You are on page 1of 7

2018 BCL-KKPP

MODUL ULANGKAJI SPM – PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL – PERCUBAAN SPM


KEDAH 2018

Sunlay Enterprise merupakan perniagaan milikan tunggal yang beroperasi di Taman Melor,
Sungai Petani, Kedah. Berikut adalah baki-baki akaun yang diambil daripada buku perakaunan
perniagaan berkenaan pada 31 Disember 2017.

DEBIT KREDIT
RM RM
Inventori pada 1 Januari 2017 8 250
Akaun Belum Terima & Akaun Belum Bayar 22 000 10 110
Bank 28 000
Premis (kos) 56 000
Lengkapan (kos) 12 000
Susut nilai terkumpul lengkapan 4 260
Kenderaan (kos) 48 000
Susut nilai terkumpul kenderaan 29 600
Angkutan masuk 1 600
Angkutan keluar 2 400
Duti atas belian 1 300
Pulangan-pulangan 460 700
Belian dan Jualan 30 000 96 300
Promosi 4 400
Kadar bayaran 1 160
Peruntukan hutang ragu 1 600
Insurans 720
Diskaun 1820
Komisen 4000
Hutang lapuk 300
Faedah atas Pinjaman 900
Pinjaman 14 000
Sewa 6 000
Ambilan 6 400
Gaji 10 000
Modal 73 500
237 890 237 890

Maklumat Tambahan:
(i) Inventori pada 31 Disember 2017 adalah berikut:

Produk A (RM) Produk B (RM)


Harga kos 3 356 3 566
Harga Pasaran 3 876 3 230

3
2018 BCL-KKPP

(ii) Insurans RM300 dibayar untuk setengah tahun berakhir 30 April 2018.
(iii) Bil elektrik berjumlah RM325 belum dijelaskan.
(iv) Sebahagian premis telah disewa dengan kadar RM500 sebulan mulai 30 April 2017.
(v) Encik Munir telah diisytiharkan muflis dan baki hutangnya RM1 200 perlu
dihapuskan sebagai hutang lapuk.
(vi) Peruntukan hutang ragu dikekalkan dengan kadar 2.5% atas Akaun Belum Terima.
(vii) Kenderaan disusutnilaikan 10% setahun dengan nilai skrap RM1 000 mengikut
kaedah Ansuran tetap.
(viii) Lengkapan disusutnilaikan 20% atas nilai buku pada awal tahun.
(ix) Lengkapan berjumlah RM2 500 telah dibeli menggunakan hasil jualan bulan Oktober
2017. Perkara ini belum direkodkan dalam mana-mana buku.
(x) Pinjaman perlu dijelaskan sepenuhnya pada 31 Disember 2018.

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
(b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017.

LANGKAH-LANGKAH MENJAWAB

1. Baca soalan dan tandakan (highlight) kata kunci pelarasan dalam maklumat tambahan dan
butiran sepadan di Imbangan Duga. Tuliskan juga nombor maklumat tambahan yang perlu
dirujuk semula di sebelah butiran yang berkenaan.

Panduan umum pasangan pelarasan lazim:


Kata kunci pelarasan Pasangan pelarasan dalam
maklumat tambahan Imbangan Duga
Belanja Prabayar
Belanja (nama asal)
Belanja Belum Bayar
Hasil Belum Terperoleh
Hasil (nama asal)
Hasil Belum Terima
Hutang lapuk (baru) Akaun Belum Terima
Hutang ragu Peruntukan Hutang Ragu
Susut Nilai Susut Nilai Terkumpul

2. Bina format Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan.
3. Masukkan angka untuk butiran wajib di bahagian jualan dan kos jualan (termasuk inventori
akhir di Penyata Kedudukan Kewangan).
4. Masukkan terus butiran Imbangan Duga satu-persatu ke tempat mereka dalam kerangka
format yang telah disediakan. Tanda ✓ bagi setiap item yang telah dimasukkan dalam
jawapan.
5. Bagi item yang bertanda (highlight), baca semula maklumat tambahan dengan teliti dan terus
selesaikan pelarasan serentak di Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan.
Ingat, angka yang bertanda (highlight) bermaksud murid tidak boleh menyalin semula angka
soalan ke dalam jawapan. Tunjukkan pengiraan pelarasan dalam jawapan anda.
6. Pastikan semua item Imbangan Duga dan maklumat tambahan telah ditanda ✓ dan
selesaikan pengiraan untung dan sebagainya sehingga lengkap.

