You are on page 1of 10

Seminar Penyelidikan 1997

13 Oktober 1997. Pusat Penyelidikan dan Perundingan


Universiti Utara Malaysia

Kemiskinan di Rancangan Pembangunan Tanah FELDA:


Kajian di Negeri Kedah, Darul Aman

ASAN ALI GOLAM HASSAN


MAHANI MOHAMAD
NOOR AL-HUDA ABDUL KARIM &
HASSAN ALI

Sekolah Ekonomi, Universiti Utara Malaysia

ABSTRAK

Pembangunan tanah oleh FELDA di negeri Kedah telah bermula sejak tahun 1959 dengan
pengambilalihan rancangan FELDA Bukit Tangga dan Guar Napai yang sebelum itu ditadbir oleh
Kerajaan Negeri. Kebanyakan mereka yang diambil sebagai peneroka ditanah rancangan ini adalah
mereka yang tidak berpelajaran dan dibelenggu oleh kemiskinan. Kajian di rancangan tanah
FELDA sebelum ini mendapati bahawa mereka yang menyertai tanah rancangan getah akan
mengalami kenaikan pendapatan sebanyak 70 peratus berbanding sebelum menyertai FELDA.
Walau bagaimanapun, kenaikan pendapatan ini bersifat subjektif dan sangat dipengaruhi oleh
pelbagai faktor. Pendapatan peneroka ini juga mempengaruhi kemiskinan di kawasan rancangan.
Kajian ini, bertujuan untuk menganalisis aras pendapatan, kemiskinan dan agihan pendapatan
sepuluh tanah rancangan FELDA di negeri Kedah. Kemiskinan diukur dengan menggunakan
konsep pendapatan per kapita dan agihan pendapatan pula menggunakan Pekali Gini. Hasil kajian
ini menunjukkan bahawa 22.5 peratus peneroka FELDA di Kedah adalah tergolong sebagai miskin.
Ini menggambarkan bahawa kemiskinan masih lagi wujud di kawasan pembangunan tanah baru.
Peneroka miskin ini tidak mempunyai pendapatan sampingan dan kebanyakan tidak berpelajaran.
Faktor dalaman seperti umur peneroka, tempoh berada dalam rancangan, umur tanaman, pendapatan
sampingan dan kiriman wang di samping faktor luaran seperti kesuburan tanih, harga komoditi
keluaran peneroka, jenis tanaman dan letakan rancangan adalah penting dalam menentukan
pendapatan peneroka. Pempelbagaian sumber pendapatan peneroka dicadangkan sebagai satu
strategi untuk mengurangkan masalah kemiskinan dan agihan pendapatan dirancangan
pembangunan tanah, terutamanya di kalangan generasi kedua.
PENDAHULUAN

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau ringkasnya FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah
Ordinan Kemajuan Tanah 1956, khas bagi memajukan sektor luar bandar. Tujuan penubuhan FELDA ialah untuk
membangunkan kawasan luar bandar sebagai kawasan pertanian yang berdaya maju. Dalam masa yang sama FELDa
juga berfungsi sebagai kawasan bagi menempatkan semula rakyat miskin dan tidak bertanah di luar bandar serta
menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Selain itu, skim FELDa (dan skim FELCRA) juga berupaya
mengatasi masalah "tuantanah tidur" dan masalah saiz kebun yang kecil (Malaysia 1991.43).

Keadaan sosio-ekonomi masyarakat FELDA berbeza di antara sebuah kawasan rancangan dengan kawasan
rancangan yang lain. Malah, perbezaan yang agak ketara juga wujud di kalangan isi rumah peneroka yang tinggal
di dalam sesebuah rancangan. Keadaan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang utama ialah
pendapatan yang diterima oleh peneroka sendiri.

Pendapatan yang diterima oleh para peneroka ini ditakrifkan sebagai semua jenis pendapatan yang diterima
daripada penjualan hasil ladang. Bagaimanapun penemuan tentang pendapatan purata bulanan yang diterima oleh
peneroka cenderung untuk berbeza di antara satu kajian dengan kajian yang lain. Ini kerana purata pendapatan
bulanan peneroka (hasil ladang) sangat dipengaruhi oleh faktor seperti jenis tanaman, harga pasaran, lamanya pokok
telah ditanam dan musim dalam setahun.

Walaupun kebanyakan kajian mendapati bahawa peneroka FELDA telah terkeluar daripada belenggu
kemiskinan, tetapi dalam keadaan sebenar masalah kemiskinan di tanah rancangan tetap berlaku terutamanya setelah
pokok ditebang untuk ditanam bagi kali kedua sehingga pokok tersebut sudah boleh mengeluarkan hasil. Pada
asasnya keluasan ladangan yang diperuntukan kepada sesebuah keluarga peneroka sepatutnya dapat memberikan
sejumlah pendapatan yang mencukupi pada peringkat awal dan berupaya meningkatkan lagi pendapatan dalam
jangka panjang supaya pendapatan itu terus meningkat berbanding dengan peluang-peluang pekerjaan di tempat-
tempat lain (Tunku Shamsul & Kow 1986:144). Tetapi keadaan sebenar yang wujud di kawasan rancangan tidak
semestinya begitu.

