You are on page 1of 15

MEMPERKASA PERLAKSANAAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL

PENGAJIAN AWAL KANAK-KANAK (PAK) MELALUI


KONSEP RKT (RISIKO, KESAN, TINDAKAN)

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bagi memperkasakan perlaksanaan keselamatan di kalangan


pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar ketika berada di dalam bengkel Pengajian Awal
Kanak-kanak menggunakan konsep RKT (Risiko, Kesan dan Tindakan ). Konsep ini
diketengahkan kerana salah satu punca kemalangan adalah pengabaian amalan keselamatan
(Minghat, A. D. & Pandin, I., 2010). Manakala, pengabaian amalan keselamatan pula
berpunca daripada kurangnya pengetahuan terhadap risiko bahaya, kesan kemalangan, dan
langkah selepas berlakunya kemalangan (Rahman, A. M. A. & Wahab, A. M. Z., 2010).
Kajian ini menggunakan dua kumpulan sebagai sampel. Kumpulan pertama iaitu
kumpulan A terdiri daripada 15 orang pelajar daripada pelajar Tahun Satu yang menjadi
kumpulan sampel kajian. Manakala, kumpulan kedua iaitu kumpulan B merupakan
kumpulan sampel yang dikawal juga terdiri daripada 15 orang pelajar daripada Tahun Dua.
Sampel kajian adalah pelajar dari Kursus Pengajian Awal Kanak-kanak. Konsep RKT
dilaksanakan ke atas kumpulan A. Data dikumpul berdasarkan bilangan amalan
keselamatan yang berjaya dilaksanakan oleh setiap sampel kajian selepas pelaksanaan
konsep RKT. Amalan keselamatan yang diuji dalam ujian pra dan ujian pos adalah bahaya
persekitaran dengan jumlah soalan sebanyak 30.
Bagi meningkatkan kebolehpercayaan skor sampel, pemerhatian dijalankan. Hasil
tinjauan mendapati pelajar yang diterapkan konsep RKT, iaitu Kumpulan A menunjukkan
peningkatan mengamalan aspek keselamatan di dalam bengkel Pengajian Awal Kanak-
kanak.
1.0 Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran

Kursus Pengajian Awal Kanak-kanak di Kolej Vokasional Kuala Kangsar menawarkan


perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Pelajar akan diajar secara teori dan amali.

Bengkel Pengajian Awal Kanak-kanak di Kolej ini terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu kelas teori, Bengkel Asuhan Kanak-Kanak dan Dapur. Ketiga-tiga bahagian bengkel
ini digunakan secara optimum oleh para pelajar Berdasarkan rekod penggunaan bengkel,
setiap hari bengkel digunakan oleh para pelajar Tahun Satu dan Tahun Dua

2.0 Fokus Kajian

Amalan keselamatan bengkel diwujudkan bagi menjamin keselamatan pelajar ketika


berada di dalam bengkel. Namun begitu, para pelajar sering mengabaikan amalan
keselamatan. Walaupun bengkel Pengajian Awal Kanak-kanak kolej ini belum pernah
berlaku sebarang kemalangan, namun pelajar sentiasa terdedah kepada risiko dan bahaya
kemalangan. Namun begitu, kemalangan dapat dielakkan sekiranya pelajar sentiasa
mematuhi langkah keselamatan (Azhar,K. 2008). Oleh itu, langkah awal adalah perlu
diambil bagi memastikan amalan keselamatan sentiasa dipatuhi oleh para pelajar bagi
mengelakkan kemalangan dan sebagai ilmu nilai tambah apabila pelajar melangkah ke alam
pekerjaan.
Lantaran itu, saya telah mengumpul data bagi membantu saya membina dan
memperkenalkan Model RKT bagi membantu para pelajar meningkatkan amalan
keselamatan mereka ketika berada di dalam bengkel Pengajian Awal Kanak-kanak.
2.1 Model RKT

Berikut adalah Model RKT yang telah dibina bagi memperkukuhkan kajian tindakan yang
dijalankan.
3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan memperkasakan tahap perlaksanaan keselamatan pelajar di dalam
bengkel Pengajian Awal Kanak-kanak

3.2 Objektif Khusus


Objektif khusus kajian ini adalah :
a. Meningkatkan pengetahuan pelajar berkenaan risiko atau bahaya di dalam bengkel
Pengajian Awal Kanak-kanak.
b. Meningkatkan pengetahuan pelajar berkenaan langkah yang perlu diambil sekiranya
berlaku sebarang kemalangan di dalam bengkel Pengajian Awal Kanak-kanak.
c. Mengubah amalan biasa pelajar kepada mematuhi amalan keselamatan di dalam
bengkel Pengajian Awal Kanak-kanak.

