You are on page 1of 6

1) TAJUK:

SISTEM ENJIN: SISTEM PENGHANTARAN KUASA, SISTEM PENYEJUKAN DAN


SISTEM PELINCIRAN

2) OBJEKTIF:
1. Memahami sistem penghantaran kuasa yang terdapat dalam 4 lejang dan 2 lejang
2. Mempelajari dan mengetahui fungsi komponen-komponen yang terdapat dalam enjin 4
lejang dan 2 lejang.
3. Menerangkan sistem penyejukan secara terperinci.
4. Mempelajari dan mengetahui fungsi komponen yang terdapat dalam sisitem
penyejukan.
5. Menerangkan secara terperinci fungsi sistem pelinciran.
6. Mempelajari komponen-komponen yang terdapat dalam sistem pelinciran.
3) PERBINCANGAN

A) SISTEM PENGHANTARAN KUASA

i) Enjin 4 lejang
a. Pengenalan:
Enjin 4 lejang menghasilkan kuasa dengan empat kali pergerakan omboh ke atas dan
kebawah dalam setiap selinder.
b. Komponen utama dalam enjin 4 lejang:
i. Silinder
ii. Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain
oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi
penyejuk air adalah untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi
tuang atau logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat
pembakaran berlaku.
iii. Rod penghubung
Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan aci engkol.
Rod penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan aci engkol
dan pada masa yang sama menukarkan gerakan salingan omboh kepada putaran
pada aci engkol.
iv. Aci engkol
Aci engkol adalah aci utama enjin yang terdiri daripada pin engkol dan jaringan
yang ditumpangkan pada kotak engkol melalui galas utama. Aci engkol diperbuat
daripada keluli tempa. Hujung hadapan aci engkol dihubungkan kepada injap dan
fungsinya untuk menggerakan pam air dalam sistem penyejukan. Hujung
belakangnya disambungkan pada roda tenaga .
v. Roda tenaga
Roda tenaga diperbuat daripada disk besi tuangan yang di hubungkan pada
hujung aci engkol. Ia berfungsi untuk melicinkan kelajuan enjin di antara lejang
kuasa. Apabila daya pusingan dikenakan ke atas aci engkol, roda tenaga akan
berputar dan menggerakankan tali sawat.
vi. Omboh
Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan
luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah
untuk memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa.

c. Proses kitaran enjin 4 lejang


1. Lejang masukan
Omboh bergerak dari atas ke bawah. Isipadu silinder bertambah menyebabkan
pengurangan tekanan dan membentuk separa vakum di dalam selinder. Injap
masukan terbuka dan injap ekzos tertutup. Campuran udara dan bahan api
memasuki silinder melalui liang masukan.
2. Lejang mampatan

Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan
memampatkan campuran udara-bahan api. Pada penghujung lejang mampatan,
palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi
dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung
lejang mampatan.
3. Lejang kuasa

Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api


palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara
sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran
campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran
mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa
kepada enjin.
4. Lejang ekzos

Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos
keluar dari kebuk pembakaran.

ii) Enjin 2 lejang


a. Pengenalan
Enjin 2 lejang adalah enjin yang menghasilkan kuasa melalui 2 kali pergerakan omboh ke
atas dan ke bawah untuk melengkapkan 1 kitaran dalam silinder.
b. Komponen utama dalam enjin 2 lejang.
i. Omboh
ii. Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan
luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah
untuk memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa. Ia
juga berfungsi mengawal kemasukan campuran bahan bakar dan pengeluaran
hasil pembakaran.
iii. Silinder
Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain
oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi
penyejuk air adalah untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi
tuang atau logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat
pembakaran berlaku.
iv. Rod penghubung
Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan pemesong.
Rod penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan pemesong
bagi menghasilkan pergerakan komponen dalam enjin.
v. Liang pindah
Liang pindah merupakan liang yang menyambungkan silinder dengan kotak
enjin. Ia berfungsi memindahkan bahan bakar dari kotak enjin ke silinder untuk
pembakaran.
vi. Liang masukan

Liang masukan berfungsi menjadi laluan bahan bakar seperti minyak, pelincir dan
udara memasuki kotak enjin.

vii. Liang ekzos


Liang yang menyambungkan silinder dengan ekzos. Ia berfungsi mebebaskan
hasil pembakaran iaitu gas keluar dari kawasan pembakaran.

c. Proses kitaran dalam enjin 2 lejang


1. Lejang masukan dan lejang mampatan :–
Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir.
Gerakan omboh ke atas menyebabkan tekanan udara di dalam kotak engkol menjadi
rendah, membolehkan campuran udara-bahan api-pelincir dari karburetor masuk ke
dalam
2. Lejang kuasa dan lejang ekzos :–
Peringkat ini bermula sebaik sahaja campuran udara-bahan api terbakar, menyebabkan
gas pengembangan mengembang dan memaksa omboh turun ke bawah, menghasilkan
kuasa pada enjin. Gerakan omboh ke bawah juga memampatkan campuran udara-
bahan api-pelincir, maka apabila omboh terus bergerak ke bawah sehingga membuka
liang masukan dan liang ekzos, gerakan omboh ke bawah memaksa campuran udara,
bahan api, pelincir yang segar masuk ke dalam kebuk pembakaran dan memaksa gas
ekzos keluar.

LAKARAN KOMPONEN

ENJIN 4 LEJANG

You might also like