Menurut satu taksiran, setelah peneroka tinggal selama tujuh atau lapan tahun di tanah rancangan kelapa
sawit FELDA, keluarga yang asalnya miskin ini akan menikmati pendapatan dua kali ganda (100 peratus)
berbanding dengan pendapatan di kampung asal mereka dahulu. Bagaimanapun, mereka yang menyertai tanah
rancangan getah akan menikmati kenaikan pendapatan hanya kira-kira 70 peratus sahaja (Mohd. Shukri 1992:103).

Di tempat asal, sekurang-kurangnya 89.4 peratus peneroka memperolehi pendapatan bulanan kurang
daripada RM200.00 sebulan. Selepas menyertai skim FELDA peratusan ini berkurang kepada 25 peratus sahaja.
Umumnya hampir semua peneroka telah menerima pendapatan paling kurang tiga kali ganda lebih tinggi daripada
apa yang mereka perolehi di tempat asal. Peneroka dalam kumpulan pendapatan paling tinggi dalam skim ini
menerima paling kurang sepuluh kali ganda daripada apa yang mereka terima di tempat asal (Tunku Shamsul &
Kow 1986: 222).

Pembangunan tanah melalui FELDA adalah satu strategi kerajaan untuk menangani masalah kemiskinan.
Sebahagian besar daripada peruntukan pembangunan tanah dalam rancangan lima tahun selepas merdeka telah
disalurkan kepada FELDa dan FELDA diberi harapan yang besar dalam usaha membasmi kemiskinan manakala
peneroka seringkali dianggap sebagai anak emas kerajaan (Mohd. Shukri 1992:233)

Abdul Malek Ismail mendapati bahawa (1995:11) Kebanyakan ketua isi rumah di FELDA yang telah lanjut usianya
mempunyai anak-anak yang telah bekerja di sektor bukan pertanian dan mereka membantu ibu-bapa mereka.
Golongan ini tidak begitu bergantung hidup kepada pendapatan hasil pertanian. Bagi mereka bertani hanyalah
pekerjaan sampingan sahaja. Sikap sedemikian menyebabkan daya pengeluaran yang rendah dan kos purata yang
tinggi.

Sekaitan dengan pengenalan ringkas di atas kajian ini bertujuan untuk menganalisis aras dan agihan
pendapatan, pola kemiskinan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan peneroka di kesemua 10
rancangan tanah FELDA di negeri Kedah.

2
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian ini meliputi tanah rancangan FELDA di negeri Kedah. Di negeri ini terdapat 10 buah tanah
rancangan yang menepatkan 3,179 orang peneroka (Jadual 1). Kesemua tanah rancangan yang didiami peneroka
hanya melibatkan jenis tanaman getah sahaja. Daripada jumlah keseluruhan peneroa di negeri ini, 1,456 orang
peneroka telah menanam semula pokok getah mereka.

Jadual 1. Maklumat Tentang Kawasan Kajian

FELDA Peringkat Lama Bilangan Sampel Kajian


Kawasan Lama Pokok Peneroka
Telah Telah Ditanam Bilangan %
Diduduki
11. Bukit Tembaga 1&2 40 14(ts) 157 78 49.7
2. Batu Lapan 1&2 37 12(ts) 86 63 73.2
3. Guar Napai 1&2 37 12(ts) 145 96 66.2
4. Sg. Tiang 1&2 38 5(ts) 522 427 81.8
5. Teloi Kanan 2 32 5(ts) 87 84 96.6
6. Lubuk Merbau 1 29 2(ts) 178 138 77.5
7. Bukit Tangga 2 14 16 219 136 62.1
8. Teloi Timur 1 15 20 179 106 59.2
9. Gunung Bongsu 1 12 18 111 91 82.0
10. Laka Selatan - 10 14 85 77 90.6
Jumlah 1,7693 1,2964 73.3

Sumber: Pejabat FELDA Wilayah Utara, 1998.


1
Kumpulan kawasan pertama meliputi kawasan kajian 1 hingga 6, kawasan telah diduduki antara 29 hingga 40
tahun dan pokok telah ditanam untuk kali kedua, bilangan peneroka 1,175 orang, bilangan responden yang
dapat ditemuramah 886 orang (75%).
2
Kumpulan kawasan kedua meliputi kawasan kajian 7 hingga 10, kawasan telah diduduki antara 10 hingga 15
tahun dan pokok baru ditanam untuk kali pertama, bilangan peneroka 594 orang, bilangan responden yang
dapat ditemuramah 410 orang (70%).
3
meliputi 55.6% bilangan peneroka di negeri Kedah.
4
meliputi 40.8% bilangan peneroka di negeri Kedah.

