You are on page 1of 57

PANDUAN PELAKSANAAN

SISTEM PERSEKITARAN BERKUALITI


(QE:5S)

SISIH SUSUN SAPU SERAGAM SENTIASA AMAL

MASJID SEBAGAI PUSAT TRANSFORMASI UMMAH


PANDUAN PELAKSANAAN
SISTEM PERSEKITARAN
BERKUALITI (QE:5S)

MASJID SEBAGAI PUSAT TRANSFORMASI UMMAH

2
PANDUAN PELAKSANAAN
SISTEM PERSEKITARAN
BERKUALITI (QE:5S)

MASJID SEBAGAI PUSAT TRANSFORMASI UMMAH

Edisi Pertama – 2018

Hak Cipta Terpelihara. Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menggunakan mana-mana maklumat
daripada e-panduan ini perlu mendapatkan izin bertulis daripada penerbit.

Diterbitkan oleh:
PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA
PEJABAT WILAYAH UTARA
Beg Berkunci 206, Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Tel: +604-575 4709 Faks: +604-575 4410
Emel: nro@mpc.gov.my

3
PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA
Sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

VISI
Organisasi utama dalam meningkatkan
produktiviti untuk inovasi dan daya saing global.

MISI
Memberi perkhidmatan berkesan untuk mencapai
prestasi cemerlang melalui inovasi ke arah meningkat taraf hidup.

OBJEKTIF
▪ Menyediakan maklumat mengenai produktiviti, kualiti, daya saing dan
amalan-amalan terbaik melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan
pangkalan data;

▪ Membangunkan modal insan dan kecemerlangan organisasi bagi


membentuk masyarakat berasaskan pengetahuan menerusi latihan,
pembangunan sistem dan amalan-amalan terbaik;

▪ Menjalankan kajian semula peraturan dan promosi Amalan Baik


Peraturan untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih
kompetitif; dan

▪ Memupuk budaya kreatif dan inovatif demi Produktiviti & Daya Saing
menerusi program jalinan kerjasama.

Transformasi • Inovasi • Perkongsian

4
PERUTUSAN KETUA PENGARAH MPC

Cabaran membina negara yang berdaya saing secara global memerlukan perubahan
perspektif budaya kerja di dalam sesebuah organisasi kepada kerja yang cemerlang
dengan mengamalkan amalan yang terbaik. Salah satu alat untuk mancapai
kecemerlangan organisasi ialah melalui Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti
(QE:5S).

Teknik ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada penambahbaikan


kecekapan dalaman, keberkesanan operasi dan mewujudkan sistem penyampaian
yang tepat bagi memuaskan hati pelanggan. Untuk mencapai tujuan ini, organisasi
perlu menerapkan aktiviti QE:5S ke dalam fungsi sesebuah organisasi sebagai
budaya kerja berkualiti.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah sebuah organisasi yang telah


mempelopori dan menyebarkan amalan terbaik QE:5S. MPC telah menjadikan
penambahbaikan yang berterusan dalam aktiviti QE:5S sebagai salah satu
pendekatan kepada operasi pengurusan yang berkesan.

Saya percaya e-panduan ini akan menjadi rujukan kepada pelaksanaan QE:5S dan
memberi manfaat kepada organisasi seperti pengurusan Masjid untuk
mempertingkatkan penambahbaikan agar menjadikan Masjid bukan hanya tempat
ibadah tetapi merupakan pusat kegiatan masyarakat dari aspek pendidikan,
kemasyarakatan dan kebajikan.

Dato’ Mohd Razali Hussain


Ketua Pengarah
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

5
TUJUAN E-PANDUAN

E-panduan Pelaksanaan Sistem Persekitaran Berkualiti (QE:5S) bagi Masjid ini


bertujuan untuk menerangkan konsep Persekitaran Berkualiti dalam format yang
mudah difahami supaya boleh menjadi rujukan kepada semua.

Ia adalah mengenai pemindahan pengetahuan untuk memudahkan proses


pembelajaran berterusan dengan memberikan garis panduan yang praktikal beserta
contoh-contoh amalan terbaik daripada Masjid contoh yang telah berjaya
melaksanakan Sistem QE:5S.

E-panduan ini dapat memberikan maklumat yang mencukupi tentang bagaimana


sesebuah institusi Masjid perlu menggabungkan setiap ‘S’ ke dalam fungsi operasi
masjid sebagai pusat transformasi ummah disamping untuk mendapatkan
penambahbaikan yang berterusan.

Akhirnya, cara yang paling berkesan untuk menggunakan panduan ini adalah dengan
membaca dan mengadakan sesi perbincangan secara berkumpulan dengan
bimbingan fasilitator Persekitaran Berkualiti.

6
ISI KANDUNGAN
Visi, Misi Dan Objektif MPC 4
Perutusan Ketua Pengarah MPC 5
Tujuan E-Panduan 6

1.0 Memahami Persekitaran Berkualiti 9


1.1 Pengenalan 9
1.2 Kenapa Perlu? 9
1.3 Pemahaman Yang Salah 12
1.4 Faedah Pelaksanaan 12
1.5 Kunci Kejayaan 13

2.0 Model Pembangunan Pelaksanaan Sistem QE:5S 14


2.1 Fasa 1: Perancangan 16
• Langkah 1: Pembentukan Jawatankuasa (JK) Pelaksana
Sistem QE:5S 16
• Langkah 2: Memulakan Zon QE:5S 20
• Langkah 3: Latihan QE:5S 21
• Langkah 4: Pengishtiharan/Pelancaran QE:5S 22
• Contoh-contoh Persediaan Persekitaran Berkualiti 23

3.0 Fasa 2: Langkah Pelaksanaan QE:5S 25


3.1 Sisih 25
3.2 Susun 30
3.3 Sapu 33
3.4 Seragam 36
3.5 Sentiasa Amal 40

7
4.0 Fasa 3: Penilaian Kendiri QE:5S 43
• Objektif 43
• Garis Panduan Penilaian Kendiri Persekitaran Berkualiti 43
• Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti 43
• Contoh Kriteria Audit Dalaman 5S Masjid 44
• Contoh Borang Ringkasan Audit 5S 46
• Contoh Pelekat Penambahbaikan & Kecemerlangan Audit 47
• Persijilan Persekitaran Berkualiti Oleh MPC 49

5.0 Fasa 4: Tindakan Penambahbaikan 51


• Keutamaan Indeks Prestasi Utama (KPI) 51
• Pentingnya KPI 51
• Penyesuaian KPI 52

Rumusan 53

Ujian Pantas Penilaian Kendiri Persekitaran Berkualiti 54

Penghargaan 56

8
1.0 MEMAHAMI PERSEKITARAN BERKUALITI

Persekitaran Berkualiti berupaya untuk meningkatkan motivasi pekerja. Ia


juga dapat menjadikan tempat ibadah yang bersih, susunan peralatan,
fail, perkakas, mesin dan sebagainya secara sistematik. Persekitaran
Berkualiti boleh dicapai melalui Sistem QE:5S yang memberi penekanan
kepada kaedah pengurusan visual.

Pengurusan visual akan memudahkan pengurusan di masjid


menggunakan pendekatan yang berasal dari Jepun sebagai asas iaitu
Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan
Shitsuke (Sentiasa Amal). (Gambarajah 1)

Perkataan-perkataan ini secara umumnya melambangkan kebersihan


penyusunan dan piawaian. Gambarajah 2 menunjukan penerangan bagi
setiap lima (5) ‘S’ tersebut.

