You are on page 1of 18

PROGRAM LATIHAN GURU

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tajuk 2.0 PERWAKILAN DATA

Topik 2.2 UKURAN DATA

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, guru dapat:
1. Mengenalpasti unit ukuran bagi imej digital dan audio digital.
2. Membanding saiz fail imej yang sama dalam pelbagai format.
3. Mebandingkan kualiti dan saiz imej apabila kedalaman warna (colour depth) dan resolusi
bagi imej dikurangkan.
4. Menghubung kait saiz audio dengan kadar kedalaman bit (bitrates) bagi audio.
5. Membandingkan saiz fail dan kualiti untuk audio yang sama bagi format yang berlainan.
6. Menghasilkan penukaran saiz data bagi fail audio dan imej.

B. Kandungan Pengajaran
2.2.1 Unit Ukuran Imej Digital Dan Audio Digital
2.2.2 Perbandingan Saiz Fail Imej Yang Sama Dalam Pelbagai Format
2.2.3 Perbandingan Kualiti Dan Saiz Imej
2.2.4 Perhubungan Saiz Audio
2.2.5 Perbandingan Saiz Fail dan Kualiti Audio
2.2.6 Penukaran Saiz Data
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

PERWAKILAN DATA

2.2 UKURAN DATA


2.2.1 Unit Ukuran Imej Digital Dan Audio Digital
i. Pengenalan
Dalam perkomputeran, komputer menganggap semua data, nombor, huruf dan simbol
adalah sebagai nombor. Malah, arahan komputer juga adalah berbentuk nombor.
Sistem pernomboran yang digunakan oleh komputer diwakilkan dalam sistem perduaan
(binary), perenambelasan (hexadecimal) dan perlapanan (octal). Komputer menggunakan
digit perduaan untuk mewakilkan data iaitu 0 dan 1 yang dikenali sebagai bit.

Bit Bait (Byte) Aksara


Unit utama elektronik bagi Unit yang terbina dari gabungan Contoh aksara seperti S, K,
data digital. Bit ditulis dalam bit-bit. Satu bait bersamaan Y, G, T, +, 7 dan % adalah
bahasa asas dua sebagai "1" dengan 8 bit. Manakala 1 bait bersaiz 8 bit yang bersamaan
atau "0". bersamaan 1 aksara dengan 1 bait. Contohnya
aksara S mewakili kod binari
01000110 yang hanya
difahami oleh komputer.

Unit data terkecil yang boleh Satu bait mewakili satu aksara
diproses oleh sesebuah tunggal.
komputer. Bit adalah
singkatan bagi perkataan
binary digit.

Bit adalah nombor 1 dan 0.


Nombor-nombor ini mewakili
sistem binari. Ia akan
mewakili arahan on dan off,
true dan false atau yes dan
no.
Jadual 1

ii. Hubungan Perwakilan Data: bit, bait dan aksara.


Komputer hanya mengenali dua digit sahaja; 1 dan 0, sistem nombor ini dipanggil
sistem perduaan atau lebih dikenali sebagai sistem binary (binary system).

Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit dan merupakan unit terkecil untuk data
yang diwakilkan oleh komputer.

Satu bit sebenarnya tidak membawa apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit
dikenali sebagai bait (byte) dan boleh mewakilkan banyak data atau pun
2
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1 bait boleh
mewakili sehingga 256 aksara berbeza ini termasuklah nombor, huruf besar, huruf
kecil dan simbol-simbol tertentu. Kombinasi beberapa 0 dan 1 dipanggil Skema
Pengekodan.

Dua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII (American
Standard Code for Information Interchange), yang digunakan di dalam komputer
peribadi dan minikomputer; dan EBCDIC (Extended Binary Coded Decimal
Interchange Code) yang digunakan di dalam komputer kerangka utama.

Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman
(A hingga Z) dan nombor (1-9). Ia tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain
seperti bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun.

Skema pengekodan untuk bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun menggunakan unit
UNICODE. Skema ini merangkumi 65536 aksara di dalam perisian pemprosesan
perkataan dan perisian-perisian lain.

