You are on page 1of 1

SMK DATUK PATINGGI HJ ABDUL GAPOR

LORONG STAMPIN 23
JALAN STAMPIN
Telefon Pejabat : 082-451130
93350 KUCHING Faks : 082-571877
SARAWAK e-mail: smkdphagapor@yahoo.com

Rujukan Kami : JPS(W)/SMKDPHA(KK)/153/05/10/01


Tarikh : 02.01.2019

Guru Penasihat
Persatuan Kadet Polis
SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor
Kuching

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN UNIT BERUNIFORM KADET


POLIS

Merujuk surat tuan bertarikh 02 Januari 2019 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang
diberikan kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam
Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, sukacita dimaklum
permohonan tuan untuk menubuhkan UNIT BERUNIFORM TAEKWONDO. Sekolah
Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, Kuching adalah diluluskan
berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019.

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang diluluskan:

2.1 Draf Perlembagaan


2.2 Draf Aktiviti Asas
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Diharap dapat tuan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta Kerajaan
bertarikh 21 Mei, 1998, P.U.(A) 196.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………..
(TUAN HAJI AFFANDI BIN ROSLI)
Pengetua
SMK Datuk Patinggi Hj Abdul Gapor
Kuching

You might also like