You are on page 1of 70

KEPENTINGAN MENGENALI

RASM UTHMANI
OLEH:
DATUK HJ.MOHAMMAD BIN HASHIM
AHLI LAJNAH TASHEH AL-QURAN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
MUQADDIMAH
Al-Quran ialah kalamullah yang
mengandungi mukjizat diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW, melalui
pengantaraan Jibril a.s ditulis dalam
mushaf, dipindahkan kepada kita secara
mutawatir dan menjadi ibadat sesiapa
membacanya.
Mengikut kiraan Hakim Muhammad Auwad

(bangsa Mesir ) bahawa Al-Quran Rasm Uthmani

yang terangkum dari cantuman 28 huruf


hijaiyah mempunyai 30 juzu‘, 60 hizib, 240 rubu‘,

114 surah, 6,236 ayat, 77,437 kalimah, 323,671

huruf, 50,681 titik, 19,253 tanda tashdid,1,771


tanda mad, 94,243 baris fathah,38,886 baris
kasrah, 40,804 baris dhammah dan 2,664 lafaz

Al-Jalalah.
SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN
Meskipun terdapat beberapa perselisihan
ulama’ mengenai tarikh mulanya ayat-ayat
al-Quran mula diturunkan, pada
keseluruhannya mereka hampir-hampir
sepakat mengatakan bahawa al-Quran
mula diturunkan pada 17 Ramadhan
tahun 41 dari kelahiran Nabi Muhammad
SAW ( malam Isnin 16 Ogos 619 Masihi )
CARA PENURUNAN AL-QURAN
Diturunkan dalam dua peringkat:
2. Peringkat Pertama
Secara serentak dari Luh mahfuz ke Baitul
Izzah di langit dunia.
Firman Allah SWT dalam ayat 1 dan 22 surah
al-Buruj yang bermaksud:
“ bahkan yang mereka dustakan itu al-Quran
yang mulia yang tersimpan di Luh Mahfuz”
al-Buruj:1-2
SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN
2. Peringkat Kedua
Penurunan beransur-ansur dari Baitul Izzah ke
dada Rasulullah SAW dalam tempoh 23
tahun(22 tahun 2 bulan 2 hari ).

Firman Allah SWT:


“dan berkatalah orang-orang kafir mengapa al-
Quran itu tidak diturunkan kepadanya iaitu
(Muhammad) secara serentak. Yang demikian
itu(beransur-ansur) supaya kami perkuatkan
hatimu dengannya dan Kami membacakannya
secara tartil”
al-Furqan ayat: 32
KHALIFAH ‘UTHMAN SEBAGAI PENGASAS
KAEDAH RASM UTHMANI
Ilmu Rasm al-Quran merupakan satu ilmu
yang membahaskan kaedah serta cara
penulisan huruf-huruf dan kalimah-kalimah
al-Quran. Ilmu ini juga dikenali sebagai
Rasm Uthmani. Penyeragaman kaedah
penulisan “Rasm Uthmani” adalah untuk
mengekal dan memelihara ketepatan
bacaan qiraat tujuh atau sepuluh yang
mutawatir daripada Rasulullah SAW.
KELEBIHAN RASM UTHMANI
 Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak
kelebihan antaranya:
- Mengikut sunnah Rasulullah SAW,
- Mengikut tulisan al-Quran yang asal,
- Boleh memahami makna yang berlainan
dan tidak pula terkeluar daripada maksud
yang sebenar,
- Memudahkan bacaan dengan wajah
qiraat (jenis-jenis bacaan),
- Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang
fasih.
- Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat ,
- Salah satu dari mukjizat al-Quran,
- Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir,
- Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim
- Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan
hujah-hujah yang jelas,
- Ditulis mengikut bacaan Rawi(riwayat).
TAHAP PENULISAN AL-QURAN
1. Tahap Pertama.
Belum diletakkan sebarang tanda.