1.1 PENGENALAN

Kemampuan pengurusan Sistem QE:5S dalam meningkatkan produktiviti,


kualiti dan inovasi semakin diakui dan diiktiraf. Oleh itu pendekatan
amalan QE:5S akan dapat menjadikan sesebuah masjid lebih teratur
melalui proses sistematik yang berterusan untuk:

i. Meningkatkan semangat kerja berpasukan;


ii. Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran,
iii. Membaiki keberkesanan operasi melalui persekitaran kerja
berkualiti; dan
iv. Melaksanakan program produktiviti dan kualiti yang bersesuaian.

1.2 KENAPA PERLU?

i. Konsep QE:5S mudah difahami menerusi istilah-istilah yang


digunakan;
ii. Amalan adalah mudah dan logik serta merupakan tabiat semula jadi
manusia; dan
iii. Boleh dilaksanakan di masjid dan surau tanpa mengira saiz.

9
10
Gambarajah 2 : Penerangan Mengenai Persekitaran Berkualiti

Transformasi • Inovasi • Perkongsian

11
1.3 PEMAHAMAN YANG SALAH

Salah faham mengenai Sistem QE:5S kerana beranggapan:

i. Sebagai latihan pengemasan;


ii. Untuk menyalahkan orang lain sekiranya berlaku sebarang
kecacatan;
iii. Untuk memaksa orang bekerja;
iv. Untuk membuat orang bekerja dengan kuat dan pantas; dan
v. Hanya dibuat pada bulan atau tahun tertentu (bermusim) sebagai
contoh dilaksanakan dalam Bulan Kualiti sahaja.

1.4 FAEDAH PELAKSANAAN

i. Meningkatkan kecemerlangan budaya kerja kariah masjid dengan


penerapan sistem QE/5S melalui disiplin diri yang tinggi.
ii. Meningkatkan imej masjid bukan sahaja tempat beribadat tetapi
sebagai pusat kegiatan masyarakat dalam aspek pendidikan,
kemasyarakatan dan kebajikan.
iii. Meningkatkan tahap kerja berpasukan dan budaya
penambahbaikan secara berterusan dalam mendidik kariah dan
komuniti setempat untuk mengamalkan budaya kualiti.

12
1.5 KUNCI KEJAYAAN

Komitmen, kerjasama dan penglibatan semua pihak dengan sokongan


kuat daripada pengurusan tertinggi merupakan kunci utama kejayaan
amalan QE:5S. Pada dasarnya, inisiatif-inisiatif berikut hendaklah
dilakukan bagi memastikan kejayaan sistem tersebut:

Latihan Promosi
Latihan mencukupi untuk Program kesedaran untuk semua
kakitangan masjid (pemudah cara, kakitangan.
ketua kumpulan dan koordinator).
Lawatan ke organisasi yang Promosi atau kempen
berjaya melaksankan QE:5S. Persekitaran Berkualiti
Pembentukan satu pelan Amalan pengukuran impak
perlaksanaan atau halatuju pelaksanaan dan sistem ganjaran.
(roadmap) dengan berpandukan
kitaran PDCA.
PDCA adalah Plan, Do, Check & Action. (Kitaran Deming)

Kesan pelaksanaan di masjid:

i. Persekitaran masjid menjadi lebih bersih dan teratur.


ii. Kawasan masjid manjadi lebih selamat.
iii. Pencapaian visual menjana idea yang lebih kreatif.
iv. Mengurangkan masa pencarian.
v. Aliran operasi kerja yang cekap.
vi. Sebarang masalah dapat dikesan dengan cepat.
vii. Mengurangkan kecacatan pada perkhidmatan.
viii. Kaedah-kaedah dan piawaian yang jelas.
ix. Mengurangkan masa pengurusan inventori/stor di masjid.
x. Memaksimumkan penggunaan ruang di masjid.
xi. Mengurangkan rungutan pelanggan.
xii. Mendisiplinkan ahli kariah dan jemaah.

13
2.0 MODEL PEMBANGUNAN PELAKSANAAN SISTEM QE:5S

Model yang dinyatakan dalam panduan ini merupakan satu kaedah


bersistematik dan dapat dilaksanakan oleh institusi keagamaan seprti
masjid dan surau. Ia berpandukan kitaran PDCA yang menjadi rangka
kerja untuk membentuk:

i. Fasa-fasa pelaksanaan.
ii. Asas kukuh untuk penambahbaikan.
iii. Ruang untuk penandaarasan dengan amalan terbaik.
iv. Untuk menjadikan pekerja bekerja dengan cekap dan pantas.
v. Penetapan Indeks Prestasi Utama atau KPI.

Gambarajah 3 menunjukan Model Pembangunan Pelaksanaan Sistem


Persekitaran Berkualiti.

MODEL PELAKSANAAN MEMPUNYAI 4 FASA

Fasa1 : RANCANG - Persediaan untuk pelaksanaan

Fasa 2 : LAKSANA - Pelaksanaan Amalan Persekitaran

Berkualiti

Fasa 3 : PERIKSA - Penilaian Dalaman & Audit Pensijilan


& NILAI

Fasa 4 : TINDAKAN - Penambahbaikan Berterusan

Fasa 1 dan 2 adalah penggerak manakala fasa 3 dan 4 adalah hasil yang
dicapai. Semakan pengurusan dan penilaian di akhir kitaran adalah perlu
untuk mencari peluang-peluang penambahbaikan.

14
Gambarajah 3 : Model Pembangunan Pelaksanaan Sistem Persekitaran Berkualiti

15
2.1 FASA 1: PERANCANGAN

LANGKAH 1 : PEMBENTUKAN JAWATANKUASA (JK) PELAKSANA


SISTEM QE:5S

Objektif:

Untuk mendapatkan kerjasama dan komitmen daripada semua


kakitangan masjid dan untuk membentuk budaya penambahbaikan
berterusan serta semangat kerja berpasukan.

JK PELAKSANA SISTEM QE:5S

Gambarajah 4 : JK Pelaksana Sistem QE:5S

JK ini dianggotai oleh:

i. Pengerusi Masjid sebagai Penasihat


ii. Imam Utama/Imam sebagai Pengerusi
iii. Penyelaras/Wakil Pengurusan (MR)
iv. Ketua-ketua Bahagian/Unit
v. Pengerusi JK Latihan Amalan Persekitaran Berkualiti
vi. Pengerusi JK Promosi Amalan Persekitaran Berkualiti
vii. Pengerusi JK Audit Amalan Persekitaran Berkualiti

16
JK Pelaksana Sistem QE:5S bertanggungjawab untuk menyediakan satu
pelan pelaksanaan menggunakan carta perbatuan dan menjalankan
pemantauan bagi memastikan setiap aktiviti dilaksanakan mengikut
jadual.

Carta perbatuan perlu disampaikan kepada semua ahli jawatankuasa dan


ahli kariah. Setiap ahli jawatankuasa dan ahli kariah perlu mengetahui
tanggungjawab dan menjayakannya. Adalah menjadi tugas pengerusi
untuk menentukan dan memberikan dorongan kepada setiap pihak yang
dipertanggungjawabkan dengan melantik:

i. Penyelaras/MR
ii. Fasilitator
iii. Ketua JK
iv. Ketua untuk setiap zon

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Penasihat QE:5S:

• Memberi pandangan dan nasihat mengenai pelaksanaan program-


program Persekitaran Berkualiti.

