah yang tidak berjaya diselesaikan.
Antara masalah tersebut ialah kadar kemiskinan yang tinggi serta ketidaksetaraan
agihan pendapatan yang ketara antara kawasan bandar dan luar bandar. Kadar
kemiskinan luar bandar telah meningkat daripada 37.4 peratus dalam tahun 1980
kepada 41.6 peratus pada tahun 1983. Ini adalah kerana wujud satu golongan
teras kemiskinan luar bandar yang tidak dapat dihapuskan melalui
strategi-strategi pembasmian kemiskinan yang telah dijalankan (Gibbons
1988:37).

Dalam tempoh DEB, kadar kemiskinan luar bandar di Semenanjung


Malaysia telah berkurangan dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 24.7
peratus pada tahun 1985 dan seterusnya kepada 19.3 peratus pada tahun 1990
(Malaysia 1991b:36). Pencapaian ini (19.3%) lebih rendah (lebih baik) dari
matlamat DEB sebanyak 23.0 peratus (Malaysia 1991c:52).

Kadar kemiskinan Malaysia bagi kawasan luar bandar pula telah


berkurangan dari 27.3 peratus pada tahun 1985 kepada 21.1 peratus pada tahun
1990 seterusnya kepada 15.3 peratus pada tahun 1995 dan dianggarkan akan
terus berkurangan kepada 10.3 peratus pada tahun 2000 (Malaysia 1996:76).
Kadar kemiskinan golongan termiskin di luar bandar pula telah berkurangan dari
9.3 peratus pada tahun 1985 kepada 5.2 peratus pada tahun 1990 seterusnya
kepada 3.7 peratus pada tahun 1995 dan dianggarkan akan berkurangan kepada
1.0 peratus pada tahun 2000 (Malaysia 1991b:36; Malaysia 1996:76).

Golongan termiskin kebanyakannya ketinggalan dalam proses


pembangunan disebabkan terlalu miskin, telah terlalu tua atau tinggal di kawasan

46-11
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

yang terpencil untuk mendapat faedah daripada program-program ekonomi


(Malaysia 1991c:109). Kemerosotan kadar kemiskinan ini antara lainnya
menggambarkan peningkatan output dan produktiviti pertanian. Peningkatan
harga keluaran hasil pertanian telah menyumbang kepada penambahan
pendapatan penduduk luar bandar. Peneroka rancangan pembangunan tanah
FELDA mengalami peningkatan pendapatan yang tertinggi.

Strategi pembangunan tanah rancangan FELDA merupakan satu senjata


kerajaan untuk menangani masalah kemiskinan. Sebahagian besar daripada
peruntukan pembangunan tanah dalam rancangan lima tahun selepas merdeka
telah disalurkan kepada FELDA dan FELDA diberi harapan yang besar dalam
usaha membasmi kemiskinan manakala peneroka seringkali dianggap sebagai
anak emas kerajaan (Mohd Shukri 1992:104,233).

Kebanyakan ketua isi rumah yang lanjut usianya mempunyai anak-anak


yang bekerja di sektor bukan pertanian dan memberi bantuan kewangan
bulanan.. Golongan ini tidak begitu bergantung hidup kepada pendapatan hasil
pertanian. Bagi mereka bertani hanyalah merupakan pekerjaan sampingan
sahaja. Sikap sedemikian menyebabkan daya pengeluaran yang rendah dan kos
purata yang tinggi (Abd Malik 1995:11).

Kajian kemiskinan melibatkan tiga kumpulan pendapatan iaitu;


1. Termiskin; pendapatan isirumah kurang dari RM212.50 sebulan
(pendapatan per kapita kurang dari RM46.20 sebulan)

2. Miskin; pendapatan isirumah antara RM212.50 hingga RM425.00 sebulan


(pendapatan per kapita antara 46.20 hingga RM92.40 sebulan)

3. Tidak miskin; pendapatan isirumah sama atau lebih dari RM425.00


sebulan (pendapatan per kapita sama atau lebih dari RM92.40 sebulan)

Insidens kemiskinan mempunyai kaitan yang rapat dengan pendapatan yang


diperolehi dari hasil ladang KIR. Melalui kajian penulis di tanah rancangan FELDA di
negeri Kedah mendapati hasil ladang yang rendah merupakan penyebab utama
KEPADA insidens kemiskinan yang tinggi di FELDA Sungai Tiang, FELDA Teloi
Kanan, FELDA Lubuk Merbau dan di FELDA Gunong Bongsu.

Jadual 5: Insidens Kemiskinan*

Purata Purata Termiskin Miskin Tidak


FELDA Pendapatan Pendapatan Miskin
Perkapita
Bukit Tembaga 1,056 244.11 1 9 68
1 (Pkt.1&2) (82) (1.3) (11.5) (87.2)
Batu Lapan 1,296 237.35 5 58
2 (Pkt.1&2) (87) (7.9) (92.1)
Guar Napai 1,027 199.90 15 81
3 (Pkt.1&2) (69) (15.6) (84.4)
Sg.Tiang 656 157.06 56 105 266
4 (Pkt.1&2) (206) (13.1) (24.6) (62.3)
Teloi Kanan 822 151.68 11 27 46
5 (Pkt.2) (313) (13.1) (32.1) (54.8)
Lubuk Merbau 648 165.62 13 35 90

46-12
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

6 (Pkt.1) (149) (9.4) (25.4) (65.2)


