Professional Documents
Culture Documents
Sejarah Trial Kelantan
Sejarah Trial Kelantan
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].
___________________________________________________________________________
Kertas Soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2019
2
SULIT*
2. Bincangkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Raja Louis XlV (1643 – 1715) untuk
mengukuhkan sistem pemerintahan beraja mutlak di Perancis.
[20m]
3. Huraikan idea yang dikemukakan oleh Charles Louis Montesque dalam bukunya ‘The
Spirit of Law’ pada abad ke 18.
[20m]
[20m]
6. Bincangkan penglibatan united kingdom dari aspek politik dan ekonomi dalam
komanwel. [20m]
940/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* SKEMA SET 2
___________________________________________________________________________
@Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2019
A. PENGENALAN
1. Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut
seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan dan
penjelajahan.
2. Masyarakat maritim terdiri daripada golongan pedagang, nelayan, nakhoda, anak kapal dan
peneroka.
B. ISI
1. Kedudukan geografi
i. Jepun terdiri dari beberapa buah pulau seperti Kyushu, Shikoku, Hokaido dan Honshu.
ii. Petempatan didirikan di kawasan pesisiran pantai kerana bentuk muka buminya
bergunung-ganang.
iii. Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduknya terlibat dengan
ekonomi berkaitan kelautan
2. Perdagangan
ii. Pedagang - pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara di rantau
Asia Tenggara.
iv. Zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal yang dating ke Jepun.
ii. Pelabuhan-pelabuhan ini menjadi tumpuan pedagang-pedagang Jepun dan luar Negara.
Pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu.
i. Kemajuan yang dicapai oleh Jepun dalam teknologi pelayaran dan pembinaan kapal
menyebabkan Negara tersebut berjaya muncul sebagai sebuah masyarakat maritim.
ii. Jepun melahirkan ramai pelayar yang mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran serta
pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi dan perkapalan.
iii. Pada abad ke-16 M, muncul pusat pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di Jepun.
Masyarakatnya juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal besar yang sesuai
untuk pelayaran jarak jauh.
iv. Kapal Shuisen merupakan kapal layar yang digunakan oleh pedagang Jepun untuk belayar
ke Asia Tenggara.
i. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh kerajaan Jepun juga menyumbang kepada
kemunculan masyarakat maritime di Jepun.
ii. Dasar ini menyebabkan masyarakat maritim Jepun terdedah kepada pengaruh dari luar
seperti dari Asia dan Barat.
iii. Menjelang akhir abad ke-16, Pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti perdagangan
dengan Jepun. Hubungan ininmenyebabkan masyarakat maritime Jepun menerima
teknologi perkapalan.
iv. Perkembangan ini memainkan peranan dalam merancakkan kegiatan maritime di Jepun.
6. Galakan Pemerintah.
ii. Hideyosi merupakan pemerintah yang berminat dalam aktiviti perdagangan. Beliau
menggalakkan pedagang Jepun berdagang ke seberang laut. Semasa pemerintahan beliau,
Jepun menjalinkan hubugan perdagangan dengan China dan Korea.
iii. Beliau turut memainkan peranan mengawal kegiatan perdagangan dengan Negara- Negara
asing dengan mengawal segala aktiviti perdagangan di pelabuhan Nagasaki mulai tahun
1587.
iv. Shogun Tokugawa memberi galakan kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam aktiviti
perdagangan maritim.
vi. Ini menyebabkan ramai golongan bangsawan melibatkan diri dalam perdagangan maritim.
7. Pengaruh luar
iii. Menjelang abad ke-17M, pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol menjalankan
perdagangan dengan Jepun. Ini menyebabkan aktiviti perdagangan di Jepun semakin pesat.
iv. Perkembangan ini meletakkan asas bagi kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
C. Kesimpulan
i. Masyarakat maritim Jepun memainkan peranan penting dalam menjadikan Jepun sebuah
kuasa maritime di Asia.
ii. Kehadiran kuasa-kuasa Barat juga menyebabkan Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa
maritim di Asia.
Soalan 2
Bincangkan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Raja Louis XlV (1643 – 1715) untuk
mengukuhkan sistem pemerintahan beraja mutlak di Perancis. [20m]
A. PENGENALAN
1. Raja Louis XlV dilantik menjadi pemerintah Perancis pada 1643. Terkenal dengan
gelaran “Grand Monarch”.