JK Pelaksana QE:5S:

• Merangka Pelan Pelaksanaan, Polisi dan Objektif QE:5S.


• Memastikan penyertaan semua pihak.
• Menyokong semua aktiviti dalam pelaksanaan Sistem QE:5S.
• Menentukan akauntabiliti pada setiap pihak yang
dipertanggungjawabkan.

Penyelaras/MR QE:5S:

• Memastikan aktiviti yang diperlukan bagi Sistem QE:5S diwujudkan,


dilaksana dan dipantau.
• Melaporkan prestasi dan keperluan untuk peningkatan Sistem QE:5S
kepada pihak pengurusan.
• Memastikan peningkatan kesedaran terhadap keperluan Sistem
QE:5S pada keseluruhan organisasi.

17
Nota: Penyelaras boleh melantik wakil-wakil bahagian, kawasan (zon)
yang terlibat bagi membantu pelaksanaan aktiviti keperluan Sistem
QE:5S. Laporan daripada setiap wakil yang dilantik hendaklah
direkodkan.

JK Latihan QE:5S:

• Menyedia pelan latihan bagi memupuk kefahaman konsep dan amalan


persekitaran berkualiti kepada semua ahli jawatankuasa dalam masjid
untuk tempoh 6 hingga 12 bulan.
• Mengenal pasti jenis latihan dan memperuntukkan bajet yang
diperlukan dari masa ke semasa bagi menjalankan aktiviti QE:5S serta
amalan peningkatan kualiti yang lain (keperluan latihan yang
diperlukan boleh dirujuk kepada hasil keputusan audit aktiviti amalan
persekitaran berkualiti)
• Latihan dijalankan oleh JK atau fasilitator yang telah menghadiri latihan
dalam bidang persekitaran berkualiti.
• Memastikan setiap ahli jawatankuasa diberi peluang untuk menghadiri
latihan/ceramah/taklimat.

JK Promosi QE:5S:

• Menyedia pelan pelaksanaan aktiviti promosi QE:5S untuk tempoh 6


hingga 12 bulan.
• Memastikan pelaksanaan pelan promosi ke arah membina kesedaran
amalan persekitaran berkualiti kepada semua ahli jawatankuasa.
• Menganalisa keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan.
• Merancang dan memperuntukkan bajet bagi memastikan aktiviti
promosi dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.
• Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran amalan
persekitaran berkualiti di kalangan warga kerja kepada JK Pelaksana.
• Mencadangkan dan memberi ganjaran atau pengiktirafan kepada
individu/kumpulan yang turut serta atau memenangi pertandingan
yang dianjurkan.

18
JK Audit QE:5S:

• Menyedia kriteria audit yang bersesuaian dan mendapatkan


maklumbalas daripada ketua bahagian/unit dan fasilitator.
• Membantu dalam mengekalkan aktiviti QE:5S melalui Audit Dalaman.
• Melantik Juruaudit Dalaman QE:5S.
• Menentukan kekerapan aktiviti audit sepanjang tahun. Pada peringkat
awal audit perlu dilaksanakan dengan lebih kerap.
• Menentukan bilangan pelekat atau “sticker” Sisih, Susun, Sapu dan
Cemerlang yang perlu diberikan.
• Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit kepada JK
Pelaksana, setiap JK dan Zon.
• Menyemak kriteria audit dari masa ke semasa mengikut keperluan.
• Membina garis panduan untuk mengukur impak pelaksanaan audit dan
Amalan Persekitaran Berkualiti.

Ketua Zon QE:5S:

• Ambil bahagian dalam proses pelaksanaan kerja berkumpulan.


• Memimpin ke arah pelaksanaan.
• Mengawasi perkembangan kerja berkumpulan.
• Memantau sistem pengukuran impak pelaksanaan QE:5S.

Ahli Jawatankuasa/Ahli Kariah:

• Memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam kerja berkumpulan.


• Mengikut pelan pelaksanaan.
• Mengamalkan Sistem QE:5S pada setiap masa.

19
LANGKAH 2 : MEMULAKAN ZON QE:5S

Objektif:

Bagi mewujudkan semangat kerjasama berpasukan dan rasa


bertanggungjawab, Penyelaras QE:5S akan membuat pembahagian zon
dan menentukan tanggungjawab yang ditunjukkan di Gambarajah 5 dan
membuat pengagihan tugasan.

Gambarajah 5: Contoh Pelan Layout Zon QE:5S

Aktiviti ini akan melibatkan:

i. Mendapatkan susun atur kawasan tempat kerja dan membahagikan


setiap kawasan kepada zon-zon yang lebih kecil.
ii. Menentukan bilangan peserta dalam satu kumpulan dan
mempamerkan nama serta foto peserta di Sudut QE:5S.
iii. Memastikan setiap kumpulan mempunyai ketua yang dilantik.
iv. Menentukan tanggungjawab bagi setiap kawasan yang dikongsi.

Fungsi Penyelaras/Fasilitator/Ketua Zon QE:5S adalah penting untuk


menentukan kejayaan pelaksanaan Sistem QE:5S.

20
Sudut QE:5S hendaklah diletakan dikawasan yang strategik, sentiasa
dikemaskini dan mempunyai maklumat berikut:

i. Polisi dan Objektif QE:5S


ii. Carta Organisasi QE:5S
iii. Carta Perbatuan QE:5S
iv. Pelan Layout Keseluruhan
v. Ringkasan Aktiviti setiap JK (Latihan, Promosi dan Audit)
vi. Ringkasan Aktiviti Zon (Rekod Peningkatan, dan Gambar Sebelum
Selepas)

LANGKAH 3 : LATIHAN QE:5S

Objektif:

Untuk menyediakan tenaga kerja yang kompiten bagi pelaksanaan


Sistem QE:5S yang berkesan.

Garis Panduan untuk menjalankan Latihan QE:5S

Latihan merupakan langkah permulaan. Apabila latihan telah


dilaksanakan, semua pihak sudah mempunyai pengetahuan asas dan
bersedia untuk melaksanakan Sistem QE:5S.

Latihan perlu merangkumi perkara berikut:

i. Kesedaran tentang kepentingan Sistem QE:5S di peringkat


pengurusan tertinggi.
ii. Kesedaran tentang QE:5S terhadap setiap kakitangan dan pekerja
kontrak.
iii. Langkah-langkah pelaksanaan QE:5S kepada Fasilitator, JK, Ketua
Kumpulan dan Penyelaras.
iv. Kursus Audit Dalaman kepada juruaudit yang dilantik.

21
LANGKAH 4 : PENGISYTIHARAN/PELANCARAN QE:5S

Objektif:

Bagi mempromosikan Pelan Pelaksanaan QE:5S dan mendapat


persetujuan daripada semua ahli jawatankuasa dan ahli kariah.

