You are on page 1of 9

HELAIAN PENERANGAN

(Information Sheet)
NAMA KURSUS TEKNOLOGI AUTOMOTIF

TAJUK MODUL 11.00 REPAIR VEHICLE ELECTRICAL SYSTEM

TAJUK SUB MODUL 11.01 SERVIS BATERI

Service battery berpandukan servis manual menggunakan


OBJEKTIF PRESTASI / peralatan dan bahan yang sesuai supaya battery kenderaan
Performance Objective (PO) berfungsi dan beroperasi dalam keadaan optimum mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan.

KOD RUJUKAN GM/SW/KPT/TAF06/M11/HP(T1/12) MUKA: 1 DRP: 8


NAMA NO. K/P

TAJUK : BATTERY

TUJUAN :

Helaian ini bertujuan menerangkan :


1. Menerangkan fungsi bateri
2. Menerangkan binaan dan nama nama bahagian bateri.
3. Menerangkan fungsi bateri
4. Menyelengara bateri. ( memeriksa, menguji dan mengecas )

PENERANGAN :

Bateri menyimpan tenaga elektrik dalam bentuk kimia dan Akan menukar
tenaga kimia kepada tenaga elektrik apabila pengguna memerlukannya. Tenaga
kimia diperoleh daripada asid dan plambam yang terkandung di dalam bateri.
Bateri kenderaan adalah dari jenis asid plambam (lead asid battery) atau
dikenali dengan nama bateri bekal.

FUNGSI.

Kegunaan utama bateri ialah memberikan tenaga elektrik kepada motor penghidup
untuk memusingkan enjin dan keperluan permintaan tenaga elektrik yang melebihi
pengeluaran sistem pengecas (alternator). Secara khusus fungsi bateri ialah:

1. Membekalkan arus pada sistem elektrik kenderaan.


2. Menyimpan dan menerima arus dari sistem pengecas.
3. Menstabilkan voltan bagi keseluruhan sistem elektrik kenderaan.

MUKA: 2 DRP:
KOD RUJUKAN GM/SW/KPT/TAF06/M11/HP(T1/12)
8

JENIS-JENIS BATERI

Ada dua jenis bateri iaitu bateri kering dan bateri basah (dry cell and wet cell).Bateri
basahyang digunakan untuk kenderaan bermotor terbahagi kepada dua jenis iaitu
bateri ‘standard’ dan bateri ‘MF’ (maintenance free).Bateri ‘MF’ ialah satu istilah yang
digunakan untuk menyatakan bateri yang menggunakan sedikit air semasa mengguna
disebabkan bahan campuran yang digunakan untuk membuat ‘battery plate grid’.Bateri
‘MF’ juga dikenali ‘low water loss battery’. Bateri ‘standard’ menggunakan sehingga 5%
antimony.Bagaimana-pun menambahkan jumlah antimony akan meningkatkan jumlah
hidrogen yang dilepaskan dan dengan itu bateri akan menggunakan air dengan
banyak.Bateri ‘MF’ menggunakan calcium sebagai ganti antimony sebab 0.2% calcium
sama kekuatannya dengan 6%antimony .

BAHAGIAN BAHAGIAN BATERI

Bahagian bahagian bateri terdiri dari kotak bateri, palam berliang, terminal, pemisah,
elektrolit dan plat.

KOD RUJUKAN GM/SW/KPT/TAF06/M11/HP(T1/12) MUKA: 3 DRP: 8

Kotak bateri
Dibuat daripada plakstik. Ia digunakan untuk menempatkan komponen bateri dan
elektrolit.

Palam berliang
Digunakan untuk membebaskan gas hydrogen semasa bateri sedang dicas. Ia boleh di
tanggalkan untuk mengisi air bateri.

Terminal
Dibuat daripada timah hitam ( plumbum ). Terdapat dua terminal iaitu negative dan
positive.

Plat
Plat positif dibuat daripada plumbum peroksida.plat negatif dibuat daripada plumbum.
Kedua dua berfungsi untuk bertindakbalas dengan elektrolit.

Penyekat
Fungsi penyekat ialah untuk memisahkan plet posotif dan plt negatif supaya tidak
bersentuh yang mana akan mengakibatkan litar pintas.Penyekat ini berliang supaya
elektrolait boleh bergerak dengan bebas dari satu plet ke satu plet yang lain bagi
menghasilkan tenaga elektrik yang maksima.Penyekat dibuat dari kepingan getah,kaca
gentian atau kertas istimewa.

Elektrolait
Elektrolait ialah campuran diantara asid dengan air suling yang bertindakbalas dengan plat
plumbum untukmenghasilkan arus elektrik. Elektrolait dibuat daripada 60% air suling
dengan 40% asid sulfurik.Elektrolait dijual dalam keadaan sudah dicampur,dengan kekuatan
cas penuhnya diantara 1.260-1.280 s.g.,atau telah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam
bateri semasa bateri itu dijual.