2. Memerintah selama 72 tahun dan menjalankan pemerintahan secara berkuasa mutlak.
3. Baginda telah membuat reformasi dalam dasar negara sehingga Perancis muncul sebagai
kuasa yang kuat pada masa itu.
4. Pembaharuan meliputi aspek dasar ekonomi, ketenteraan, agama dan luar negara.
B. ISI
1. Dasar dalam Negara
i.Menyusun semula pentadbiran negara. Di peringkat pusat, diperkenalkan empat majlis
utama iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis Kewangan dan Majlis Privy
ii.Peranan empat majlis utama adalah seperti di bawah
1..Majlis Negara - menguruskan hal ehwal luar negara
2.. Majlis Despatches – menguruskan semua hal ehwal tempatan kecuali kewangan
3. Majlis Kewangan- Percukaian, tarif, perbelanjaan dan pendapatan Negara
4. Majlis Privy – menguruskan pentadbiran keadilan
iii. Melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk menjalankan pentadbiran seperti
Colbert (Menteri Kewangan), Louvois (Menteri Peperangan),dan Vauban (Menteri
Ketenteraan)
iv. Di peringkat Provinci pula, baginda telah mendapatkan khidmat daripada pegawai-
pegawai yang berkebolehan bagi melaksanakan dasar-dasar diraja
v. Melalui dasar-dasar Colbert, Perancis menjadi Negara Industri dan kuasa ketenteraan
yang kuat di Eropah.
vi. Zaman Louis XlV dianggap zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis dengan
lahirnya tokoh-tokoh seni tersohor seperti Racine dan Moliere.
2. Dasar Ketenteraan
i. Menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan dan
meletakkan angkatan tentera di bawah kawalan baginda.
ii. Melantik pegawai-pegawai berasaskan merit.
iii. Bagi menarik kesetiaan golongan tentera, baginda bertindak merekrut anggota tentera
dan menyediakan kemudahan seperti perumahan dan bkalan makanan
iv. Kesanya Perancis muncul pasukan tentera teruat di Eropah pada masa itu.
4. Dasar Ekonomi
i. Raja Louis XlV melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme bagi mengukuhkan
negaranya.
ii. Antara pembaharuan yang dilakukan Colbert ialah memulakan industry baharu,
memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan,
mengawal upah dan mengawal harga barangan.
iii. Colbert telah membina gudang senjata Toulan, mengadakan perhentian dagang di
India,Senegar dan Madagascar bagi menggalakkan perdagangan luar
iv. Baginda juga mengenakan pelbagai sekatan bagi meningkatkan industri tempatan
seperti mengenakan bayaran tarif yang tinggi kepada kapal asing yang menggunakan
pelabuhan Perancis dan memberikan bantuan kewangan kepada industri perkapalan
Perancis yang menjalankan perdagangan
5. Keagamaan
i. Raja Louis XlV memaksa golongan bukan katolik (Huguenot) menerima agama
Katolik
ii. Pada tahun 1685, baginda telah membatalkan Edict of Nante yang member kebebasan
beragama kepada golongan Huguenot. Kesanya ialah seramai 200 000 orang
Huguenot meninggalkan Perancis
Kesimpulan
1. Raja Louis XlV berjaya mengukuhkan kedudukan dengan melakukan pelbagai
pembaharuan.
2. Kesannya, Perancis muncul sebagai sebuah Negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah.
Soalan 3.
Huraikan idea yang dikemukakan oleh Charles Louis Montesquieu dalam bukunya
‘The Spirit of Laws’ pada abad ke-18. [20M]
A. PENGENALAN
1. Charles Louis Montesquie dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya Perancis pada 18
Januari 1689. Beliau berkelulusan undang-undang dari Universiti Bordeaux dan berjaya
menjadi peguam pada 1708. Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak
memberi sumbangan dan idea semasa Zaman Pencerahan. Pada tahun 1716, Montesquieu
dilantik sebagai Presiden Parlimen Bordeaux menggantikan bapa saudaranya.
2. Idea beliau melalui bukunya “The Spirit of the Laws” yang diterbitkan pada tahun 1748
ialah membentuk kerajaan yang berbeza mengikut iklim dan keadaan serta doktrin
pembahagian dan imbangan kuasa.