4
2018 BCL-KKPP

CONTOH BAGAIMANA TANDAAN (HIGHLIGHT) DIBUAT:

Sunlay Enterprise merupakan perniagaan milikan tunggal yang beroperasi di Taman Melor,
Sungai Petani, Kedah. Berikut adalah baki-baki akaun yang diambil daripada buku perakaunan
perniagaan berkenaan pada 31 Disember 2017.
Tips: Highlight butir
dan angka!!!
DEBIT KREDIT
RM RM
Inventori pada 1 Januari 2017 8 250
(v) Akaun Belum Terima & Akaun Belum Bayar 22 000 10 110
Bank 28 000
Premis (kos) 56 000
Lengkapan (kos) (ix) 12 000
Susut nilai terkumpul lengkapan (viii) 4 260
Kenderaan (kos) 48 000
Susut nilai terkumpul kenderaan (vii) 29 600
Angkutan masuk 1 600
Angkutan keluar 2 400
Duti atas belian 1 300
Pulangan-pulangan 460 700
Belian dan Jualan (ix) 30 000 96 300
Promosi 4 400
Kadar bayaran (iii) 1 160
Peruntukan hutang ragu (vi) 1 600
Insurans (ii) 720
Diskaun 1820
Komisen 4000
Hutang lapuk (v) 300
Faedah atas Pinjaman 900
Pinjaman 14 000
Sewa (iv) 6 000
Ambilan 6 400
Gaji 10 000
Modal 73 500
237 890 237 890

Maklumat Tambahan:
(i) Inventori pada 31 Disember 2017 adalah berikut:

Produk A (RM) Produk B (RM)


Harga kos 3 356 3 566 Jumlah RM6586
Harga Pasaran 3 876 3 230

5
2018 BCL-KKPP

(ii) Insurans RM300 dibayar untuk setengah tahun berakhir 30 April 2018.
(iii) Bil elektrik berjumlah RM325 belum dijelaskan.
(iv) Sebahagian premis telah disewa dengan kadar RM500 sebulan mulai 30 April 2017.
(v) Encik Munir telah diisytiharkan muflis dan baki hutangnya RM1 200 perlu
dihapuskan sebagai hutang lapuk.
(vi) Peruntukan hutang ragu dikekalkan dengan kadar 2.5% atas Akaun Belum Terima.
(vii) Kenderaan disusutnilaikan 10% setahun dengan nilai skrap RM1 000 mengikut
kaedah Ansuran tetap.
(viii) Lengkapan disusutnilaikan 20% atas nilai buku pada awal tahun.
(ix) Lengkapan berjumlah RM2 500 telah dibeli menggunakan hasil jualan bulan Oktober
2017. Perkara ini belum direkodkan dalam mana-mana buku.
(x) Pinjaman perlu dijelaskan sepenuhnya pada 31 Disember 2018.

Anda dikehendaki menyediakan:

(a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
(b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017.

HURAIAN PELARASAN

(i) Inventori pada 31 Disember 2017 adalah berikut:


Produk A (RM) Produk B (RM)
Harga kos 3 356 3 566
Harga Pasaran 3 876 3 230

Huraian: Pilih nilai terendah antara harga kos dan harga pasaran bagi setiap jenis inventori. Nilai
produk A ialah RM3 356 dan produk B ialah RM3 230. Maka jumlah inventori akhir ialah
RM6 586 (3356 + 3230).

(ii) Insurans RM300 dibayar untuk setengah tahun berakhir 30 April 2018.