Jumlah 917 192.62 81 196 609
(kawasan 1 – 6)a (38) (7.9) (20.9) (71.2)
Bukit Tangga 1,549 229.58 6 130
7 (Pkt.2) (41) (4.4) (95.6)
Teloi Timur 1,402 240.79 2 2 102
8 (Pkt.1) (57) (1.9) (1.2) (96.2)
Gunung Bongsu 965 149.80 2 22 67
9 (Pkt.1) (79) (2.2) (24.2) (73.6)
Laka 1,278 198.48 1 1 75
10 Selatan (25) (1.3) (1.3) (97.4)
Jumlah 1,298 204.66 5 31 374
(Kawasan 7 – 10)b (21) (1.2) (7.6) (91.2)
Jumlah 1,069 197.44 86 227 1,005
Keseluruhan (29) (5.8) (16.7) (77.5)
Nota : *dikira dapirada purata pendapatan bersih hasil ladang, pendapatan dari
pekerjaan sampingan, lain-lain sumber pendapatan, pemberian anak yang
telah berpindah dan pendapatan AIRc
( ) = peratus

a = kawasan kajian pertama meliputi kawasan 1 hingga 6, kawasan telah diduduki


antara 29 hingga 40 tahun dan pokok telah ditanam untuk kali kedua, bilangan
peneroka 1,175 orang, bilangan responden ditemuramah 886 (75%).

b = kawasan kajian kedua meliputi kawasan 7 hingga 10, kawasan telah diduduki
antara 10 hingga 15 tahun dan pokok baru ditanam untuk kali pertama, bilangan
peneroka 594 orang, bilangan responden 410 orang (70%).

c = meliputi pendapatan dari kerja tetap, sampingan dan lain-lain sumber


pendapatan AIR

Di sesetengah kawasan peneroka tidak memperolehi hasil ladang. Mereka


hanya bergantung kepada elaun saradiri kerana pokok getah telah ditanam semula
dan masih belum mengeluarkan hasil. Jika peneroka memilih untuk tidak mengambil
elaun saradiri yang berjumlah RM20 bagi setiap ekar, mereka tidak memperolehi
apa-apa hasil ladang sehinggalah pokok getah yang telah ditanam semula boleh
ditoreh. Mereka memilih tidak mengambil elaun saradiri antara RM160 hingga
RM200 kerana mempunyai anak-anak yang telah bekerja dan tidak mahu terikat
semula dengan FELDA. Insidens kemiskinan ini lebih ketara di tanah rancangan
yang telah lama dimajukan (lebih dari 30 tahun, kumpulan kawasan kajian pertama)
berbanding dengan yang agak baru dimajukan (kumpulan kawasan kajian kedua).

Insidens kemiskinan berlaku pada kadar yang berbeza antara satu kawasan
dengan kawasan yang lain. Ia sangat dipengaruhi oleh profil isirumah seperti umur
yang telah lanjut, wanita (janda) sebagai KIR dan bilangan AIR yang ramai. Selain itu
ia juga dipengaruhi oleh KIR yang tiada pendapatan sampingan atau sumber-sumber
pendapatan yang lain, tiada pemberian anak (telah berpindah) setiap bulan dan AIR
yang tidak bekerja (Jadual 6).

Insidens kemiskinan di kumpulan kawasan kajian pertama (28.8%) lebih


ketara dibandingkan dengan di kumpulan kawasan kajian kedua (8.8%). Di kumpulan
kawasan kajian pertama, 79.0 peratus KIR termiskin dan 71.4 peratus KIR miskin
telah berumur lebih dari 51 tahun dan rancangan telah diduduki lebih dari 30 tahun.
Faktor usia dan anak-anak yang telah dewasa (bekerja) mengurangkan penglibatan
mereka dalam pekerjaan sampingan. Hanya seorang KIR termiskin sahaja dan 11

46-13
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

orang KIR miskin memperolehi pendapatan dari pekerjaan sampingan. Manakala di


kumpulan kawasan kajian kedua, semua KIR termiskin (5 orang) dan miskin (31
orang) berumur kurang dari 51 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan sampingan.
Faktor jangkaan hasil ladang telah mencukupi bagi menyara hidup AIR dan lebih
suka menghabiskan masa lapang di rumah menyebabkan mereka tidak terlibat
dalam sebarang pekerjaan sampingan.

Pemberian anak yang telah bekerja dan tidak menetap bersama dengan KIR
juga mempengaruhi insidens kemiskinan di kawasan kajian. Di kumpulan kawasan
kajian pertama 53 orang (65.4%) KIR termiskin dan 123 orang (62.8%) KIR miskin
tidak memperolehi pemberian wang oleh anak yang telah bekerja dan tidak menetap
bersama KIR. Manakala di kumpulan kawasan kajian kedua, 3 orang KIR (60.0%)
KIR termiskin dan 26 orang (83.9%) KIR miskin tidak memperolehi pemberian wang
oleh anak yang telah bekerja dan tidak menetap bersama KIR.

Dari segi pendapatan AIR, di kumpulan kawasan kajian pertama seramai 74


orang KIR (91.3%) termiskin 139 orang KIR (70.9%) miskin mempunyai AIR yang
tidak memperolehi sebarang pendapatan bulanan. Di kumpulan kawasan kajian
kedua, 4 orang (80.0%) KIR termiskin dan 27 orang (87.1%) KIR miskin mempunyai
AIR yang tidak memperolehi sebarang pendapatan bulanan.

Seramai 49 orang (60.4%) KIR termiskin dan 117 orang (59.7%) KIR miskin
di kumpulan kawasan kajian pertama mempunyai bilangan AIR yang lebih dari 7
orang. Manakala di kumpulan kawasan kajian kedua kesemua KIR termiskin dan 29
orang (93.5%) KIR miskin mempunyai bilangan AIR yang lebih dari 7 orang. Bilangan
AIR yang ramai merupakan penyebab insidens kemiskinan yang ketara di kumpulan
kawasan kajian kedua berbanding dengan di kumpulan kawasan kajian pertama. Ini
kerana di kumpulan kawasan kajian pertama anak-anak telah dewasa dan
sebahagian besarnya telah berpindah berbanding dengan di kumpulan kawasan
kajian kedua, sebahagian besar anak-anak KIR masih bersekolah.