Garis Panduan untuk Pelancaran QE:5S

Pada peringkat ini, pengurusan telah pun mengesahkan pelan


pelaksanaan sasaran, polisi, objektif dan matlamat QE:5S. Tugas
berikutnya ialah untuk:

• Mengumumkan dan menyebarkan Polisi, Objektif dan Matlamat


QE:5S.
• Zon-zon QE:5S
• Slogan/Logo QE:5S
• Mengedarkan bahan/risalah promosi

Pelaksanaan QE:5S hendaklah dibuat sebaik sahaja berakhirnya upacara


pengumuman/pelancaran.

Adalah menjadi tanggungjawab JK Promosi untuk membuat persediaan


majlis pelancaran seperti gotong-royong dan sebagainya.

22
CONTOH POLISI QE:5S

Kami warga Masjid Negeri Sentiasa Mengutamakan Amalan Persekitaran


Berkualiti (QE) sebagai Budaya Kerja Serta Mewujudkan Persekitaran
Bersih, Selesa, Selamat Dan Kondusif Ke arah Kecemerlangan Masjid
Dan Ummah.

CONTOH OBJEKTIF QE:5S

1. Menjadikan Masjid Negeri sebagai mercu tanda institusi keagamaan


terulung di Negeri Pulau Pinang bagi melahirkan modal insan yang
berkualiti dalam pembangunan Ummah.

2. Meningkatkan kecemerlangan budaya kerja dikalangan kakitangan


Masjid Negeri melalui penerapan amalan persekitaran berkualiti.

3. Meningkatkan imej Masjid Negeri sebagai Pusat Perkembangan


Ummah seperti pusat kegiatan masyarakat dari aspek pendidikan,
kemasyarakatan dan kebajikan.

CONTOH MATLAMAT QE:5S

Mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah Masjid yang


melaksanakan Sistem QE:5S dan sebagai Masjid Madani di Pulau
Pinang.

CONTOH LOGO QE:5S

23
CONTOH BAHAN PROMOSI QE:5S

24
3.0 FASA 2: LANGKAH PELAKSANAAN QE:5S
3.1 SISIH

Bagi menyisih barangan yang tidak perlu dan mengenal pasti apa yang
diperlukan.

Huraian

Sisih memfokuskan kepada penyisihan barangan yang tidak digunakan


atau tidak diperlukan lagi ditempat kerja.

Garis Panduan:

Ia adalah langkah-langkah untuk menentukan:

i. Apa yang diperlukan.


ii. Kuantiti yang diperlukan.
iii. Bila ianya diperlukan.
iv. Apa yang perlu dibuat dengan barang-barang kecil.

Untuk melaksanakan Sisih, proses ‘Red-Tag’ selalu digunakan. Strategi


Red-Tag dapat membantu di dalam proses mengenal pasti barangan
yang tidak diperlukan dan tahap keperluan sesuatu barang. Terdapat
enam (6) langkah yang perlu dipatuhi bagi memastikan proses Red-Tag
dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Langkah 1: Pelancaran Projek Red-Tag

Dilaksanakan oleh JK Pelaksana QE:5S dengan mewujudkan kawasan


simpanan dan merangka cara-cara pelupusan bagi barangan yang tidak
diperlukan dengan menggunakan Borang Red-Tag.

25
Contoh Borang Red-Tag
BORANG PELEKAT MERAH

Bahagian: Seksyen:

Lokasi: DiTag oleh (Nama):

Klasifikasi:
(Sila Tanda)
1. Peralatan dan perabot pejabat 5. Minyak terpakai/buangan berjadual

2. Bahan mentah dan guna habis 6. Barangan Elektrik & Industri

3. Produk siap 7. Barangan mekanikal

4. Skrap 8. Lain-lain :

Huraian perkara:

Pengenalpastian Kuantiti : Anggaran:


Jumlah: (No. pcs/kg (RM)

Alasan (Sila tanda) Tindakan (Sila tanda)

1. Tidak perlu 1. Buang

2. Cacat 2. Pulang kepada penjual

3. Tarikh luput 3. Pengasingan

4. Berlebihan 4. Baiki

5..Skrap 5. Jual

6. Lain-lain 6. Lain-lain

Ulasan: Tarikh tindakan

Dicadangkan oleh: Disahkan oleh:

……………………………………………………………… …………………………………………………………………………….
Nama: Tarikh: Nama Penyelaras:
Tarikh:

Diluluskan oleh (Ketua Organisasi): Komen Tambahan oleh Ketua Organisasi

………………………………………………………………
Nama: Tarikh:

Nota: Borang perlu dicetak di atas kertas bewarna Merah.

26
Langkah 2: Mengenalpasti Sasaran Red-Tag

Menentukan jenis barangan dan kawasan-kawasan kerja yang perlu


dinilai.

Langkah 3: Menentukan Kriteria Red-Tag

Tiga soalan bagi menentukan keperluan sesuatu barangan.

i. Adakah ianya berguna?


ii. Kekerapan penggunaan?
iii. Kuantiti penggunaan?

Langkah 4: Melekatkan Red-Tag

Kerja-kerja melekatkan tag ini perlu dilakukan dengan cepat dan


muktamad. Skop sasaran adalah untuk diselesaikan sebelum Majlis
Pelancaran QE:5S.

Langkah 5: Penentuan Barangan yang di Red-Tag

Tentukan mana yang perlu dibuang dan tindakan yang perlu diambil
seperti dalam Gambarajah 6.

Gambarajah 6: Pelan Tindakan Sisih


BARANG YANG
TINDAKAN
TIDAK DIPERLUKAN

Barang yang tiada nilai dan


Buang dengan segera
mudah untuk dibuang

Barang yang boleh dijual Cari pembeli yang


(kebenaran pengurusan) menawarkan harga tinggi

Barang yang tiada nilai Cari cara merendahkan kos


tetapi kos pelupusan tinggi dan selamat

27
Langkah 6: Dokumentasikan hasil Red-Tag

Semua perkara yang dilakukan perlu dilaporkan sebagai salah satu


prosedur perakaunan. Oleh yang demikian, organisasi dapat mengukur
sebarang penambahbaikan dan penjimatan sepanjang proses ini
dilaksanakan.

Selepas tindakan seperti di Gambarajah 6, kerja-kerja yang tidak produktif


dapat dikurangkan, komunikasi di antara pekerja menjadi lebih baik dan
produktiviti organisasi dapat ditingkatkan.

Kata kunci dalam aktiviti ini adalah “melupuskan barang yang tidak
diperlukan”. Sisih merupakan satu teknik yang terbaik untuk mengubah
persekitaran tempat kerja supaya menjadi lebih efektif untuk
meningkatkan kecekapan dan keselamatan.

Jangkaan Impak:

i. Mengenal pasti barangan yang perlu dan menyusunnya di tempat


yang betul.
ii. Barangan yang tidak perlu dilupuskan.
iii. Menjimatkan masa pencarian barangan.
iv. Penambahbaikan suasana tempat kerja.
v. Penggunaan kawasan yang maksimum.

28
Gambar Aktiviti Sisih

29
3.2 SUSUN

Mengenal pasti barang dan kaedah penyusunan.

Huraian

‘Satu tempat untuk semua barang dan semua barang berada


ditempatnya yang betul’. Aspek keselamatan, kecekapan dan
keberkesanan cara penyimpanan dapat menambahbaik keadaan tempat
kerja.

Garis Panduan:

Apabila aktiviti Sisih dilaksanakan dengan jayanya, tindakan seterusnya


adalah untuk memastikan barangan perlu disusun dengan kemas dan
teratur agar ianya mudah diambil dan disimpan kembali ditempatnya
seperti yang digambarkan dalam Gambarajah 7.