4. Tahap Kedua.
Ditandakan titik ( ‫ ) نقطة ألعراب‬yang
dipelopori oleh abu al-Aswad al-
Duali(meninggal pada tahun 69 hijrah pada
zaman khalifah Marwan bin al-Hakam)
1. Tahap Ketiga.
Mula ditandakan dengan titik(yang
dipelopori oleh Yahya bin Ya’mar dan
Nasyr bin Asim al-Laisy dengan perintah
gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-
Thaqafi.

4. Tahap Keempat.
Mula diletakkan dengan tanda-tanda
baris(harakah)
1. Tahap Kelima.
Ditambah dengan tanda-tanda wakaf
dan lain-lain tanda lagi.
Tulisan al-Quran dengan menggunakan
khat naskh mula dicetak buat pertama
kalinya di Hamburg Jerman pada tahun
1694 Masihi(1113 Hijrah) dan
seterusnya dicetak di negara-negara
Islam yan lain sehingga ke hari ini.
PEMBAHAGIAN RASM
Terbahagi kepada dua:

3. Rasm Qiasi / Imla’i


Iaitu penulisan kelaziman pengucapan / pertuturan.

6. Rasm Istilahi / Uthmani.


Menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama
dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan
ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang,
menambah, mengganti, menyambung atau
memisahkan huruf dan penulisan hamzah.
HUKUM MENGGUNAKAN RASM UTHMANI
Ulamak bersepakat mengatakan ketika menulis ayat-
ayat al-Quran adalah wajib menulisnya mengikut
kaedah Rasm Uthmani. Diantara alasannya:

3. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat kerana


mengikut sunnah Khulafa’ ar-Rasyidin. Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:

“ kamu ikutilah sunnahku dan sunnah para khalifah


yang mendapat hidayah selepasku dan peganglah ia
dengan bersungguh-sungguh”
– riwayat Abu Daud al-Tarmizi
KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI
PENGENALAN RASM UTHMANI/RASM ISTILAHI

 Satu kaedah penulisan yang unik dan istimewa.


Kaedah ini dikatakan kaedah yang diajar oleh
Rasulullah SAW sendiri. Sekiranya kaedah
penulisan ini tidak bersumberkan daripada
Rasulullah SAW dan para sahabat r.a, sudah
tentu ia tidak sesuai lagi digunakan dalam
penulisan mushaf kerana secara zahirnya
seolah-olah terdapat beberapa kesalahan yang
berlaku dalam penulisan. Jelasnya terdapat
banyak rahsia dan hikmah yang terkandung
dalam penulisan ini sehingga Rasulullah SAW
dan para sahabat r.a begitu mengambil berat
terhadap penulisan ini.
DEFINISI RASM UTHMANI
Dr.Sy‘aban Muhammad Ismail
berpendapat Rasm Uthmani ialah satu
keterangan yang membicarakan
mengenai mushaf-mushaf yang ditulis
pada zaman Sayyidina Uthman r.a dan
dihantar ke kota-kota Islam ketika itu.
Dimana kaedah penulisannya
merangkumi tujuh huruf al-Quran(qiraat),
ditulis tanpa titik dan baris serta
bertepatan dengan tulisan dan bacaan
semasa ardhul akhir(semakan akhir) dan
tidak dimansuhkan bacaan.
Penulisan al-Quran ini adalah
satu sunnah Rasulullah SAW
yang diikuti secara ijma’
( sepakat ) oleh seluruh ulama’
mujtahidin kerana tulisan ini
adalah berbentuk tauqifiyyah iaitu
satu ketetapan dari Rasulullah
SAW. Cara penulisannya adalah
menurut kaedah-kaedah tertentu
yang berbeza dari kaedah lain
seperti :
 hazf ( membuang)
 ziyadah ( menambah )
 ibdal ( mengganti )
maqtu’ wa maushul ( memisah
dan menyambung)
 penulisan hamzah.
Para sahabat menulis
wahyu dengan
menggunakan rasm
tersebut di bawah
pemerhatian dan
pengawasan Rasulullah
SAW sendiri.
KAEDAH PERTAMA:
Al-HAZF( MEMBUANG HURUF )
Al-Hazf ialah membuang atau
mengurangkan sesuatu huruf pada
kalimah-kalimah tertentu. Dalam Rasm
Uthman, al-hazf bermaksud huruf-huruf
yang tidak ditulis tetapi wajib dibaca, sama
ada ketika washal atau wakaf. Terdapat
enam huruf yang dibuang mengikut
kaedah Rasm Uthmani iaitu alif, waw, ya,
lam, nun dan huruf-huruf permulaan di
beberapa surah tertentu.
HAZF HURUF ALIF
Semua mushaf Uthmani ditulis dengan
membuang huruf-huruf alif pada keadaan-
keadaan berikut:

 Huruf alif bagi hamzah al-wasal yang terdapat


pada kalimah (‫ اسم‬dalam firman Allah SWT (
(‫ا‬ ‫) بسم‬
 Huruf alif yang terletak di antara dua huruf lam,
contoh seperti firman Allah SWT ( ‫للذى‬
‫) ببكة‬
Huruf alif pada fi ‘l al-amr dari
kalimah (‫ ) السؤال‬yang dimulai
dengan huruf waw atau fa’
seperti (‫ ) فسئل‬dan (‫(وسئل‬

Huruf alif selepas huruf ya’ al-


nida’ seperti (‫ ) يئادم‬dan (‫يأيها‬
‫الناس‬.dan lain-lain lagi (
HAZF HURUH WAW
Semua Mushaf Uthmani ditulis
dengan membuang huruf waw pada
keadaan-keadaan berikut:

Huruf waw yang kedua apabila


sebelumnya juga terdapat huruf waw
sama ada ianya mufrad atau jama‘
seperti (‫ )ليستوون‬, (‫داوود‬dan (
sebagainya.
Huruf wau yang menjadi fi’l
marfu’. Terdapat empat tempat
semuanya iaitu firman Allah
SWT ( ( ,(‫ ) ويمح ا‬, (‫ويدع النسن‬
‫ ) يوم يدع‬dan (‫(سندع الذبنية‬
HAZF HURUF YA’
Semua Mushaf Uthmani ditulis
dengan membuang huruf ya’
pada keadaan-keadaan berikut:

Huruf ya’ di hujung kalimah yang


disebut sebagai lam kalimah.
Contohnya seperti firman Allah
SWT ( ‫ )واليل‬,(‫أجب دعوة الداع‬
‫) إذا يسر‬
Huruf ya’ pada ism manqus
yang bertanwin ketika marfu‘
atau majrur. Contohnya seperti
firman Allah SWT ( ٍ‫من فوقهم‬
ٍ‫)مآ انت قاض‬ ,(‫(غواش‬

Huruf ya’ pada semua kalimah


( ‫إبرهم‬dalam surah al- (
Baqarah
HAZF HURUF LAM

Semua Mushaf Uthmani


ditulis dengan membuang
huruf lam pada keadaan-
keadaan berikut:
Huruf lam yang didahului oleh
alif lam ma‘rifah, sama ada ia
mufrad, muthanna atau jama‘,
pada perkataan: ( ,( ‫الذى‬
‫ ) الذين‬,( ‫ ) الذان‬,( ‫ ) ) التى‬dan
sebagainya.