Bagi keseluruhan kawasan kajian, seramai 64 orang (74.4%) KIR termiskin


dan 140 orang (61.7%) KIR miskin berumur lebih dari 51 tahun, 85 orang (98.8%)
KIR termiskin dan 216 orang (95.1%) KIR miskin tidak mempunyai sebarang
pekerjaan sampingan, 84 orang (97.6%) KIR termiskin dan 210 orang (92.5%) KIR
miskin tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan lain. Selain itu, seramai 56
orang (65.1%) KIR termiskin dan 149 orang (65.6%) KIR miskin tidak memperolehi
sebarang pemberian wang bulanan oleh anak yang telah bekerja tetapi tidak tinggal
bersama KIR.

46-14
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

Jadual 6: Profil Kemiskinan Di Kumpulan Kawasan Kajian Pertama, Kedua dan


Keseluruhan Kawasan Kajian

Umur KIR Tidak pernah tiada pendapatan Tiada sumber tiada pemberian tiada pendapatan AIR lebih
KIR lebih janda bersekolah sampingan pendapatan lain anak setiap AIR dari 7
dari 51 bulan orang
tahun
Kumpulan Termiskin 64 2 20 80 79 53 74 49
kawasan kajian 81 (7.9) (79.0) (2.5) (24.7) (98.8) (97.5) (65.4) (91.3) (60.4)
pertama Miskin 140 5 56 185 179 123 139 117
196 (20.9) (71.4) (2.6) (28.6) (94.3) (91.3) (62.8) (70.9) (59.7)
Kumpulan Termiskin 1 1 5 5 3 4 5
kawasan kajian 5 (1.2) (20.0) (20.0) (100) (100) (60.0) (80.0) (100)
kedua Miskin 3 31 31 26 27 29
31 (7.6) (9.7) (100) (100) (83.9) (87.1) (93.5)
Termiskin 64 3 21 85 84 56 78 54
Keseluruhan 86 (5.8) (74.4) (3.5) (24.4) (98.8) (97.6) (65.1) (90.7) (62.8)
kawasan kajian Miskin 140 5 59 216 210 149 166 146
227 (16.7) (61.7) (2.2) (26.0) (95.1) (92.5) (65.6) (73.1) (64.3)

46-15
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

MIGRASI KELUAR

Kerajaan, terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah


menggalakkan migrasi penduduk-penduduk miskin di kawasan luar bandar ke
bandar-bandar yang akan menawarkan peluang-peluang pekerjaan dan taraf hidup
yang lebih tinggi. Selain itu, migrasi juga digalakkan dikalangan penduduk miskin
yang tidak bertanah untuk melibatkan diri dalam sektor pertanian moden melalui
pembukaan tanah-tanah baru oleh pelbagai agensi kerajaan termasuklah Lembaga
Kemajuan Wilayah Persekutuan atau FELDA.

FELDA yang sebelum ini telah berjaya menarik “generasi pertama” kini
berhadapan pula dengan masalah-masalah berpunca daripada migrasi keluar
“generasi kedua” yang tidak berminat untuk meneruskan usaha-usaha generasi
pertama FELDA.

DEB yang menggalakkan proses migrasi dari kawasan luar bandar ke


kawasan bandar bagi mengatasi masalah kemiskinan di kawasan luar bandar dan
penyusunan semula gunatenaga dan penduduk telah membawa masalah
kekurangan buruh di sektor pertanian termasuk di tanah-tanah rancangan FELDA.
Sungguhpun negara Malaysia berhadapan dengan masalah pengangguran yang
agak ketara di kawasan bandar dalam tahun 1960-an dan 70-an, migrasi ke
kawasan-kawasan bandar terus berlaku kerana penduduk luar bandar beranggapan
kawasan bandar menyediakan peluang pendapatan, pendidikan dan kemudahan
asas yang lebih baik (Ishak Shari & Asan Ali 1997:2-6).

Tanah rancangan FELDA dan rancangan-rancangan kebun kecil yang lain


seringkali berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga buruh. Perpindahan
keluar tenaga kerja dari sektor pertanian sebagai kesan perubahan struktur ekonomi
merupakan salah satu punca masalah ini (Malaysia 1991c:58). Perkembangan pesat
sektor pembuatan telah menarik keluar ramai pekerja dari sektor perladangan.
Perkara ini bukan sahaja membawa kepada masalah ladang terbiar malah juga
rumah dan kampung yang terbiar. Dianggarkan 30 peratus daripada keluasan getah
yang matang terbiar tidak ditoreh kerana kekurangan tenaga buruh (Othman Yeop
1995:6-7).

Sektor perladangan kekurangan 9,600 orang pekerja pada tahun 1988 dan
terus meningkat kepada 12,277 orang pada tahun 1992 yang telah membawa
kerugian sebanyak RM28 juta dalam sektor perladangan getah dan RM38 juta dalam
sektor perladangan kelapa sawit (Main Rindam 1994:55-68). Ramai
peserta/peneroka tidak bekerja di ladang, tetapi lebih suka mengupah orang lain.
Sesetengahnya pula hanya peserta pada nama sahaja. Selain itu ramai pekebun
kecil bukan lagi pekebun sepenuh masa di ladang mereka (Malik & Mohd.Zakaria
1995:9-10).

