You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED AHMAD,

TAMBUN TULANG, 02600 ARAU, PERLIS

KERTAS KERJA PROGRAM

KEMPEN

PADA 12 & 13 NOVEMBER 2018

ANJURAN KELAB ALAM SEKITAR


PERINGKAT SEKOLAH
1.0 PENDAHULUAN

Salah satu punca pencemaran alam sekitar adalah penggunaan plastik hidrokarbon. Plastik
hidrokarbon ialah plastik yang dihasilkan daripada industri petrokimia. Pada masa kini, tidak
dapat dinafikan bahawa penggunaan plastik telah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan
masyarakat kita. Sebagai contoh, setiap pembelian barang walaupun ianya sepeket gula-gula
diberikan beg plastik oleh penjual. Namun begitu, penggunaan plastik yang berterusan akan
menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana komposisi kimianya menyukarkannya
untuk reput dan terurai sendiri. Ini sekaligus menimbulkan implikasi buruk kepada kesihatan
kita serta alam sekitar dalam jangka masa panjang. Selain daripada itu makanan yang
tercemar dengan bahan kimia daripada penggunaan plastik boleh menyebabkan mendapat
penyakit kanser.

2.0 MATLAMAT

Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah yang disebabkan oleh penggunaan plastik
ini, beberapa langkah telah diambil kerajaan serta pelbagai pihak termasuklah pihak sekolah
yang sedar akan kepentingan memelihara alam sekitar.Ini termasuklah mengadakan kempen
Kempen Go Green. Go green bermaksud penerapan pengetahuan dan amalan yang
boleh membawa kepada keputusan dan gaya hidup yang lebih mesra alam dan
ekologi, bagi membantu melindungi alam sekitar dan mengekalkan sumber semula jadi
untuk generasi sekarang dan akan datang. Konsep Go Green timbul hasil daripada
kesedaran terhadap alam sekitar ekoran daripada pencemaran alam sekitar yang
berlaku pada masa sekarang. Kempen Go Green peringkat sekolah bermatlamat
mengurangkan penggunaan plastik di kalangan warga sekolah di samping bermatlamat
menanamkan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan sepanjang program selaras dengan pendidikan lestari alam sekitar seperti yang
terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Mempromosikan Pendidikan Lestari di sekolah


3.2 Menanamkan sifat sayangkan alam sekitar
3.3 Memberi pendedahan mengenai cara memelihara dan memulihara alam sekitar
3.4 Menggalakkan amalan 3R-‘Reduce, Reuse dan Recycle’
3.5 Mengurangkan sampah di kawasan sekolah
3.6 Menggalakkan amalan gotong-royong di kalangan pelajar
3.7 Mengisi masa luang dengan aktiviti berfaedah selepas peperiksaan
3.8 Meningkatkan kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar

4.0 AKTIVITI PELAKSANAAN

Untuk melaksanakan Kempen Go Green peringkat sekolah, aktiviti-aktivit berikut telah


dirancang:
4.1 Memaklumkan Kempen Go Green di dalam Mesyuarat AJK PIBG
4.2 Menggesa pihak pengusaha kantin mengurangkan penggunaan plastik dalam
pembungkusan makanan di dalam Mesyuarat Kantin.
4.3 Mengadakan Ceramah Kesedaran Alam Sekitar
4.4 Mengadakan gotong-royong membersihkan kelas
4.5 Mengadakan pertandingan jumlah kutipan botol plastik terbanyak antara kelas
4.6 Mengadakan pertandingan rekacipta daripada plastik terbuang

5.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 12 – 13 November 2018


Masa : 8.00 – 11.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka Assyafie
6.0 KUMPULAN SASARAN

Program in melibatkan warga sekolah sama ada pelajar, guru, pekerja kebersihan, pengusaha
kantin dan PIBG.

7.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : En Zulkifli bin Jalil (Pengetua SMK Syed Ahmad)

Naib Pengerusi 1 : Pn Roshita binti Idrus (Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi 2 : Cik Halijah binti Hashim (Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 3 : Pn Zuhana Mazwin Has-Yun binti Hashim (Penolong Kanan


HEM)

Penyelaras : Pn Nurul Farhana binti Kasim (Setiausaha Kokurikulum)

Setiausaha : Pn Norazanim binti Ismai (Ketua Penasihat Kelab Alam


Sekitar)