Huruf lam yang didahului oleh


lam ma‘rifah pada
HAZF HURUF NUN
Semua Mushaf Uthmani ditulis
dengan membuang huruf lam pada
keadaan-keadaan berikut:

Huruf nun yang pertama yang


terdapat pada kalimah ( ‫ ) تأمنا‬dalam
firman Allah SWT ( ‫تأمنلا عللى يوسف‬
‫) مالك ل‬.
Huruf nun yang kedua yang
terdapat pada kalimah
( ‫ ) ننجى‬dalam firman Allah
SWT (‫) ننجى المؤمنين‬.
HAZF HURUF-HURUF
DI PERMULAAN SURAH

Semua Mushaf Uthmani ditulis


dengan membuang huruf-
huruf permulaan pada surah-
surah tertentu. Contohnya
seperti:
( ‫ ) ن‬dibaca dengan ( ‫نون‬,(

( ‫ ) ق‬dibaca dengan ( ‫) قاف‬,

( ‫ ) كهيعص‬dibaca dengan

( ‫) كاف ها يا عين صاد‬


AL-ZIYADAH ( MENAMBAH HURUF )
Al-ziyadah ialah menambah sesuatu
huruf pada kalimah-kalimah tertentu.
Dalam Rasm Uthmani, al-ziyadah
adalah huruf-huruf yang mesti ditulis
tetapi haram dibaca sama ada ketika
wasl atau waqaf terdapat tiga huruf
yang ditambah mengikut kaedah
penulisan Rasm Uthmani iaitu alif,
lam, wau dan ya’
ZIYADAH HURUF ALIF
Semua Mushaf Uthmani
ditulis dengan menambah
huruf alif pada keadaan-
keadaan berikut:
Huruf alif selepas huruf wau
ganti nama pada jama‘
muzakkar yang berhubung
dengan fe‘il madhi, mudhari‘,
dan amr yang berada di akhir
kalimah seperti (‫)ول‬,(‫ءامنوا‬
‫ ) تنسوا الفضل‬dan (‫) واتقوا ا‬.
Huruf alif selepas huruf wau perumah
hamzah atau waw yang ditukar dari huruf
alif seperti ( ‫ ) الضعفؤا‬dan ( ‫(قل ما يعبؤا بكم‬

Huruf alif selepas mim pada kalimah ( ‫(مئة‬


seperti (‫ )مائة صابرة‬dan (‫(يغلبوا مائتين‬

Huruf alif sebelum ya’ yang terdapat pada


kalimah ( ‫ ) لشئ‬dalam firman Allah SWT
( ‫(ول تايئسوا من روح ا‬
ZIYADAH HURUF WAU
Semua Mushaf Uthmani ditulis
dengan menambah huruf waw pada
keadaan-keadaan berikut:

Huruf wau selepas huruf hamzah


yang terdapat pada kalimah-kalimah
berikut, iaitu ( ),( ‫ ) أولء‬,( ‫ ) أولت‬,( ‫أولوا‬
‫) أولئك‬, dan ( ‫(أولئكم‬
Huruf wau selepas huruf
hamzah yang terdapat pada
kalimah ( ‫ ) سأوريكم ءايتي‬dan
(‫(سأوريكم دارالفسقين‬
ZIYADAH HURUF YA’
Semua Mushaf Uthmani ditulis
dengan menambah huruf wau
pada keadaan-keadaan berikut:
Huruf ya’ selepas hamzah yang
terdapat pada kalimah (‫(أفإين‬
dalam firman Allah SWT(‫أفإين‬
‫ ) مات أو قتل‬dan (‫(أفإين مت‬
Huruf ya’ pada tujuh tempat-
tempat berikut, antaranya ialah
pada firman Allah SWT
( ,(‫ )من ءناء اليل‬,(‫من نبإ المرسلين‬
,(‫) أو من وراءى حجاب‬
‫ )(بأييكم المفتون‬dan sebagainya.
KAEDAH KETIGA: Al-HAMZ
( Penulisan Huruf-Huruf Hamzah )
Huruf hamzah terbahagi kepada dua iaitu:

i- Hamzah Washal ,

ii- Hamzah Qata’