Gambarajah 7: Pelan Tindakan Susun

BARANG PERLU TINDAKAN

Bahan/Fail selalu Mesti diletakkan dekat di


digunakan kawasan kerja yang utama

Bahan/Fail kadang-kala Boleh ditempatkan jauh


digunakan sedikit

Bahan/Fail tidak digunakan Mesti disimpan dalam setor


langsung tetapi mesti dengan pengenalan yang
disimpan jelas

Proses dalam Gambarajah 7 di atas, dapat mengurangkan masa


pencarian dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran kerana semua
barang telah disusun secara sistematik.

30
Antara aktiviti Susun adalah:

i. Membuat tanda yang jelas agar sebarang kesilapan dalam menyusun


barangan dapat dikesan dari jauh.
ii. Memberikan nama atau nombor berturutan pada setiap barangan dan
peralatan.
iii. Menyusun alatan yang berkaitan dengan mesin mengikut prosedur
operasi kerja.
iv. Menyusun fail dan menyimpannya mengikut kod warna agar ianya
mudah dikenal sekali imbas/pandang.
v. Simpan barangan yang mempunyai fungsi dan reka bentuk yang
serupa bersama.
vi. Simpan barangan yang berlainan di tempat yang berasingan.
vii. Gunakan tempat/bakul kecil untuk menyimpan barangan yang kecil.
viii. Gunakan warna untuk memudahkan pengenalan barang.
ix. Label setiap barangan dan tempat penyimpanan (Kawalan Visual).
x. Gunakan bekas yang lutsinar bagi memudahkan pencarian.
xi. Gunakan troli yang direka khas untuk menyusun peralatan,
kelengkapan dan alat mengikut jenis mesin.
xii. Wujudkan papan peralatan (tool boards).

Kata kunci dalam aktiviti ini adalah tempat untuk semua dan semua ada
ditempatnya. Label dan indeks adalah perlu bagi memudahkan proses
pencarian barangan sekiranya PIC tiada ditempat kerja. Faedahnya dapat
dilihat melalui masa pencarian yang dapat dijimatkan. Dengan adanya
peraturan ini, maka tidak akan berlakunya pembaziran tenaga manusia
atau masalah inventori berlebihan ataupun hilang.

Masa Pencarian (Maksimum)


Fail/Dokumen = 30 saat
Barangan di stor = 60 saat

31
Jangkaan Impak:

i. Barangan mudah disimpan di tempatnya selepas digunakan.


ii. Memudahkan pencarian, penyimpanan dan pencarian semula
barangan.
iii. ‘First-In First-Out’ (FIFO) diamalkan.
iv. Mengurangkan masa pencarian barangan.
v. 4B diamalkan. ‘Barang Betul, Tempat Betul, Jumlah Betul dan
Kaedah Betul’.

Gambar Aktiviti Susun

32
3.3 Garis Panduan untuk Mengamalkan SAPU (Seiso)

• Mengenal pasti punca.


• Mengenal pasti penyebab masalah.
• Menyingkir punca kotoran dan penyebab masalah.

Huraian:

‘S’ yang ketiga menekankan kepada kebersihan kerana ianya dapat


menjamin tempat kerja menjadi lebih selesa dan selamat, termasuklah
penyimpanan yang lebih jelas di mana ia dapat mengurangkan masa
pencarian dan menjamin kualiti kerja, produk dan perkhidmatan yang
tinggi.

Garis Panduan:

‘S’ yang ketiga ini adalah untuk membersihkan kawasan kerja dengan
teliti. Mengemas dan membersih perlu dilakukan setiap hari untuk
memastikan tempat kerja berada dalam suasana yang diinginkan dan
tidak berselerak. Perkataan SAPU tidak perlu dijelaskan lagi. Semua
orang suka bekerja dalam suasana yang bersih di mana ia dapat
meningkatkan semangat dan produktiviti kerja.

Untuk melaksanakan ‘S’ yang ketiga dengan jayanya sebagai aktiviti


harian yang berfaedah, langkah berikut perlulah diamalkan:

Langkah 1: Mengagihkan Kerja-kerja Pembersihan.

Kebersihan adalah tanggungjawab semua pekerja dalam sesebuah


organisasi. Tempat kerja perlulah dibahagikan mengikut kawasan
kerbersihan yang berbeza, seperti:

33
• Zon Persekitaran Berkualiti:
Mempamerkan kawasan yang perlu dibersihkan dan nama-nama
mereka yang bertanggungjawab.

• Jadual Persekitaran Berkualiti:


Menerangkan dengan lebih terperinci kawasan-kawasan dan nama-
nama pekerja yang telah ditugaskan termasuklah jadual tugasan
harian mereka.

Langkah 2: Mengenal pasti Apa yang Perlu Dibersihkan.

Tentukan sasaran dan kategorikan agar mudah digunakan.

Langkah 3: Mengenal pasti Kaedah yang Akan Digunakan.

Mengenal pasti alatan dan bahan yang diperlukan dan apa yang perlu
dibersihkan di setiap kawasan. Kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan
mengikut keperluan dan kesesuaian tanpa mengambil masa yang agak
lama. Satu piawai pembersihan perlu diwujudkan bagi memastikan
semua pekerja melakukan kerja-kerja pembersihan dengan lebih efisien.

Langkah 4: Menyediakan Alatan dan Bahan Pembersihan.

Menyediakan alatan mencuci dan bahan yang diperlukan agar ianya


mudah digunakan apabila diperlukan.

Langkah 5: Melaksanakan Pembersihan.

Semua peralatan yang rosak atau cacat hendaklah dibaiki atau


diasingkan jika ia tidak dapat digunakan lagi (amalkan strategi “Red Tag”).

34
Kata kunci bagi penerangan ini adalah “memastikan tempat kerja dan
peralatan bersih dan berfungsi dengan baik”. Kesemua ini dapat
dicapai melalui teknik membersih dan mengenal pasti kerosakan sebelum
ia berlaku. (Lihat contoh pada muka surat 34)

Jangkaan Impak:

• Kualiti kerja dan produk yang tinggi.


• Tempat kerja yang lebih selesa dan selamat.
• Mudah dilihat dan mengurangkan masa pencarian.
• Mengurangkan kos penyelengaraan.
• Memberikan gambaran yang positif kepada pelanggan.

Gambar Aktiviti SAPU

35
3.4 Garis Panduan untuk Mengamalkan SERAGAM (Seiketsu)

Penyelarasan tugasan dan penentuan tanggungjawab.

Huraian:

Penerapan 3S yang pertama secara berterusan dapat menjamin


kelancaran proses kerja yang berkesan.

Garis Panduan:

Sekiranya 5S yang pertama telah dilaksanakan, langkah berikutnya


adalah memberi tumpuan terhadap amalan keseragaman kerja yang
terbaik. Pelan ini mestilah merangkumi prosedur dan senarai semak
harian yang perlu dipamerkan di setiap tempat kerja.

