You are on page 1of 8

Matematik Tingkatan 4

Bab 1 : Bentuk Piawai : Angka Bererti

1.0 Pengenalan

1. Bentuk Piawai digunakan untuk memudahkan penulisan nombor

(a) Nombor yang sangat besar.

300 000 000 = 3 X 108

(b) Nombor yang sangat kecil

0.00000000000000000000000000167 = 1.67 X 10-27

1.1 Angka Bererti

1. Penjelasan Konsep

Angka Bererti merujuk kepada digit-digit yang releven dalam sesuatu integer atau nombor perpuluhan
yang dihampirkan kepada sesuatu nilai mengikut tahap kejituan yang tertentu.

Sebagai contoh :

Jumlah sebenar penonton bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil = 51683 orang.

Kita boleh membundarkan 51683 kepada satu angka bererti, katakan kepada 50000.

2. Peraturan Ketika Membundarkan Sesuatu Nombor Kepada Angka Bererti

(a) Digit bukan sifar

(i) Semua digit bukan sifar adalah angka bererti.

 Nombor perpuluhan 2.93 mempunyai 3 angka bererti.

 Nombor integer 5189 mempunyai 4 angka bererti.

(b) Digit sifar

(i) Digit sifar yang terletak di antara dua digit bukan sifar adalah angka bererti.

 Nombor integer 4003 mempunyai 4 angka bererti

 Nombor perpuluhan 17.001 mempunyai 5 angka bererti


Matematik Tingkatan 4
Bab 1 : Bentuk Piawai : Angka Bererti

(ii) Untuk nombor integer, digit sifar yang terletak ke kanan digit bukan sifar yang terakhir adalah
angka bererti atau bukan angka bererti, bergantung kepada tahap kejituan yang dikehendaki.

 48000 mempunyai 2 angka bererti apabila dibundarkan kepada ribu yang terhampir.

 48000 mempunyai 3 angka bererti apabila dibundarkan kepada ratus yang terhampir.

(iii) Untuk nombor perpuluhan, digit sifar yang terletak ke kanan digit bukan sifar yang terakhir
adalah angka bererti. Angka bererti ini menunjukkan tahap kejituan nombor perpuluhan itu.

- 8.1500 mempunyai 5 angka bererti

- 0. 180 mempunyai 3 angka bererti

(iv) Untuk nombor perpuluhan, digit sifar yang terletak ke kiri digit bukan sifar yang pertama adalah
bukan angka bererti.

- 0.00007 mempunyai 1 angka bererti

- 0.005418 mempunyai 4 angka bererti

Hasil Pembelajaran 1 :

Membundarkan suatu nombor positif kepada bilangan angka bererti yang diberi apabila nombor itu

(a) lebih besar daripada 1;


(b) kurang daripada 1.

1. Membundarkan nombor positif yang lebih besar daripada 1

Tunjukcara

Bundarkan nombor yang berikut betul kepada bilangan angka bererti seperti yang diberikan di dalam
kurungan.

2.0485 [3]

Langkah-Langkah
(a) Kenal pasti digit ke-3. (Dalam kes ini, digit 4.)
(b) Lihat digit ke-4. (Dalam kes ini, digit 8.)
(c) Jika digit ke-4 ≥ 5, tambah 1 ke kepada digit ke-3. (Dalam kes ini, digit 8 > 5. Digit ke-3 menjadi 5)

Jawapan : 2.05 (betul kepada 3 angka bererti)


Matematik Tingkatan 4
Bab 1 : Bentuk Piawai : Angka Bererti

Latihan 1.1A soalan 1

Bundarkan setiap nombor yang berikut betul kepada bilangan angka bererti seperti yang diberikan di dalam
kurungan.

(a) 9.42 [1] → 9 (f) 1.049 [2] → 1.0


(b) 3601 [1] → 4000 (g) 10515 [3] → 10500
(c) 558.5 [1] → 600 (h) 23.001 [3] → 23.0
(d) 38.46 [2] → 38 (i) 7.978 [3] → 7.98
(e) 6081.9 [2] → 6100

2. Membundarkan nombor positif yang kurang daripada 1

Tunjukcara

Bundarkan nombor yang berikut betul kepada bilangan angka bererti seperti yang diberikan di dalam
kurungan.

0.30543 [4]

Langkah-Langkah
(a) Kenal pasti digit ke-4. (Dalam kes ini, digit 4.)
(b) Lihat digit ke-5. (Dalam kes ini, digit 3.)
(c) Jika digit ke-4 ≥ 5, tambah 1 ke kepada digit ke-3. (Dalam kes ini, digit 3 < 5. Digit ke-3 kekal 4)

Jawapan : 0.3054 (betul kepada 4 angka bererti)

Latihan 1.1A soalan 2

Bundarkan setiap nombor yang berikut betul kepada bilangan angka bererti seperti yang diberikan di dalam
kurungan.