AJK:
1. MAJLIS PELANCARAN GO GREEN PERINGKAT SEKOLAH, GOTONG ROYONG
DAN PERTANDINGAN KUTIPAN BOTOL MINUMAN TERBANYAK

Gimik Pelancaran/Hiasan Pentas : En Sanusi bin Zainal Abidin

Persiapan Tempat/Bunting : En Fauzi bin Rahim

Pengacara Majlis : Pn Sharifah Hanaa binti Syed Saffi

Buku Program : Cik Rosila binti Othman

Cenderahati/Sijil Penceramah : Pn Azliza binti Aziz

Jamuan Tetamu : Pn Zeeda Idayu binti Omar

Siaraya dan Multimedia : En Ahmad Safuan bin Mohd Shukri


En Mohd Asyraf bin Rosaruddin

Agihan Plastik Hitam : Pn Norafidah binti Ahmad


Pn Rohayu binti Abdul Hamid
Gotong Royong : Semua Guru Kelas

Hakim Pertandingan Kutipan Botol : En Azizan bin Seman


Minuman Terbanyak

Jurugambar/Dokumentasi : Cik Nur Ezzatul Khusna binti Rosli


Cik Hanis Farhana binti Zamri

Kawalan Pelajar : En. Farid bin Karim


En. Mohd Zulkifli bin Mat Saman@Shuhaimi
Pn. Alfiana binti Yusoff
Pn. Mamnun Shukri binti Awang Kechik
Pn. Eylia binti Mustafa

2. PERTANDINGAN REKACIPTA DARIPADA PLASTIK TERBUANG

Siaraya/Multimedia : En Ahmad Safuan bin Mohd Shukri


(Tayangan video) En Mohd Aysraf bin Rosaruddin

Peralatan : Pn Salmah binti Saidin

Hakim Pertandingan Rekacipta : Pn Malziana binti Mohd Kamal


Daripada Plastik Terbuang Pn Sharifah binti Sharif

Kebersihan semasa dan selepas : En Che Shahidan bin Baharom


Pekerja swasta

Hadiah : Pn Sharifah Juliana binti Syed Ali


Pn Roshidah binti Rosli
Pn Siti Nurhanna binti Ja’afar

Sijil Peserta : Pn Zaliyana binti Zainol

Juruacara Majlis Penyampaian : Pn Norazanim binti Ismail


Hadiah

Jurugambar/Dokumentasi : Cik Nur Ezzatul Khusna binti Rosli


Cik Hanis Farhana binti Zamri

Kawalan Pelajar : En. Farid bin Karim


En. Mohd Zulkifli bin Mat Saman@Shuhaimi
Pn. Alfiana binti Yusoff
Pn. Mamnun Shukri binti Awang Kechik
Pn. Eylia binti Mustafa
8.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH/ MASA AKTIVITI


HARI (pagi)
7.30 Acara Perhimpunan Rasmi
7.45 Pelancaran Program Kempen Go Green Peringkat Sekolah
8.00 Penyampaian plastik hitam kepada guru tingkatan
8.30 Ceramah Kempen Go Green
12/11/2018 9.30 Taklimat gotong-royong dan Pertandingan Kutipan Botol Minuman
(Isnin) Terbanyak oleh hakim
9.35 Gotong-royong mengutip sampah dan mengumpulkan botol air
minuman
10.30 Pengiraan jumlah kutipan botol air minuman
11.00 Rehat
11.30 Pelajar bergerak ke kelas masing-masing/
PdPc berjalan seperti biasa
7.30 Acara Perhimpunan Pagi
7.45 Taklimat Pertandingan oleh Hakim
8.00 Pertandingan Rekacipta Daripada Plastik Terbuang /
13/11/2018 Tayangan Video (bagi pelajar yang tidak mengambil bahagian)
(Selasa) 10.00 Penghakiman
10.30 Penyampaian Hadiah
11.00 Rehat
11.30 Pelajar bergerak ke kelas masing-masing/
PdPc berjalan seperti biasa
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BUTIR-BUTIR PERINCIAN KOS


(RM)
1 Plastik Hitam 7 gulung x RM10 70
2 Bunting 2 x RM33 66
3 Cenderahati penceramah 1 x RM10 10
4 Peralatan:
Gunting 10 x RM2 20
Pisau 10 x RM2 20
40
5 Hadiah Pertandingan Kutipan Botol Air Minuman
Terbanyak (hamper):
Tempat pertama 1 x RM35 35
Tempat kedua 1 x RM25 25
Tempat ketiga 1 x RM15 15
Tempat keempat, kelima. keenam dan ketujuh 4 x RM10 40
115
6 Hadiah Pertandingan Rekacipta (fail dan hamper):
Tempat pertama (3 x RM10) + RM10 40
Tempat kedua (3 x RM7) + RM10 31
Tempat ketiga (3 x RM5) + RM10 25
Sagu hati 21 x RM3 63
159
JUMLAH 460

10.0 SUMBER PENDAPATAN

Sumber pendapatan daripada perbelanjaan program ini adalah daripada PCG Kokurikulum
(BKK) berjumlah RM460.
11.0 PENUTUP

Semoga Kempen Go Green peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad akan
berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama dan sokongan daripada semua pihak.
Kesan kempen ini tidak dapat dilihat dalam jangka masa pendek tetapi dalam jangka masa
panjang kerana pendidikan alam sekitar ini merupakan ilmu seumur hidup. Ianya akan
membentuk diri pelajar agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan menghargai
alam sekitar seterusnya dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

---------------------------------------- --------------------------------
NORAZANIM BIN ISMAIL ROSHITA BINTI IDRUS
Setiausaha Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad

Disahkan oleh :

-------------------------------
ZULKIFLI BIN JALIL
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad

You might also like