You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS BATU LINTANG KUCHING


93200, KUCHING SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(PISMP)

PENGURUSAN BILIK DARJAH


DAN TINGKAH LAKU
EDUP 3043

PENULISAN AKADEMIK
(Tugasan B)

NAMA PELATIH MOHD. FAWWAZ BIN MOHD. SULHI

NO. ANGKA GILIRAN 2017042340063

NO. KAD PENGENALAN 981026-12-5161

KUMPULAN PISMP PENGAJIAN AGAMA (SK)


AMBILAN JUN 2017
NAMA PENSYARAH PUAN KAMALAWATI BINTI DOLHAN

TARIKH SERAHAN 13 SEPTEMBER 2018


SENARAI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

1.0 PENGENALAN 2

2.0 MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU DI SEKOLAH 3-4

3.0 PERANAN GURU DALAM MENANGANI MASALAH


DISIPLIN

3.1 Menerapkan nilai-nilai murni di sekolah


5-7
3.2 Konsep imbingan dan kaunseling

3.3 Mengenakan hukuman secara berhikmah

4.0 PENUTUP 8

5.0 RUJUKAN 9
1.0 PENGENALAN

Isu masalah disiplin dan tingkah laku pelajar di negara kita hangat diperkatakan
dalam kalangan masyarakat pada hari ini.Masalah yang sering timbul di sekolah
merupakan dominasi daripada masalah disiplin dan salah laku pelajar yang
serius.Masalah tingkah laku bermasalah di sekolah merupakan perkara normal yang
berlaku di sekolah dan keadaannya bertambah buruk dari semasa ke semasa
disebabkan kurangnya keberkesanan tindakan susulan terhadap masalah itu.Masalah
sosial yang merebak hasil kepesatan penggunaan media sosial dalam kalangan
remaja kini turut menyumbang kepada masalah tingkah laku pelajar di negara
kita.Terdapat banyak jenis masalah disiplin yang ditunjukkan oleh pelajar, iaitu bersifat
destruktif dan juga disruptif.Destruktif merujuk kepada masalah yang serius seperti
masalah jenayah manakala desruptif lebih kepada masalah gangguan di dalam bilik
darjah.Namun pada hari ini, guru-guru berdepan dengan masalah yang lebih serius
seperti tindakan pelajar yang memukul guru, mengugut bunuh, merokok, mengambil
dan menghisap dadah atau ganja, merompak dan lain-lain.Ini merupakan masalah
baru yang timbul di era pendidikan kini terutamanya terhadap sebahagian generasi Y
dan generasi Z.Kini guru-guru berada dalam dilema dihimpit tekanan dan bebanan
tugas di antara tugas mengajar dan mendidik di samping melakukan beberapa tugas
lain.

DESTRUKTIF
Menghancurkan /
MASALAH DISIPLIN Memusnahkan
*Tingkah laku yang menunjukkan
ketidakpatuhan kepada peraturan
atau nilai yang diterima oleh
masyarakat DISTRUKTIF
Mengganggu, mengacat dan
menjejaskan aktiviti
2.0 MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DI SEKOLAH

Rajah 2.0

Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 14 Mac 2018 melaporkan masih terdapat kes
buli dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya pelajar sekolah menengah biarpun amaran
keras dan kempen kesedaran tentang buli digiatkan di seluruh negara.Kes buli yang bersifat
destruktif ini bukanlah satu perkara yang baru yang berlaku dalam negara kita.Saban tahun,
negara kita akan digemparkan dengan kes-kes sebegini yang berulang baik dalam kalangan
pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan.Lebih parah lagi, terdapat di antara kes buli
tersebut yang membawa kepada kehilangan nyawa dan kecedaraan parah yang pernah
mengemparkan negara dan mendapat liputan meluas media tempatan pada penggal terakhir
tahun 2017.Kematian pelajar sekolah, T Nhaveen dan Kadet Laut Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman dan beberapa mangsa lain seperti kes buli di
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit,Perak membuka mata pelbagai pihak mengenai
isu buli dan dera di negara ini yang semakin membimbangkan.Kes buli dan penderaan bukan
sahaja berlaku dalam sekolah malah turut berlaku di sektor pekerjaan juga tidak kira keajaan
atau swasta.