Huraian: Rujuk garis masa di bawah untuk lebih memahami situasi ini. Insurans RM300 dibayar
untuk tempoh enam bulan bermula 1 November 2017 hingga 30 April 2018.
Insurans prabayar = 300 x 4/6 = RM200
4 bulan prabayar
1 November 31 Disember 30 April
2017 2017 2018
(mula insurans) (Tarikh akhir (tamat insurans)
tempoh semasa)

Oleh itu, insurans prabayar RM200 perlu ditolak daripada jumlah insurans dalam Imbangan
Duga.

Belanja insurans dalam AUR = RM720 – RM200 = RM520


Insurans prabayar RM200 direkod sebagai aset semasa dalam PKK

6
2018 BCL-KKPP

(iii) Bil elektrik berjumlah RM325 belum dijelaskan.


Huraian: Kadar bayaran belum bayar ini perlu ditambah dengan kadar bayaran dalam Imbangan
Duga.
Kadar bayaran dalam AUR = RM1 160 + RM325 = RM1 485
Kadar bayaran belum bayar RM325 direkod sebagai liabiliti semasa dalam PKK.

(iv) Sebahagian premis telah disewa dengan kadar RM500 sebulan mulai 30 April 2017.
Huraian: Sebahagian premis telah disewakan selama 8 bulan bermula 30 April 2017 hingga 31
Disember 2017 (pengiraan bulan Mei – Disember, bulan April tidak diambil kira kerana bermula
pada hujung bulan).
Sewa diterima dalam AUR = RM500 x 8 bulan = RM4 000 (sewa sepatutnya diterima)
Sewa diterima dalam Imbangan Duga berjumlah RM6 000. Bermaksud perniagaan perlu merekod
sewa belum terperoleh RM2 000 (RM6 000 – RM4 000) sebagai liabiliti semasa dalam PKK.

(v) Encik Munir telah diisytiharkan muflis dan baki hutangnya RM1 200 perlu dihapuskan
sebagai hutang lapuk.

Huraian: Hutang lapuk meningkat dan Akaun Belum Terima berkurang.


Hutang lapuk dalam AUR = RM300 + RM1 200 = RM1 500
Akaun Belum Terima dalam PKK = RM22 000 – RM1 200 = RM20 800

(vi) Peruntukan hutang ragu dikekalkan dengan kadar 2.5% atas Akaun Belum Terima.
Huraian: Rumus PHR = % PHR x Akaun Belum Terima bersih.
Per. Hutang Ragu dalam PKK = 2.5% x RM20 800 = RM520 (baki PHR baru)
Baki awal Per. Hutang Ragu dalam Imbangan Duga ialah RM1 600, ini menunjukkan berlaku
pengurangan Per. Hutang Ragu pada akhir tahun.
Hutang Ragu dalam AUR = RM1 600 – RM520 = RM1 080 diiktiraf sebagai hasil.

(vii) Kenderaan disusutnilaikan 10% setahun dengan nilai skrap RM1 000 mengikut kaedah
Ansuran tetap.

Huraian: Rumus pengiraan susut nilai soalan ini perlu diubahsuai sedikit berbanding rumus yang
terdapat dalam buku teks kerana terdapat nilai skrap diberikan (rumus asal kaedah ini dalam
buku teks ialah = %S. Nilai x kos)

Rumus Susut Nilai (ubahsuai) = % S. Nilai x (Kos – Nilai Skrap)


Susut nilai kenderaan dalam AUR = 10% x (RM48 000 – RM1 000) = RM4 700
Susut nilai terkumpul dalam PKK = RM29 600 + RM4 700 = RM34 300

(viii) Lengkapan disusutnilaikan 20% atas nilai buku pada awal tahun.
Huraian: Pengiraan susut nilai kaedah baki berkurangan untuk lengkapan adalah berdasarkan
nilai buku pada awal tahun. Oleh itu, belian lengkapan dalam maklumat tambahan (ix) tidak
perlu dikira susut nilainya.
Rumus Susut Nilai = % S. Nilai x (Kos – S. Nilai Terkumpul)
Susut nilai lengkapan dalam AUR = 20% x (RM12 000 – RM4 260) = RM1 548
Susut nilai terkumpul dalam PKK = RM4 260 + RM1 548 = RM5 808