Air bateri.
Diperbuat daripada air yang disulingkan. Air bateri perlu ditambah kedalam bateri
sehingga paras maksima apabila paras elektrolit dalam bateri berkurangan. Air bateri
disimpan dalam bekas plastik bagi mengelakkan berlakunya tindakbalas kimia.

KOD
GM/SW/KPT/TAF06/M11/HP(T1/12) MUKA: 4 DRP: 8
RUJUKAN
Ampere-jam ( ampere-hour)

1. Ampere-jam ialah unit yang digunakan untuk mengukur keupayaan


sesebuah bateri.
2. Ampere-jam juga dikenali sebagai kaedah 20 jam.ianya bermaksud
jumlah
arus mantap yang boleh dibekalkan oleh bateri bercas penuh dalam
tempoh 20 jam
pada suhu 27˚c. bagi bateri 12 v susutan voltan dalam tempoh tersebut
hendaklah tidak kurang daripada 10.5v.

Sebab-sebab kerosakan bateri.

Kebanyakan hayat bateri adalah sekitar 2 hingga 5 tahun.Bagaimanapun perhatian


yang tertentu membantu memanjangkan hayat bateri,begitu juga penyalahgunaan
boleh memendekkan hayatnya.Sebab utama kerosakan bateri ialah lampu cas.Pastikan
system pengecas (pendawaian litar,jenarus,alatatur voltan dan penyambung litar)
berfungsi dengan baik untuk mencegah kerosakan.Charging voltage melebihi 15 volt
boleh menyebabkan plet-plet di dalam bateri menjadi erut akibat lekang(tanggal) dari
bingkai(plate grid) dan gugur ke bawah.Gegaran atau pantulan boleh menyebabkan
kerosakan bahagian dalam sama seperti lampu cas.

Alat menguji bateri.


Alat yang biasa digunakan bagi menguji bateri ialah hydrometer,high rate discharge
cell tester dan multimeter.

Hydrometer
Merupakan alat untuk menguji specific gravity.Ia terdiri daripada beberapa bahagian
iaitu rubber bulb, silinder gelas dan float.Pada float ini terdapat skala yang mana
mentafsirkan keadaan bateri tersebut.Apabila asid disedut ke dalam ,float akan timbul
dan dengan ini terdapat paras menunjukkan bacaan. Selepas menguji larutan yang ada
di dalamnya hendaklah dikeluarkan dan hendaklah dicuci.
Ketumpatan bandingan electrolyte bagi bateri pada suhu normal ialah 80 º F. bacaan
ketumpatan bandingan adalah seperti berikut :
1. Full charge/ cas penuh - 1.260 – 1.280
2. Half charge/ cas setengah - 1.200 – 1.240
3. Cell rosak - 1.160 – 1.180

KOD
GM/SW/KPT/TAF06/M11/HP(T1/12) MUKA: 5 DRP: 8
RUJUKAN
Hydrometer digunakan untuk menguji :
1. Ketumpatan bandingan (s.g) pada satu cell.Ketumpatan bandingan ialah berat
isipadu asid yang dibandingkan dengan isipadu air. Unit bagi asid ialah gram
manakala unit bagi air ialah cubic centimeter(C.C).
2. Nisbah atau ratio dalam satu bateri.(perbezaan S.G antara satu cell dengan satu
cell yang lain.
3. Menguji sama ada bateri itu menerima charge atau tidak selepas bateri
discharge.

Ketumpatan bandingan / Specific Gravity(S.G)


S.G ialah dikira nisbah berat asid yang dibandingkan dengan berat air.Asid dikira dalam
unit gram dan air dikira dalam unit centimeter padu(c.c).Bertambah berat asid akan
meningkatkan ketumpatan bandingan (s.g) elektrolait.Alat yang digunakan untuk
menguji ketumpatan bandingan elektrolait ialah jangka haidro(hydrometer).

High Rate Discharge Tester(HRDT)


Pada bahagian atasnya terdapat pemegang yang bertebat. Selain dari itu ianya
mempunyai meter dan juga dihujungnya dipanggil progs.Pada meter terdapat logam
yang berintangan tinggi bagi mengelakkan bahaya pada meter apabila dibuat ujian.Di
dalam meter terdapat skala yang mana menunjukkan bacaan tertentu.Apabila diuji
antara kedua-dua terminalnya didapati bacaan 0 hingga 1 tidak digunakan.Jika
sukatnya 1 hingga 1.6 volt,ianya lemah dan perlu discharge semula.Bacaan 1 hingga 2
volt dalam masa 10 saat ini menunjukkan cell tersebut rosak.

HRDT digunakan untuk menguji :


1. Litar pintas atau short circuit pada tiap-tiap cell bateri.
2. Jumlah voltan yang ada pada tiap-tiap bateri.
3. Setiap cell sama ada ia boleh menyimpan arus atau tidak semasa hendak
menggunakan HRDT pastikan setiap cell bateri melebihi 1.5 volts
4. Untuk mengetahui mana satu positive terminal battery.