B. ISI
1. Doktrin Pembahagian Kuasa
i. Doktrin yang terkenal ialah doktrin pembahagian kuasa . Menurut beliau kuasa perlu
dibahagikan antara raja, bangsawan, bandar dan gereja. Beliau menegaskan perlu ada
pemisahan antara pembentuk undang-undang /perundangan (eksekutif), Pelaksana
keputusan perwakilan rakyat (kabinet) dan penghukum / pelanggar undang-undang
/kehakiman (judiciary).
ii. Penyelewengan mudah berlaku apabila ketiga-tiga kuasa tadi tidak dipisahkan. Apabila
ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara berasingan, maka rakyat akan memiliki
kebebasan.
iii. Asas keadilan sebenar adalah untuk melakukan apa sahaja yang dibenarkan oleh undang-
undang yang dibuat oleh kerajaan dan kerajaan mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
di mana undang-undang dibuat oleh badan legislative yang ditadbir oleh badan eksekutif
yang terpisah.
iv. Undang-undang dilaksanakan kepada semua warganegara oleh sebuah badan kehakiman
yang bebas. Keadilan tidak dapat ditegakkan jika pemerintah berkuasa membuat
penghakiman kerana akan lebih berpihak kepada pemerintah. Jika pembuat undang-undang
memahami kaitan antara undang-undang dengan prinsip negara, mereka lebih layak untuk
membuat reformasi dalam kerajaan masing-masing tanpa memusnahkan kerajaan itu
sendiri
v. Montesquieu tidak berkonfrantasi dengan golongan aristokrat tetapi memastikan rakyat
mendapat hak yang sepatutnya. Perkara penting dalam sistem monarki ialah harus wujud
penguasa yang mematuhi hukum, menghormati rakyat dan hak kaum bangsawan. Ini boleh
memperbaiki pemerintahan sesebuah negara.
vi. Beliau berpendapat undang-undang kebanyakan negara boleh menjadi lebih liberal,
berperikemanusiaan, dan mengelakkan penyelewangan kuasa. Oleh itu, penganiayaan
agama dan perhambaan boleh dihapuskan dan perdagangan boleh digalakkan.
2. Doktrin pembahagian dan imbangan kuasa
i. Idea ini ditujukan dalam menentang pemerintahan mutlak di Perancis. Menurut beliau,
kuasa pemerintahan di Perancis perlu dibahagikan antara parlimen, golongan bangsawan,
estet-estet province, majlis perbandaran, dan pihak gereja. Menurut beliau pemerintahan
mutlak menyekat kebebasan hak asasi rakyat.
ii. Ini membawa kepada pemisahan antara badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan
Kehakiman untuk memastikan rakyat mendapat kebebasan.
iii. Tujuan pengasingan kuasa ini adalah untuk mengelak berlakunya pertindihan dan
penyelewengan kuasa yang menganggu badan lain dalam pentadbiran setiap bidang.
C. KESIMPULAN
1. Charles Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan kepada Perancis
khususnya iaitu dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di Perancis
dan mengubah secara drastik lanskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah apabila idea
beliau tersebar ke Negara-negara lain di benua Eropah.
2. Idea dan doktrin beliau mempunyai pengaruh dalam penggubalan perlembagaan di dunia
hari ini termasuklah dalam penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1787.
Soalan 4
Huraikan kemajuan dalam sistem pendidikan di Jerman pada abad ke 19M.
[20m]
A. PENGENALAN
1. Pada abad ke 19 khususnya selepas penyatuan Jerman pada tahun 1871, Jerman telah
membangunkan sistem pendidikannya dengan lebih sistemetik dan idealistik mengikut
keperluan penduduknya . Aspek pendidikan yang dibangunkan ini meliputi dasar
pendidikan, institusi pendidikan, kurikulum, keperluan yang diperlukan oleh guru dan
sebagainya.
B . ISI
1. Dasar Pendidikan
i. Pada adab ke 19 sistem pendidikan berada di bawah kawalan kerajaan sepenuhnya iaitu di
bawah Menteri Pendidikan yang dibantu oleh lembaga pengelola sekolah di peringkat
wilayah dan daerah.
ii. Jabatan Pendidikan awam telah ditubuhkan untuk memudahkan lagi kawalan pusat
terhadap institusi pendidikan khususnya dalam hal mata pelajaran, buku buku teks,
perlantikan guru dan penyeliaan sekolah.
iii. Ini adalah kesinambungan sejak abad ke 18 lagi apabila raja Jerman telah memperkenalkan
kod Undang Undang Sekolah yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak anak ke sekolah
iv. Lembaga Sekolah ( Obersshulcollegium ) ditubuhkan untuk mengawal sekolah sekolah
menengah dan sekolah tinggi di Jerman.