(ix) Lengkapan berjumlah RM2 500 telah dibeli menggunakan hasil jualan bulan Oktober 2017.
Perkara ini belum direkodkan dalam mana-mana buku.
Huraian: Lengkapan (kos) bertambah dan jualan bertambah.
Jualan dalam Ak Perdagangan = RM96 300 + RM2 500 = RM98 800
Lengkapan (kos) dalam PKK = RM12 000 + RM2 500 = RM14 500

(x) Pinjaman perlu dijelaskan sepenuhnya pada 31 Disember 2018.


Huraian: Seluruh amaun pinjaman akan direkod sebagai liabiliti semasa dalam PKK.

7
2018 BCL-KKPP

JAWAPAN (a)

SUNLAY ENTERPRISE
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir
31 Disember 2017
RM RM RM
Jualan (96300 + 2500) Rujuk maklumat (ix) 98 800
(-) Pulangan jualan 460
98 340
(TOLAK) KOS JUALAN
Inventori awal 8 250
Belian 30 000
(-) Pulangan belian 700
29 300
(+) Duti belian 1 300
(+) Angkutan masuk 1 600
32 200
Kos barang untuk dijual 40 450 Rujuk maklumat (i)

(-) Inventori akhir (3356 + 3230) 6 586


Kos Jualan 33 864
Untung kasar 64 476

Rujuk maklumat (iv)


(+) HASIL
Sewa (500 x 8) 4 000
Hutang ragu (1600 - 520) 1 080
Diskaun diterima Rujuk maklumat (vi) 1 820 6 900
71 376
Rujuk maklumat (ii)
(-) BELANJA
Insurans (720 - 200) Rujuk maklumat (iii) 520
Kadar bayaran (1160 + 325) Rujuk maklumat (v) 1 485
Rujuk
maklumat (vii) Hutang lapuk (300 + 1200) 1 500
Susut nilai Kenderaan [10% x (48000 - 1000)] 4 700
Susut nilai Lengkapan [20% x (12000 - 4260)] 1 548
Gaji 10 000
Rujuk maklumat (viii)
Angkutan keluar 2 400
Promosi 4 400
Faedah pinjaman 900
Komisen 4 000
31 453
Untung bersih 39 923

Nota: Muka taip tulisan tangan adalah format yang perlu ditulis terlebih dahulu sebelum menjawab

8
2018 BCL-KKPP

JAWAPAN (b)

SUNLAY ENTERPRISE
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017
S. Nilai Nilai
ASET BUKAN SEMASA Kos Terkumpul Buku
RM RM RM
Premis 56 000 56 000
Lengkapan (12000 + 2500) 14 500 5 808 8 692
Rujuk
Kenderaan maklumat (ix) 48 000 34 300 13 700
78 392
Rujuk maklumat
(vii) dan (viii)
ASET SEMASA Rujuk maklumat (i)
Inventori akhir 6 586
Rujuk maklumat (v)
Akaun Belum Terima
(22000 - 1200) 20 800
(-) Peruntukan Hutang Ragu
(2.5% x 20800) 520
Rujuk maklumat (vi)
20 280
Bank 28 000 Rujuk maklumat (ii)

Insurans prabayar (300 x 4/6) 200


55 066
Rujuk LIABILITI SEMASA
maklumat (iii) Akaun Belum Bayar 10 110
Kadar bayaran belum bayar 325 Rujuk
maklumat (iv)
Sewa Belum Terperoleh (6000 - 4000) 2 000
Pinjaman 14 000
Rujuk maklumat (x)
26 435
MODAL KERJA ( AS -LS) 28 631
107 023

EKUITI PEMILIK
Modal awal Dari jawapan (a) 73 500
(+) Untung bersih 39 923
113 423
(-) Ambilan 6 400
Modal akhir 107 023

You might also like