Data, maklumat dan arahan yang disimpan pada peranti storan boleh diukur
mengikut urutan seperti rajah di bawah:

1 Bit = 0 dan 1 (On/Off)


1 Bait = 8 bit
8 Bit = 1 aksara ASCII dan EBCDIC
16 Bit = 1 aksara UNICODE

Unit terkecil dimulai dengan Bit, berasal dari perkataan Binary Digit terdiri
daripada digit 0 dan 1 sahaja.
Gabungan 8 bit menjadi 1 Bait. 1 Bait bersamaan dengan 1 aksara.

Unit Bersamaan
1 kilobait 210 bait
1 Megabait 220 bait
1 Gigabait 230 bait
1 Terabait 240 bait
Jadual 2

3
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

iii. Mengenalpasti unit ukuran bagi imej digital.

Imej digital juga merujuk kepada imej yang dihasilkan dengan menggunakan komputer
atau grafik berkomputer. Imej digital boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
a. Imej Bitmap atau grafik Raster
Imej bitmap terbentuk daripada satu kumpulan piksel.
Imej ini disimpan dalam satu set piksel.
Satu piksel merujuk kepada satu titik pada skrin komputer.
Setiap piksel terdiri 2 atau lebih warna.
Setiap titik pada skrin ditetapkan untuk warna yang dinyatakan dalam
bitmap.
b. Imej Vektor atau grafik Metafile.
Imej vektor ini disimpan sebagai satu set persamaan matematik.
Persamaan ini akan mentakrifkan lengkung, garis dan bentuk.
Dibina berdasarkan unsur-unsur lukisan atau objek.
Imej ini boleh terdiri daripada garis, segi empat tepat, elips, lengkok,
lengkung dan lain-lain.
Semua imej yang dicipta ini akan disimpan sebagai satu set arahan
dalam komputer.
Kedalaman Warna ditentukan oleh berapa banyak data dalam bit yang
digunakan untuk menentukan bilangan warna.

Rajah 1: Imej Bitmap dan Imej Vektor

4
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

Antara faktor-faktor yang menentukan kualiti dan juga saiz fail sesebuah imej ialah:
a. Saiz imej
Saiz merujuk kepada tinggi dan lebar sesebuah imej dan diukur dalam unit
inci, cm, dot dan sebagainya.
Saiz imej kadang kala mengelirukan memandangkan saiz imej yang sama
mungkin mempunyai resolusi yang berbeza.
Biasanya imej diukur dalam dot atau piksel. Dengan cara ini kita mudah
untuk menentukan kualiti data bagi sesebuah imej kerana imej yang bersaiz
300 piksel lebar dan 500 piksel tinggi mengandungi 15 000 piksel walau
sebesar mana pun saiz tersebut dalam inci.
Saiz imej akan menentukan bentuk paparan serta masa yang diperlukan untuk
muncul dipaparan komputer.

b. Kedalaman warna
Kedalaman warna merujuk kepada julat warna yang wujud di dalam sesebuah
piksel ataupun berapa banyak warna yang berbeza wujud dalam sesebuah
imej.
Imej boleh mempunyai kedalaman warna sekurang-kurangnya 2 warna iaitu
hitam dan putih. Kedalaman imej boleh mencapai 16 juta warna.
Semakin tinggi kedalaman warna semakin besar saiz sesebuah fail
Kedalaman warna juga dipanggil “Colour Depth”. Semakin tinggi kedalaman
semakin banyak warna terlibat.

Contohnya:

24 bit = atau 16,777,216 variasi warna

Rajah 2

8 bit = atau 256 variasi warna

Rajah 3

5
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

4 bit = atau 16 variasi warna

Rajah 4

2 bit = atau 4 variasi warna

Rajah 5

1 bit = atau 2 variasi warna

Rajah 6

c. Dithering ialah proses penukaran kedalaman warna sesebuah imej dari tinggi ke
kedalaman warna yang lebih rendah. Warna imej asal ditukar kepada warna yang
paling hampir dengan warna asal tersebut berdasarkan kepada warna-warna palet
yang ada.