HAMZAH WASHAL

Hamzah Washal ditulis dengan alif


sama ada didahului oleh huruf atau
tidak, dan di atasnya diletak tanda
kepala shod seperti ( ‫ ) ا‬dan
( ‫) بالله‬.
Hamzah Washal yang dibuang bentuknya
terdapat lima keadaan:

i) terletak pada fa’ kalimah terletak di


antara wau atau fa’ dan hamzah qata‘
seperti ( ‫البيوت‬ ‫ ) وأتوا‬dan ( ‫فأتوا‬
‫) حرثكم‬,
ii) terletak pada fe‘il amr kalimah (‫( سؤال‬

selepas wau atau fa’ seperti ( ‫وسئل‬


‫القرية‬ (
iii) terletak pada lam al-ta‘arif selepas
lam seperti ( ‫ ) وللدار‬,( ‫) لل يمن‬
dan ( ‫) وللخرة‬,
iv) terletak pada fe‘il selepas hamzah
istifham seperti ( ‫) أتخذتم‬,
iv) terletak pada lafaz ism al-majrur
dengan ba’ sekiranya
diidhafahkan kepada lafz al-jalalah
seperti ( ‫) بسم ا‬.
HAMZAH QATA‘
Huruf-huruf hamzah qata‘ di dalam al-
Quran terletak sama ada di
permulaan, di pertengahan atau di
hujung kalimah. Dalam mushaf-
mushaf Uthmani, keadaan penulisan
huruf-huruf hamzah tersebut pula
adalah berbeza antara satu sama lain
berpandukan kepada kedudukannya.
• Huruf hamzah di pangkal kalimah
semua ditulis dengan surah (rumah)
alif, sama ada fathah, kasrah, atau
dhammah.
Contohnya seperti (,( ‫ ) إبرهم‬,( ‫أملر‬
‫ ) )أنزل‬dan sebagainya.

ii) Huruf hamzah didahului dengan


huruf ziyadah seperti(,( ‫لبإمام‬
‫ ) )ساصرف‬dan lain-lain lagi.
iii) Huruf hamzah di pertengahan
kalimah berbeza cara penulisannya
antara satu sama lain:
 sekiranya huruf hamzah itu fathah
atau pun sukun dan sebelumnya
fathah, ia ditulis dengan surah alif
seperti (‫ )سألتهم‬,(‫مأوهللم‬dan (
sebagainya.
sekiranya huruf hamzah itu
dhammah atau pun sukun dan
sebelumnya dhammah, ia ditulis
dengan surah wau seperti
(‫)المؤمنون‬,(‫ يذرؤكم‬dan (
sebagainya.

Huruf hamzah berbaris fathah


selepas dhammah ditulis dengan
perumah wau seperti (‫(مُؤَجّل‬
Hamzah berbaris kasrah selepas
fathah atau dhammah atau kasrah
atau berbaris fathah atau dhammah
selepas kasrah ditulis dengan
perumah ya’ seperti ( ٌ‫ ) فِئة‬,(‫بارئكم‬
‫ )ييسوا‬,( ‫) تقتل‬
Huruf hamzah yang berbaris fathah
sebelumnya alif dibuang perumah
hamzah sperti (‫ ) مئاب‬dan lain-lain
iv) Huruf hamzah diakhir kalimah juga
berbeza cara penulisannya di antara satu

sama lain.
Huruf hamzah ditulis mengikut baris
dan bentuk sebelumnya. Ditulis ya’
selepas kasrah dan tulis wau selepas
berbaris dhammah seperti (‫ )إن‬,(‫قرئ‬
‫امرؤا‬.dan sebagainya (

