You are on page 1of 7

LAPORAN MINIT MESYUARAT PIBG BIL.

1/2018
SK ULU SAPI, TELUPID

TARIKH : 28 MAC 2018


HARI : RABU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN UTAMA SK ULU SAPI

Agenda :
(a) Ucapan YDP PIBG
(b) Ucapan Guru Besar
(c) Ucapan Tn Lino Leoncio
(d) Ucapan dan perasmian Tn Jonnybone Kurum
(e) Pengesahan Minit Mesyuarat
(f) Perkara berbangkit
(g) Laporan Kewangan 2016-2017
(h) Perancangan dan aktiviti Persatuan 2018
(i) Hal-hal lain

KEHADIRAN :
1. En. Abdul Halim Kadop ( Guru Besar )
2. En Titi Bin Bonsilon ( YDP PIBG )
3. Pn. Evelyne Mailin ( Timbalan YDP PIBG )
4. En Saberil Tangan ( Penolong Kanan 1 )
5. Pn. Jomitie Gunda ( Penolong Kanan HEM )
6. En Joseph Emus ( Penolong Kanan KOKUM )
7. En Wilson Rojiin ( Penyelia Petang )
8. Cik Faizurah Wasli ( Pengacara Majlis )
9. En Tilus Talib ( Wakil guru-guru )
10. Cik Mazlinah Mohd Dayang ( Setiausaha )
11. Pn. Juwitah Saiti ( Bendahari PIBG )
12. Semua AJK PIBG serta ibu bapa dan penjaga ( Sila rujuk borang kehadiran
PIBG/lampiran )

1.0 Ucapan Pengerusi YDP PIBG

1.1 En. Titi bin Bonsilon (YDP PIBG) mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa
dan guru yang hadir.
1.2 Komitmen ibu bapa dalam menghadirkan diri untuk mesyuarat adalah penting bagi
mewujudkan suatu jalinan kerjasama antara ibu bapa dan juga guru.
1.3 Diharapkan semua ibu bapa dan guru dapat berganding bahu bagi memajukan prestasi
anak-anak.
2.0 Ucapan Guru Besar

2.1 En. Abdul Halim Kadop(Guru Besar) mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
tetamu dan ibu bapa.
2.2 Beliau menyeru agar ibu bapa memberi sokongan padu kepada guru dan setiap aktiviti
yang dijalankan oleh pihak Sekolah.
2.3 Beliau juga menyatakan kepada ibu bapa jika mempunyai sebarang masalah berkaitan
anak-anak, datang dan berbincang dengan organisasi sekolah.
2.4 Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah seperti
mesyuarat PIBG bagi meningkatkan prestasi akademik anak-anak.
2.5 Semoga dengan adanya kerjasama daripada ibu bapa, ia dapat mengeratkan lagi
silaturahim dan sebagai langkah untuk bekerjasama dalam program yang akan datang.
.

3.0 Ucapan Tuan Lino Leoncio

3.1 Tuan Lino Leoncio (Penolong Pegawai PPD Telupid), mengucapkan tahniah kepada
pihak Sk Ulu Sapi kerana dapat menjalankan mesyuarat PIBG dengan jayanya.
3.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Ajk PIBG ynag kuat, mampu berkerjasama
bersama guru untuk menjayakan mesyuarat PIBG pada kali ini.
3.3 Sekali lagi beliau menyeru kepada ibu bapa agar dapat memberi perhatian dan
kerjasama dalam membantu dan menyokong guru-guru meningkatkan prestasi anak-anak.

4.0 Ucapan Perasmian oleh Tuan Jonnybone Kurum

4.1 Tuan Jonnybone Kurum (Ketua Pemuda PBS bahagian N.40 Labuk) juga mengucapkan
tahniah kepada pihak sekolah dan ibu bapa kerana dapat menjalankan mesyuarat PIBG.
4.2 Tahniah juga kepada ibu bapa dengan kehadiran yang amat memberansangkan,
menunjukkan sokongan yang padu kepada pihak sekolah.
4.3 Beliau turut menyeru kepada ibu bapa agar berkerjasama dengan pihak sekolah dalam
apa juga aktiviti yang dijalankan.
4.4 Tuan Jonnybone Kurum merasmikan mesyuarat PIBG bil 1 Sk Ulu Sapi sesi 2018.
5.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