Kualiti imej selepas dithering adalah bergantung kepada algoritma yang


digunakan, tetapi kebanyakkan sistem menyediakan penghampiran yang baik
seperti imej asal.
Apabila sesebuah aplikasi melakukan proses dithering terhadap sesuatu imej,
ia akan menukarkan warna yang tidak mampu untuk dipaparkan kepada
corak-corak (pattern) dua atau lebih warna yang hampir menyerupai warna
imej sebenar.

Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Color_depth

6
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

Contoh Penurunan Kadar Sampel dan Dithering

Gambar Asal

Gambar yang telah di rendahkan Gambar yang telah melalui


kadar sampel (Downsample) proses Dithering

Rajah 7: Penurunan Kadar Sample dan Dithering

Sumber: http://blog.landr.com/what-is-dither-when-to-use/

7
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

d. Resolusi Imej

Resolusi imej merujuk kepada jumlah titik (dot) bagi setiap inci (dot per inci)
yang meliputi lebar dan tinggi pada imej.
Resolusi setiap imej adalah berbeza dan ia ditentukan oleh banyak faktor.
Antaranya perkakasan yang digunakan bagi menghasilkan sesebuah imej
digital. Contohnya scanner.
Resolusi boleh dikurangkan tetapi ia akan mengurangkan ketajaman atau
ketepatan sesebuah paparan imej.
Resolusi boleh dipertingkatkan dalam keadaan sebenar dengan
cara“redigitizing” (digital semula) sesuatu imej dengan resolusi yang lebih
tinggi. Contohnya, scan semula imej dengan menggunakan scanner yang
mempunyai resolusi yang tinggi.
Resolusi paparan komputer merujuk kepada jumlah bilangan piksel yang
meliputi lebar dan tinggi sesebuah monitor. Resolusi skrin paparan akan
menentukan kualiti imej yang akan dipaparkan.

Rajah 8: Resolusi Imej

8
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

iv. Mengenalpasti unit ukuran bagi audio digital.

Audio yang anda dengar setiap hari adalah dalam format analog. Ia terbentuk daripada
isyarat yang bergerak dalam gelombang yang berterusan. Komputer memproses data
dalam bentuk isyarat elektrik, bukannya pergerakan fizikal angin atau lain-lain bahan.
Bunyi yang dirakam oleh kad suara (sound card) didigitalkan (ditukarkan dari bentuk
analog ke bentuk digital) dan disimpan sebagai fail audio. Untuk memainkan semula
bunyi tersebut melalui komputer, bunyi digital yang disimpan dalam bentuk kombinasi
angka (1 dan 0) perlu ditukarkan kembali ke dalam format analog.

v. Menganggar Saiz Fail Audio

Saiz fail bagi rakaman audio digital selama 1 saat berasaskan jenis mono bergantung
kepada kadar sampel dan kedalaman bit. Formula berikut boleh digunakan bagi
menentukan saiz fail rakaman audio.

Kadar Sampel x Kedalaman Bit / 8 x masa

Sebagai contoh, rakaman audio bagi satu saat dengan kadar sampel 44.1 kHz dan bit-
depth ialah 16 bit adalah bersamaan 88,200 bait (88.2 Kb).

44100 x 16 /8 = 88200

Bagi rakaman jenis stereo jumlah ini perlu digandakan 88200 x 2 = 176400 (176.4 Kb).
Kualiti rakaman stereo lebih baik berbanding jenis mono.