Tiap-tiap hamzah ditulis tanpa perumah


jika didahului tanda sukun seperti
KAEDAH KEEMPAT: AL-IBDAL
( Menukar Huruf)
Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf
kepada huruf yang lain. Dalam penulisan
Mushaf Rasm Uthmani, kaedah ini
terbahagi kepada lima bahagian iaitu:

i- ibdal alif kepada wau


ii- ibdal alif kepada ya’
iii- ibdal nun kepada alif
iv- ibdal ta’ al-marbutah kepada ta’ al-
maftuhah
v- ibdal wau kepada alif
i. IBDAL ALIF KEPADA WAU
pada empat kalimah yang selalu berulang-
ulang iaitu (‫ )الحيوة‬,(‫ )الزكوة‬,(‫(الصلوة‬
dan (‫الربوا‬.(
pada empat kalimah dalam surah-surah
tertentu iaitu (,(‫ )كمشكوة‬,(‫بالغدوة‬
‫ )ومنوة‬,(‫)النجوة‬.(
ii. IBDAL ALIF KEPADA YA’
Apabila alif terletak dihujung kalimah,
sekalipun ia berhubung dengan dhamir
(ganti nama) seperti (‫) مجر يها‬,(‫) هديهم‬
dan sebagainya,

melainkan pada beberapa keadaan


berikut:
Alif yang bersebelahan dengan huruf ya’
sama ada sebelum atau selepasnya
seperti ( ‫) الدنيلا‬, tetapi pada kalimah ( ‫) يحيى‬
dan (‫ وسقيها‬,(ia tetap ditulis dengan huruf
ya’.
Kalimah-kalimah (,(‫ )عصاني‬,( ‫ ) كلتلا‬,(‫تترا‬
‫ )طغا الماء‬,(‫)أقصا المدينة‬ ,(‫()القصا‬
dan (‫سيماهم‬.(

 Huruf alif pada kalimah (‫( أنى‬yang


membawa maksud ( ‫) كيف‬, juga pada
kalimah-kalimah (,(‫ )حتى‬,(‫ )بلللى‬,(‫متللى‬
‫ ()إلى‬dan (‫(على‬
melainkan pada kalimah (‫( لدى‬pada
iii. IBDAL NUN KEPADA ALIF

(sila rujuk Buku Panduan Rasm Uthmani m/s:56)


 Nun taukid pada kalimah ( ,(‫وليكونا‬
‫()لنسفعا‬
 Nun pada kalimah (‫إذن‬seperti firman (
Allah SWT (‫يؤتون‬ ‫(فإذا ل‬
iv. IBDAL TA’ AL-MARBUTAH KEPADA
TA’ AL- MAFTUHAH
(sila rujuk Buku Panduan Rasm Uthmani m/s:56)
 Kalimah ( ‫رحمة‬ditulis dengan ta’ al- (
maftuhah ( ‫رحمت‬ada tujuh tempat (
dalam al-Quran.
 Kalimah (‫ (نعمة‬ditulis dengan ta’ al-
maftuhah (‫ ) نعمت‬pada sebelas tempat
dalam al-Quran
 Kalimah ( ‫ ) سنة‬ditulis dengan ta’ al-
maftuhah ( ‫ ) سنت‬ada lima tempat dalam
al-Quran
 Kalimah ( ‫ ) إمرأللة‬ditulis dengan ta’ al-
maftuhah (‫ ) إمرأت‬ada tujuh tempat dalam
al-Quran
 Kalimah ( ‫ ) لعنللة‬ditulis dengan ta’ al-
maftuhah ( ‫ ) لعنت‬ada dua tempat
dalam al-Quran dan lain-lain lagi.
v. IBDAL WAU KEPADA ALIF
( sila rujuk Buku Panduan Rasm Uthmani m.s:63)
Semua kata nama dan kata perbuatan
yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf
yang ketiganya ialah huruf wau seperti
( ‫ ) سنا‬,( ‫ ) شفصا‬,( ‫ ) الصصفا‬dan (‫أبا‬melainkan ,(
semua kalimah ( ‫ ) الضحى‬dan kalimah yang
lain iaitu (‫ ) طحها‬,( ‫ )دحها‬,( ‫ ) زكى‬dan (‫) سجى‬.
KAEDAH KELIMA:
AL-MAQTU’ WA AL-MAUSHUL
( memisah dan menyambung )
Al-Maqtu’ ialah menulis perkataan secara
berasingan, manakala al-Maushul pula
menulis perkataan secara bersambung.Al-
Maqtu’ wa al-Maushul ialah kaedah memisah
dan menyambung tulisan pada kalimah-
kalimah tertentu. Di dalam penulisan Rasm
Uthmani terdapat banyak kalimah yang ditulis
dengan cara bersambung pada sesuatu
tempat , tetapi ditulis dengan cara berpisah
pula pada tempat yang lain dan begitu juga
sebaliknya.
AL-MAQTU’ DAN AL-MAUSHUL terbahagi
kepada tiga bahagian:
• Perbezaan ulama’ antara maqtu’ dan
maushul