(a) 0.025 [1] → 0.03


(b) 0.1345 [1] → 0.1
(c) 0.00183 [1] → 0.002
(d) 0.000963 [2] → 0.00096
(e) 0.01047 [2] → 0.010
(f) 0.1998 [2] → 0.20
(g) 0.40063 [3] → 0.401
(h) 0.01352 [3] → 0.0135
(i) 0.009995 [3] → 0.0100
Matematik Tingkatan 4
Bab 1 : Bentuk Piawai : Angka Bererti

3. Latihan Pengukuhan

Latihan 1.1A soalan 3

Bundarkan setiap nombor yang berikut betul kepada


(i) 1 angka bererti,
(ii) 2 angka bererti,
(iii) 3 angka bererti.

(a) 82493 → (i) 80000 (ii) 82000 (iii) 82500


(b) 72.09 → (i) 70 (ii) 72 (iii) 72.1
(c) 0.01593 → (i) 0.02 (ii) 0.016 (iii) 0.0159
(d) 0.5499 → (i) 0.5 (ii) 0.55 (iii) 0.550
(e) 0.007892 → (i) 0.008 (ii) 0.0079 (iii) 00789
(f) 799.8 → (i) 800 (ii) 800 (iii) 800
(g) 9050 → (i) 9000 (ii) 9100 (iii) 9050
(h) 13.956 → (i) 10 (ii) 14 (iii) 14.0
(i) 0.9975 → (i) 1 (ii) 1.0 (iii) 0.998

Hasil Pembelajaran 2 :

Melaksanakan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan beberapa nombor and menyatakan jawapan
dalam bilangan angka bererti yang tertentu.

A. Tunjukcara

Hitung nilai bagi setiap yang berikut dan berikan jawapan betul kepada bilangan angka bererti seperti yang
diberikan di dalam kurungan.

(a) 4.2 – 1.746 + 0.93 [2]


= 2.454 + 0.93
= 3.384
= 3.4 (betul kepada 2 angka bererti)

0.453 × 48
(b) [2]
800
21.744
=
800
= 0.02718
= 0.272 (betul kepada 3 angka bererti)
Matematik Tingkatan 4
Bab 1 : Bentuk Piawai : Angka Bererti

B. Latihan 1.1B
Selesaikan setiap yang berikut dan berikan jawapan anda betul kepada biLangan angka bererti seperti yang
diberikan di dalam kurungan.
1. 94.16 − 27.142 [2] 6. 14.115 − 0.92 × 5.4 [2]
= 67.018 = 14.115 − 0.472
= 67 = 14.115 − 4.968
2. 6.142 − 0.118 × 4 [1] = 9.147
= 6.142 − 0.472 = 9.1
= 5.67 1
7. (1.482 − 0.17) [2]
4
= 6
1
3. 4.162 − 3.575 + 1.41 [3] = (1.312)
4
= 1.997 = 0.328
= 2.00 = 0.33
4.185 − 3.95 8. 0.492 × 6 − 1.998 [2]
4. [3]
8
= 2.952 − 1.998
0.235
= = 0.954
8
= 0.029375 = 0.95
= 0.0294 4.11 − 3.94
9. [2]
0.0157 + 1.19
5. (15.16 + 2.14) × 0.6 [3]
0.17
= 17.3 × 0.6 =
1.2057
= 10.38 = 0.140997
= 10.4 = 0.141

Hasil Pembelajaran 3 :

Menyelesaikan masalah yang melbatkan angka bererti.

A. TunjukCara
Soalan
Puan Norashikin menyimpan RM6500 dalam akaun simpanannya dan RM12800 dalam akaun simpanan
tetap. Bank menawarkan faedah mudah sebanyak 1.5% setahun bagi akaun simpanan dan 3.2% setahun
bagi akaun simpanan tetap. Hiting jumlah simpanannya selepas setahun, betul kepada 2 angka bererti.
Penyelesaiannya
Selepas setahun,
Matematik Tingkatan 4
Bab 1 : Bentuk Piawai : Angka Bererti

1.5
Faedah mudah bagi akaun simpanan = 100 × RM6500 = RM97.50
3.2
Faedah mudah bagi akaun simpanan tetap = × RM12800 = RM409.60
100

Jumlah faedah = RM97.50 + RM409.60 = RM507.10


Jumlah simpanannya selepas setahun
= RM507.10 + RM6500 + RM12800 = RM19807.10
= RM20000 (betul kepada 2 angka bererti)

