You are on page 1of 7

BAB 8 GRAF FUNGSI

8.1 Fungsi
1. Rajah di sebelah menunjukkan hubungan antara set M dan set N. Nyatakan
(a) jenis hubungan,
(b) julat hubungan.

2. Diberi set s = {1, 2, 3, 4} dan set T = {1, 4, 9, 16}. Hubungan set S kepada set T ialah kuasa dua. Wakilkan
fungsi tersebut menggunakan
(a) gambar rajah anak panah

(b) persamaan

(c) jadual

(d) pasangan tertib

(e) graf
3. Rajah di sebelah menunjukkan fungsi f(x) = 2x dalam domain 1 ≤ x ≤ 6.
Tentukan nilai a dan b.

4. Nyatakan domain dan julat hubungan berikut.

8.2 Graf Fungsi


1. Lengkapkan jadual nilai berikut bagi fungsi yang diberikan.
MELUKIS GRAF FUNGSI
Lengkapkan jadual nilai di bawah mengikut fingsi yang diberikan, seterusnya lukis graf dengan skala yang
dinyatakan.

(A) y = 6 + x

x -3 -2 -1 0 1 2 3 4
y

(i) Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-x dan 2 cm kepada 1 unit pada paksi-y, lukis
graf fungsi y = 6 + x untuk −3 ≤ x ≤ 4.
(ii) Daripada graf, tentukan
a) nilai y apabila x = 2.5
b) nilai x apabila y = 4.3

(B) y = 8 – x2

x -3 -2 -1 0 1 2 3
y

(i) Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-x dan 2 cm kepada 1 unit pada paksi-y, lukis
graf fungsi y = 8 – x2 untuk −3 ≤ x ≤ 3.
(ii) Daripada graf, tentukan
a) nilai y apabila x = 1.8
b) nilai-nilai x apabila y = 1.5
(C) y = 9 – x3

x -3 -2 -1 0 1 2 3
y

(i) Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-x dan 2 cm kepada 10 unit pada paksi-y, lukis
graf fungsi y = 9 – x3 untuk −3 ≤ x ≤ 3.
(ii) Daripada graf, tentukan
a) nilai y apabila x = -2.7
b) nilai x apabila y = -12

12
(D) 𝑦 = 𝑥

x -4 -3 -2 -1 -0.5 0.5 1 2 3 4
y

(i) Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-x dan 2 cm kepada 5 unit pada paksi-y, lukis
12
graf fungsi 𝑦 = 𝑥
untuk −4 ≤ x ≤ 4.
(ii) Daripada graf, tentukan
a) nilai y apabila x = 0.7
b) nilai x apabila y = -1.5

(E) Diberi satu fungsi y = 3x2 – 7x – 5.


(a) Lengkapkan jadual nilai dibawah bagi fungsi tersebut untuk −3 ≤ x ≤ 2.
x -3 -2 -1 0 1 2
y 43 5 -9

(i) Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-x dan 2 cm kepada 5 unit pada paksi-y, lukis
graf fungsi y = 3x2 – 7x – 5 untuk −3 ≤ x ≤ 2.
(ii) Daripada graf, tentukan
a) nilai y apabila x = -3.5
b) nilai x apabila y = 0
MENTAFSIR GRAF
1. Graf menunjukkan petrol P liter yang digunakan oleh sebuah kereta bagi jarak J km.

Berdasarkan graf:
(a) Tentukan jarak kereta itu akan bergerak jika tangkinya diisi sebanyak
(i) 20 liter petrol (ii) 38 liter petrol

(b) Hitung kos petrol bagi pergerakan kereta sejauh 44 km jika 1 liter petrol bernilai RM 2.30.

2. Daniel ialah pengerusi Kelab Lukis. Dia ingin menempah kemeja-T untuk ahli kelab daripada Puan Aida,
guru koperasi sekolah. Puan Aida telah menyediakan satu graf bagi menunjukkan kos dalam RM, dengan
bilangan kemeja- T.
(a) Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan graf.
Bilangan kemeja-T 10 30 50 70
Kos (RM)

(b) Setelah Daniel mengamati graf tersebut, dia terkejut apabila mendapati 0 helai kemeja-T kosnya RM 50.
Jika anda ialah Puan Aida, apakah penjelasan anda?

(c) Berapakah jumlah kos yang perlu dibayar oleh Daniel untuk 56 helai kemaja-T?

(d) Jika Daniel Cuma mempunyai bajet sebanyak RM 420, nyatakan jumlah kemeja-T yang dapat ditempah
olehnya.

3. Nasir memukul bola golf yang diberikan kepadanya. Ketinggian bola itu, h meter dari permukaan tanah
selepas t saat ialah y = 6x – x2. Graf di bawah menunjukkan pergerakan bola golf itu setelah dipukul.

Berdasarkan graf:
(a) Berapakah ketinggian bola itu pada saat ke-2?

(b) Pada saat keberapakah bola itu berada di ketinggian 5 m?


(c) Pada saat keberapakah bola itu akan jatuh ke tanah?

(d) Apakah ketinggian maksimum yang dicapai oleh bola itu?

(e) Apakah trend bagi pergerakan bola golf itu?

4. Syarikat P dan Syarikat Q ialah dua syarikat telekomunikasi yang menawarkan pakej pelan prabayar telefon
bimbit. Graf di bawah menunjukkan kadar bayaran dan masa perbualan yang ditawarkan oleh kedua-dua
syarikat itu.

(a) Berapakah kadar bayaran bagi 25 minit perbualan bagi


(i) syarikat P (ii) Syarikat Q

(b) Jika Eddy menggunakan telefon lebih daripada 30 minit untuk berbual sebulan, syarikat yang manakah
menawarkan kadar bayaran yang lebih murah? Jelaskan.

(c) Hanif hanya mahu membelanjakan RM 4 sahaja untuk perkhidmatan itu. Syarikat manakah yang harus
dipilih oleh Hanif? Jelaskan.

You might also like