4.0 Kumpulan Sasar


Kumpulan sasar yang diuji dalam kajian ini adalah terdiri daripada :
a. Kumpulan A
Bilangan : 15 orang pelajar Tahun Satu yang terdiri daripada pelajar perempuan.
b. Kumpulan B
Bilangan : 15 orang pelajar Tahun Dua juga terdiri daripada pelajar perempuan
5.0 Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Awal

Sebelum melaksanakan tindakan, tinjauan awal telah dilakukan bagi mengesahkan tahap
pelaksanaan keselamatan para pelajar dari kursus Pengajian Awal Kanak-kanak kolej ini.
Proses tinjauan masalah dilakukan menggunakan instrumen pemerhatian, dan soal selidik
kepada sampel mewakili seluruh populasi pelajar kursus Pengajian Awal Kanak-kanak kolej
ini.

5.1.1 Tinjauan Awal


Tinjauan awal adalah bertujuan mengetahui tahap amalan keselamatan para pelajar kursus
Pengajian Awal Kanak-kanak kolej ini di dalam bengkel Pengajian Awal Kanak-kanak.
Tinjauan awal dilakukan melalui instrumen pemerhatian dan soal selidik menggunakan 60
orang pelajar kursus Pengajian Awal Kanak-kanak bagi mewakili 100% daripada seluruh
populasi pelajar kursus Pengajian Awal Kanak-kanak kolej ini. Pemerhatian dijalankan oleh
3 orang guru bengkel PAK.

5.1.2 Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan ke atas semua pelajar kursus Pengajian Awal Kanak-kanak ketika
berada di dalam bengkel Kursus Pengajian Awal Kanak-Kanak sebelum konsep RKT
dilaksanakan. Aspek yang diperhatikan adalah tahap amalan keselamatan pelajar. Tahap
amalan keselamatan yang dimaksudkan adalah :
a. Tahap pelaksanaan peraturan bengkel.
i. Peraturan bengkel yang telah ditetapkan oleh panitia Kursus Pengajian Awal
Kanak-Kanak.
ii. Amalan 5S
b. Tahap pengetahuan pengendalian alatan dan bahan.
c. Tahap kepekaan terhadap persekitaran kerja selamat.
i. Terhindar daripada bahaya.
5.1.3 Analisis Tinjauan Awal
5.1.3.1 Analisis pemerhatian
Amalan keselamatan yang dilaksanakan oleh pelajar disenaraikan dan merujuk kepada skan
berikut:
1. Mematuhi peraturan bengkel yang telah ditetapkan oleh panitia Kursus Pengajian
Awal Kanak-Kanak.
2. Menggunakan peralatan dan bahan dengan betul, cermat,dan selamat.
3. Peka terhadap persekitaran yang berisiko bahaya.

SKAN
TAHUN BIL. PELAJAR
1 2 3
SATU 30 18 20 15
DUA 30 17 21 17

JUMLAH 60 35 41 32

PERATUS (%) 100% 58.33 68.33 53.33

Jadual 2 : Data dapatan pemerhatian


Data di atas adalah hasil pemerhatian guru bengkel PAK yang dipungut berdasarkan skan.
Tiga skan diuji pada hari yang berlain. Catatan dibuat pada hari berlainan kemudian
dikumpul dan dianalisis.
Berdasarkan jadual dapatan pemerhatian di atas, pada pemerhatian skan 1, didapati
58.33% sahaja daripada pelajar kursus Pengajian Awal Kanak-kanak yang mematuhi
amalan keselamatan di dalam bengkel yang telah ditetapkan oleh panitia PAK. Pada skan 2
pula, didapati pelajar kursus Pengajian Awal Kanak-kanak yang mampu menggunakan
alatan dan bahan dengan betul, cermat, dan selamat hanyalah 68.33% daripada
keseluruhan pelajar kursus Pengajian Awal Kanak-kanak. Skan 3 pula menunjukkan
bahawa 53.33% sahaja pelajar kursus Pengajian Awal Kanak-kanak yang peka terhadap
bahaya persekitaran.
Konklusinya, berdasarkan data pemerhatian, pelajar kursus Pengajian Awal Kanak-
kanak adalah kurang mengamalkan amalan keselamatan di dalam bengkel Pengajian Awal
Kanak-kanak
5.1.4 Kesimpulan Tinjauan Awal