Melalui kajian penulis di semua tanah rancangan FELDA di negeri Kedah


mendapati Migrasi keluar anak-anak peneroka lebih ketara di kawasan kajian
pertama yang telah lama dimajukan (30 dan lebih) berbanding dengan kawasan
kajian kedua (kurang dari 20 tahun). Kedaan ini kerana anak-anak peneroka telah
tamat pesekolahan dan telah lebih dewasa berbanding dengan anak-anak peneroka
di kawasan kajian pertama. Purata empat orang dari enam orang anak peneroka di
kawasan kajian kedua telah berpindah keluar dari tanah rancangan berbanding
dengan seorang dari lima orang anak peneroka di kawasan kajian kedua. Dari segi

46-16
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

peratusan pula, 66.6 peratus anak-anak peneroka di kawasan kajian pertama telah
berpindah keluar berbanding dengan hanya 27.6 peratus di kawasan kajian kedua.

Jadual 7: Bilangan Anak KIR

Bilangan Anak Yang Bilangan Anak Yang


Kawasan Kajian Bilangan Anak KIR Telah Berpindah Menetap Bersama
Dengan KIR
Jumlah Purata Jumlah Purata Jumlah Purata

Kawasan Kajian 4,907 6 3,269 4 1,638 2


pertama (66.6) (33.4)

Kawasan Kajian 1,527 5 422 1 1,105 4


kedua (27.6) (72.4)

Jumlah 6,434 3,691 2,743


(57.4) (42.6)
Nota : ( ) = peratus anak yang telah berpindah

Struktur umur penduduk dikawasan kajian pertama boleh dibahagikan


kepada tiga bahagian utama iaitu penduduk yang berumur kurang dari 21 tahun
(cucu), penduduk berumur antara 21 tahun hingga 50 tahun (anak) dan penduduk
yang berumur lebih dari 51 tahun (KIR dan isteri). Tiga sela umur penduduk yang
tinggi ialah yang berumur antara 11 hingga 15 tahun, diikuti dengan yang berumur
antara 56 hingga 60 tahun dan 26 hingga 30 tahun (Rajah 2).

12

10

8
% Penduduk

0
kurang dari 6

6 hingga 10

11 hingga 15

16 hingga 20

21 hingga 25

26 hingga 30

31 hingga 35

36 hingga 40

41 hingga 45

46 hingga 50

51 hingga 55

56 hingga 60

61 hingga 65

66 hingga 70

71 hingga 75

76 hingga 80

lebih dari 80

L e la ki P e re m p ua n J um la h

Rajah 2 : Struktur Umur Kawasan Kajian 1

46-17
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

Manakala struktur umur penduduk dikawasan kajian kedua pula boleh


dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu penduduk yang berumur kurang dari
26 hingga 30 tahun (anak) dan penduduk yang berumur lebih dari 26 hingga 30
tahun (KIR dan isteri). Dua sela umur penduduk yang tinggi ialah yang berumur
antara 11 hingga 15 tahun dan yang berumur antara 41 hingga 45 tahun (Rajah 3).

20

18

16

14

12
% Penduduk

10

0
kurang dari 6

6 hingga 10

11 hingga 15

16 hingga 20

21 hingga 25

26 hingga 30

31 hingga 35

36 hingga 40

41 hingga 45

46 hingga 50

51 hingga 55

56 hingga 60

61 hingga 65

66 hingga 70

71 hingga 75

76 hingga 80

lebih dari 80
L e la k i P e re m p u a n J u m la h

Rajah 3 : Struktur Umur Kawasan Kajian 2

Nisbah jantina di kedua-dua kawasan kajian kurang dari 100. Ini bermakna
kaum perempuan lebih ramai dari kaum lelaki di kedua-dua kawasan kajian.
Ketakseimbangan nisbah jantina ini lebih ketara di kawasan kajian pertama (90.3)
berbanding dengan kawasan kajian kedua (97.9). Keadaan ini ada hubungannya
dengan umur anak-anak yang telah dewasa di kawasan kajian pertama dan mereka
lebih cenderung untuk berpindah keluar dari tanah rancangan. Selain ini ia juga ada
hubungan dengan bilangan KIR (lelaki) yang telah meninggal dunia lebih ramai di
kawasan kajian pertama berbanding dengan kawasan kajian kedua.

Jadual 8: Petunjuk-Petunjuk Demografi Terpilih

Nisbah Tanggungan
Kadar Nisbah Nisbah anak-
penyertaan Jantinab perempuanc Umur Umur Keseluruhanf
tenaga mudad tuae
buruha

Kawasan 65.3 90.3 23.6 34.9 20.8 55.6


Kajian
pertama

Kawasan 43.2 97.9 18 56.0 0.5 56.5


Kajian
kedua

Nota : a = (bil. penduduk berumur 15-64 tahun yang bekerja/semua penduduk yang

46-18
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

berumur 15-64 tahun) x 100


b = bil. penduduk lelaki/bil. penduduk perempuan) x 100
c = (bil. penduduk berumur kurang 5 tahun/bil penduduk perempuan berumur 15-
49 tahun) x 100
d = (bil. penduduk berumur kurang 15 tahun/bil penduduk berumur 15-64 tahun) x 100
e = (bil. penduduk berumur lebih 65 tahun/bil. penduduk berumur 15-64 tahun) x100
f = (bil penduduk berumur kurang 15 tahun + bil. penduduk berumur lebih 65
tahun/bil. penduduk berumur 15-64 tahun) x 100

Kadar penyertaan tenaga buruh lebih tinggi di kawasan kajian kedua (65.3)
berbanding dengan kawasan kajian pertama (43.2). Keadaan ini disebabkan oleh
beberapa faktor antaranya ialah KIR yang telah lanjut umurnya (lebih dari 64 tahun),
kebanyakan anak yang tinggal ialah wanita dan tidak bekerja serta cucu-cucu di
bawah umur bekerja (15 tahun).