Pada tahun 2017 juga, berita kematian dua anggota pasukan Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) Sungai Wangi, Sitiawan, Perak, LK1 Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28 dan
LK 1 TLS Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26 yang mana dipercayai didera tiga anggota
sepasukannya pada 1 Oktober lalu menggambarkan gejala kes buli dan dera tidak terhad
dalam lingkungan institusi pengajian sahaja.Kesemua mangsa yang meninggal dunia
mengalami kecederaan parah pada fizikal mereka baik luaran ada dalaman.Ini membuktikan
masalah buli perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan tindakan keras bagi pelakunya.
3.0 PERANAN GURU DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN

3.1 MENERAPKAN NILAI-NILAI MURNI DI SEKOLAH

Dalam proses pendidikan, sekolah memainkan peranan penting untuk menyediakan


prasarana yang membina sahsiah murid.Hal ini keranan sekolah merupakan agen perubahan
sosial kerana melalui kemajuan yang telah berlaku dalam sistem pendidikan kini.Penerima
Anugerah Nobel Keamanan 1993, Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa pendidikan
merupakan senjata paling ampuh yang boleh digunakan untuk mengubah dunia.Menurut
Noran Fauziah (1986), sekolah merupakan institusi sekunder dalam masyarakat yang
mempunyai fungsi formal bagi mensosialisasikan generasi muda supaya pada suatu hari nanti
mereka dapat mengambil alih peranan generasi muda.Tulang belakang kepada tugas ini
merupakan peranan guru di sekolah.

Tugas guru bukanlah sekadar hanya mengajar semata-mata, malah turut


mendidik.Guru-guru boleh menerapkan nilai dalam setiap pengajaran mereka dengan
mengaitkan seberapa banyak nilai yang boleh dikaitkan dengan kandungan pengajaran dan
pembelajaran.Dengan cara ini, pelajar akan lebih terkesan dan memotivasikan diri mereka
untuk menjadi individu yang baik dan berguna dalam masyarakat.Pembinaan nilai serta
tingkah laku yang baik hendaklah diserapkan secara beransur-ansur bukannya secara
paksa.Dalam masa sama, guru juga harus menekankan aspek disiplin dalam kalangan
pelajar.Di Malaysia, disiplin memberikan penekanan kepada pencegahan masalah disiplin
yang diberi dalam bentuk peraturan.Disiplin tidak hanya wujud dalam bentuk peraturan yang
dikuatkuasakan dan hukuman, malah ia turut hadir dengan pengalaman, nilai dan asuhan
persekitaran yang diterima oleh pelajar.

Pendidikan moral atau akhlak ini tidak semestinya diberi secara langsung sebagai satu
mata pelajaran akademik, tetapi lebih baik juga dilaksanakan secara implisit atau tersembunyi
supaya pelajar dapat merasakan keikhlasan kita dalam tugas mendidik. guru haruslah
mempunyai perwatakan yang baik.Segala tingkah laku guru haruslah boleh dicontohi dan
diteladani oleh pelajar didikannya.Maka, guru harus bijak menyusun strategi pengajarannya
dengan isi pengajaran yang padat dan bermanfaat.
3.2 KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Memetik isi yang terkandung dalam Seminar Pendidikan 2005, fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dalam proses mendisiplinkan murid, terdapat dua
elemen pendidikan yang digabungkan untuk mencapai matlamat iaitu pendidikan secara
lembut iaitu kaunseling dan pendidikan keras iaitu rotan.Bimbingan merupakan proses
dimana guru membantu murid mengenal pasti potensi diri dan membantunya menyesuaikan
diri dengan persekitaran.Manakala kaunseling bermaksud guru membantu murid memahami
dirinya yang sebenar dan membuat keputusan yang tepat tentang dirinya.Dalam hal ini guru
memainkan peranan untuk masuk ke dunia pelajar yang bermasalah dan menyelami perkara
di sebalik permasalahan yang mereka alami.Ada pelbagai faktor yang mempengaruhi tingkah
laku murid baik dari keluarga, sosioekonomi, pengaruh rakan sebaya dan banyak lagi.

Menurut William Glasser yang mengasaskan Model Terapi Realiti (1969),melalui


pengenalan Teori Pilihan (Choice Theory) menjelaskan setiap tingkah laku yang ditunjukkan
berasaskan pilihan yang telah dibuat.Setiap pilihan itu adalah berdasarkan keperluan asas
mereka. Apa yang dapat dilihat di sini ialah pelajar yang melakukan masalah disiplin ini telah
tersalah langkah dan melakukan kesilapan dalam membuat pilihan tersebut.Jadi, di sinilah
guru memainkan peranan untuk membantu mengeluarkan mereka dari belenggu ini.Pelajar
pada peringkat remaja terutamanya mengalami storm and stress yang mana peringkat ini
adalah peringkat penyesuaian dengan persekitaran baru.