B. Latihan 1.1C

1. Rajah di sebelah menunjukkan sebuah segitiga bersudut tegak. Cari panjang AC, betul kepada 3 angka
bererti.
A
Penyelesaian
(𝐴𝐶)2 = (𝐴𝐵)2 + (𝐵𝐶)2
(𝐴𝐶)2 = (5.8)2 + (4.2)2
(𝐴𝐶)2 = 33.64 + 17.64
5.8 cm
= 51.28
= 7.161
= 7.16 (betul kepada 3 angka bererti)
Jawapan: Panjang AC ialah 7.16 cm. B C
4.2 cm

2. Kelajuan cahaya ialah 299 800 000 m s-1. Jarak bulan dari bumi ialah 384 000 000 m. Cari masa, dalam
saat, untuk satu sinaran cahaya bergerak dari bumi ke bulan, betul kepada 2 angka bererti.

Penyelesaian
Kelajuan cahaya = 299 800 000 m s-1
Jarak bulan dari bumi = 384 000 000 m
Masa untuk satu sinaran cahaya bergerak dari bumi ke bulan
Jarak bulan dari bumi
=
Kelajuan cahaya
384 000 000
=
299 800 000
= 1.280854
= 1.3 (betul kepada 2 angka bererti)
Jawapan: Masa, dalam saat, untuk satu sinaran cahaya bergerak dari bumi ke bulan ialah 1.3 saat.
Matematik Tingkatan 4
Bab 1 : Bentuk Piawai : Angka Bererti

3. Cik Leela membeli empat bungkus bawang yang masing-masing mempunyai jisim 0.998 kg, 1.044 kg,
0.974 kg dan 1.058 kg. Cari jisim purata bagi sebungkus bawang, betul kepada 3 angka bererti.

Penyelesaian
Jisim untuk empat bungkus bawang
= (0.998 + 1.044 + 0.974 + 1.058
= 4.074 kg
Jisim purata bagi sebungkus bawang
= 1.0185 kg
= 1.02 kg (betul kepada 3 angka bererti)

Jawapan: Jisim purata bagi sebungkus bawang ialah 1.02 kg.

4. Seorang hartawan meninggalkan harta pusaka yang bernilai RM1.2 juta. Dalam wasiat beliau, RM500000
diberikan kepada isterinya dan baki wang dibahagikan sama rata antara 6 orang anaknya. Hitung jumlah
wang diterima oleh setiap orang anaknya, betul kepada 3 angka bererti.

Penyelesaian
Nilai harta pusaka = RM1.2 juta
Jumlah wang diterima oleh 6 orang anaknya
= 1 200 000 − 500 000
= RM700 000
Jumlah wang diterima oleh setiap orang anaknya
700000
=
6
= RM116 666.7

= RM117 000 (betul kepada 3 angka bererti)


Jawapan: Jumlah wang diterima oleh setiap orang anaknya ialah RM117 000

5. Supandi mengisi keretanya dengan 11.5 liter petrol pada harga RM1.90 seliter. Dia juga membeli dua
botol air bateri yang berharga RM2.50 sebotol. Hitung jumlah wang yang dibelanja oleh Supandi di
stesen minyak, betul kepada 2 angka bererti.

Penyelesaian
Jumlah wang yang dibelanja ke atas petrol
= RM1.90 × 11.5
= RM21.85
Jumlah wang yang dibelanja ke atas air bateri
= RM2.50 × 2
= RM5.00
Matematik Tingkatan 4
Bab 1 : Bentuk Piawai : Angka Bererti

Jumlah wang yang dibelanja oleh Supandi


= RM21.85 + RM5.00
= RM26.85
= RM27 (betul kepada 2 angka bererti)

Jawapan: Jumlah wang yang dibelanja oleh Supandi sebanyak RM27

6. Encik Kamaruddin membeli sebidang tanah yang berharga RM14.50 setiap meter persegi. Jika dia
membayar RM455 000 untuk tanah tersebut, cari luas tanah itu dalam hektar, betul kepada 3 angka
bererti. (1 hektar = 10 000 m2 )

Penyelesaian
Bayaran untuk tanah
= RM455 000
Harga setiap meter persegi tanah
= RM14.50
Luas tanah dalam meter persegi
= 455 000 ÷ 15.50
= 31379.31 𝑚2
Luas tanah dalam hektar
= 31379.31 ÷ 10000
= 3.137931
= 3.14 (betul kepada 3 angka bererti)
Jawapan: Luas tanah itu dalam hektar ialah 3.14 hektar.

You might also like