Nisbah anak-perempuan lebih tinggi di kawasan kajian pertama (23.6)


berbanding dengan kawasan kajian kedua (18.0). Keadaan ini sebahagian besarnya
dipengaruhi oleh umur isteri KIR di kawasan kajian pertama yang masih tergolong
dalam umur subur (15-49 tahun) berbanding dengan umur isteri KIR di kawasan
kajian kedua yang kebanyakannya telah berumur lebih dari 50 tahun (di takrif
sebagai tidak subur). Ini bermakna kebarangkalian peratusan peningkatan penduduk
akan lebih cepat (tinggi) di kawasan kajian pertama berbanding dengan kawasan
kajian kedua.

Nisbah tanggungan umur muda lebih tinggi di kawasan kajian kedua (56.0)
berbanding dengan kawasan kajian pertama (34.9) manakala nisbah tanggungan
umur tua sebaliknya, lebih tinggi di kawasan kajian pertama (20.8) berbanding
dengan di kawasan kajian kedua (0.5). Secara keseluruhan nisbah tanggungan lebih
tinggi di kawasan kajian kedua (56.5) berbanding dengan di kawasan kajian pertama
(55.6).

Faktor migrasi keluar golangan belia membawa kepada penggunaan buruh


upahan di tanah rancangan FELDA. Penggunaan buruh lebih ketara di kawasan
kajian pertama berbanding dengan kawasan kajian kedua. Di kawasan kajian
pertama 32.6 peratus peneroka menggajikan buruh upahan berbanding kawasan
kajian kedua yang hanya 8 peratus sahaja.

Jadual 9: Penggunaan Buruh Upahan

Mengusahakan Mengupah Jumlah


sendiri pekerja peneroka/
responden

Kawasan Kajian 597 289 886


pertama (67.4) (32.6)

Kawasan Kajian 377 33 410


kedua (92.0) (8.0)

Jumlah 974 322 1,296


(75.2) (24.8)

46-19
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

Sebahagian besar peneroka yang tidak mengerjakan tanah ini kerana


masalah kesihatan (uzur), ia melibatkan 76.5 peratus daripada mereka yang tidak
mengerjakan tanah rancangan berbanding 36.7 peratus di kawasan kajian kedua. Di
kawasan kajian pertama 15.2 peratus peneroka tidak mengusahakan sendiri tanah
rancangan kerana KIR telah meninggal dunia, berbanding dengan kawasan kajian
kedua yang hanya 6.7 peratus bagi sebab yang sama. Sebab tidak mengusahakan
tanah rancangan kerana memiliki kerja tetap yang lain lebih ketara di kawasan kajian
kedua berbanding dengan kawasan kajian pertama. Ini ada hubungan dengan umur
peneroka dan jumlah tanggungan.

Jadual 10: Sebab Tidak Mengusahakan Ladang

Meninggal Uzur Kerja Tetap Kerja Tetap Kerja Tetap


Dunia Lain (dlm Lain (di Lain (di luar Jumlah
rancangan rancangan tanah
tersebut) berhampiran) rancangan)

Kawasan 44 221 19 4 13 289


Kajian (15.2) (76.5) (6.7) (1.4) (4.5)
pertama

Kawasan 2 11 8 1 2 30
Kajian (6.7) (36.7) (26.7) (3.3) (6.7)
kedua

Jumlah 46 232 27 5 15 319


(14.4) (72.7) (8.2) (1.7) (4.7)

Secara purata peneroka di kawasan kajian pertama membayar RM200


sebulan bagi tujuan mengupah buruh bagi mengerjakan tanah rancangan. Minimum
peneroka membayar RM50 sebulan dan maksimum sebanyak RM400 sebulan. Bagi
kawasan kajian kedua pula, purata peneroka membayar RM300 sebulan. Minimum
peneroka membayar sebanyak RM130 sebulan dan maksimum sebanyak RM450
sebulan bagi tujuan yang sama. Kos upah lebih rendah di kawasan kajian pertama
berbanding dengan kawasan kajian kedua kerana sesetengah kebun (getah) masih
belum mengeluar hasil dan secara keseluruhan hasil ladang di kawasan kajian
pertama lebih rendah berbanding dengan kawasan kajian kedua.

Selain daripada masalah penggunaan buruh upahan, kesan migrasi keluar


juga membawa kepada masalah rumah yang terbiar. Masalah rumah terbiar lebih
ketara di tanah rancangan FELDA yang telah lama dimajukan. Di kawasan kajian
pertama sebanyak 26 buah rumah terbiar (2.2%) dapat dikesan oleh penyelidik
berbanding dengan 5 buah (0.2%) di kawasan kajian kedua. Sebahagian rumah
terbiar ini disebabkan KIR telah meninggal dunia. Dari jumlah rumah terbiar
sebanyak 32 buah, 16 terbiar kerana KIR telah meninggal dunia, 10 kerana KIR
tinggal di rumah sendiri diluar tanah rancangan dan 6 terbiar kerana KIR tinggal
bersama anak di luar tanah rancangan(lihat jadual 11).