Berdasarkan Model Akibat Logikal Dreikurs, beliau telah memperkenalkan langkah


yang amat berkait rapat dengan konsep bimbingan dan kaunseling. guru perlu memberikan
perhatian sepenuhnya kepada pelajar terbabit dengan mendengar dengan aktif masalah serta
motif mereka.Guru perlu cuba memahami murid dalam konteks yang sebenar dengan
mengetahui sedikit latar belakangnya.Segala salah tanggap dan persepsi murid terhadap
sesuatu perlu diperbaiki dan dimurnikan untuk memberinya gambaran sebenar tentang
perkara yang salah itu.Setelah itu, guru membimbing murid menuju persepsi baru yang
dicapainya serta membantu murid melihat kesan dan akibat di sebalik tingkah laku yang salah
itu sekiranya diteruskan.
3.3 MENGENAKAN HUKUMAN SECARA BERHIKMAH

Untuk menjadi seorang pendidik yang baik, seseorang guru harus mempunyai dua
sikap yang bertentangan iaitu tegas dan penyayang.Sekiranya berlaku masalah tingkah laku
yang melibatkan murid, maka guru boleh mengambil tindakan dengan mengenakan hukuman
yang sewajarnya.Dendaan tidak bertujuan untuk menghukum semata-mata, malah lebih
kepada untuk memberikan pengajaran.Hukuman pukulan atau rotan misalnya dilihat
berkesan dalam membendung beberapa masalah disiplin.Sebenarnya, hukuman ini tidak
salah di sisi agama baik Islam, Buddha dan Kristian malah terdapat hadis yang menyuruh ibu
bapa memukul anak yang tidak solat dengan syarat tidak memudaratkan dan hanya bertujuan
untuk mendidik.

Menurut kajian Kounin dalam Model Pengurusan Kelompok Kounin, sebarang teguran
dan tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan akan turut memberi
kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik darjah.Kesan Gelombang (Ripple Effect)
membuatkan pelajar lain yang melihat mengambil iktibar daripada tindakan salah laku
tersebut.Guru-guru juga boleh dikatakan berjaya menguruskan displin pelajar baik di dalam
dan luar bilik darjah.Duke and Duke (1978) menjelaskan tiap-tiap individu bertanggungjawab
atas perlakuannya sendiri.Jadi murid-murid akan berfikir panjang sebelum melakukan
sebarang tingkah laku bagi mengelakkan diri mereka dari dikenakan hukuman dan juga
teguran oleh guru.

Jacob Kounin (1971) mengenakan tiga syarat bagi memastikan keberkesanan kesan
gelombang dalm mendisiplinkan murid iaitu, guru harus jelas, tegas dan serius.Dalam
memberi teguran guru perlu jelas dengan menyatakan dengan spesifiktingkahlaku yang
hendak dibetulkan.Teguran juga boleh disampaikan dengan akibat terhadap salah laku
tersebut.Dalam pada itu, sekiranya amaran tidak diendahkan, maka guru boleh mengenakan
akibat tersebut.Kesannya, tindakan tersebut akhirnya akan memberikan teladan kepada
murid bahawa guru sememangnya serius dalam mendisiplinkan mereka.Pada masa yang
sama, ketegasan guru akan terserlah dan usaha membendung gejala salah laku akan tercapai
matlamatnya.
4.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulan, guru memainkan peranan besar dalam membentuk


sahsiah dan jati diri seorang kerana itulah tugas seorang guru.Tanggungjawab ini juga
memerlukan hati guru yang ikhlas dan tabah lebih-lebih lagi di arus pemodenan
kini.Ibu bapa juga tidak seharusnya bergantung sepenuhnya terhadap pendidikan di
sekolah kerana pendidikan awal kanak-kanak sebenarnya bermula dari
rumah.Justeru, ibu bapa dan pihak sekolah seharusnya memikul tanggungjawab
mendidik generasi pewaris dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang terhindar
dari kemelutan dan krisis moral yang kian meruncing, seterusnya menuju ke arah
pembangunan yang lebih menyeluruh.
5.0 RUJUKAN

Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (Tesis Ph. D, Fakulti
Pendidikan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Kematian Zulfarhan, Nhaveen buka mata isu buli, dera. (2017, Disember 24). Berita
Harian Online. Diakses pada Ogos 29, 2018, dari laman web
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/12/367090/kematian-zulfarhan-
nhaveen-buka-mata-isu-buli-dera.

Lian, C.P,Chueen, L.L, Yeong, V.L.Y (2015). Isu-Isu Masalah Pelajar : Pendekatan
Dan Pengajaran.Seminar Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia.

Safeek Affendy, Azizah Mokhtar. (2018, Mac 14). Lagi Kes Buli Di Sekolah. Berita
Harian Online. Diakses pada Ogos 29, 2018, dari laman web
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/03/399634/lagi-kes-buli-di-
sekolah.

Pathiban a/l Sinapan (2002). Vandalisme, Gangstarisme dan Salah Laku Sosial
Pelajar (Latihan Ilmiah Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

You might also like