Berdasarkan dapatan yang diperoleh pada tinjauan awal melalui instrumen pemerhatian
adalah disimpulkan bahawa pelajar kursus Pengajian Awal Kanak-kanak sekolah ini kurang
mengamalkan keselamatan ketika berada di dalam bengkel Pengajian Awal Kanak-kanak.
Maka, tindakan seterusnya dijalankan dengan penghasilan Model RKT. Seramai 15 orang
pelajar daripada pelajar Tahun Satu diambil sebagai populasi kajian adaptasi Model RKT.
Kumpulan ini dinamakan kumpulan A. Seterusnya, kumpulan kedua dibentuk dengan
bilangan pelajar yang sama dan dari Tahun Dua iaitu seramai 15 orang pelajar .
Kumpulan ini dinamakan sebagai kumpulan B. Kumpulan A akan diadaptasi dengan Model
RKT manakala kumpulan B adalah sebaliknya. Selepas Model RKT dilaksanakan ke atas
kumpulan A, sekali lagi soal selidik dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan bagi
mengetahui tahap perlaksanaan keselamatan di dalam bengkel Pengajian Awal Kanak-
kanak dengan adanya model RKT dan tanpa adanya Model RKT.

5.2 Tinjauan Masalah

Selepas membuat tinjauan awal terhadap seluruh pelajar tingkatan 3, proses diteruskan
dengan mewujudkan dua kumpulan bagi mewakili seluruh pelajar daripada kursus
Pengajian Awal Kanak-kanak. Dua kumpulan dibentuk terdiri daripada 15 orang pada
kumpulan A dan 15 orang lagi pada kumpulan B. 30 orang pelajar ini terdiri daripada
pelajar Tahun Satu dan Tahun Dua

5.2.1 Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra dijalankan terhadap 15 orang pelajar kumpulan A dan 15 orang pelajar
kumpulan B. Kedua-dua kumpulan diberikan borang ujian yang sama berkenaan amalan,
kepekaan, kepatuhan, dan pengetahuan mereka terhadap perlaksanaan keselamatan di
dalam bengkel Pengajian Awal Kanak-kanak. Soalan yang diuji terdiri daripada 30 soalan
yang digabung daripada Bab 1 Keselamatan Bengkel Pengajian Awal Kanak-kanak. Hasil
ujian pra mendapati kedua-dua kumpulan berada pada tahap rendah dalam perlaksanaan
dan pengetahuan keselamatan di dalam bengkel Pengajian Awal Kanak-kanak.
Model RKT dibentuk dan diaplikasikan terhadap kumpulan A. Selepas seminggu
penggunaan model RKT, sekali lagi ujian dijalankan ke atas ke dua-dua kumpulan bagi
melihat perkembangan selepas kumpulan A mempelajari Model RKT. Kedua-dua
kumpulan diberikan ujian pos. Ujian pos yang dijalankan masih lagi terdiri daripada 30
soalan daripada bank soalan Pengajian Awal Kanak-kanak. Bab Keselamatan Bengkel dan
berteraskan ujian amalan, kepekaan, kepatuhan, dan pengetahuan pelajar kepada
perlaksanaan keselamatan di dalam bengkel Pengajian Awal Kanak-kanak sekolah.

5.2.2 Pemerhatian

Selepas melaksanakan ujian pra dan ujian pos, pemerhatian dijalankan terhadap pelajar
kumpulan A dan kumpulan B pada sesi amali di dalam Pengajian Awal Kanak-kanak
sahaja. Skan yang digunakan adalah seperti berikut:
1. Mematuhi peraturan bengkel yang telah ditetapkan oleh panitia Pengajian Awal
Kanak-kanak.
2. Menggunakan alatan dan bahan pembelajaran dengan betul, cermat, dan selamat.
3. Peka terhadap persekitaran yang berisiko bahaya.