v. Segala perbelanjaan untuk sekolah dibantu oleh kerajaan termasuk tanah dan peralatan.
vi. Ini menyebabkan kadar buta huruf di Jerman berkurangan
2. Kurikulum
ii Oleh itu peringkat rendah diberi penekanan subjek Bahasa, Geografi, Sejarah, Muzik,
Lukisan, Latihan Jasmani dan matapelajaran Agama.
iii Peringkat Menengah: Kurikulum yang seragam seperti Bahasa Latin, Greek, Jerman,
Matematik, Geografi, Agama, Sains Tabii dan matapelajaran Kemanusiaan ( Humanisme)
3. Institusi Pendidikan
i. Menjelang abad ke 19, institusi pendidikan terdiri daripada sekolah rendah, sekolah
menengah, sekolah teknik dan universiti.
ii. Sekolah Rendah ( Volksschulen ) adalah terbuka dan wajib kepada kanak kanak yang
berumur dari 7 hingga 14 tahun yang diajar agama, membaca, menulis mengira, geografi,
sejarah dan gimnastik
iii. Sekolah Menengah pula terdiri daripada dua aliran iaitu sekolah gymnasium dan sekolah
awam ( real-school ) yang mengambl masa selama 9 tahun dengan bayaran yuran sebanyak
5 hingga 27 dollar.
iv. Sekolah gymnasium adalah sekolah untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti dan
diberi penekanan pembelajaran Bahasa Latin dan Greek.
v. Sekolah awam pula adalah bertujuan untuk melahirkan penduduk Jerman yang mampu
berdikari dalam kehidupan seharian. Di institusi ini ditekankan pembelajaran Bahasa
ibunda, matematik, sains tabii dan bahasa bahasa moden.
vi. Pada tahap menengah ini, peperiksaan akhir ( abitur ) diperkenalkan di seluruh Jerman dan
menjadi pra syarat untuk menceburi profesion yang dipelajari dan perkhidmatan awam.
vii. Sekolah menengah yang dikhaskan untuk pelajar perempuan juga ditubuhkan.
viii. Pendidikan Teknikal seperti politeknik dan sekolah perdagangan di tubuhkan untuk
menyediakan golongan mahir dalam teknologi, perdagangan dan sektor industri.
ix. Institus pengajian tinggi juga berkembang pesat sekitar abad ke19 seperti Unversiti
Berlin ( 1810 ), Munich ( 1826 ) Bonn ( 1818 ) dan sebaginya. Di institusi ini, terdapat
FakultiTeologi, Undang Undang, Perubatan dan falsafah. Setaiap Fakulti mempunyai
pelbagai jurusan pengajian.
x. Biasanya Institusi pengajian tinggi ditubuhkan oleh kerajaan negeri dengan bantuan oleh
kerajaan. Biasanya ia diuruskan oleh seorang reaktor dan professor. Tenaga pengajar terdiri
dari sarjana sarjana dan melakukan penyelidikan dalam pelbagai lapangan ilmu
pengetahuan
4. Tenaga pengajar
i Tenaga pengajar di Jerman adalah terlatih dan berwibawa untuk berkhidmat di sekolah
sekolah dan melepasi syarat syarat yang telah di tetapkan.
ii. Latihan kepada guru diberikan dan banyak seminar seminar dianjurkan untuk mengubah
guru dari aliran keagamaan ( teologi ).
iii. Kerajaan juga akan memyumbangkan dana dan pengiktirafan diraja dianugerahkan kepada
pusat latihan guru seperti Weimar ( 1783 ) Saxony ( 1783 ) dan Austria ( 1788 ).
iv. Lathan perguruan ini dikendalikan oleh sarjana sarjana yang pakar dalam bidang
pendidikan seperti Johann Julius Hecker, Francke dan lain lain.
5. Bantuan Kewangan.
i. Kerajaan memberi peruntukan untuk menyediakan buku buku sekolah dan inisiatif kepada
guru guru.
ii. Raja Frederick 1 memberi sumbangan kewangan kepada sekolah sebanak 50 000 Thaler
untuk prasana sekolah termasuk tanah.
C . KESIMPULAN
1. Jerman menubuhkan sistem pendidikan yang berperingkat dan dianggap saintiik pada abad
19M.
2. Ia dikawal oleh kerajaan dan menekankan kehadiran wajib, latihan untuk guru, latihan
khusus, ujian dan sebagainya.
