You are on page 1of 1

BAB 2 ANGKA BERERTI DAN BENTUK PIAWAI

2.1 ANGKA BERERTI


1. Semua digit 1, 2, 3, …9 ialah angka bererti.
2. Nombor Bulat
(a) Sifar di antara digit-digit bukan sifar adalah angka bererti.
367: 3 angka bererti
12004: 5 angka bererti
(b) Sifar selepas sebarang digit bukan sifar boleh jadi angka bererti atau bukan angka
bererti bergantung kepada tahap kejituan yang dikehendaki.

3. Perpuluhan
(a) Sifar di antara digit bukan sifar dan sifar selepas digit bukan sifar ialah angka bererti.
(b) Sifar sebelum digit bukan sifar adalah bukan angka bererti.
2.32: 3 angka bererti
0.0517: 3 angka bererti
0.4050: 4 angka bererti

CONTOH 1: [TP2]
Nyatakan bilangan angka bererti bagi setiap nombor berikut:
(a) 2019 (b) 24 (c) 4000001 (d) 802300

(e) 604807 (f) 12398 (g) 6100 (h) 408

CONTOH 2: [TP2]
Nyatakan bilangan angka bererti bagi setiap nombor berikut:
(a) 1.06 (b) 0.070 (c) 0.0016080 (d) 8.0

(e) 0.602 (f) 7.09020 (g) 1.000 (h) 0.02080

CONTOH 3:[TP3]
Bundarkan nombor berikut kepada bilangan angka bererti yang dinyatakan di dalam [ ].

You might also like