Senarai semak perlu ada sebagai panduan untuk memberi gambaran


yang jelas bagi memastikan 3S diamalkan di tempat kerja secara
berterusan. Contoh-contoh garis panduan seperti:

• Tanggungjawab seragam meliputi dan merangkumi:


o Siapa yang bertanggungjawab? (Hakmilik)
o Langkah yang perlu diambil bagi memastikan keadaan yang
diinginkan dapat dikekalkan.
o Bila sesuatu tindakan perlu diambil?
o Kawasan mana perlu diberi penekanan?
o Prosedur yang perlu dipatuhi untuk menjamin kesungguhan
pekerja?

• Kerja-kerja yang sedang dijalankan/peraturan inventori.


• Prosedur pembersihan.
• Jadual penyelenggaraan.
• Aktiviti harian yang bersangkut paut dengan tugas 3S.
Kata kunci untuk memperkukuhkan 3S yang pertama ialah
memperkukuhkan prosedur dan berpiawai. Ini penting untuk
memastikan setiap orang menjalankan tugasan mereka.
36
Jangkaan impak:

• Kualiti tempat kerja yang baik.


• Sistem Kawalan Visual yang baik.
• Memperkukuhkan peraturan dan Prosedur Operasi Berpiawai
(SOP).
• Perkongsian maklumat dalam piawai yang diperlukan.
• Penambahbaikan operasi dan aliran kerja.
(Lihat contoh pada muka surat 38 & 39)

37
Gambar Aktiviti SERAGAM

Label dan indeks fail dan dokumen untuk memudahkan carian

Tersusun rapi agar mudah digunakan

Peralatan dan kitab lebih kemas dan berada ditempatnya

38
Susunan peralatan lebih kemas dan berada ditempatnya

Kawalan Visual ‘Right at first time’

Peraturan mudah untuk diikuti dan diamalkan dalam aktiviti seharian

39
3.5 Garis Panduan untuk Mengamalkan SENTIASA AMAL (Shitsuke)

Semua pekerja memahami, mengamal dan mengikut peraturan dan


prosedur yang ditetapkan.

Huraian:

‘S’ kelima untuk mewujudkan budaya amalan supaya 4 ‘S’ terdahulu


dapat diamalkan dan dikekalkan secara berterusan dengan
menggunakan
P-D-C-A secara berkesan.

Garis Panduan:
• Membina kesedaran tentang pentingnya Persekitaran Berkualiti
melalui latihan berterusan.
• Memberikan ganjaran dan mengiktiraf usaha yang dilaksanakan
oleh pekerja.
• Gunakan teknik/pendekatan/strategi untuk mengekalkan aktiviti.

Kajian semula:

o Slogan dan Poster Persekitaran Berkualiti.


o Bulletin Persekitaran Berkualiti untuk perkongsian maklumat.
o Kejayaan Persekitaran Berkualiti-Piawai dan petunjuk.
o Keberkasan ketiga-tiga JK Kecil-Latihan, Audit dan Promosi.

40
Jangkaan Impak:

• Patuh dengan peraturan di tempat kerja.


• Membentuk disiplin dan semangat kerja berpasukan.
• Cara pemikiran ‘Kaizen’ diterapkan pada setiap pekerja.
• Menerapkan amalan yang terbaik.
• Meningkatkan kecekapan operasi dalam suasana tempat kerja
yang lebih selesa.

Gambar Aktiviti SENTIASA AMAL

Peraturan yang perlu diikuti dan dijadikan amalan dalam kerja seharian

41
Arahan yang perlu diikuti sebelum dan selepas penggunaan barang

42
4.0 FASA 3: NILAI ATAU PENILAIAN KENDIRI

• Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti.


• Tanda aras antara jabatan dengan organisasi lain.
• Tentukan prosedur mengenai Persekitaran Berkualiti dipatuhi.

Objektif:
Memastikan organisasi menilai kekuatan yang ada dan membuat
penambaikan.

Garis Panduan Penilaian Kendiri Persekitaran Berkualiti


Aktiviti dalam Fasa 2 sepatutnya dapat menunjukkan kemajuan. Penilaian
Kendiri Persekitaran Berkualiti ini perlu diawasi dan didokumenkan
melalui metodologi Audit Dalaman.

AUDIT DALAMAN PERSEKITARAN BERKUALITI

Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti adalah cara terbaik untuk membuat


penilaian kejayaan. Organisasi yang telah mempunyai aktiviti
Persekitaran Berkualiti, mengaudit prestasi mereka secara mingguan
ataupun bulanan dengan menggunakan Senarai Semak, Borang Ringkas
Audit dan Pelekat Penambaikan 3S (Lihat muka surat 44-48). Keputusan
yang dikeluarkan oleh pihak audit perlulah dipamerkan di setiap sudut
Persekitaran Berkualiti di setiap zon. Ini secara tidak langsung dapat
mewujudkan persaingan yang sihat antara sesama zon dan menimbulkan
rasa bangga pada kumpulan yang terbabit.

Penilaian dan persaingan ini perlulah disusuli dengan sistem ganjaran.


Kebanyakkan organisasi yang berjaya, menawarkan ganjaran secara
bulanan pada setiap pasukan yang berjaya dalam pelbagai kategori.

Penilai Kendiri adalah permulaan kepada Persijilan Persekitaran


Berkualiti.

Contoh Kriteria Audit Dalaman 5S Masjid

43
ZON : ______________________________________________________ PERATUS PENCAPAIAN : ________

1. KEPERLUAN UTAMA PELAKSANAAN Jumlah Markah :


___________________
Markah
Kategori No. Perkara Diaudit 5 4 3 2 1 Catatan
Fail Program dan 1. Maklumat Lengkap dan Terkini
Sudut 5S
Kesedaran dan 2. Tahap komitmen, kefahaman, kesedaran serta aktiviti
Kaizen penambahbaikan berterusan.
2. RUANG PEJABAT Jumlah Markah :
___________________

Markah
Kategori No. Perkara Diaudit 5 4 3 2 1 Catatan
1. Susunatur kemas dan sistematik
Tempat Individu
2. Bersih dan tiada kotoran
3. Item dalam keadaan minima/tiada item tidak perlu
4. Kemas, teratur dan tiada item tidak perlu.
Lantai/Dinding 5. Bersih dan tiada kotoran
Peralatan 6. Kemas dan tersimpan di tempat asal.
/Perkakas 7. Bersih, tidak berdebu dan berfungsi baik.
Tempat 8. Kedudukan fail teratur dan kemas.
Fail/Rekod 9. Mudah dicari dan dikesan dengan mewujudkan pelabelan
/Dokumen dan indeks kedudukan fail.
Pejabat 10. Kabinet rak fail adalah bersih dan tidak berhabuk.
Maklumat Visual 11. Kemas, bersih dan terkini.
Keselamatan 12. Aspek keselamatan diutamakan.

3. STOR (FAIL/DOKUMEN, ALAT TULIS/BAHAN/PELBAGAI) Jumlah Markah :


___________________

Markah
Kategori No. Perkara Dinilai 5 4 3 2 1 Catatan
1. Keadaan tersusun, kemas dan teratur.
2. Kawasan lantai bersih.
3. Terdapat tanda 'label' bagi tiap-tiap bahan/rekod.
STOR 4. Mempunyai sistem susunan yang teratur dan mudah untuk
(Fail/ Dokumen) diambil (seperti rak-rak) bila diperlukan.
5. Tidak terdapat bahan/item yang tidak diperlukan.
6. Terdapat “layout plan” sebagai panduan.
7. Wujud rekod keluar masuk (pergerakan rekod/dokumen)
8. Keselamatan diutamakan.