Kawasan kajian yang dipilih boleh dibahagikan kepada dua kelompok. Kelompik pertama, kawasan yang
telah didiami lebih daripada 30 tahun dan pokok tanaman telah ditanam untuk kali kedua. Manakala bagi kelompik
kedua pula, kawasan yang telah didiami kurang daripada 30 tahun dan pokok hanya baru ditanam untuk kali pertama.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa langkah pengumpulan dan penganalisisan data telah diambil . Kajian ini
menumpukan kepada data pendapatan peneroka yang diperolehi secara data primer iaitu melalui soalselidik yang
dijalankan dan juga data sekunder yang diperolehi dari ibu pejabat FELDA serta pejabat-pejabat FELDA bagi
kawasan kajian yang dipilih.

Bagi maklumat yang dikumpulkan melalui borang soalselidik, soalan-soalan terlebih dahulu dirangka dan
disemak dengan teliti agar dapat memenuhi skop kajian serta mendapatkan maklumat setepat yang mungkin.
Kandungan soalselidik telah dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu, maklumat sosio-ekonomi Ketua Isi
Rumah (KIR), sosio-ekonomi Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat migrasi, dan maklumat ladang.

3
Pengumpulan Data

Kajian ini menggunakan kaedah persampelan tidak berkebangkalian (nonprobability sampling). Memandangkan
sampel dipilih berdasarkan kumpulan sasaran yang memenuhi kriteria kajian, kaedah yang dipilih di bawah
persampelan ini ialah persampelan bertujuan (purposive sampling)

Kajian ini juga menggunakan data yang diperolehi daripada Bahagian Operasi dan Bahagian Kewangan Ibu
Pejabat FELDA, Kuala Lumpur. Maklumat mengenai pendapatan bulanan individu (termasuk potongan) didapati
daripada penyata pendapatan peneroka (slip gaji) bagi bulan Mac 1997 dari Pejabat FELDA di setiap kawasan kajian
yang dipilih. Maklumat tentang hasil bukan ladang serta maklumat asas setiap isirumah yang lain pula didapati
daripada soalselidik yang dijalankan di setiap kawasan kajian.

Penganalisaan Data

Kajian ini memberikan fokus kepada pola agihan pendapatan dan insiden kemiskinan di setiap kawasan yang dikaji.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) (1995) yang digunakan ialah sebanyak RM425 sebulan bagi saiz keluarga 4.6
orang. Analisis ini menggunakan pendapatan isirumah yang menggabungkan pendapatan ketua isirumah dan
pendapatan ahli isirumah daripada semua sumber pendapatan.

Kajian kemiskinan melibatkan tiga kumpulan pendapatan iaitu:

1 Termiskin; pendapatan isirumah kurang dari RM212.50 sebulah (pendapatan per kapita kurang dari
RM46.20 sebulan).

2. Miskin; pendapatan isirumah antara RM212.50 hingga RM425.00 sebulan (pendapatan per kapita
antara 46.20 hingga RM92.40 sebulan).

3. Tidak miskin; pendapatan isirumah sama atau lebih dari RM425.00 sebulan (pendapatan per kapita
sama atau lebih dari RM92.40 sebulan).

Langkah-langkah berikut digunakan bagi mendapatkan pendapatan per kapita isi rumah;

YkKIR = HL (kg. Susu getah) x Hp … (1)


YbKIR = Yk - (Kp1 + Kp2 … + Kpn = TKpt-1) - (Pc + TPct-1) … (2)
YbpKIR = Yb - (Bk + TBkt-1) - (Ts + TTst-1) - (Pi1 + Pi2 + … + Pin + Tpit-1) … (3)
YKIR = (YbKIR + YsKIR + Y1,2,3 …nKIR + PA) - Ub … (4)
YAIR = (YkuAIR + YsAIR + Y1,2,3…nAIR … (5)
YIR = (YKIR + YAIR) … (6)
YIRpk = (YKIR + YAIR)/BIR … (7)

Di mana;

YkKIR = pendapatan kasar dari ladang FELDA (LF)


YbKIR = pendapatan bersih dari LF
YbpKIR = baki pendapatan bersih dibawa pulang dari LF
YKIR = pendapatan KIR
YsKIR = pendapatan sampingan KIR
PA = pemberian anak yang tidak tinggal bersama KIR
Y1,2,3…nKIR = lain-lain sumber pendapatan KIR
YAIR = pendapatan AIR
YkuAIR = pendapatan kerja utama AIR
YsAIR = Pendapatan sampingan AIR
Y1,2,3…nAIR = lain-lain sumber pendapatan AIR
YIR = pendapatan isi rumah
YIRpk = pendapatan perkapita isi rumah
HL = hasil ladang
Hp = harga pasaran
Kp = potongan kos pengendalian (kos operasi)

4
TKpt-1 = potongan tunggakan kos pengendalian
Pc = potongan cukai ladang
TPc t-1 = potongan tunggakan cukai ladang
Bk = potongan bayaran kembali
TBkt-1 = potongan tunggakan bayaran kembali
Ts = potongan tanam semula
TTst-1 = potongan tunggakan tanam semula
Pi = potongan individu/kebajikan
Tpit-1 = potongan tunggakan individu/kebajikan
Ub = kos mengupas buruh