46-20
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

Jadual 11: Rumah Terbiar

FELDA Lama Bilangan Bilangan Sebab Terbiar


Kawasan Rumah/ Rumah
Telah Peneroka Terbiar
Diduduki KIR telah KIR tinggal di KIR
Meninggal rumah sendiri menetap
dunia di luar tanah bersama
rancangan anak di
luar tanah
rancangan
Bukit Tembaga 40 157 9 7 - 2
Batu Lapan 37 86 - - - -
Guar Napai 37 145 2 - 2 1
Sungai Tiang 38 522 14 6 5 3
Teloi Kanan 32 261 1 1 - -
Jumlah Kawasan 1,171 26 14 7 6
Kajian pertama (2.2) (53.8) (26.9) (23.1)
Lubuk Merbau 29 769 4 2 2 -
Bukit Tangga 14 361 1 - 1 -
Teloi Timur 15 614 - - - -
Gunong Bongsu 12 174 - - - -
Laka Selatan 10 85 - - - -
Jumlah Kawasan 2,003 5 2 3 -
Kajian kedua (0.3) (40.0) (60.0)
Jumlah 3,177 32 16 10 6
Keseluruhan (1.0) (50.0) (31.2) (18.8)

Secara keseluruhan migrasi keluar dari tanah rancangan lebih ketara berlaku
bagi tanah rancangan yang telah lama dimajukan. Ia lebih ketara berlaku di kawasan
kajian pertama yang telah dimajukan lebih 30 tahun, daripada purata 6 orang anak
peneroka, purata 4 orang anak peneroka akan berpindah keluar dari tanah
rancangan. Bagi kawasan kajian kedua (kurang 30 tahun dimajukan), dari purata 5
orang anak peneroka, purata seorang telah berpindah keluar dari tanah rancangan.
Semakin lama tanah rancangan telah diusahakan, semakin tinggi kebarangkalian
anak-anak peneroka untuk berpindah. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
beberapa perkara, antaranya ialah umur anak-anak yang telah dewasa, tamat
persekolahan menengah dan anak-anak perempuan berumahtangga dan
meninggalkan tanah rancangan (mengikut suami).

Sebahagian besar migran lelaki berpindah ketika berumur 15 hingga 20 tahun


manakala migran wanita ketika berumur 20 hingga 25 tahun. Alasan utama migran
lelaki berpindah keluar dari tanah rancangan ialah kerana peluang pekerjaan
manakala bagi kaum perempuan kerana mengikut suami. Lebih daripada 70 peratus
migran telah berumah tangga dan memiliki tahap pendidikan sekolah menengah.

Hampir 50 peratus migran melibatkan migrasi dalaman. Destinasi/negeri yang


paling utama ialah Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan. Sebahagian besar
daripada migran memperolehi pendapatan antara RM501 hingga RM1,000 sebulan
dan 50 peratus daripada mereka menghantar kurang daripada RM100 sebulan ke
kampung bagi membantu ketua isi rumah dan keluarga.

46-21
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

Penggunaan buruh upahan lebih ketara di tanah rancangan yang telah lama
dimajukan. Keadaan ini berkaitan dengan umur KIR yang telah lanjut dan anak-anak
ramai yang telah berpindah keluar. Sebahagian besar daripada mereka tidak
mengusahakan tanah rancangan kerana telah uzur atau KIR telah meninggal dunia.
Purata peneroka membayar upah buruh antara RM200 hingga RM300 sebulan.

Dari segi struktur umur mengikut jantina pula, secara keseluruhan kaum
perempuan lebih ramai dari kaum lelaki di tanah rancangan FELDA. Keadaan ini
disebabkan oleh dua faktor iaitu, kebarangkalian kaum lelaki untuk berpindah keluar
lebih tinggi berbanding dengan kaum perempuan dan yang kedua jangka hayat
kaum perempuan yang lebih tinggi dibandingkan dengan kaum lelaki (KIR). Nisbah
tanggungan (umur muda) lebih tinggi di kawasan yang kurang dari 30 tahun diduduki
manakala nisbah tanggungan (umur tua) pula lebih tinggi di kawasan yang telah
lama diduduki (lebih dari 30 tahun). Keadaan ini kerana di kawasan yang kurang dari
30 tahun dimajukan, bilangan kanak-kanak (berumur kurang dari 15 tahun) lebih
ramai dari bilangan mereka yang telah lanjut usianya dan keadaan sebaliknya
berlaku di kawasan yang telah lama dimajukan.

Secara keseluruhan penentu-penentu migrasi yang paling utama dan boleh disusun
mengikut darjah keutamaan seperti di bawah. Penentu-penentu ini berhubung secara
positif dengan kecenderungan anak-anak peneroka untuk berpindah.
1. jantina - lelaki
2. umur
3. tahap pendidikan
4. lama tanah rancangan telah diduduki
5. jarak dari pusat pertumbuhan wilayah utara
6. tingkat pendapatan anak sekarang

Tidak dapat dinafikan masalah migrasi keluar golongan belia dari tanah
rancangan telah membawa kepada masalah rumah terbiar. Kebanyakan rumah
terbiar ini kerana KIR telah meninggal dunia. Dalam sesetengah keadaan rumah
akan terbiar kerana isteri berpindah ke rumah anak-anak di luar tanah rancangan.
Sesetengah rumah akan terbiar bila isteri KIR pula meninggal dunia (KIR dan isteri
telah meninggal dunia). Anak-anak tidak berminat untuk meneruskan usaha generasi
pertama, malah terdapat juga antara mereka yang menjual tanah rancangan tersebut
selepas KIR meninggal dunia (bagi tanah rancangan yang telah mendapat hak milik).

Ramai juga anak-anak yang menggajikan buruh upahan bagi mengusahakan


ladang. walau bagaimanapun terdapat juga tanah/kebun yang terbiar dan pihak
FELDA terpaksa campur tangan dengan menggajikan buruh bagi mengusakan tanah
berkenaan. Di sesetengah tanah rancangan pihak pengurusan FELDA telah
merobohkan rumah yang tidak berpenghuni. Jika tanah rancangan tersebut masih
belum mendapat hakmilik, ia lebih mudah bagi pihak FELDA mengambil tindakan
terhadap rumah yang terbiar, walau bagaimanapun bagi tanah rancangan yang telah
mendapat hakmilik, pihak FELDA harus mendapatkan kebenaran waris terlebih
dahulu.