44
Markah
Kategori No. Perkara Dinilai 5 4 3 2 1 Catatan
1. Keadaan tersusun, kemas dan teratur.
2. Kawasan lantai bersih.
STOR 3. Terdapat tanda 'label” bagi fail/rekod.
(Alat Tulis 4. Mempunyai sistem susunan yang teratur dan mudah untuk
/Bahan diambil (seperti rak-rak) bila diperlukan.
/Pelbagai) 5. Tidak terdapat bahan/item yang tidak diperlukan.
6. Terdapat “layout plan” sebagai panduan.
7. Wujud rekod keluar masuk (pergerakan fail/dokumen)
8. Keselamatan diutamakan.

4. TEMPAT UMUM Jumlah Markah :


___________________

Markah
Kategori No. Perkara Diaudit 5 4 3 2 1 Catatan
1. Kawasan lantai/dinding bersih dan tiada item tidak perlu.
Kaunter 2. Susunatur peralatan dan item kemas dan memuaskan.
3. Keselamatan diutamakan.
1. Kawasan lantai dan dinding bersih dan tiada item tidak perlu.
2. Susunatur peralatan/item kemas dan memudahkan.
Bilik Mesyuarat
3. Maklumat Visual dalam keadaan bersih dan kemas.
4. Keselamatan diutamakan.
1. Kawasan bersih dan tiada item tidak perlu.
Bilik
2. Susunatur peralatan/item kemas dan memudahkan.
Kuliah/
3. Maklumat Visual dalam keadaan bersih dan kemas.
Multimedia
4. Keselamatan diutamakan.
1. Kawasan bersih dan tiada item tidak perlu.
Bilik 2. Susunatur peralatan/item kemas dan memudahkan.
Studio 3. Maklumat Visual dalam keadaan bersih dan kemas.
4. Keselamatan diutamakan.
1. Kawasan lantai bersih dan tiada item tidak perlu.
Ruang 2. Susunatur peralatan dan item kemas dan rapi.
Makan/Pantri 3. Peralatan dan bahan dalam keadaan baik dan bersih.
4. Keselamatan diutamakan.
1. Kawasan yang bersih dan memuaskan.
2. Peralatan sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Bilik/Ruang 3. Tiada bahan yang tidak perlu di lokasi.
Solat 4. Keselamatan diutamakan.
1. Kawasan yang bersih dan memuaskan.
2. Peralatan sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Tandas 3. Tiada bahan yang tidak perlu di lokasi.
4. Keselamatan diutamakan.
1. Kawasan yang bersih dan memuaskan.
Persekitaran 2. Dalam keadaan kemas dan teratur.
Luaran 3. Tiada bahan yang tidak perlu di lokasi.
4. Keselamatan diutamakan.

45
Contoh Borang Ringkasan Audit 5S

Kawasan Audit: ……………………………………….


Tarikh Audit: …………………………………………..

Juruaudit: Ketua Zon :


Tandatangan ……………………… Tandatangan ………………………
Nama : …………………………… Nama : ……………………………
Tarikh …………………………...... Tarikh ………………………….......

46
Contoh Pelekat Penambaikan Audit

Contoh Pelekat Kecemerlangan Persekitaran Berkualiti

47
48
PERSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI OLEH MPC

Di Malaysia, banyak organisasi termasuklah masjid telah menunjukkan


bahawa mereka telah membangunkan satu sistem pentadbiran
berlandaskan pelaksanaan Persekitaran Berkualiti dan bilangan
organisasi yang mendapat perakuan ini semakin meningkat.

Persijilan Persekitaran Berkualiti, yang diperkenalkan oleh Perbadanan


Produktiviti Malaysia (MPC) bertujuan untuk membangunkan dan
mengekalkan budaya produktiviti melalui proses yang berterusan untuk
mencapai kecemerlangan. Pencapaian persijilan merupakan satu
deklarasi sesebuah organisasi untuk memberikan komitmen bagi
meningkatkan budaya kualiti ke peringkat yang lebih tinggi untuk
memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

Proses Persijilan Persekitaran Berkualiti


• Satu pasukan juruaudit akan mengaudit tempat kerja (organisasi)
seperti mana yang disyaratkan untuk mendapatkan sijil.
• Sijil akan dianugerahkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia
(MPC) kepada organisasi yang telah berjaya mengamalkan
Persekitaran Berkualiti mengikut Standard Sistem Persekitaran
Berkualiti seperti Muka Surat 50.

Proses Persijilan Persekitaran Berkualiti


Mana-mana organisasi yang ingin mendaftar untuk mendapat Sijil
Persekitaran Berkualiti hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Jabatan Kecemerlangan Perniagaan


(Unit Persijilan dan Pembangunan Standard)
Tingkat Dua (2), Blok Produktiviti Malaysia
Lorong Produktiviti, Off Jalan Sultan,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

http://www.mpc.gov.my

49
STANDARD SISTEM PERSEKITARAN BERKUALITI

SKOP
1.1 Umum
1.2 Penggunaan

SISTEM PENGURUSAN PERSEKITARAN BERKUALITI


2.1 Keperluan - keperluan Umum
2.2 Keperluan – keperluan Dokumentasi

PERANCANGAN
3.1 Komitmen Pengurusan
3.2 Fokus Terhadap Persekitaran Berkualiti
3.3 Polisi Persekitaran Berkualiti
3.4 Objektif Sistem Persekitaran Berkualiti
3.5 Tanggungjawab, Kuasa dan Komunikasi Dalaman
3.6 Semakan Pengurusan
3.7 Penyediaan Sumber
3.8 Sumber Manusia

REALISASI PERSEKITARAN BERKUALITI


4.1 Perancangan bagi Merealisasikan Sistem Persekitaran Berkualiti
4.2 Pelaksanaan Sistem Persekitaran Berkualiti

PENGUKURAN, ANALIS DAN PENILAIAN


5.1 Umum
5.2 Pemantauan dan Pengukuran
5.3 Analisa Data

PENAMBAHBAIKAN
6.1 Peningkatan Berterusan
6.2 Tindakan Pembetulan
6.3 Tindakan Pencegahan

50
5.0 FASA 4: TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

• Jadikan aktiviti-aktiviti Persekitaran Berkualiti sebagai amalan.


• Banding pencapaian sebenar dengan sasaran yang ditetapkan.
• Sediakan ganjaran dan iktiraf sumbangan kakitangan.
• Daftar untuk persijilan Persekitaran Berkualiti.
• Sertai Pertandingan/Konvensyen Persekitaran Berkualiti.
• Semak dengan kitaran PDCA.

Keutamaan Indeks Prestasi Utama (KPI)

Penilaian kendiri dan persijilan Persekitaran Berkualiti dapat


menggerakkan organisasi untuk mencari peluang-peluang
penambahbaikan secara terus menerus. Tujuannya adalah untuk
meningkatkan kualiti dan kesan kos Indeks Prestasi Utama atau KPI
boleh digunakan bagi menilai kejayaan.

Di antara lain, KPI mengukur faktor-faktor operasi yang menggariskan


proses kerja. Ia juga memberikan nilaian tahap kos dan kualiti secara
menyeluruh. Faktor-faktor seperti keselamatan, senggaraan preventif,
jumlah masa dan masa putaran mempunyai impak besar terhadap
prestasi.