Maklumat (1), (2) dan (3) diperolehi daripada salinan penyata gaji peneroka (Mac 1997) dan maklumat (4)
dan (5) diperolehi daripada soalselidik. Potongan individu (kebajikan) peneroka adalah seperti, potongan kedai
runcit, caruman bulanan koperasi, caruman bulanan ASN/ASB, Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) dan
lain-lain. Sumber pendapatan lain termasuklah bantuan Kebajikan Masyarakat, pencen, biasiswa persekolahan (anak
yang tinggal bersama KIR), ladang/rumah/lain-lain harta yang disewakan, elaun koperasi dan lain-lain. Semua
bayaran yang berbentuk tahunan dibahagikan dengan 12 (bulan) bagi mendapatkan amaun bulanan.

PENEMUAN KAJIAN

Ladang getah peneroka di FELDA Bukit Tembaga, FELDA Batu Lapan, FELDA Guar Napai dan di FELDA Sungai
Tiang terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama seluas 8 (lapan) ekar dan peringkat kedua seluas dua
ekar1. Manakala di FELDA Teloi Kanan, FELDA Lubuk Merbau, FELDA Bukit Tangga, FELDA Teloi Timur,
FELDA Gunong Bongsu dan di FELDA Laka Selatan ladang getah peneroka hanya terbahagi kepada satu peringkat
sahaja dengan keluasan 10 ekar.

Pendapatan dari hasil ladang peneroka berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Di FELDA
Bukit Tembaga, FELDA Batu Lapan dan di FELDA Guar Napai, pokok getah yang telah ditanam untuk kali kedua di
ladang peringkat pertama dan kedua telah mengeluarkan hasil. Manakala di FELDA Sungai Tiang, dan FELDA
Lubuk Merbau, pokok telah ditanam untuk kali kedua di ladang peringkat pertama dan masih belum ditoreh. Hasil
ladang peneroka yang rendah sebahagiannya kerana peneroka hanya bergantung kepada ladang di peringkat kedua
yang masih belum ditanam semula2. Di FELDA Teloi Kanan pula, pokok yang ditanam untuk kali kedua masih
belum boleh ditoreh. Dalam keadaan ini, penerola hanya bergantung kepada bantuan saradiri oleh pihak FELDA
iaitu sebanyak RM200 sebulan. Bantuan ini lazimnya akan dibayar semula apabila pokok sudah mengeluarkan hasil.

Jika pendapatan isi rumah dikira berdasarkan hasil ladang KIR serta pendapatan daripada pekerjaan
sampingan KIR dan lain-lain sumber pendapatan KIR, daripada pemberian anak yang telah berpindah dan daripada
pendapatan AIR yang bekerja sama ada dalam pekerjaan tetap atau sampingan serta lain-lain sumber pendapatan3
AIR, insiden kemiskinan yang berlaku di kalangan peneroka di kawasan kajian kumpulan adalah pada kadar 28.8
peratus dengan kadar isi rumah termiskin pula sebanyak 7.9 peratus (Jadual 2)

Sementara dalam kawasan kajian kumpulan kedua pula, insidens kemiskinan adalah sebanyak 8.8 peratus
dengan yang termiskin pula berjumlah 1.2. peratus. Pendapatan KIR didapati telah meningkat antara 25 peratus
hingga 790 peratus. Insidens kemiskinan paling tinggi direkodkan di FELDA Gunong Bongsu iaitu sebanyak 26.4
peratus. Insidens kemiskinan bagi keseluruhan kawasan kajian pula adalah sebanyak 22.5 peratus dengan jumlah
isirumah termiskin sebanyak 5.8 peratus.

1
Peringkat kedua (2 ekar) pada mulanya dirancang sebagai dusun buah-buahan yang kemudian telah ditanam juga dengan pokok
getah. Dalam kajian ini ukuran ekar (1 ekar = 0.405 hektar) dikekalkan.
2
Pokok di ladang peringkat dua telah tua, seseparuhnya sudah tidak ditoreh dan ada juga yang telah ditebang untuk di tanam kali
kedua.
3
lain-lain sumber pendapatan AIR seperti dari bantuan Kebajikan Masyarakat, pencen, biasiswa persekolahan, kebun yang
disewakan, rumah yang disewakan, lain-lain harta yang disewakan, dari sumber koperasi dan lain-lain.