Kualiti Kadar sampel Bit-depth


Tinggi (CD Quality) 44.1 kHz 16 bit
Biasa (Radio Quality) 11.025 kHz 8 bit

Jadual 3

9
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

2.2.2 Perbandingan Saiz Fail Imej Yang Sama Dalam Pelbagai Format
i. Bitmap (*.bmp)
Format piawaian yang disediakan oleh kebanyakan perisian imej dipersekitaran
Windows. Imej boleh dieksport dalam kedalaman berbeza seperti 1-bit, 4-bit, 8-bit
atau 24-bit.
Imej 4-bit dan 8-bit boleh dimampat mengguna pengekodan RLE(Run Length
coding) Iyang merupakan kaedah pemampatan Lossless.

ii. Joint Photographic Experts Group (*.jpeg)

Format gambar yang banyak digunakan untuk memyimpan gambar dengan ukuran
lebih kecil
nama fail untuk format ini ialah .JPG atau .JPEG
Format fail JPEG mampu menyimpan gambar dengan jumlah warna yang sangat
banyak (24 bit warna)
Format ini sesuai digunakan untuk imej yang diimbas dan ingin digunakan pada
WWW.
Kegunaan utama fail berformat JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi
gambar sebenar. Ini adalah kerana JPEG mampu mengendalikan imej-imej yang
mempunyai kedalaman warna yang tinggi (sehingga 16.7 juta warna) tetapi dalam
masa yang sama ianya tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar.

iii. Tagged Image File Format (*.tiff)


TIFF telah dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986 dan ianya khas
digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti
seperti pengimbas imej (scanner), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik.
Merupakan antara piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan diterima
dengan meluas bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam
putih dan sebagainya.

iv. Graphic Interchange Format (*.gif)


Format GIF biasanya menggunakan kaedah pemadatan algoritma dan ianya
merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan bagi tujuan
memadatkan sesuatu data dalam sistem komputer.
Piawaian jenis ini telah dibangunkan pada tahun 1987 oleh CompuServe iaitu
salah sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan papan bulletin (bulletin board)
yang terkemuka.
10
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

Format penyimpanan fail grafik secara GIF sering digunakan untuk menyimpan
grafik asas seperti ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun.
Fail yang menggunakan format GIF menggunakan format grafik 8 bit yang mana
ini bermakna ia mampu memaparkan imej sehingga 256 warna yang berbeza.
Ini membolehkan satu fail yang kecil dihasilkan dan ini merupakan antara faktor
kenapa imej berformat GIF sering digunakan bagi tujuan pindah terima memerusi
talian internet.
Walaupun imej GIF agak kecil dan tidak memerlukan masa pemindahan terima
yang tinggi namun ianya mempunyai satu kelemahan di mana ianya tidak boleh
digunakan bagi grafik yang mempunyai lebih dari 256 warna.

Jenis Sambungan
Jenis Fail Nama
Grafik Fail
Bitmap Bitmap Raster bmp
Bitmap Portable Bitmap Raster .pbm, .pgm, .ppm, .pnm
DIB Device Independent Bitmap Raster .dib
GIF Graphic Interchange Format Raster .gif
JPEG Joint Photographic Experts Group Raster .jpg, .jpeg, .jpe
TIF Tag Image File Format Raster .tif, .tiff
PNG Portable Network Graphic Raster .png
PSD Photoshop Raster .psd, pdd
EPS Encapsulated PostScript Vektor .eps
WMF Windows Metafile Format Vektor .wmf
AI Adobe Ilustrator File Vektor .ai
CDR CorelDraw File Vektor .cdr
CGM Computer Graphic Metafile Vektor .cgm
DXF, DWG AutoCAD File Vektor .dxf, .dwg
FH FreeHand File Vektor .fh
PIC, PICT Macintosh PICT (apple) Raster/Vektor .pic, .pct, .pict
SWF ShockWave Flash Vektor .swf
SVG Scaleable Vector Graphic Vektor .svg

Jadual 4: Jenis dan sambungan fail

11
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

Format : *.jpeg Format : *.bmp


Bit : 24 Bit : 24
Resolusi: 800 x 640 Resolusi : 800 x 640
Saiz Fail: 110kb Saiz Fail: 1.46mb

Format : *.tiff Format : *.gif


Bit : 24 Bit : 24
Resolusi : 800 x 640 Resolusi : 800 x 640
Saiz Fail: 1.49mb Saiz Fail: 248kb

