You are on page 1of 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 24 Januari 2019


Hari : Khamis
Masa : 8.45 pagi – 9.15 pagi
Mata Pelajaran: Fiqh Kekeluargaan Islam
Tajuk : Isteri Idaman Yang Menyejukkan Hati Suami
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:
1. meningkatkan ilmu rumahtangga dengan baik
2. mengetahui ciri-ciri isteri idaman lelaki
Nilai : Kasih sayang, patuh, hormat-menghormati
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui kerukunan dalam kehidupan bekeluarga
Rujukan buku : Harun Ar. Rasyid Hj. Tuskan, Pustaka Al-Shafa
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Pembelajaran
Set Induksi Pengenalan Hadis berkaitan 1. Pelajar mendengar hadis Menarik minat pelajar untuk
Isteri Solehah Nabi yang disampaikan belajar
oleh guru
2. Pelajar menghayati hadis Hadis
tersebut
3. Guru memperkenalkan
tajuk pelajaran
Perkembangan Isteri solehah sentiasa cari 1. Guru menerangkan Teknik
reda suami pengertian tentang isteri Soal Jawab
Langkah 1 solehah
2. Guru mengaitkan isteri
solehah melalui hadis
3. Guru mengadakan
perbincangan dengan
pelajar
Langkah 2 Slide powerpoint 1. Guru memaparkan slide Memantapkan kefahaman
- Ciri-ciri isteri idaman powerpoint tentang ciri-ciri pelajar
lelaki isteri idaman lelaki
2. Guru menerangkan
tentang ciri-ciri isteri
idaman lelaki
3. Guru mengadakan soal
jawab dengan pelajar
Penutup Penutup sosial 1. Guru meminta pandangan Dapat membuat kesimpulan
pelajar untuk membuat dengan baik
kesimpulan tentang tajuk
pelajaran
2. Guru membuat kesimpulan
tentang tajuk pelajaran
HIDUP bergelar suami isteri memang akan banyak ujian yang perlu dilalui. Tanggungjawab yang digalas sebagai seorang suami mahupun isteri
bukanlah satu tugas yang mudah. Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin memetik Surah Al-Anfal Ayat 46 yang bermaksud “Dan taatlah kepada
Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan
bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”

Isteri yang solehah ialah mereka yang patuh kepada perintah Allah dan rasul-Nya serta taat kepada suami dan tidak sesekali membohonginya.
Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan
keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu adalah wanita yang solehah.”

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda: “Mahukah kamu, aku beritahu daripada hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang
lelaki? Ia adalah isteri solehah. “Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira; jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati; dan jika suami tiada
di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Berbohong kepada suami
adalah berdosa.Jika suami tidak reda dengan sikap pembohongan itu, akan kekal dosa isteri itu terhadap suaminya. Sabda Rasulullah yang
bermaksud: “Aku melihat dalam neraka, tiba-tiba ramai antara ahlinya adalah wanita. Maka seorang wanita bertanya: “Mengapa ya Rasulullah?”
“Rasulullah menjawab: “Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, ia bukanlah sesuatu yang pelik jika kadang-kadang pertengkaran boleh berlaku. Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami siteri.
Begitulah umpama asam garam dalam perkahwinan. Hatta perihal kecil pun kadang-kadang boleh jadi perkara yang besar. Dalam hadis lain
diterangkan daripada Ibnu Abbas, sesungguhnya seorang wanita daripada suku Khatam datang menemui Rasulullah dan bertanya: “Wahai
Rasulullah, sampaikanlah kepadaku keterangan apa hak suami terhadap isteri?” Baginda bersabda: “Sesungguhnya, hak suami terhadap isteri itu
ialah jika suami menghendaki dirinya, sekalipun dia berada di atas kenderaan, dia tidak menolak dirinya untuk memenuhinya, dan hak suami atas
isterinya iaitu isteri tidak boleh puasa sunat tanpa izin suaminya, dan jika dia terus melakukannya, maka ia hanya akan mendapatkan lapar dan
dahaga dan tidak diterima puasanya itu, dan isteri itu juga tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya, jika dia tetap keluar, maka malaikat
langit, malaikat rahmat serta malaikat azab akan mengutuknya sampai dia pulang.” (Hadis riwayat Thabrani).

Kecemburuan seorang suami terhadap isteri adalah fitrah yang dituntut oleh agama. Suami yang tidak cemburu dengan kemungkaran dilakukan
isterinya, tergolong daripada kalangan dayus. Dayus ialah golongan yang dilaknat Allah dan diharamkan syurga ke atas mereka. Dalam bab ini,
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kecemburuan itu termasuk sebahagian daripada iman, midzak (membenarkan lelaki lain ke dalam rumah
(juga rumah tangga) kemudian dibiarkan bersama isterinya itu, termasuk sifat munafik.” (Hadis riwayat Bazar dan Baiha).

Pada siri perbincangan yang lalu dalam rancangan Pesona D’ Zahra , Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin menyimpulkan, ciri-ciri isteri solehah
dalam ayat di atas adalah Wanita yang mempunyai kasih sayang dan sentiasa mencari keredaan suaminya. Melayani suaminya dengan cara
yang paling terbaik (sedia berkhidmat kepada suami) dengan menyiapkan segala keperluannya. Menjaga rahsia dan amanah suami. Selalu
berpenampilan menarik di hadapan suaminya sehingga akan menyenangkannya. Ketika bersama suaminya, wanita solehah itu tidak melakukan
hal yang boleh menghalang suaminya untuk bermesra dengannya. Oleh yang demikian ciri seseorang wanita solehah itu haruslah yang
memelihara maruah suaminya iaitu dengan menjaga diri dan harta suaminya itu.

You might also like