5
Insidens kemiskinan mempunyai kaitan yang rapat dengan pendapatan yang diperolehi daripada hasil ladang
KIR. Hasil ladang yang rendah merupakan penyebab yang utama insidens kemiskinan yang tinggi di FELDA Sungai
Tiang, FELDA Teloi Kanak, FELDa Lubuk Merbau dan di FELDA Gunong Bongsu. Di sesetengah kawasan
terdapat peneroka yang tidak memperolehi hasil ladang. Mereka hanya bergantung kepada elaun saradiri kepada
pokok getah telah ditanam semula dan masih belum mengeluarkan hasil.4 Jika peneroka memilih untuk tidak
mengambil elaun saradiri, mereka sebenarnya tidak mempunyai apa-apa. Sekarang pendapatan mereka yang tidak
mengambil elaun saradiri bulanan yang bernilai antara RM160 hingga RM200 secara pilihan saradiri kebanyakannya
mempunyai anak-anak yang telah bekerja dan tidak mahu terikat semula dengan FELDA. Bagaimanapun ini
menyebabkan mereka berada dalam kemiskinan. Insidens kemiskinan ini lebih ketara di tanah rancangan yang telah
dimajukan melebihi 30 tahun (kumpulan pertama) berbanding dengan yang agak baru dimajukan (kumpulan kedua).

Jadual 2: Insidens Kemiskinan6

Purata Purata
FELDA Pendapatan Pendapatan Termiskin Miskin Tidak Miskin
Perkapita
1. Bukit Tembaga 1,056 244.1 1 9 68
(Pkt. 1 & 2) (82) (1.3) (11.5) (87.2)
2. Batu Lapan 1,296 237.35 5 58
(Pkt. 1& 2) (87) (7.9) (92.1)
3. Guar Napai 1,027 199.90 15 81
(Pkt. 1& 2) (69) (15.6) (84.4)
4. Sg. Tiang 656 157.06 56 105 266
(Pkt. 1 & 2) (206) (13.1) (24.6) (62.3)
5. Teloi Kanan 822 151.68 11 27 46
(Pkt. 2) (313) (13.1) (32.1) (54.8)
6. Lubuk Merbau 648 165.62 13 35 90
(Pkt. 1) (149) (9.4) (25.4) (65.2)
• Jumlah 917 192.62 81 196 609
(Kawasan 1-6) (38) (7.9) (20.9) (71.2)
7. Bukit Tangga 1,549 229.58 6 130
(Pkt.2) (41) (4.4) (95.6)
8. Teloi Timur 1,402 240.79 2 2 102
(Pkt.1) (57) (1.9) (1.2) (96.2)
9. Gunong Bongsu 965 149.80 2 22 67
(Pkt.1) (79) (2.2) (24.2) (73.6)
10. Laka Selatan 1,278 198.48 1 1 75
(25) (1.3) (1.3) (97.4)
Jumlah 1,298 204.66 5 31 374
(Kawasan 7-10) (21) (1.2) (7.6) (91.2)
Jumlah 1,069 197.44 86 227 1,005
Keseluruhan (29) (5.8) (16.7) (77.5)

Sumber: Kajiselidik 1998


Nota: Angka dalam kurungan menunjukkan peratus

6 Dikira daripada purata pendapatan bersih hasil ladang, pendapatan daripada pekerjaan sampingan, serta sumber pendapatan yang
lain termasuk pendapatan AIR dan pemberian oleh anak yang tidak tinggal bersama. Pendapatan meliputi pendapatan daripada pekerjaan
tetap, sampingan dan lain-lain.

Insidens kemiskinan berlaku pada kadar yang berbeza antara sebuah kawasan dengan sebuah kawasan yang
lain. Perbezaan tersebut sangat diperngaruhi oleh profil isirumah peneroka seperti umur yang telah lanjut, wanita
(janda) sebagai KIR dan bilangan AIR yang ramai. Selain itu ia juga dipengaruhi oleh KIR yang tiada pendapatan
sampingan atau sumber-sumber pendapatan yang lain, tiada wang bulanan pemberian oleh anak (yang telah
berpindah) dan ramainya bilangan AIR yang tidak bekerja (Jadual 3).

Insidens kemiskinan di kawasan kajian pertama didapati lebih ketara dibandingkan dengan yang berlalu
kawasan kajian kedua (8.8 peratus). Di kawasan kajian pertama, 79.0 peratus KIR termiskin dan 71.4 peratus KIR
miskin telah berumur melebihi 51 tahun dan rancangan telah diduduki lebih daripada 30 tahun. Faktor usia dan

4
Kadar elauns saradiri RM20 bagi setiap ekar tanah yang diusahakan.

6
adanya anak-anak yang telah bekerja mengurangkan penglibatan KIR dalam pekerjaan sampingan. Hanya seorang
KIR termiskin dan 11 orang KIR miskin memperolehi pendapatan daripada pekerjaan sampingan. Manakala di
kawasan kajian kedua, semua KIR termiskin (5 orang) dan miskin (31 orang) berumur kurang daripada 51 tahun dan
mereka tidak mempunyai pekerjaan sampingan. Ramai berpendapat bahawa hasil ladang diperolehi telah mencukupi
bagi menyara hidup AIR dan mereka lebih suka menghabiskan masa lapang di rumah. Ini menyebabkan mereka
tidak terlibat dalam sebarang pekerjaan sampingan. Keadaan ini turut menyumbang kepada kemiskinan di tanah
rancangan berkenaan.