3. Dianggap penting untuk menanam ketaatan sosial dalam kalangan masyarakat.
A. PENGENALAN
1. Ramai sarjana berpendapat bahawa Dahagi India 1857 menandakan permulaan kesedaran
kebangsaan dalam kalangan orang India.
2. Namun demikian, terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kesedaran kebangsaan bermula
sebelum tahun 1857 lagi seperti Persatuan British India telah ditubuh di Bengal pada tahun
1851
3. Persatuan Bombay telah ditubuh di Wilayah Residen Barat. Persatuan Bombay mendesak
Kerajaan British menambah bilangan orang India dalam sektor perkhidmatan awam.
4.Raja Ram Mohan Roy menubuhkan Brahman Samaj bagi melambangkan simbol
kebangkitan di India
B. ISI
1. Pendidikan barat
i. Pendidikan barat merupakan faktor utama yang melahirkan kesedaran kebangsaan dalam
kalangan rakyat India. Matlamat utama kerajaan British memperkenalkan pendidikan barat
adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang murah dalam kalangan penduduk tempatan.
ii. Kerajaan British juga berpendapat pendidikan barat akan menanam semangat kesetiaan
rakyat terhadap pemerintahan British. Di samping itu, kerajaan British juga berpendapat
pendidikan barat akan menanam semangat kesetiaan rakyat terhadap pemerintahan British.
iii.British melantikSir Charles Wood untuk mengubal sistem pendidikan pada tahun 1854.
iv. Pada tahun 1858 tiga buah universiti model Universiti London ditubuhkan di
culcultta,Madras dan Bombay.
v. Mata pelajaran di pusat pengajian tinngi adalah Sejarah ,Falsafah Politik ,Undang-undang,
dan Kesusasteraan Barat.
vi. Sistem pendidikan barat melahirkan ramai orang india yang cerdik pandai dan terlibat
dalamperkhidmatan awam seperti doktor, peguam, guru dademokrasi,persamaan ,dan hak
asasi individu.
vii.sistem pendidikan barat memberi kesedaran kepada tentang penindasan kerajaan kerani.
viii.Rakyat terdedah kepada pemikiran barat seperti John
locke,Rousseau,mazini,voltaire,Edmund,Burke,dan Thomas Paine.
x. Masyarakat india terdedah kepada konsep seperi kebebasan , bristish terhadap india.
Raja Ram Mohan Roy,W.C.Banerjee,G.K.Gokhake mengerakan nasionalisme di india
2. Bahasa Inggeris
i. Bahasa Inggeris turut memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran
kebangsaan dalam kalangan rakyat. Bahasa Inggeris berperanan sebagai alat perpaduan
yang menyatukan orang India yang terpisah daripada segi agama, bangsa dan wilayah
ii. Terdapat lebih kurang 600 bahasa daerah yang di tuturkan oleh penduduk di seluruh
dunia. Bahasa Daerah menjadi batu penghalang bagi memupuk persefahaman dan
menyatukan rakyat india .
iii. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan di sekolah-sekolah dapat
menghalang masalah kewujudan bahasa-bahasa daerah.
iv. Bahasa Ingeris alat perpaduan orang India yang berpisah dari Agama,Bangsa dan
Wilayah .
9.Peranan Kesusasteraan
i. Karya-karya kesusasteraan seperti novel, esei, lagu-lagu patriotik dan sajak turut
memainkan peranan penting dalammembangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan
rakyat India
ii. Penulisan tokoh-tokoh kesusasteraan dalam pelbagai dialek tempatan dimuatkan dalam
akhbar-akhbar tempatan menyebabkan idea nasionalisme tersebar luas ke seluruh benua
kecil India
iii. Antara tokoh –tokoh kesusasteraan yang memainkan peranan dalam membangkitkan
kesedaran kebangsaan termasuklah:Rabindranath Tagore(Bengali_, Subramania Barathi (
Tamil), Harish Chandar ( Hindi)
C. KESIMPULAN
I. Kebangkitan semangat kebangsaan mendorong rakyat India berjuang menentang
penjajahan British.
2. Rakyat India berjuang untuk mempertahankan negara dari penjajah agar rakyat India tidak
ditindas dari penjajahan British.
Bincangkan penglibatan United Kingdom dari aspek politik dan ekonomi dalam
Komanwel. [20 m ]
A. PENDAHULUAN
1. Pertubuhan Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 dan merupakan salah satu organisasi
yang penting. Keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah
mencapai kemerdekaan. Pada akhir tahun 1950-an, kebanyakan bekas tanah jajahan di
Afrika, Asia, Carribbean, dan Pasifik yang mencapai kemerdekaan memilih untuk
menyertai Komanwel.
