You are on page 1of 5

BENTUK PIAWAI

1.1 Angka Bererti

Angka Bererti (Bahagian 1)


1. Angka bererti merujuk kepada digit-digit yang relevan
dalam sesuatu integer atau
perpuluhan yang dihampirkan kepada sesuatu nilai mengikut
tahap kejituan yang
tertentu.
2. Semasa membundarkan suatu nombor positif kepada
bilangan angka bererti, peranan
sifar ditunjukkan seperti berikut.

(a) Semua digit bukan sifar dalam suatu nombor


adalah angka bererti.
Contoh:

(i) 568 (3 angka bererti)


(ii) 36.97 (4 angka bererti)

(b) Sifar yang terletak di antara digit-digit bukan sifar


adalah angka bererti.
Contoh:
(i) 7001 (4 angka bererti)
(ii) 3.04 (3 angka bererti)
(iii) 22.054 (5 angka bererti)

(c) Sifar yang terletak di sebelah kanan digit bukan sifar


dalam suatu berpuluhan adalah
angka bererti.
Contoh:
(i) 0.70 (2 angka bererti)
(ii) 4.500 (4 angka bererti)
(iii) 3.00 (3 angka bererti)

(d) Sifar yang terletak di sebelah kiri digit bukan sifar dalam
suatu berpuluhan kurang
daripada 1 adalah bukan angka bererti.
Contoh:
(i) 0.05 (1 angka bererti)
(ii) 0.0040 (2 angka bererti)
(iii) 0.07040 (4 angka bererti)

(e) Sifar di hujung suatu nombor bulat dianggap


sebagai bukan angka bererti kecuali
dinyatakan.
Contoh:
(i) 40 (1 angka bererti)
(ii) 3670 (3 angka bererti)
(iii) 704200 (4 angka bererti)

Contoh 1:
Bundarkan setiap nombor yang berikut betul
kepada tiga angka bererti.
(a) 246= 246 (3 angka bererti)
(b) 2463 = 2460 (3 angka bererti)
(c) 24632 = 24600 (3 angka bererti)
(d) 0.00745= 0.00745 (3 angka bererti)
(e) 0.007453 = 0.00745 (3 angka bererti)
(f) 0.007455 = 0.00746 (3 angka bererti)
(g) 0.007403 = 0.00740 (3 angka bererti)
Contoh 2:
Bundarkan setiap nombor yang berikut betul kepada bilangan
angka bererti yang
ditunjukkan dalam kurungan, [ ].
(a) 3548 (2 angka bererti)
(b) 0.5089 (3 angka bererti)
(c) 33.028 (1 angka bererti)
(d) 0.40055 (3 angka bererti)
(e) 0.681 (2 angka bererti)
(f) 38.97 (3 angka bererti)

Penyelesaian:
(a) 3500 (2 angka bererti)
(b) 0.509 (3 angka bererti)
(c) 30 (1 angka bererti)
(d) 0.401 (3 angka bererti)
(e) 0.68 (2 angka bererti)
(f) 39.0 (3 angka bererti)

Angka Bererti (Bahagian 2)

1. Melakukan penambahan, penolakan, pendaraban, dan


pembahagian yang melibatkan
beberapa nombor dan menyatakan jawapan dalam bentuk
angka bererti tertentu.

Contoh 1:
Cari nilai bagi setiap nombor yang berikut dan memberi
jawapan betul kepada 3 angka
bererti.
(a) 261.9 + 75.6 × 0.7
(b) 0.062 × 30.12 + 1.268
(c) 8.068 ÷ 0.08 – 28.35
(d) 0.846 ÷ 0.4 – 0.153 × 2

Penyelesaian:
(a) 261.9 + 75.6 × 0.7
= 261.9 + 52.92
= 314.82
= 315 (3 angka bererti)

(b) 0.062 × 30.12 + 1.268


= 1.86744 + 1.268
= 3.13544
= 3.14 (3 angka bererti)

(c) 8.068 ÷ 0.08 – 28.35


= 107.6 – 28.35
= 79.25
= 79.3 (3 angka bererti)

(d) 0.846 ÷ 0.4 – 0.153 × 2


= 2.115 – 0.306
= 1.809
= 1.81 (3 angka bererti)

Contoh 2:
Hitungkan nilai 5.33 + 0.33 × 17 dan memberi jawapan betul
kepada 3 angka bererti.

Penyelesaian:
5.33 + 0.33 × 17
= 5.33 + 5.61
= 10.94
= 10.9 (3 angka bererti)

Contoh 3:
Hitungkan nilai 49.3567 + 16.73 ÷ 0.5 dan memberi jawapan
betul kepada 4 angka bererti.

Penyelesaian:
49.3567 + 16.73 ÷ 0.5
= 49.3567 + 33.46
= 82.8167
= 82.82 (4 angka bererti)

Contoh 4:
Hitungkan nilai 3.42 ÷ 12 × 3.7 dan memberi jawapan betul
kepada 4 angka bererti.

Penyelesaian:
3.42 ÷ 12 × 3.7
= 1.0545
= 1.055 (4 angka bererti)

You might also like