Jadual 3: Profil Insidens Kemiskinan Di Setiap Kawasan Kajian

umur Tiada Tiada Tiada


KIR KIR Tidak Tiada sumber pemberian pendapatan AIR
>51 janda pernah pendapatan pendapatan anak AIR >7 orang
tahun bersekolah sampingan lain setiap
bulan
Bukit Termiskin 1 1 1 1 1 1 1
Tembaga 1(1.3) (100) (100) (100) (100) (100) - (100) (100)
Miskin 6 1 9 9 6 9 9
9(11.5) (66.7) - (11.1) (100) (100) (66.7) (100) (100)
Batu Termiskin
-Tiada -
Lapan Miskin 3 3 1 5 5 2 4 5
5(7.9) (60.0) (60.0) (20.0) (100) (100) (40.0) (80.0) (100)

Guar Termiskin
Napai Miskin 13 5 15 14 12 13 15
15 (15.6) (86.7) (33.3) (100) (93.5) (80.0) (86.7) (100)
Termiskin 42 14 56 55 40 49 26
Sungai 56(13.1) (75.0) (25.0) (100) (98.2) (71.4) (87.5) (46.2)
Tiang Miskin 79 38 100 94 63 67 61
105(24.6) (75.2) (36.2) (95.2) (89.5) (60.0) (63.8) (58.1)
Termiskin 11 1 11 11 6 11 10
Teloi 11(13.1) (100) (3.7) (100) (100) (54.5) (100) (90.9)
Kanan Miskin 23 2 2 23 27 12 16 16
27 (32.1) (85.2) (7.4) (7.4) (85.2) (100) (44.4) (59.4) (59.4)
Termiskin 10 1 4 12 12 7 13 12
Lubuk 13(9.4) (90.9) (7.7) (30..8) (92.3) (92.3) (53.9) (100) (92.3)
Merbau Miskin 16 9 33 29 28 30 11
35 (25.4) (45.7) (25.7) (94.3) (82.9) (80.0) (85.7) (31.4)
Bukit Termiskin
Tangga Miskin 1 6 6 4 5 6
6 (4.4) (16.7) (100) (100) (66.6) (83.3) (100)
Termiskin 1 1 2 2 1 1 2
Teloi 2 (1.9) (50.0) (50.0) (100) (100) (50.0) (50.0) (100)
Timur Miskin 1 2 2 2 1 2
2(1..9) (50.0) (100) (100) (100) (50.0) (100)
Termiskin 2 2 1 2 2
Gunung 2(2.2) (100) (100) (50.0) (100) (100)
Bongsu Miskin 1 22 22 20 20 20
22(24.2) (45) (100) (100) (90.9) (90.9) (90.9)
Termiskin 1 1 1 1 1 1
Laka 1(1.3) (100) (100) (100) (100) (100) (100)
Selatan Miskin 1 1 1 1 1
1(1.3) (100) (100) (100) (100) (100)

Sumber: Kajiselidik 1998

Nota: angka dalam kurungan menunjukkan peratus

Faktor tiada pemberian wang oleh anak yang telah bekerja ayang tidak menetap bersama dengan KIR juga
turut mempengaruhi insidens kemiskinan di kawasan kajian. Di kawasan kajian pertama 53 orang (63.4 peratus) KIR
termiskin dan 123 orang (62.8 peratus) KIR miskin tidak menerima kiriman wang oleh anak yang telah bekerja yang
tidak menetap bersama KIR. Manakala jumlah yang terlibat kawasan kajian kedua. Hanya tiga orang KIR (60.0
peratus) Kir termiskin dan 26 orang (83.9 peratus) KIR miskin menerima kiriman wang.
Daripada sesi faktor pendapatan AIR pula, kawasan kajian pertama seramai 74 orang KIR (91.3 %)
termiskin 139 orang KIR (70.9 peratus) miskin menyatakan AIR tidak mempunyai sebarang pendapatan bulanan .
Di kawasan kajian kedua jumlah KIR yang terlibat adalah empat orang (80 peratus KIR termiskin) dan 27 orang (87

7
peratus KIR miskin). Ini menunjukkan adanya kesan ketiadaan sumber pendapatan tambahan terhadap pendapatan
bulanan KIR di kawasan tersebut. Selain itu, faktor saiz isi rumah juga turut berpengaruh.

Seramai 49 orang (60.4 peratus) KIR termiskin dan 117 orang (59.7 peratus) KIR miskin kawasan kajian
pertama mempunyai bilangan AIR yang lebih dari 7 orang. Manakala di kawasan kajian kedua faktor ini melibatkan
kesemua KIR termiskin dan 29 orang (93.5 peratus) KIR miskin. Hal ini turut menyumbang kepada kewujudan
fenomena kemiskinan yang lebih ketara. Ini kerana kawasan pertama anak-anak telah dewasa dan sebahagian
besarnya telah berpindah. Manakala kawasan kedua, sebahagian besar anak-anak KIR masih bersekolah dan
ditanggung oleh KIR. Beban tanggungan kerana saiz isi rumah yang besar menyebabkan wujudnya kemiskinan di
kawasan tersebut.