46-22
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

KESIMPULAN

Masalah kemiskinan tetap menjadi persoalan utama oleh kerajaan dalam


melaksanakan dasar-dasar pembangunan sosioekonomi negara. Kemiskinan di
Malaysia biasanya menghubungkaitkan penduduk Melayu (jelasnya kaum
Bumiputera) dengan keadaan kawasan luar bandar di mana mereka tinggal. Di luar
bandar, golongan miskin masih terdiri daripada mereka yang bekerja dalam bidang
pertanian seperti menanam padi, getah, kelapa dan menangkap ikan.

Kajian insidens kemiskinan yang telah dijalankan di sepuluh buah kawasan


tanah rancangan FELDA di negeri Kedah ini membuktikan bahawa golongan
termiskin dan miskin wujud disebabkan beberapa faktor termasuklah saiz isi rumah
secara relatif lebih besar, umur KIR yang sudah lanjut, ketiadaan pendapatan
sampingan dan sumber pendapatan yang lain oleh KIR serta bilangan AIR yang
tidak bekerja adalah lebih besar. Taraf pendidikan yang lebih rendah, hasil ladang
yang tidak memuaskan serta harga dan upah yang tidak berpatutan telah
memburukkan insidens kemiskinan dan ketidaksetaraan agihan pendapatan dalam
kawasan kajian yang terlibat.

Insidens kemiskinan dan ketakseimbangan agihan pendapatan di


kawasan kajian memperlihatkan satu rantaian yang kompleks dan berhubungkait
antara satu sama lain. Faktor-faktor tersebut dapat diringkaskan seperti di bawah;

Lama rancangan
telah dimajukan Æ tanaman kali keduaÆ belum berhasil
Æ kerja sampingan

Æ Umur KIR Æ duda/janda


Æ kerja sampingan
Æ lain-lain sumber pendapatan
Æ penggunaan buruh upahan

Æ umur AIR Æ bekerja Æ sumbangan anak


Æ bersekolah

Æ bilangan AIR Æ pendapatan perkapita

Umumnya, fenomena kemiskinan melibatkan pelbagai jenis faktor


dalaman dan luaran. Oleh itu cara-cara mengatasinya perlulah dilakukan secara
menyeluruh iaitu tidak hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal atau ekonomi
sahaja. Jelasnya pembangunan manusia itu sendiri sama ada dari segi rohani
mahupun jasmani tidak boleh diabaikan. Semua pihak yang terlibat perlu
mengadakan perubahan nilai dan sikap untuk benar-benar mencapai kejayaan
dalam apa jua program yang melibatkan pembasmian kemiskinan.

Pembangunan manusia yang berjaya di mana-mana tanah rancangan


akan dapat melahirkan masyarakat yang bersikap dan bernilai positif serta
mampu menangani apa jua masalah dan cabaran yang bakal dihadapi. Strategi
pembangunan manusia mestilah melibatkan aspek pembaikan kemudahan
pendidikan, pemberian latihan dan kemahiran kepada penduduk supaya mereka
dapat bersedia untuk memasuki bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran
dan tingkat daya pengeluaran yang tinggi.

46-23
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

Peluang pendidikan dan latihan yang bermutu sepatutnya menjadi satu


program utama untuk mencapai matlamat pembasmian kemiskinan di luar bandar
dalam jangka panjang. Pembekalan guru-guru yang terbaik, kemudahan pusat
sumber yang lengkap serta program asrama desa dengan latihan kerjaya yang
teratur adalah antara langkah–langkah yang perlu diwujudkan dalam program
yang melibatkan golongan miskin dan termiskin ini.

Institusi-institusi latihan yang berkaitan adalah sangat perlu untuk


memindahkan kemudahan kemahiran ke luar bandar melalui latihan kemahiran
sepenuh masa atau sambil bekerja. Jenis latihan yang disediakan mestilah
mengambilkira taraf pendidikan mereka dan dipelbagaikan menurut kesesuaian
dengan peluang-peluang pekerjaan yang akan diwujudkan.

Selain itu, pihak swasta juga patut melibatkan diri secara aktif, jujur
dengan penuh rasa tanggungjawab untuk memberi latihan sambil bekerja serta
menjamin kerja yang tetap di syarikat tempat mereka bekerja atau di syarikat-
syarikat lain. Penglibatan pihak swasta ini boleh mengurangkan pergantungan
pada kerajaan secara beransur-ansur.

Untuk mengatasi masalah kemiskinan yang dihadapi oleh golongan miskin


dan termiskin, strategi menambah pendapatan juga adalah penting selain
daripada strategi pembangunan manusia di atas. Antara langkah–langkah yang
perlu diadakan di bawah strategi ini ialah mempelbagaikan sumber pendapatan isi
rumah dengan penyediaan pekerjaan sampingan kepada AIR yang tidak bekerja,
meningkatkan daya pengeluaran petani melalui kaedah perladangan yang lebih
cekap dengan hasil pertanian yang bermutu, membawa sektor bukan pertanian
yang moden ke luar bandar dengan keutamaan peluang pekerjaan diberikan
kepada golongan miskin dan termiskin ini, menstabilkan harga keluaran petani
serta pemberian upah yang setimpal.

Untuk mempelbagaikan sumber pendapatan isi rumah, pihak tertentu


termasuklah KEMAS, koperasi-koperasi persatuan belia dan JKKK perlu
bersama-sama mempertingkatkan aktiviti mengadakan pelbagai latihan dan
bengkel seperti keusahawanan, kraftangan dan kemahiran kepada golongan
miskin dan termiskin ini. Setiap kegiatan yang dijalankan hendaklah secara
menyeluruh dan diawasi perjalanannya dari masa kesemasa supaya
keberkesanan yang memberansangkan dapat diwujudkan..

