You are on page 1of 6

1.

0 Pengenalan

Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam bidang
pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi
negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih
Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik
memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat
rencam dan kompleks.

Keguruan adalah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam
masyarakat dunia. Sebagai guru yang professional, guru perlu melaksanakan kerjayanya
dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai
profesion ini. ( Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, 2007 ). Salah satu agenda penting dalam
matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan sistem
pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum
sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disiplin
yang tinggi,bersikap kerjasama dan mampu memainkan peranan dalam masyarakat, serta
melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada
negara-negara lain di dunia. ( Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam perhimpunan
Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia ). Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang
bertajuk “Pendidikan Bertaraf Dunia kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran ( selepas ini ditulis p&p )” menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai
wacana dalam dasar pendidikan negara sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan
seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu.

Dalam usaha meningkatkan martabat profesion perguruan yang cemerlang, maka


pakatan bijak semua pihak hendaklah digerakkan sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Pihak-pihak tersebut ialah kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia
serta institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat, pertubuhan-
pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ), kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta.

1
2.0 Konsep Guru Cemerlang

Menurut kamus dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh.Seorang guru
ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon
Sang (1990 ) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai
perhubungan sosial yang saing berkait rapat dengan masyarakat. Guru merupakan tenaga
ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggug jawab untuk mendidik pelajar di
sekolah.Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat.
Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan
antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina
kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar haruslah
memiliki kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan
terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru
harus memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan
praktikal pendidikan,menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran.

Guru cemerlang adalah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan


kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Guru cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.

Menurut Hamachek ( 1971 ) menyatakan bahawa guru yang berkesan adalah guru
yang selalu melihat diri mereka sebagai orang yang cemerlang. Konsep diri mereka dalam
kebanyakan bahagian positif dan selari dengan suasana optimis dan diwarnai dengan
konsep penerimaan diri yang sihat. Bukti klinikal telah membuktikan bahawa mana-mana
individu yang berasa lebih ceria, lebih produktif dan lebih berkesan hanya apabila dia
mampu melihat dirinya cukup sempurna. Perasaan yang positif tentu mempengaruhi
seseorang supaya berkelakuan lebih positif dan dari itu akan lebih berjaya dalam hidupnya
daripada mereka yang mempunyai gambaran diri yang rendah. Orang yang mempunyai
pandangan yang negatif terhadap dirinya dan menghalang seseorang dari mencuba.

2
3.0 Penulisan Akademik

Semasa melaksanakan sesi temubual bersama guru cemerlang tersebut, saya telah
mendapat beberapa pengalaman baharu untuk dibekalkan semasa menjadi guru kelak.
Beliau banyak menasihati dan memberi tunjuk ajar terutama dari segi rohani seorang guru.

Niat yang betul adalah yang utama sebagai seorang guru. Melaksanakan pekerjaan
dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama islam yang selari dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ), misi, matlamat dan objektif
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidik perlu ikhlas dalam menjalankan tugas dan
tanggugjawab terhadap agama dan negara, memberi sumbangan yang maksimum dan
bermutu disamping memperbaharui niat untuk melakukan kebaikan setiap masa.

Selain itu, perlakuan yang baik perlu ditunjukkan. seorang pendidik perlu melakukan
tugas dengan sempurna yang merupakan tanggungjawab ke arah mencapai hasil yang
berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Pendidik perlu menunjukkan penampilan
diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik, menghasilkan kerja yang berkualiti secara
berterusan di samping memberikan kepuasan kepada pelanggan, menghargai dan
bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Beliau berkata tanggungjawab bagi setiap pendidik yang bertugas dengan


Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah menjadi penggerak kea rah kebaikan. Mereka
perlu menampilkan diri sebagai seorang dinamik, maju,berdaya saing dan mendorong
seseorang melakukan kebaikan. Begitu juga harus berusaha agar hasil kerja dan amalan
dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber
inspirasi kepada rakan sejawat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi pekerja
yang terbaik.

Kata – kata yang baik juga ialah tanggungjawab guru sebagai pemberi ilmu. Para
pendidik hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan, dengan
menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan sama ada terhadap
diri sendiri atau orang lain. Setiap perbuatan yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang
diucapkan dengan menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.

Seorang guru perlu mempunyai sifat amanah, beliau berkata sifat ini merupakan sifat
yang penting dalam islam. Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa
menyalahguna kuasa dan kedudukan. Pegawai kerajaan hendaklah sentiasa menjalankan
tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab tanpa penyelewengan dan kecuaian. Di

3
samping itu perlu bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahkan kuasa dan
kedudukan.

Guru juga perlu menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja
dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa kerja untuk urusan peribadi.
Sentiasa berdisiplin semasa bertugas dan mengawal diri serta tidak melakukan sesuatu
yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap diri sendiri. Pegawai juga
bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa kepada ketua
jabatan.
Bercakap benar dan jujur merupakan tanggungjawab guru.Dari apa yang beliau
katakan Pegawai kerajaan perlu mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan
sesuatu pekerjaan tanpa niat yang tersembunyi atau mengharapkan balasan. Bercakap
benar dan menepati janji dengan tidak bercakap bohong dan mungkir janji. Semasa
menjalankan tugas pegawai perlu memberi atau menerima arahan yang jelas dan tepat
serta tidak mengelirukan. Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan
bersama.

Selain itu , bekerja dengan penuh minat dan rela mengorbankan masa dan tenaga
secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Bekerja tanpa rasa jemu dan
bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari sebarang helah.

Sanggup bekerja dengan berkorban masa dan tenaga demi kepentingan


perkhidmatan, begitu juga bekerja dengan penuh yakin dan tekun serta bersikap positif
dalam melaksanakan tugas, pegawai bekerja dengan menghasilkan kerja yang berkualiti.
Pegawai juga perlu bertanggungjawab dengan penuh sabar, teliti dan ceria, tidak cuai dan
merungut sebarang kerja yang diberikan kepadanya. Seorang pegawai perlu bersikap
cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi sendiri.

Guru perlu mempunyai perasaan dan perlakuan yang meunjukkan sikap memahami,
menghargai dan mengambil berat dalam menjalankan tugas. Bersikap pemaaf dan
penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri. Pegawai perlu menganggap
setiap orang mempunyai harga yang perlu dihormati, tanpa sebarang prasangka buruk
dengan bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugasnya.
Bekerja dengan menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh
kemesraan dan bersifat simpati, empati dalam menjalankan tugas seharian.

4
4.0 Rumusan

Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam
merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap
yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang dibentangkan iaitu guru
perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,
mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan dan
mengamalkan kemahiran professional mampu menyediakan generasi muda utuk
menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang
global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer
sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang
ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang
boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

5
4.0 Rujukan

S.I Syed Mustafa, A Subki Miskon (2014), Asas Kepimpinan dan Pembangunan
Profesional.

Hamid Fahmi Zarkasyai, (1990). Pemikiran Al Ghazali Tentang Pendidikan. Kualan


Lumpur Dewan Bahasa Pustaka

Mohamed Amin Embi dan Azmi Abdul Latiff .(2002). Online professional development
fOr community of practicing English Languange teacher. Bangi Fakulti Pendidikan,
UKM.

You might also like