Secara keseluruhan seramai 64 orang (74.4 peratus) KIR termiskin dan 140 orang (61.7 peratus) KIR miskin
berumur lebih dari 51 tahun, 85 orang (98.8 peratus) KIR termiskin dan 216 orang (95.1 peratus) KIR miskin tidak
mempunyai sebarang pekerjaan sampingan, 84 orang (97.6 peratus) KIR termiskin dan 210 orang (92.5 peratus) KIR
miskin tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan lain. Selain itu, seramai 56 orang (65.1 peratus) KIR
termiskin dan 149 orang (65.6 peratus) KIR miskin tidak menerima sebarang pemberian wang bulanan oleh anak
yang telah bekerja tetapi tidak tinggal bersama KIR.

Jadual 4: Profil Kemiskinan Di Kumpulan Kawasan Kajian Pertama,


Kedua dan Keseluruhan Kawasan Kajian

umur tiada Tiada Tidak AIR


KIR KIR tidak pendapat- sumber terima AIR lebih dari
>51 janda pernah an pendapat- kiriman Tiada 7 orang
tahun bersekolah sampingan an lain wang pendapatan
(bulanan)
Kumpulan Termiskin 64 2 20 80 79 53 74 49
kawasan 81(7.9) (79.0) (2.5) (24.7) (98.8) (97.5) (65.4) (91.3) (60.4)
kajian Miskin 140 5 56 185 179 123 139 117
pertama 196 (20.9) (71.4) (2.6) (28.6) (94.3) (91.3) (62.8) (70.9) (59.7)
Kumpulan Termiskin 1 1 5 5 3 4 5
Kawasan 5 (1.2) - (20.0) (20.0) (100) (100) (60.0) (80.0) (100)
Kajian kedua Miskin 3 31 31 26 27 29
31(7.6) - - (9.7) (100) (100) (83.9) (87.1) (93.5)
Jumlah Termiskin 64 3 21 85 84 56 78 54
86 (5.8) 74.4) (3.5) (24.4) (98.8) (97.6) (65.1) (90.7) (62.8)
Keseluruhan Miskin 140 5 59 216 210 149 166 146
227 (16.7) (61.7) (2.2) (26.0) (95.1) (92.5) (65.6) (73.1) (64.3)

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Melihat dari sudut fasa pembangunan tanah dan peningkatan taraf hidup peneroka, FELDA ternyata telah mencapai
matlamatnya. Sejak skim tanah rancangan ini telah diwujudkan, ia telah berjaya meningkatkan taraf hidup kira-kira
114,000 orang masyarakat luar bandar yang sebelumnya menghadapi masalah penempatan, pekerjaan dan masa
depan yang tidak menentu.

Kajian insidens kemiskinan yang telah dijalankan di Rancangan Pembangunan tanah FELDa di negeri
Kedah ini membuktikan bahawa golongan termiskin dan miskin masih lagi wujud walaupun setelah mereka diberi
peluang untuk berubah. Beberapa faktor termasuklah saiz isi rumah relatif besar, umur KIR yang sudah lanjut,
ketiadaan pendapatan sampingan dan sumber pendapatan yang lain oleh KIR serta ramainya bilangan AIR yang tidak
berkerja dikenalpasti sebagai sebab utama wujudnya kemiskinan di kalangan peneroka FELDa. Taraf pendidikan
yang lebih rendah, hasil ladang yang tidak memuaskan serta harga dan upah yang tidak berpatutan telah
memburukkan lagi insidens kemiskinan dan ketidaksetaraan agihan pendapatan dalam kawasan rancangan
pembangunan tanah. Pada umumnya, insidens kemiskinan pada pola ketakseimbangan agihan pendapatan di
kawasan kajian cenderung untuk menunjukkan wujudnya satu rantaian pelbagai faktor pengaruh yang kompleks dan
berhubungkait antara satu sama lain.

Pada asasnya fenomena kemiskinan melibatkan pelbagai faktor dalaman dan luaran. Oleh itu usaha-usaha
untuk mengatasinya perlulah dilakukan secara menyeluruh iaitu tidak hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal
dan ekonomi sahaja. Jelasnya pembangunan sumber manusia itu sendiri sama ada daripada segi rohani mahupun

8
jasmani tidak boleh diabaikan. Melalui program pembangunan sumber manusia, perubahan nilai dan sikap supaya
benar-benar dapat membantu pencapaian kejayaan, perlu dilakukan. Usaha mengubah sikap dan nilai ini wajar
dilakukan dalam mengatasi masalah kemiskinan di rancangan FELDA dengan tumpuan kepada generasi kedua.
Selain melakukan perubahan terhadap nilai dan sikap sumber manusia, strategi menambah pendapatan juga penting
untuk mengurangi insidensi kemiskinan di kawasan FELDA. Antara langkah-langkah yang perlu diadakan di bawah
strategi ini ialah mempelbagaikan sumber pendapatan isi rumah dengan penyediaan pekerjaan sampingan kepada
AIR yang tidak bekerja,(khususnya generasi kedua) meningkatkan daya pengeluaran petani melalui kaedah
perladangan yang lebih cekap dengan hasil pertanian yang bermutu, membawa sektor bukan pertanian yang moden
ke kawasan FELDA dengan keutamaan peluang pekerjaan diberikan kepada golongan miskin dan termiskin ini,
menstabilkan harga keluaran petani serta pemberian upah yang setimpal.