Melihat dari sudut fasa pembangunan tanah dan peningkatan taraf hidup
peneroka, FELDA ternyata telah mencapai matlamatnya. Sejak skim tanah
rancangan ini telah diwujudkan, ia telah berjaya meningkatkan taraf hidup kira-kira
114,000 orang masyarakat luar bandar yang sebelumnya menghadapi masalah
penempatan, pekerjaan dan masa depan yang tidak menentu.

Walau bagaimanapun, FELDA kini sedang menghadapi fasa kesinambungan


yang kritikal iaitu fasa peralihan daripada generasi pertama kepada generasi kedua.
Ini melibatkan pelaksanaan dan perancangan pelbagai program. Antara masalah
utama yang perlu ditangani ialah masalah kemiskinan, ketidakstabilan pendapatan
peneroka serta masalah sosial generasi kedua.

Bagi tujuan ini, perubahan drastik yang membabitkan rombakan dasar, sikap
dan pendekatan serta penyertaan oleh semua pihak yang terlibat dengan FELDA
perlu dilakukan dengan segera. Bagi pihak peneroka, mereka perlulah mengubah
konsep dan motif penyertaan mereka ke dalam sesebuah tanah rancangan. Secara

46-24
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

am didapati kebanyakan peneroka menyertai FELDA dengan tujuan `melepaskan


diri’ daripada masalah pengangguran dan ketiadaan tanah.

Peneroka seharusnya menjadi peserta yang komited dengan tanggungjawab


mereka dalam usaha memajukan diri. Masalah kemiskinan yang dihadapi oleh
sebahagian peneroka memaparkan sikap peneroka yang tidak berusaha untuk
memajukan diri dan merancang masa depan. Dengan keluasan ladang yang mereka
miliki seharusnya boleh memberi pendapatan yang mencukupi jika diusahakan
dengan betul. Selain daripada itu peluang untuk menambah pendapatan juga
terbuka luas dengan menjalankan aktiviti ekonomi sampingan. Ini adalah kerana
secara amnya, peneroka hanya menghabiskan masa disebelah pagi sahaja di
ladang mereka.

Dalam pada itu pula, pendapatan daripada hasil ladang peneroka adalah
tidak stabil. Turun naik harga pasaran adalah antara faktor yang mempengaruhi
pendapatan mereka. Selain daripada itu penggantian penggunaan getah asli kepada
getah tiruan juga mempengaruhi permintaan terhadap getah. Ini seterusnya
mempengaruhi pula harga getah.

Oleh itu selain daripada penekanan ke atas pihak peneroka, pihak-pihak lain
yang berkaitan juga perlu menjalankan peranan masing-masing. Antaranya ialah
pengukuhan dari segi Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D). Penyelidikan
diperingkat antarabangsa hendaklah berorientasikan pasaran manakala diperingkat
dalam negeri pula hendaklah ditumpukan kepada usaha untuk meningkatkan daya
persaingan. Daya persaingan dalam sektor pertanian hendaklah mengambilkira
pembangunan berkekalan alam sekitar.

Sehubungan dengan itu juga, R&D perlu ditumpukan kepada peningkatan


hasil, produktiviti serta pengurangan kos pengeluaran. Selain daripada itu juga,
kajian-kajian bagi meningkatkan daya tahan getah asli serta mempelbagaikan
kegunaannya perlulah diperbanyakkan lagi.

Masalah migrasi generasi kedua dari tanah rancangan di negeri Kedah telah
meninggalkan usaha mengerjakan tanah rancangan kepada generasi pertama
FELDA yang telah lanjut usianya. Mereka terpaksa mengupah pekerja bagi
mengusahakan tanah rancangan dan sesetengah tanah dan rumah peneroka akan
terbiar apabila generasi pertama ini meninggal dunia. Dalam hal ini pihak
pengurusan FELDA dan kerajaan negeri seharusnya memikirkan strategi-strategi
dan pelan tindakan tertentu bagi mengatasi masalah yang berlaku di tanah
rancangan FELDA terutamanya yang telah lama dimajukan. Masalah-masalah ini
bukan sahaja meningkatkan kos purata malah juga mengurangkan produktiviti
pengeluaran di tanah rancangan.

Akhir sekali, kerjasama antara kerajaan dan agensi yang terlibat juga perlu
dipergiatkan dalam menangani masalah peneroka. Campurtangan kerajaan dalam
menentukan harga serta pemberian insentif tertentu merupakan antara faktor utama
yang boleh menentukan kemapanan pengeluaran komoditi pertanian. Tanpa struktur
harga yang menarik, peneroka mungkin tidak berminat untuk meningkatkan hasil
pertanian.

Diharapkan juga dengan pertukaran 12 buah perbadanan FELDA kepada


syarikat pada 1hb Januari 1996 akan mempertingkatkan lagi kecekapan
pengurusan disamping menjadikan FELDA lebih berdikari untuk memberikan
manafaat yang lebih kepada peneroka. Syarikat-syarikat ini akan mengambilalih

46-25
Prosiding Seminar Ekonomi Pembangunan di Alaf Baru: Cabaran dan Tujahan

hak dan tanggungan perbadanan masing-masing tetapi tiada perubahan dari segi
struktur organisasi dan aktiviti kerja.

Semua pihak yang terlibat untuk membenteras kemiskinan yang


membelenggu golongan miskin dan termiskin ini haruslah bekerjasama dan
berusaha bersungguh-sungguh serta jujur bagi menjayakan setiap program yang
telah, sedang dan akan dirancang.

46-26

You might also like