You are on page 1of 3

LATAR BELAKANG

Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam membentukkan Malaysia sebagai
sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada
masyarakat dan negara diberi keutamaan. Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein sebagai Menteri Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang
mengamalkan dasar pecah dan perintah.Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak
diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berjaya menyatupadukan sistem pelajaran
untuk membina satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti Perikatan yang telah ke London bersama
rombongan kemerdekaan dan pulang membawa kejayaan.
Laporan Razak/Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat
akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan
ialah:

1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama.


2. Bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
3. Bahasa melayu dan bahasa inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan
menengah.
4. Bagi sekolah jenis kebangsaan,bahasa inggeris,cina dan tamil menjadi bahasa
pengantar,
5. Sekolah-sekolah rendah ditukarkan kepada sekolah kebangsaan dan bahasa melayu
sebagai bahasa penganatr utama,
6. Penubuhan satu jenis sekolahsahaja terbuka kepada semua kaum,
7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah berkelayakan untuk mengajar di
sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti ,semua guru diletakkan di bawah
satu perkhidmatan professional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.

PENYATA RAZAK (1956)


Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa
Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini
dikenali sebagai Penyata Razak (1956).
Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957
TOKOH LAPORAN RAZAK
Tun Abdul Razak telah merencanakan Laporan Razak yang menjadi asas kepada Sistem
Pelajaran Kebangsaan. Laporan Razak mengantikan Penyata Barnes yang hanya memberi
tumpuan kepada pendidikan menengah di bandar-bandar telah dikeluarkan pada 1950. Laporan
ini penting sebagai garis panduan pendidikan negara yang diaktifkan sebagai Ordinan Pelajaran
1957.

Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956
sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Nama laporan ini telah
diambil sempena daripada nama Menteri Pelajaran iaitu Tun Abdul Razak. Matlamat beliau
adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya. Laporan ini telah digabungkan
ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka
pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia.

Laporan Razak telah bertolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari oleh orang
Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (digemari oleh orang Cina dan India) dan antara perkara
penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah
Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. Dahulunya, Laporan Barnes telah
diserahkan kepada undang-undang sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak
mengetengahkan bahasa Melayu sebagai medium bahasa yang utama di dalam pengajaran, ia
juga membenarkan pengekalan dalam menggunakan medium bahasa yang lain di sekolah.

TUJUAN PENYATA RAZAK :


1. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa
pengantar di sekolah
2. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun
bangsa di Tanah Melayu
3. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat
dikurangkan
4. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat
yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.
5. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
6. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif
7. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem
pendidikan.
CADANGAN YANG TERKANDUNG DALAM LAPORAN RAZAK
Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambil kira matlamat akhirnya
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang
diperkatakan ialah:

1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama


2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan
sekolah menengah.
4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa
pengantar.
5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama.
6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR),
Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir
Persekutuan ditubuhkan.

ORANG YANG TERLIBAT


Penubuhan Jawatankuasa telah diwujudkan untuk memastikan adangan berjalan lancar seperti

i) Menteri Pelajaran bertanggungjawab terus terhadap aspek yang berkaitan dengan


pelajaran menengah, lathan guru dan merangka dasar pelajaran.
ii) Aspek tentang pelajaran rendah dan pertukangan pula adalah di bawah Pihak
Berkuasa Tempatan.
iii) Jemaah Nazir Sekolah ditubuhkan dan ini diikuti dengan Lembaga Pengelola
Sekolah untuk semua sekolah

KEYWORD : Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

You might also like