KOD
GM/SW/KPT/TAF06/M11/HP(T1/12) MUKA: 5 DRP: 8
RUJUKAN
Penyelenggaraan bateri (battery maintenance)

1. Periksa selalu S.G setiap cell pada bateri.


2. Tambahkan air suling bila bateri kekurangan electroyte.Pastikan setiap plate
dalam bateri terendam dalam electrolyte.Anggarkan lebih kurang ¼ inci lebih
tinggi paras electrolyte dari plate.
3. Pastikan bahagian atas bateri terutama pada positif terminal selalu bersih.
4. Periksa tudung udara sentiasa ketat dan lubangnya tidak tersumbat.
5. Sapukan sedikit petroleum grease jelly pada kepala bateri dan periksa bateri
clamp
terikat dengan kemas.

Langkah-langkah keselamatan semasa mengecas

1. Pastikan punca positif dari pengecas mestilah disambungkan pada punca positif
juga.
2. Jangan tanggalkan bateri dari pengecas selagi pengecas masih belum di offkan.
3. Semasa bateri discharge,ia akan mengeluarkan gas hidrogen yang mudah
terbakar.Jauhkan sebarang alat yang boleh mengeluarkan spark atau bunga api
yang mana boleh menyebabkan kebakaran apabila berdekatan.
4. Pastikan vent cap ditanggalkan dari bateri semasa charging.Ini bertujuan untuk
membebaskan gas hidrogen keluar bebas.

KOD RUJUKAN GM/SW/KPT/TAF06/M11/HP(T1/12) MUKA: 7 DRP: 8


JENIS SAMBUNGAN MENGECAS
Dua jenis sambungan yang biasa digunakan untuk mengecas ialah :
1. Sambungan secara siri atau kaedah arus tetap.
2. Sambungan secara selari atau kaedah voltan tetap.

Mengecas siri

Kaedah sambungan secara siri membolehkan bateri dicas sehingga kepada muatan
maksima pengecas dalam satu masa.Arus pengecas yang sama nilaiannya melalui
kesemua bateri yang sedang dicas dan dikawal secara manual nilai arusnya melalui suis
di pengecas.Kadar mengecas boleh diubah dari sifar (kosong) kepada arus maksima
muatan mengecas.Mengecas siri mempunyai beberapa kebaikan :
1. Arus mengecas boleh dilaras pada had yang terhampir bersesuaian dengan
bateri di dalam litar.
2. Bateri boleh ditinggalkan tanpa dijaga untuk jangka masa yang panjang pada kadar
mengecas yang rendah,terutamanya diwaktu malam.

3. Bateri yang berkadaan bersulfat (sulfated) boleh diletakkan bersama di dalam litar.
4. Keburukan utama mengecas siri ialah kadar cas maksima ditentukan oleh
muatan bateri (battery capacity) yang paling kecil diantara bateri di dalam litar.
Sebaik sahaja ia sudah bercas penuh,mestilah di keluarkan dari litar dan
pengecas dilaras sesuai dengan beban semasa.

KOD RUJUKAN GM/SW/KPT/TAF06/M11/HP(T1/12) MUKA: 8 DRP: 8


Mengecas selari

Dalam sambungan secara selari pengecas memberikan arus dalam keadaan voltan
yang tetap terhadap berbilang bateri dalam litar iaitu sama ada enam volt atau dua
belas volt sahaja.
Pengecas ini senyap dalam operasi dan berkesan serta kurang senggaraan sepanjang
umurnya.Mengecas selari mempunyai beberapa kebaikan :

1. Tiada arus yang dibazirkan disebabkan arus yang diambil sebagai yang
diperlukan sahaja oleh setiap bateri yang sedang dicaskan.

2. Bateri boleh ditinggalkan bercas tanpa bahaya kemungkinan berlakunya lampau


cas dan menjadi rosak.Apabila bateri sudah bercas penuh,hanya sejumlah kecil
arus yang diambilnya.Sedangkan dalam mengecas siri,bateri akan menerima
sejumlah arus yang sama banyak sama ada ia sudah bercas penuh ataupun
tidak mengakibatkan bateri boleh menjadi lampau cas.

3. Masa yang diambil untuk mengecas bateri adalah pendek.

4. Seberapa banyak bateri pun boleh disambung dalam selari dan dicas pada masa
yang sama tanpa perlu mengawal arus sebagai yang diperlukan oleh bateri yang
paling kecil dalam litar mengecas siri.

RUJUKAN :
ABU BAKER BIN MD JELAS, PERISAMY A/L PERIYASAMY, MD SUKRI YASIN (2005)
AUTOMOTIF KENDERAAN Tingkatan 4 dan 5.
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA KUALA LUMPUR
KK 600-10740 2101 ISBN 983-62-8617-9 Mukasurat 1-17

You might also like