2. Negara-negara ini yang mempunyai latar belakang sejarah yang sama melalui pengalaman
dijajah oleh British dibenarkan memilih jenis kerajaan sama ada berbentuk republik,
monarki, atau menerima monarki British.
3. United Kingdom telah banyak memberi sumbangan dalam Komanwel.
B. ISI
Politik:
i. Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel yang utama ialah menubuhkan Pertubuhan
Komanwel. United Kingdom boleh dianggap sebagai "pengasas" dan "ketua" Komanwel.
Penubuhan ini berjaya menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya
daripada tanah jajahannya lenyap begitu sahaja.
ii. Hanya empayar British sahaja yang berjaya mewujudkan sebuah pertubuhan yang disertai
oleh negara-negara bekas tanah jajahannya yang dahulu pernah ditakluki tetapi kini
mempunyai status yang sama dengan Britain.
i. United Kingdom dalam Komanwel telah memerintah tanah jajahannya ke arah berkerajaan
sendiri seterusnya memberi kemerdekaan. Buktinya, bekas tanah jajahan British tidak
dipaksa untuk menyertai Komanwel dan keahliannya dalam Komanwel adalah bebas, iaitu
boleh menarik diri daripada Komanwel pada bila-bila masa. Misalnya, Myanmar
meninggalkan Komanwel pada tahun I'Hfl dan Republik Ireland meninggalkan pertubuhan
ini pada tahun 1949.
ii. Negara-negara anggota juga disyaratkan supaya bersedia untuk bekerjasama dengan ahli-
ahli demi kepentingan bersama. Semasa Persidangan Perhubungan Komanwel di Lahore,
Pakistan pada tahun 1954, dua syarat lagi dicadangkan, iaitu mempunyai sistem parlimen
dan berkemampuan untuk mentadbir negara
i. Penyertaan keanggotaan dalam Komanwel juga secara tidak langsung mengekalkan legasi
monarki United Kingdom. Pengekalan legasi ini memberi pengiktirafan kepada Queen
(Raja Inggeris) sebagai ketua negara dan mengekalkan keunikan Komanwel.
ii. Oleh itu, keanggotaan dalam Komanwel bukan secara automatik dan bekas-bekas tanah
jajahan British tidak semestinya diterima terus menjadi anggota setelah mencapai
kemerdekaan. Sesebuah negara bekas tanah jajahan British perlu memohon untuk menjadi
ahli Komanwel. Malahan, syarat seterusnya ialah negara-negara anggota yang berhasrat
untuk menukarkan status monarki menjadi republik, maka negara tersebut mestilah
memaklumkan kepada negara-negara anggota yang lain. Kesannya, lebih kurang 16 buah
negara anggota Komanwel memilih untuk mengakui Queen (Raja Inggeris) sebagai ketua
negara.
ii. Keselarasan struktur politik, sosial, birokrasi serta sistem ekonomi yang sudah sebati dan
menjadi tradisi kepada negara Komanwel menyebabkan mereka lebih cenderung
mengekalkan hubungan baik dengan United Kingdom.
Ekonomi
ii. Buktinya, negara Komanwel mengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah, jut,
getah, minyak sawit, dan koko dunia. Malahan, negara Komanwel juga menyumbang
separuh daripada kduaran aluminium dunia.
i. United Kingdom telah memujuk Amerika Syarikat, Kanada, dan Jepun untuk mewujudkan
Rancangan Colombo pada tahun 1950. Rancangan ini yang bertujuan memberi bantuan
kewangan, teknikal, dan biasiswa kepada negara-negara kurang maju. Dalam bidang
ekonomi, bantuan pembangunan tanah dan pertanian serta pengekalan kaedah pertaian
moden telah disumbangkan.
ii. Buktinya, beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka, dan Tanah
Melayu menikmati faedah daripada program ini sama ada dalam bidang pendidikan, dan
pembinaan infrastruktur, iaitu jalan raya, kereta api, serta sistem pengairan.
C. KESIMPULAN
Catatan: Calon perlu menjelaskan penglibatan United Kingdom dalam Komanwel dari
aspek politik dan ekonomi.
Markah yang cemerlang diberi kepada calon yang dapat menghuraikan penglibatan UK
dari aspek politik dan ekonomi.