• Persepakatan ulama’ pada maqtu’

• Persepakatan ulama’ pada maushul


KAEDAH KEENAM:
KALIMAH YANG MENGANDUNGI BEBERAPA QIRAAT
DITULIS DENGAN SALAH SATU DARIPADANYA
Sekiranya terdapat sesuatu kalimah
yang mengandungi dua atau
beberapa wajah qiraat, kalimah itu
ditulis dengan salah satu dari wajah -
wajah qiraat tersebut. Kaedah
penulisan kalimah-kalimah yang
termasuk dalam bahagian ini boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian.
Tulisannya boleh dibaca dengan dua
wajah qiraat.

Terdapat beberapa kalimah yang


ditulis tanpa huruf alif ( hazaf alif ),
tetapi bacaannya boleh dibaca
dengan dua wajah qiraat iaitu sama
ada dengan alif (panjang) atau tanpa
alif (pendek)
Contoh:
i- kalimah ( ‫ فكهين‬yang boleh dibaca (
dengan panjang atau pendek pada
huruf fa’
ii- kalimah (‫ ) ملك‬yang boleh dibaca
dengan panjang atau pendek pada
huruf mim dan kalimah-kalimah yang

seumpanya.
 Ditulis mengikut salah satu dari wajah qiraat.
Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu
kalimah, maka ia ditulis dengan menggunakan
salah satu wajah yang lebih masyhur.

Contohnya:

Kalimah ( ‫ ) الصراط‬ditulis dengan huruf sad


walau pun terdapat sebahagian qiraat
yang membaca dengan huruf sin dan
huruf zai yang diisymamkan.
Ini disebabkan bacaan dengan sad itu
adalah lebih masyhur dan banyak
digunakan dalam qiraat-qiraat yang
mutawatir jika dibandingkan dengan
bacaan-bacaan yang lain.
Berlaku penambahan disebabkan wajah
qiraat yang berbeza.

Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang


melibatkan penambahan sesuatu huruf
atau kalimah, dan ini menyebabkan
kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat
tersebut tidak sesuai digunakan bagi
qiraat yang lain. Oleh itu ia ditulis pada
sebahagian mushaf dengan satu kaedah
dan sebahagian lagi mushaf dengan
kaedah yang lain.
Contohnya:

Firman Allah SWT ( ‫تجرى تحتها‬


‫) النهر‬, ia ditulis sedemikian pada
sebahagian mushaf dan mushaf yang
lain pula dengan penambahan
kalimah ( ‫ ) من‬menjadi ( ‫تجرى‬
‫ ) من تحتها النهر‬dan lain-lain lagi.
PENUTUP
• Rasm Uthmani ini mempunyai
kelainannya yang tersendiri sehinggakan
ianya terlalu sukar untuk diperkatakan.
• Hanya mereka yang mengkaji dan
memperhalusinya sahaja yang akan dapat
menafsirkan keunikannya ini.
• Rasm Uthmani ini adalah suatu kaedah
penulisan yang wajib dipelihara dan
diamalkan.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like