Pentingnya KPI

Penilaian kendiri dan persijilan Persekitaran Berkualiti biasanya akan


menggerakkan organisasi untuk menambah baik secara berterusan.
Tujuannya untuk meningkatkan keberkesanan kos secara sistematik.
Penggunaan KPI dapat menunjukkan kejayaan Projek Persekitaran
Berkualiti.

51
Penyesuaian KPI

Setiap kumpulan pekerja perlu menentukan KPI sendiri. Caranya dengan


menilai kaedah kerja yang memberi kesan kepada kawasan-kawasan
kerja utama. KPI sering digunakan adalah:

• Produktiviti
• Tahap inventori
• Kos inventori
• Masa utama
• Jumlah kemalangan
• Kerosakan mesin/peralatan
• Jangka waktu pencarian
• Kadar kerosakan
• Kerja semula
• Aduan pengguna

Kumpulan kerja perlu berbincang dan mencari IPU yang sesuai untuk
tujuan Penandaarasan (Benchmarking).

52
RUMUSAN

Secara ringkas, Teknik Pengurusan Persekitaran Berkualiti adalah satu


langkah awalan kepada organisasi untuk mengamalkan “Just In Time
(JIT)”, “Total Productive Maintenance (TPM)” atau Total Quality
Management (TQM)”.

Rahsianya adalah untuk menerima pakai Pelan Pelaksanaan Aktiviti


Persekitaran Berkualiti dan mematuhi kaedah-kaedah seperti di dalam
fasa-fasa yang dinyatakan seperti yang dijelaskan dengan peraturan
Rancang, Laksana, Periksa dan Tindakan (PDCA).

Semoga berjaya dan mulakanlah


perjalanan Persekitaran Berkualiti anda ...
tetapi mari uji kefahaman Persekitaran
Berkualiti anda terlebih dahulu ...

53
UJIAN PANTAS PENILAIAN KENDIRI PERSEKITARAN BERKUALITI

Penilaian pantas ini akan memberi peluang kepada anda untuk menilai
tahap kefahaman Persekitaran Berkualiti anda. Sila luangkan beberapa
minit untuk menanda setiap soalan dengan “BENAR” atau “SALAH”.
Setelah anda selesai, kira berapa soalan yang telah anda tandakan
“BENAR”.

BENAR SALAH
1. Untuk memastikan kejayaan Pelaksanaan
Persekitaran Berkualiti, adalah perlu untuk
melibatkan kesemua pekerja dari pengurusan
tertinggi sehinggalah ke pekerja bawahan.

2. Sistem Persekitaran Berkualiti memberikan


teknik praktikal untuk menjadikan tempat kerja
yang mesra pelanggan dan menyenangkan pekerja.

3. Pengelolaannya melibatkan penyediaan susun


atur yang efektif untuk mencapai kecekapan,
kualiti dan keselamatan.

4. Pelaksanaan “Sentiasa Amal” ialah penilaian


ke atas kesemua pemakaian teknik empat “S”
yang lain di tempat kerja.

5. Persekitaran Berkualiti, melatih pekerja untuk


mematuhi prosedur, peraturan dan piawaian
sebagai amalan terbaik di tempat kerja.

6. Tempat kerja yang bebas dari kemalangan


tidak menggambarkan keadaan yang
selamat, selesa dan menyenangkan.

54
BENAR SALAH
7. Amalan Persekitaran Berkualiti menggalakkan
pekerja untuk terus memberi cadangan kepada
penambahbaikan.

8. Organisasi yang berjaya dengan aktiviti


Persekitaran Berkualiti mengukur pencapaian
mereka melalui kaedah dalaman Persekitaran
Berkualiti.

9. Sebelum membuang sebarang dokumen, dapatkan


pengesahan bagi memastikan tidak ada permintaan
undang-undang untuk dokumen tersebut disimpan
bagi satu jangka masa tertentu.

10. Strategi “Red-Tag” adalah salah satu alat dan


pendekatan untuk menyokong Pelaksanaan
Persekitaran Berkualiti.

11. Peranan penyelaras, pemudah cara dan


ketua kumpulan adalah amat penting
dalam mengaplikasi Persekitaran Berkualiti.

Jumlah Benar:

Pencapaian
8 ke atas Tahniah
5–7 Sederhana
4 ke bawah Perlu menambah kefahaman dan pengetahuan
mengenai Persekitaran Berkualiti

jawapannya adalah SALAH.


Jika anda menanda BETUL untuk semua soalan, sila semak jawapan anda untuk soalan no. 6 kerana

PENGHARGAAN
JAWAPAN

55
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada individu dan organisasi


yang telah memberikan panduan dan sumbangan dalam
penerbitan e-panduan Pelaksanaan Sistem Persekitaran
Berkualiti (QE:5S) ini:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Masjid Negeri Pulau Pinang

56
IBU PEJABAT MPC MPC PETALING JAYA
PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA
Lorong Produktiviti, Jalan Sultan, A-06-01 Level 6, Blok A, PJ8,
46200 Petaling Jaya, Selangor No. 23, Jaln Barat, Seksyen 8,
Tel: +603-7955 7266 Faks: +603-7957 8068 46050 Petaling Jaya, Selangor
Email: marketing@mpc.gov.my Tel: +603-7960 0173 / 176 / 178 / 179 Faks: +603-7960 0211
Email: marketing@mpc.gov.my

PEJABAT-PEJABAT
WILAYAH
PEJABAT WILAYAH UTARA PEJABAT WILAYAH SELATAN
PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA
Beg Berkunci 206, Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, No. 8, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru UDA,
13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang 81200 Johor Bahru, Johor
Tel: +604-575 4709 Faks: +604-575 4410 Tel: +607-237 7422 / 7644 Faks: +607-238 0798
Email: nro@mpc.gov.my Email: sro@mpc.gov.my

PEJABAT WILAYAH SARAWAK


PEJABAT WILAYAH SABAH
PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA
PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA
Lot 894, Lorong Demak Laut 3A,
Level 2, MAA Tower, No. 6, Lorong Api-Api 1,
Taman Perindustrian Demak Laut,
88000 Kota Kinabalu, Sabah
93050 Kuching, Sarawak
Tel: +6088-233 245 / 235 837 Faks: +6088-242 815
Tel: +6082-439 959 / 439 960 Faks: +6082-439 969
Email: sbo@mpc.gov.my
Email: sko@mpc.gov.my

PEJABAT WILAYAH PANTAI TIMUR PEJABAT TERENGGANU


PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA
Tingkat 14, Menara Zenith, Jalan Putra Square 6, No. 23-03, KT Business Centre, Jalan Sultan Mohammad,
25200 Kuantan, Pahang Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: +609-513 1788 / 1789 Faks: +609-513 8903 Tel: +609-615 6089 Faks: +609-615 6081
Email: ecr@mpc.gov.my Email: ecrt@mpc.gov.my

PEJABAT KELANTAN
PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA
Pejabat Negeri Kelantan, Tingkat 3, Wisma PERKESO,
Jalan Kota Darulnaim, 15538 Kota Bharu, Kelantan
Tel: +609-741 6260 / 6262 Faks: +609-741 6263
Email: ecrk@mpc.gov.my

Transformasi • Inovasi • Perkongsian


Toll Free : 1-800-88-1140
www.mpc.gov.my

57

You might also like