You are on page 1of 5

Sejarah JENGKA

zulkbo on Sat Jul 18, 2009 4:02 am

Wilayah Jengka merupakan penempatan FELDA terbesar


di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur.
Wilayah Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka
kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu
Temerloh, Jerantut dan Maran.
Dengan adanya tanah-tanah rancangan FELDA ini, maka
muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh
masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Jengka.

Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas perdana


menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk
mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.

Tetapi kini Bandar Jengka yang telah diubah nama


kepada Bandar Tun Razak Jengka, tidak lagi dimonopoli
oleh orang melayu sahaja, kerana di kawasan Jengka 15
terdapat satu deret kedai yang telah ditembusi oleh
peniaga bukan melayu.

Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai


kecil yang terdapat di sini iaitu sungai Jengka. Wilayah
Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang
menjadi pengeluar sawit dan getah.

Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1


hingga 25, di samping nombor yang diberikan
berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-
jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama
bunga.

Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi


mengenal pasti kawasan yang lebih awal dibuka. Hal ini
bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1
manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25.

Dalam kawasan jengka juga terdapat tanah rancangan


felda yang tidak menggunakan nama jengka, kerana
ianya di tubuhkan lebih dahulu dari jengka itu sendiri,
antaranya ialah felda kampong awah 1963, felda ulu
jempol 1965, felda sungai nerek 1967.
Setiap kawasan penempatan Jengka mengandungi
antara 300 hingga 600 buah keluarga, sebagaimana di
tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga
disebut sebagai 'peneroka felda' manakala isteri mereka
di panggil 'Penerokawati ' dan ditadbir oleh seorang
pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.

Penduduk

Para peneroka tersebut datang daripada seluruh Malaysia


yang terdiri daripada rakyat termiskin (di bawah paras
kemiskinan). Ramai kalangan peneroka Jengka berasal
daripada negeri-negeri utara seperti Perak, Pulau Pinang,
Kedah dan Perlis dan juga negeri pantai timur seperti
Kelantan dan Terengganu, Selain itu terdapat juga
peneroka yang berasal dari negeri lain seperti Johor,
Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, selain daripada
penduduk asal Pahang.

Justeru dapat dilihat adat dan budaya yang bercampur-


campur diamalkan di Jengka memandangkan para
pendatang ini mengekalkan adat dan budaya kampung
asal masing-masing.

Terdapat juga peneroka dari kalangan kaum Cina dan


kaum India namun majoriti peneroka adalah kalangan
kaum Melayu. Hal ini kerana majoriti rakyat termiskin
adalah kaum Melayu. Manakala kaum India pula hanya
mewakili beberapa peratus sahaja dari penduduk
Malaysia.

Pelancongan

Terdapat beberapa destinasi menarik berhampiran


kawasan jengka, antaranya Pusat Latihan Pertanian Tun
Abdul Razak (Tekam Plantation Resort) yang
menawarkan pelancongan bertemakan pertanian,
kompleks gua Kota Gelanggi, dan rangkaian gua-gua di
Gunung Senyum.

Berhampiran dengan Felda Ulu Jempol terdapat satu


kawasan pelancungan berasaskan air terjun, kawasan ini
diberi nama Lubuk Yu, kedinginan airnya dan kehijauan
hutannya telah menarik ratusan pengunjung pada hujung
minggu, kedudukannya hanya 15km dari Bandar Jengka.

You might also like