Untuk memajukan sumber manusia di kawasan FELDA pihak tertentu termasuklah KEMAS, Koperasi,
persatuan belia dan JKKK perlu bersama-sama mempertingkatakan aktiviti mengadakan pelbagai latihan dan bengkel
seperti keusahawanan, kraftangan dan kemahiran kepada KIR dan AIR golongan miskin dan termiskin ini. Setiap
kegiatan yang dijalankan hendaklah secara menyeluruh dan diawasi perjalanannya dari masa ke semasa supaya
keberkesanan yang memberansangkan dapat diwujudkan. Usaha ini juga boleh diluaskan meliputi aktiviti penjanaan
pendapatan tambahan seperti perniagaan, industri kecil (katej), bengkel pengeluaran kraftangan dan sebagainya.

Akhir sekali, kerjasama antara kerajaan dan agensi yang terlibat juga perlu dipergiatkan dalam menangani
masalah peneroka. Campurtangan kerajaan dalam menentukan harga serta pemberian insentif tertentu meurpakan
antara faktor utama yang boleh menentukan kemapanan pengeluaran komoditi pertanian. Tanpa struktur harga yang
menarik, peneroka mungkin tidak berminat untuk meningkatkan hasil pertanian.

Diharapkan juga dengan pertukaran 12 buah perbadanan FELDA kepada syarikat pada 1hb. Januari 1996
akan mempertingkatkan lagi kecekapan pengurusan di samping menjadikan FELDA lebih berdikari untuk
memberikan manfaat yang lebih kepada peneroka.

KESIMPULAN

Bertentangan dengan pandangan umum yang mengatakan bahawa rancangan pembangunan tanah baru, khususnya
oleh FELDA telah dapat mengurangi masalah kemiskinan di negara ini, kajian di Kedah ini mendapati bahawa masih
wujud insiden kemiskinan yang ketara di kawasan rancangan pembangunan tanah. Sejumlah 22.5 peratus isi rumah
di kawasan kajian berpendapatan di bawah garis kemiskinan dengan 5.8 peratus daripadanya adalah golongan
termiskin. Pelbagai faktor dalaman dan luaran dikenalpasti menyumbang kepada wujudnya fenomena kemiskinan di
kawasan rancangan pembangunan tanah. Ketiadaan pendapatan sampingan sama ada di kalangan KIR atau AIR
didapati adalah antara faktor yang utama. Peneroka yang miskin juga kebanyakannya tidak berpendidikan dan ini
membawa kepada meluasnya amalan sikap negatif terhadap pengeluaran dan usaha untuk memajukan diri sendiri.
Insidens kemiskinan didapati lebih ketara berlaku di kawasan yang baru dibuka. Saiz tanggungan yang besar sangat
membebankan KIR terutamanya yang tidak mempunyai pekerjaan sampingan.

Usaha merubah nilai dan sikap perlu dilakukan di kalangan peneroka dan ahli isi rumah yang lain. Selain
itu penjanaan pelbagai peluang pekerjaan bagi KIR dan AIR juga perlu dilakukan untuk menambah pendapatan
sampingan peneroka. Pembangunan industri kecil dan galakan keusahawanan juga perlu dilakukan di kawasan
pembangunan tanah untuk mengurangi insiden kemiskinan di kawasan tersebut.

RUJUKAN

9
Abdul Malik Ismail. 1995. Tranformasi Ekonomi: Isu, Masalah dan Kesan Terhadap Sektor Pertanian. Kertas
Kerja Persidangan Kebangsaan Reformasi Pertanian. UKM-PETA. 25-26 Oktober.
Blair, A.S. & Nache, M.N. 1978. Prelimenary Analysis of FELDA Income Pattern. Land Development Digest.
Vol. 1: 6-19.
Mariam Omar Din. 1980. FELDA Settlers Income Trends. Land Development Digest. Vol. 3:2: 4-10
Malaysia. 1991. Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara.
Mohd. Shukri Abdullah. 1992. Strategi Pembangunan Desa Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Tunku Shamsul Bahrin & H.L. Kow. 1986. Kemajuan Tanah dan Penempatan Semua di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tunku Shamsul Bahrin & Lee Boon Thong. 1988. FELDA 3 Decades of Evolution. Kuala Lumpur: FELDA.
Sulong Mohamad. 1985. Petempatan FELDA, Perspektif Perancangan Bandar dan Desa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
C: seminarfskk/asanali

10

You might also like