You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA
PROGRAM PELUPUSAN BAHAN-BAHAN BERTULIS
AYAT-AYAT AL-QURAN

TARIKH :
23 - 24 FEBRUARI 2018
(JUMAAT - SABTU)

TEMPAT:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

ANJURAN:
GURU PELATIH PISMP PENGAJIAN AGAMA (SK) AMBILAN JUN 2017

DENGAN KERJASAMA:
JABATAN PENGAJIAN ISLAM DAN MORAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG.

1.0 PENGENALAN
Pada tahun ini, guru-guru pelatih PISMP Pendidikan Islam Ambilan Jun 2017 dengan
kerjasama Jabatan Agama Islam dan Moral julung-julung kalinya akan menganjurkan
Program Pelupusan Bahan-Bahan Bertulis Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Program ini
dilakukan bagi memastikan bahan-bahan seumpama ini dapat dilupuskan mengikut tata
cara islam yang sebenar. Bahkan ia juga bertujuan mendedahkan kepada masayarakat
Islam IPG Batu Lintang tentang peri pentingnya memelihara kesucian ayat-ayat al-Quran
walaupun bahan-bahan tersebut tidak lagi digunakan. Program ini juga bertujuan memberi
pendedahan kepada warga muslim IPG Batu Lintang tentang kaifiat pelupusan secara
sistematik dan terancang.

2.0 RASIONAL
Aktiviti pembuatan, pengendalian penjualan dan pelupusan bahan-bahan penerbitan
serta perhiasan yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran berlaku dengan begitu pantas
dan meluas. Bahan-bahan tersebut boleh didapati dalam pelbagai kegunaan, antaranya
dalam bentuk penerbitan bercetak seperti buku, surat khabar, majalah, cenderamata, bahan
perhiasan, gambar berbingkai, cakera optik termasuk CD, VCD,DVD, pita kaset dan memori
kad, pelekat (sticker), poster, kain rentang, pakaian, dan ukiran pada jubin lantai yang
melibatkan premis-premis seperti kedai, pasar raya besar, gerai pasar malam, pejabat dan
sebagainya. Mutakhir ini, telah berlaku pelbagai persoalan yang berlegar-legar di ruang
lingkup masyarakat Islam kini mengenai tatacara untuk melupuskan bahan-bahan bertulis
ayat-ayat Al-Quran yang telah rosak dan tidak lagi boleh digunakan.
Sebagaimana dimaklumi, Lembaga Teks Al-Quran telah ditubuhkan menerusi Akta
Percetakan Teks Al-Quran 1986 bertujuan untuk memelihara kesucian al-Quran daripada
diperalatkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, juga untuk menyeragamkan ras
al-Quran. Telah dipersetujui hanya “ rasm Uthmani riwayah hafas “ dijadikan sebagai rasm
yang akan digunakan oleh masyarakat Islam di negara ini. Sehubungan itu al-Quran selain
daripada “rasm Uthmani riwayat hafas” seperti rasm Imla’ie, al-Quran yang lusuh, koyak dan
sebagainya yang tidak boleh digunakan lagi hendaklah dilupuskan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menanam sikap keprihatinan umat Islam dalam memelihara kesucian ayat-ayat al-
Quran.
3.2 Dapat menambahkan pengetahuan tentang amali pelupusan ayat-ayat suci al-Quran.
3.3 Dapat memberi peluang dan kemudahan kepada semua pelajar dan pensyarah untuk
melupuskan bahan-bahan bertulis ayat-ayat suci al-Quran

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar Islam dan pensyarah yang ingin melupuskan ayat-ayat suci al-Quran

5.0 TEMPAT

Laman sebelah kiri Masjid Al-Muallimin, IPG kampus Batu Lintang

6.0 TARIKH

23 dan 24 Februari 2018

7.0 TENTATIF PROGRAM

21/11/2017
8.00 Pagi: Sarapan pagi
8.30 pagi: Mengumpulkan bahan-bahan bertulis ayat-ayat suci al-
Quran
9.30 pagi- 12.30 tengahari: Proses pembakaran
12.30 tengahari: Proses penyejukan

22/11/2017
8.00 pagi: Sarapan pagi
8.30 pagi: Proses pembakaran
10.30 pagi: Proses penyejukkan
12.30 pagi: Proses Pembungkusan untuk dilupuskan ke laut