Jadual 5

12
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

2.2.3 Perbandingan Kualiti Dan Saiz Imej

Imej Asal
Bitdepth : 24
Resolusi: 800 x 640
Saiz Fail: 110kb

Imej resolusi Dikurangkan kepada 20%


Format : *.bmp
Resolusi : 160x128
Bitdepth : 16 Bitdepth : 24 Bitdepth : 32
Saiz Fail: 40kb Saiz Fail: 60kb Saiz Fail:80kb

Imej resolusi Dikurangkan kepada 50%


Resolusi : 400x320
Format : *.bmp
Bitdepth : 16 Bitdepth : 24 Bitdepth : 32
Saiz Fail: 250kb Saiz Fail: 375kb Saiz Fail:504kb

Imej resolusi dinaikkan 150%


Resolusi:1200x960
Format : *.bmp
Bitdepth : 16 Bitdepth : 24 Bitdepth : 32
Saiz Fail: 2.19mb Saiz Fail: 3.29mb Saiz Fail:4.39mb

Imej resolusi dinaikkan 200%


Resolusi:1600x1280
Format : *.bmp
Bitdepth : 16 Bitdepth : 24 Bitdepth : 32
Saiz Fail: 3.90mb Saiz Fail: 5.85mb Saiz Fail:7.81mb

Imej resolusi dinaikkan 400%


Resolusi:3200x2560
Format : *.bmp
Bitdepth : 16 Bitdepth : 24 Bitdepth : 32
Saiz Fail: 15.6mb Saiz Fail: 23.4mb Saiz Fail:31.2mb

13
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

2.2.4 Perhubungan Saiz Audio


i. Saluran (Mono dan Stereo)
Rakaman mono bermaksud setiap sample (contoh) yang dirakam melalui satu saluran
(channel) sahaja dan saiz fail audio yang dihasilkan adalah kecil kerana kadar
percontohan (sampling rate) adalah rendah. Sebagai contoh, suara latar sepanjang satu
minit yang dirakam pada kadar percontohan 11kHz mono akan menghasilkan fail audio
bersaiz 661kb sahaja.

Rakaman stereo pula ialah rakaman yang dibuat melalui kedua-dua saluran (channels)
yang terdapat pada kad suara. Saiznya adalah sekali ganda saiz rakaman mono kerana
rakaman stereo dicontohkan (sampling) pada 65,536 bahagian dan diwakili oleh 2 bytes,
1 bytes bagi setiap saluran. Walaupun kualiti suara yang dihasilkan adalah lebih baik
daripada rakaman mono tetapi kekurangannya adalah pada failnya yang bersaiz jauh
lebih besar. Sebagai contoh, rakaman berkualiti CD sepanjang 1 minit akan
menghasilkan fail yang bersaiz 10.5 MB.

ii. Kadar Percontohan - Sampling (8 dan 16 bit)


Kadar Sampel merujuk kepada berapa kali ataupun kekerapan sampel bagi sesuatu audio
tersebut diambil. Semakin tinggi kadar sampel, semakin banyak maklumat sampel yang
diambil maka biasanya semakin tinggilah kualiti digital audio tersebut. Seperti
frekuensi, kadar sampel juga diukur dalam unit Hertz. Tiga nilai kadar sampel yang biasa
digunakan bagi sesebuah rakaman audio ialah 11.025 kHz, 22.05 kHz dan 44.1 kHz.
Sebagai contoh, kadar percontohan 44.1 kHz bermaksud bunyi tersebut dipercontohkan
(sampled) 44,100 kali setiap saat. Ini bermaksud panjang gelombang yang dijanakan
ialah setinggi 44,100 kali bagi setiap saat.

Kebiasannya kadar percontohan 11.025 kHz sudah mencukupi untuk rakaman suara dan
22.025 kHz pula memadai untuk rakaman muzik yang berkualiti. Kadar percontohan
yang lebih tinggi akan menghasilkan kualiti rakaman yang lebih baik. Untuk rakaman
muzik berkualiti CD, kadar percontohan 44.1 kHz adalah diperlukan.

