Peraturan Bilik Sains 1

You might also like

You are on page 1of 3

Peraturan Bilik Sains

1. Peraturan Bilik Sains perlu dipatuhi ketika berada di dalam Bilik


Sains supaya keselamatan dan keselesaan sebelum, semasa dan
selepas menjalankan aktiviti terjamin.
2. Sebelum menjalankan aktiviti
1. Beratur di luar bilik sains dengan senyap.
2. Murid-murid hanya dibenarkan masuk dengan kebenaran guru.
3. Pastikan tingkap terbuka semasa berada di dalam bilik sains.
4. Duduk di tempat yang ditetapkan.
5. Ikat rambut dan pakai pakaian yang kemas dengan kasut
tertutup.
3. Semasa menjalankan ativiti
1. Aktiviti dijalankan mengikut arahan guru.
2. Laporkan kemalangan, kecederaan atau kerosakan kepada
guru.
3. Gunakan peralatan di dalam peti kecemasan dengan kebenaran
guru.
4. Nyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan pemetik api.
5. Hidu, rasa dan sentuh bahan di dalam bilik sains dengan
kebenaran guru.
6. Padamkan bahan terbakar dengan menggunakan air sebelum
dibuang ke dalam tong sampah.
4. Selepas menjalankan aktiviti
1. Sampah dan sisa bahan hendakkan dibuang ke dengan cara
yang betul.
2. Kerusi disusun dengan teratur sebelum meninggalkan bilik
sains.
3. Peralatan yang telah selesai digunakan dibersihkan dan
disusun semula di tempat asalnya.
4. Tutupkan tingkap, suis lampu dan kipas sebelum
meninggalkan bilik sains.
5. Pastikan bilik sains berada di dalam keadaan kemas dan teratur
sebelum meninggalkan bilik sains.
5. Perkara yang dilarang semasa di dalam bilik sains:
1. Dilarang membawa beg sekolah masuk ke dalam bilik sains.
2. Tidak makan dan minum semasa berada di dalam bilik sains.
3. Tidak dibenarkan bergurau dan berlari-lari di dalam bilik
sains.
4. Tidak dibenarkan bermain-main dengan peralatan sains.
5. Tidak dibenarkan membawa keluar peralatan dan bahan
sains tanpa kebenaran guru.
Rujukan: 
Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen
Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains
Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like