You are on page 1of 5

FAKTOR – FAKTOR RISIKO KANSER SERVIKS DI

DAERAH KOTA KINABALU SABAH

JENNIFER GARAIM

PROGRAM MATEMATIK DENGAN EKONOMI


SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Tesis ini dilakukan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat memperolehi
ijazah sarjana muda sains dengan kepujian matematik dengan ekonomi.

1.0) Pengenalan

Kanser serviks merupakan kanser organ reproduktif yang paling utama di Negara
kita dan negara-negara lain yang sedang membangun. Di seluruh dunia hampir
setengah juta wanita menghidap penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada
suku juta kematian. Di Malaysia kanser serviks merupakan kes kedua tertinggi
paling banyak menyerang wanita Malaysia dilaporkan iaitu sebanyak 12.9%
selepas kanser payudara. Serviks dirujuk kepada apa sahaja struktur yang
berbentuk seperti leher. Serviks uteri membawa maksud leher uterus. Ia
merupakan sebahagian dari rahim yang membuka ke arah faraj. Serviks dialas oleh
dua jenis sel. Jenis pertama melapisi bahagian luar pangkal rahim dan jenis yang
kedua melapisi bahagian dalam serviks. Di antara kedua-dua jenis sel ini terdapat
satu persimpangan yang dikenali sebagai zon transformasi atau zon pertukaran. Di
kawasan inilah sampel untuk ujian Pap smear diambil kerana di sinilah biasanya
berlaku perubahan yang dikenali sebagai dysplasia atau perubahan prakanser dan
terjadinya kanser
1.1 Pernyataan Masalah

Kanser Serviks merupakan kanser yang kedua tertinggi di Malaysia selepas kanser
payudara. (Al-Naggar& Chen, 2012). Dianggarkan 1600 kes kanser serviks
dilaporkan pada tahun 2003 (LaporanKanserKebangsaan, 2003). Angka sebenar
kes kanser serviks dijangka jauh lebih tinggi daripada angka tersebut
memandangkan banyak kes tidak dilaporkan.

Walaupun terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan
badan-badan berkaitan untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap risiko
penyakit kanser serviks di kalangan wanita, namun kes kanser serviks yang
dilaporkan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, bagi mempromosikan
kesedaran tentang risiko penyakit kanser serviks di Malaysia, faktor-faktor yang
menyumbang kepada penyakit ini harus dikenalpasti. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada risiko kanser serviks
berdasarkan data di Kota Kinabalu.

1.2 Objektif Kajian

Kajian ini dibuat bertujuan :

i) Membina model regresi logistik untuk mewakili faktor risiko kanser


serviks
ii) Mengenal pasti factor risiko kanser serviks di kalangan wanita di Kota
Kinabalu
1.3 Skop Kajian

Kajian ini dilakukan sekitar kawasan Kota Kinabalu. Lokasi ini dipilih kerana
kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk juga adalah tinggi berbanding
dengan dearah-daerah yang lain.

Data akan diperoleh dari

i) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (Hospital Likas)


ii) Hospital Queen Elizabeth
iii) Klinik Nur Sejahtera

1. 4 Kepentingan Kajian

Melalui kajian ini, faktor-faktor risiko kanser serviks akan dapat dikenalpasti.
Dengan mengentahui faktor-faktor risiko kanser serviks ianya diharap dapat
memberikan maklumat yang berguna kepada setiap wanita dan lelaki. Walapun
kanser serviks hanya berlaku di kalangan wanita sahaja namun lelaki juga
berperanan dalam mencegah kanser daripada berlaku.

Selain itu, kajian ini juga boleh meningkatkan tahap kesedaran dan
pengetahuan tentang bahayanya kanser serviks ini, kerana dengan mengentahui
faktor-faktor kepada kanser serviks ini akan memberikan kesedaran kepada wanita
untuk mencegah kanser serviks terjadi dalam diri mereka. Oleh itu, ini pastinya
boleh mengurangkan kadar berlakunya kanser serviks di Sabah.

Kerajaan telah melaksanakan pemberian pelalian HPV secara percuma


kepada remaja yang berumur 13-18 tahun bermula pada tahun 2012. Namun tidak
semua ibu bapa membenarkan anak-anak mereka untuk mendapat pelalian ini
kerana kurangnya pengetahuan tentang kanser serviks ini. Maka dengan kajian ini
dengan mengenal pasti faktor-faktor risiko kanser serviks ini akan dapat
memberikan pendedahan kepada mereka akan risiko-risiko kanser serviks dan
memberikan kesedaran akan pentingnya mendapatkan pelalian HPV.

Kaijan ini juga akan membincangkan risiko kanser serviks dalam kalangan
wanita yang berkahwin dan wanita bujang. Ini boleh memberikan maklumat
berguna kepada wanita, khususnya kepada mereka yang belum berkahwin kerana
kanser serviks sering dikaitkan kepada mereka yang pernah melakukan hubungan
seks.

You might also like