8.0 JAWATANKUASA INDUK ‘PROGRAM PELUPUSAN BAHAN-BAHAN BERTULIS


AYAT-AYAT AL-QURAN’
PENAUNG
ENCIK JAMIRAN BIN SALAM
Pengarah, IPG Kampus Batu Lintang

PENASIHAT BERSAMA
PN. ANIS ALISYA BINTI ABDULLAH
Timbalan Pengarah, IPG Kampus Batu Lintang

PENGERUSI
USTAZ MAHADI BIN HAJI KHALID
Ketua Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM), IPG Kampus Batu Lintang

PENYELARAS
USTAZAH DR SHARIFAH FATIMAH BINTI WAN JAMEL
Pensyarah JAPIM, IPG Kampus Batu Lintang

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI MOHD ANNUR SHYRIE NAZRIQ BIN JAMHARI

NAIB PENGERUSI NURTASHA AZWA BINTI SULAIMAN

SETIAUSAHA MOHD FAWWAZ BIN MOHD SULHI

BENDAHARI MUHAMMAD EIRFAN MIRZA BIN MASA

NAIB BENDAHARI NURRAISYA AMIRA BINTI TAJUDEN

MOHD FUDHAIL BIN NADZRI


AJK MAKANAN
AMANINA AFYNNA BINTI SEMAN

FAKHRUSY SYAKIRIN BIN ZAIDI


AJK PENGANGKUTAN
KHAIRUNNISA BINTI IMAM MUSLIKIN

MOHAMMAD SHAHROM BIN HANAFEE


AJK KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN
NORHALIZA BINTI ABDUL MANAN

JAZMI BIN JAMIL


AJK PEMBAKARAN
KHAIRUNNISA BINTI SUHOR

MOHD AKRIMI MASWA BIN HABID’S BUHIGIBA


AJK DOKUMENTASI
FATIMAH HABIBULLAH BINTI KAMIL
NIK NAJIATUL A’RIFAH BINTI NIK AHMAD
AJK PERALATAN SABREE
MOHD JAMILUDDIN BIN ALI
SALWANA BINTI MOHD SUYUTY
AJK HADIAH DAN SAGU HATI
NURZARIFAH BINTI MANSHOR
MOHD FARIS FAKHRI BIN MOHAMAD
AJK PROTOKOL
KHAIRUNNISA BINTI IMAM MUSLIKIN
MOHAMMAD SHAHROM BIN HANAFEE
AJK PENDAFTARAN NIK NAJIATUL A’RIFAH BINTI NIK AHMAD
SABREE

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Unit Anggaran RM Sumber


Kewangan
1. Tong Pelupusan 2 Unit X RM 165.00 RM 330.00
2. Penyodok Besi 2 unit X RM 15.00 RM 30.00
Jabatan
3. Pencakar Besi 2 unit X RM 15.00 RM 30.00
4. Plastik Sampah 2 Unit X RM 5.00 RM 5.00 Pendidikan Islam
(hitam) Dan Moral
5. Tong plastik 6 Unit X RM 35.00 RM 210.00 (JAPIM)
6. Makanan dan 30 pelajar X 2 hari X RM 300.00
IPG Kampus Batu
minuman pelajar RM 5.00
Jumlah RM 905.00 Lintang
Masjid Al-
Muallimin
11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat memantapkan lagi kefahaman kita sebagai umat
Islam terhadap kepentingan memelihara kesucian ayat suci al-Quran dan tanggungjawab
untuk martabat kesuciannya. Semoga program-program seumpama ini dapat diteruskan
pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh,

___________________
(MOHD FAWWAZ BIN MOHD SULHI)
Setiausaha Program ‘PROGRAM PELUPUSAN BAHAN-BAHAN BERTULIS AYAT-AYAT AL-
QURAN.

Disemak oleh,

____________________
(USTAZAH DR SHARIFAH FATIMAH BINTI WAN JAMEL)
Penyelaras Program,
Pensyarah Kursus Pengajian Sirah.

Disahkan oleh,

___________________
(USTAZ MAHADI BIN HAJI KHALID)
Ketua Jabatan Pengajian Islam Dan Moral (JAPIM).

Diluluskan oleh,

___________________
(ENCIK JAMIRAN BIN SALAM)
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

You might also like