Walaubagaimanapun, rakaman berkualiti CD tidak diperlukan untuk projek multimedia


kerana saiznya yang besar akan melambatkan proses muat naik. Bunyi boleh ditukar
kebentuk digital dalam dua cara iaitu melalui contoh (samples) 8-bit atau 16-bit. Apabila
bunyi analog didigitalkan melalui contoh (samples) 8-bit, gelombang analog dibahagikan

14
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

kepada 256 bahagian (28) per saat, 256 bahagian tersebut menjadikan satu bait maklumat
(information) atau 8-bit, sebab itu ianya dikenali sebagai rakaman 8-bit.

Bunyi biasanya dipercontohkan semula (resampled) dari 16-bit ke 8-bit untuk menjimat
ruang storan. Kebiasannya, bunyi 8-bit adalah lossy, bermaksud maklumat (data) hilang
apabila berlaku penterjemahan daripada bit depth yang lebih tinggi, yang akan
menghasilkan kualiti bunyi yang kurang baik. Percontohan (sampling) 8-bit adalah lebih
bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih
baik, frekuensi perlu direndahkan daripada 22.5 kHz kepada 11.25 kHz dan gunakan
contoh (sample) 16-bit. Jika bunyi 8-bit digunakan, percontohan (sampled) pada 22.5
kHz diperlukan.

iii. Kedalaman Bit (Bit-depth)


Kedalaman Bit ataupun Bit-depth juga dikatakan sebagai saiz sampel yang mewakili
jumlah banyaknya informasi yang disimpan mengenai sesuatu sampel tersebut. Ia juga
boleh dikatakan bilangan bit yang digunakan untuk menyimpan maklumat data tersebut.
Dua jenis bit-depth yang biasa digunakan ialah 8 bit dan 16 bit.

Kualiti data 16 bit adalah lebih baik berbanding 8 bit kerana semakin tinggi saiz sampel
maka lebih banyak maklumat atau informasi yang disimpan.Jenis bit-depth yang dipilih
mestilah bersesuaian dengan kad audio (sound card) yang digunakan iaitu samada kad
audio 16 bit atau 8 bit.

Semakin tinggi bit-depth yang digunakan, maka ia akan menggunakan ruang storan yang
lebih besar (1 bait bagi sampel 8 bit). Ini bermakna jika rakaman audio dibuat selama 10
saat dengan menggunakan kadar sampel 44.1 kHz dan bit-depth 16 bit serta dirakamkan
secara stereo akan menggunakan ruang storan sekitar 2 MB.

15
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

iv. Perbandingan Saiz Fail Untuk Kadar Percontohan (Sampling Rate) / Mod
Rakaman Yang Berbeza

Kadar 16-bit 16-bit 8-bit 8-bit


Percontohan Stereo Mono Stereo Mono
44.1 kHz dengan mampatan
3.15MB 1.57MB 1.57MB 812KB
format WAV
22.5 kHz dengan mampatan
1.58MB 812KB 812KB 412KB
format WAV
11.251 kHz dengan mampatan
818KB 412KB 412KB 376KB
format WAV
44.1 kHz format WAV 12.5MB 6.29MB 6.29MB 3.14MB
22.5 kHz format WAV 6.29MB 3.14MB 3.14MB 1.57MB
11.25 kHz format WAV 3.14MB 1.57MB 1.57MB 805KB

Jadual 6: Kadar Percontohan Saiz Fail

2.2.5 Perbandingan Saiz Fail dan Kualiti Audio


i. Fail Wave (Waveform Audio File)
Fail wave, singkatan untuk Waveform Audio File adalah format standard bagi fail
audio digital yang digunakan oleh Microsoft yang mempunyai extension * .wav
hujungnya.
Fail format ini pada asasnya fail untuk sistem Windows walaupun terdapat beberapa
model komputer sistem Macintosh yang berupaya memainbalik fail wav. Fail wav
menyokong beberapa jenis skim mampatan (compression schemes) bagi
mengecilkan saiznya, bagaimanapun fail yang dimampatkan perlu di
nyahmampatkansebelum dapat digunakan.
Fail yang dimampatkan adalah baik untuk tujuan storan tetapi akan mengambil
masa yang agak panjang untuk proses. Format wav juga boleh dirakamkan pada
kadar percontohan (sampling rate) 8-bit atau 16-bit dalam mod mono ataupun
stereo.

