You are on page 1of 1

SINOPSIS PROJEK

Projek inovasi iaitu Math Kits Tool merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang
boleh digunakan untuk memperkenalkan konsep pranombor kepada murid prasekolah
yang berusia 4 hingga 6 tahun. Konsep pranombor ini merupakan konsep yang terawal
dipelajari oleh murid sebelum mempelajari konsep yang lebih kompleks. Dalam hal ini,
penghasilan bahan ini merupakan cetusan idea yang diperolehi semasa sesi kuliah
bersama pensyarah subjek major yang telah memerihalkan mengenai penggunaan bahan
konkrit. Oleh yang demikian, saya cukup tertarik untuk menggunakan bahan ini untuk
dicuba bersama murid di prasekolah tersebut.

Pemilihan konsep pranombor ini sebagai fokus utama penghasilan bahan ini adalah bagi
memastikan saya sendiri mengikuti perancangan pengajaran tahunan sekolah. Di awal
semester ini, murid sememangnya perlu menguasai pengalaman pranombor ini bagi
memudahkan kefahaman mereka di tahap yang lebih tinggi. Pembelajaran masteri ini
bukan sahaja memudahkan murid malah memberikan satu bonus kepada guru untuk
mengajar sesuatu yang konkrit dan mudah dilihat kepada sesuatu yang abstrak.

You might also like