5.3 Analisis Tinjauan Masalah

5.3.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

Oleh kerana didapati punca tahap amalan keselamatan yang rendah dalam kalangan pelajar
adalah akibat kurang pengetahuan, dan langkah meningkatkan amalan keselamatan yang
paling banyak dicadangkan oleh pelajar adalah melalui penambahan pengetahuan pelajar
terhadap aspek keselamatan, maka konsep RKT dihasilkan dan diaplikasikan kepada
kumpulan A selepas Ujian Pra.
Konsep RKT juga dibina berdasarkan cadangan-cadangan yang dipungut semasa
temu bual. Ujian pra terdiri daripada 30 soalan dengan tiga tahap pencapaian. Cemerlang
pada skor markah 30 - 21, sederhana pada skor 21 - 10, dan rendah pada 0 - 10.
Berikut adalah jadual perbandingan skor markah kedua-dua kumpulan dalam ujian
pra dan ujian pos.

KUMPULAN A KUMPULAN B
TAHAP (Bilangan Pelajar) (Bilangan Pelajar)
PERLAKSANAAN
Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos
Tinggi - 7 - 1

Sederhana 7 6 8 10

Rendah 8 2 7 4

Jadual 4 : Skor markah Kumpulan A dan Kumpulan B

Bagi menjelaskan perkembangan penguasaan murid pada kumpulan A terhadap elemen


yang dikaji, jadual berikut dibentuk. Jadual 5 : Skor Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Kumpulan A

PELAJAR UJIAN PRA UJIAN POS


1 12 26
2 8 18
3 16 24
4 18 27
5 5 10
6 16 25
7 8 19
8 20 28
9 7 21
10 11 24
11 7 15
12 8 17
13 8 10
14 12 18
15 9 19

5.3.2 Analisis Pemerhatian


SKAN
KUMPULAN BIL. MURID
1 2 3
A 15 12 10 13

B 15 9 12 10

Jadual 6 : Data dapatan pemerhatian

Pemerhatian dijalankan selepas ujian pra dan ujian pos bagi menyokong dapatan pada
analisis ujian pra dan ujian pos. Jadual di atas adalah jadual kekerapan murid berdasarkan
skan yang diuji.
Pemerhatian menunjukkan bilangan murid Kumpulan A lebih mematuhi peraturan
dalam bengkel Pengajian Awal Kanak-kanak, lebih menggunakan alatan dan bahan bengkel
elektrik dengan betul, cermat, dan selamat, dan lebih peka terhadap persekitaran yang
berbahaya.
Dapatan pada pemerhatian kumpulan A dan kumpulan B menyokong dapatan pada ujian
pra dan ujian pos yang menunjukkan murid pada Kumpulan A yang diberikan konsep RKT
lebih meningkat dalam amalan keselamatan dalam bengkel Pengajian Awal Kanak-kanak.

5.4 Pelaksanaan Tindakan

5.4.1 Mengenalpasti Masalah


Berdasarkan pemerhatian selama tiga bulan mendapati murid kurang mengamalkan amalan
keselamatan ketika berada di dalam bengkel Pengajian Awal Kanak-Kanak. Bagi
mendapatkan kesahihan, tinjauan awal dijalankan melalui pungutan data pemerhatian
terhadap Tahun satu dan dua semasa berada di dalam bengkel untuk menjalankan aktiviti
amali. Pemerhatian telah dijalankan oleh 3 orang guru bengkel Pengajian Awal Kanak -
Kanak. Pemerhatian adalah berdasarkan skan yang telah dipilih. Setiap skan diperhatian
bagi satu sesi amali. Pemerhatian dijalankan sepanjang bulan April dan data dikumpul oleh
pengkaji.
5.4.2 Memilih Kumpulan Sasaran