ii. Fail MIDI (Musical Instrument Digital Interface)


MIDI bermaksud Musical Instrument Digital Interface. Ianya adalah protokol
standard yang digunakan untuk membolehkan alat muzik berkomunikasi dengan
sistem komputer. Ini bermakna, papan kekunci elektronik, gitar dan lain-lain
peranti MIDI boleh disambungkan ke synthesizer yang bersambung ke komputer.
Muzik boleh digubah dan kemudiannya diterjemahkan kebentuk digital melalui
synthesizer. Bagaimanapun, data MIDI bukanlah berbentuk digital tetapi
merupakan perwakilan alat muzik dalam bentuk perangkaan (numerical
representation of musical instrument).
16
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

Fail MIDI adalah lebih mampat berbanding dengan fail audio digital dan saiz
sesuatu fail MIDI tidak menentukan kualiti mainbalik fail tersebut (independent of
playback quality). Secara amnya, fail MIDI adalah 200 hingga 1,000 kali lebih
kecil berbanding fail audio digital berkualiti CD, oleh yang demikian, fail MIDI
tidak menggunakan sumber RAM, ruang HDD dan CPU yang banyak.

iii. MP3 (MPEG Level 3)


Format audio MP3 adalah merupakan format audio terkini dan mempunyai ciri-ciri
canggih yang menggunakan algorithma mampatan lossy yang menyahkan
maklumat (data) yang tidak dapat didengari oleh telinga manusia.
Format MP3 juga kenali sebagai MPEG3 (Motion Pictures Experts Group) –
perkongsian dengan format yang digunakan di dalam industri video. Melalui format
ini, audio digital yang berkualiti CD boleh dimampatkan dengan faktor 12.1 tanpa
mengalami kehilangan yang jelas dari segi kualitinya.
Sebagai contoh, trek yang menggunakan ruang sebanyak 40MB dalam CD audio
boleh dimampatkan sehingga 5MB atau kurang tanpa menjejaskan kualiti audionya.
Format MP3 sesuai digunakan dalam aplikasi multimedia kerana mampatan yang
tinggi membolehkan saiz fail dikecilkan dan seterusnya menjimatkan ruang storan.

Format Tempoh masa Saiz Bit -rate


*.mp3 6.16mb 256kbps
*.wave 3.13 minit 32.4mb 1411kbps
*.wma 12.7mb 320kbps

Jadual 7: Format dan Saiz Audio

17
MODUL UKURAN DATA
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1 2016

2.2.6 Penukaran Saiz Data

210 29 28 27 26 25 24 23 22 21 20
1024 215 256 128 64 32 16 8 4 2 1

Unit Ukuran
Bit 0 atau 1
1 Bait 8 Bit
1 Kilobait 210 bait atau 1024 bait
1Megabait 220 bait atau 1024 Kilobait
1 Gigabait 230 bait atau 1024 Megabait
1 Terabait 240 bait atau 1024 Gigabait
1 Petabait 250 bait atau 1024 Terabait
1 Zetabait 260 bait atau 1024 Petabait
1 Yottabait 270 bait atau 1024

Jadual 8: Penukaran Saiz Data

Contoh Pengiraan bagi audio

Kadar Persampelan x sample saiz x masa x saluran (mono atau stereo)

44100hzx 16 bits x 180saat x 2


= 254016000 bits
= 254016000 / 8 bait (ditukarkan kepada bait)
= 31752000 / 1024 kb (ditukatkan kepada kilobait)
= 31007.8125 / 1024 mb (ditukarkan kepada megabait)
= 30.28 mb

18
MODUL UKURAN DATA

You might also like