Tinjauan awal mendapati pelajar Tahun Satu dan Tahun Dua kurang mengamalakan
perlaksanaan keselamatan di dalam bengkel Pengajian Awal Kanak-Kanak. Proses memilih
kumpulan sasar untuk dijadikan sampel kajian dijalankan berdasarkan cadangan guru-guru
Pengajian Awal Kanak-Kanak yang lain. 15 orang pelajar masing-masing dari Tahun Satu
dan Tahun Dua dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Pemilihan pelajar dari Tahun Satu
dan Tahun Dua adalah kerana keyakinan para guru Pengajian Awal Kanak-Kanak
kemampuan pada Tahun Satu dan Tahun Dua memberikan ciri-ciri yang mewakili seluruh
pelajar daripada kursus-kursus yang lain. Tahun Satu dan Tahun Dua terdiri daripada 60
orang murid. Namun bilangan murid yang digunakan hanya seramai 30 orang. Pemilihan 30
orang ini adalah dipengaruhi faktor kekerapan kehadiran pelajar ke sekolah.

5.4.3 Mereka Model RKT

Model RKT direka dalam masa dua minggu berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan.

5.4.4 Mengaplikasi RKT

Selepas pemilihan kumpulan sasar, RKT mula diaplikasi terhadap kumpulan A


selepas ujian pra dijalankan pada awal April. Sesi dijalankan di bengkel Pengajian Awal
Kanak-kanak dan memakan masa selama 20 minit oleh penerangan guru berkenaan
keperluan mengetahui Bahaya, Kesan kemalangan dan Tindakan yang perlu diambil dan
dilakukan selepas kemalangan berlaku.
Kemudian murid ditunjukkan Model RKT dan dijelaskan oleh guru. Pelajar
diberikan 10 minit untuk melukis semula Model RKT dalam buku nota KHB mereka tanpa
merujuk semula salinan Model RKT. Murid diminta menghafal model RKT. Selepas satu
minggu, ujian pos dijalankan.
5.4.5 Menguji Hasil Aplikasi RKT

Ujian pos dijalankan dan mendapati murid pada kumpulan A menunjukkan pencapaian yang
meningkat berbanding kumpulan B yang tidak didedahkan dengan Model RKT. Bagi
mengesahkan dapatan peningkatan pencapaian ujian pos murid, pemerhatian dijalankan
terhadap kumpulan A dan kumpulan B. Pemerhatian dijalankan berdasarkan 3 skan yang
dipilih. Pemerhatian terhadap dua kumpulan ini memakan masa selama tiga minggu pada
bulan Mei kerana sesi amali bagi setiap kelas hanyalah dijalankan seminggu sekali.
6.0 Refleksi Kajian
6.0.1 Peningkatan Amalan Keselamatan Murid
Berdasarkan tinjauan masalah, didapati tahap amalan keselamatan murid meningkat selepas
penerapan Konsep RKT dijalankan. Peningkatan skor markah pada ujian pos berbanding
ujian pra bagi 10 orang murid pad Kumpulan A adalah seperti berikut.

Carta 1 Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos Kumpulan A

Pemerhatian yang dijalankan juga menunjukkan murid yang berada pada kumpulan A lebih
mengamalkan amalan keselamatan ketika berada di dalam bengkel selepas diterapkan
Model REA berbanding Kumpulan B
Carta 2 : Perbandingan Pemerhatian Selepas Ujian

6.0.2 Penguasaan Murid Terhadap Topik Keselamatan


Model yang diperkenalkan bukan sahaja membantu murid mengingati langkah keselamatan
yang perlu diamalkan tetapi turut menambahkan penguasaan murid terhadap topik
keselamatan di dalam bengkel seperti pada kandungan KHB tingkatan 1 dan 2.

7.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Untuk kajian seterusnya, adalah dicadangkan supaya kajian melibatkan lebih ramai murid
sebagai sampel kajian. Selain itu, penambahbaikan terhadap model RKT juga dapat
dilakukan mengikut kesesuaian murid di lain-lain sekolah.
8.0 Bibliografi

Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga (2008). Bahagian


Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) (2007). Sebuah Panduan


Mengenai Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja.

Abdul Rahman, M.A. & Abdul Wahab, M. Z. (2010). Pengetahuan dan Pengamalan
Keselamatan Bengkel Di kalangan Pelajar Sebuah Institut Kemahiran Belia Negara Di
Negeri Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like