5.1 Dicadangkan Oleh :Pn Norhaida binti Saparudin


Disokong Oleh :Pn Salasiah Julian

6.0 Pengesahan Rekod Kewangan 2017

6.1 Dicadangkan Oleh :Pn Evelyne Atang


Disokong Oleh :Pn Saadiah binti Hassan

7.0 Perkara berbangkit

7.1 Kekosongan AJK

7.1.1 Tuan Titi menyatakan bahawa pembubaran ajk akan dilakukan dua kali setahun.
Namun terdapat beberapa ajk yang kosong kerana masalah yang tidak dapat dielakkan
seperti ajk pindah ke daerah lain.
7.1.2 Untuk jawatan setiausaha PIBG yang sebelum ini dipegang oleh Pn Zaiton telah
digantikan oleh Cik Mazlinah Mohd Dayang.
7.1.3 Biro Kerohanian yang sebelum ini dipegang oleh En Manjountin telah digantikan Oleh
En Bostandolah .
7.1.4 Bagi Biro Pembangunan dan Siaraya pula en Laiman dikekalkan namun en Virjalius
telah telah digantikan oleh pn Sutradewi Mahara
7.1.5 Tuan Titi memohon agar semua Ajk yang baharu sahaja dilantik dapat menjalankan
tugas dengan amanah dan jayanya.
7.1.6 Beliau juga telah mencadangkan untuk perlantikan ajk pada masa hadapan,
diwujudkan kertas undi untuk mendapat keputusan yang telus.

7.2 Opss Ponteng

7.2.1 Tuan Titi Bonsilon menyatakan bahawa program “Ops Ponteng” belum dapat
dijalankan disebabkan kurangnya kerjasama dripada pihak ibu bapa.
7.2.2 Penggiliran ajk yang bertugas adalah 1 minggu 2 orang pemantau bertugas, berjumpa
guru kelas dan kenal pasti murid yang selalu ponteng sekolah.
7.3 Isu media sosial

7.3.1 Pada masa akan datang, apabila ada masalah yang berlaku berkaitan murid-murid ibu
bapa perlu selidiki terlebih dahulu setiap apa yang berlaku kepada anak-anak sebelum
membuat apa-apa tindakan.
7.3.2 YDP juga menyebut sebelum ibu bapa mengambil tindakan fikir dahulu kesannya pada
jangka panjang.
7.3.3 Dan kepada pihak guru, jika mahu mengambil tindakan terhadap kesalahan murid-
murid adalah lebih baik panggil ibu bapa dan berbincang tindakan yang perlu di ambil
kepada murid tersebut.

8.0 Perancangan dan aktiviti Persatuan 2018

8.1 Tuan Titi bin Bonsilon menyatakan semua aktiviti bergantung kepada jumlah kewangan
PIBG.
8.2 Beliau juga menyatakan bahawa akaun PIBG akan di buka dan akan dimaklumkan.
8.3 Untuk akaun PIBG yang akan di buka nanti, semua ahli mesyuarat dan Ajk Tertinggi
PIBG sebulat suara bersetuju memilih pengelola yang akan bertanggungjawab
menandatangani akaun tersebut iaitu Yang Dipertua PIBG Encik Titi Bonsilon (780101-12-
5663), Bendahari PIBG Puan Juwitah Saiti (740205-12-5872), dan setiausaha PIBG Cik
Mazlinah binti Mohd Dayang (880529-49-5890).
8.4 Tuan Titi bin Bonsilon juga menyeru kepada semua ahli PIBG untuk menjelaskan yuran
kutipan sumbangan sebanyak Rm 20 setahun, hal ini ditekankan agar dapat mengukuhkan
kewangan PIBG dan seterusnya persatuan dapat melaksanakan pelbagai aktiviti.
8.5 Sebarang transaksi pengeluaran duit persatuan haruslah mempunyai hitam putih
sebagai bukti.
8.6 Aktiviti lain yang akan dijalankan adalah Karnival Sukan. Namun pelaksanaan aktiviti ini
bergantung kepada sumber kewangan dan kerjasama antara guru dan ibu bapa.

9.0 Soal Jawab

9.1 Ibu bapa mencadangkan kepada pihak sekolah, jika selepas ini terdapat murid yang
sakit ringan mahupun berat diminta guru bertindak menghantar ke klinik berdekatan
sementara menunggu ibu bapa datang
9.2 Pn Jomitie Gunda Penolong Kanan HEM memberi tindak balas dengan menyatakan
bahawa jika dirumah lagi murid menunjukkan simptom demam maka diminta agar ibu bapa
tidak membenarkan anak untuk datang ke sekolah. Beliau memberikan makluman lain
kepada ibu bapa bahawa pihak sekolah berusaha untuk mendapatkan kuota mewujudkan
tiga buah kelas Prasekolah.
9.3 Untuk makluman ibu bapa pendaftaran tahun 1 dipanjangkan sehingga hujung bulan
april 2018. Peringatan lain, beliau meminta supaya ibu bapa menasihati anak-anak agar
tidak memasuki kawasan larangan di sekolah seperti bilik guru sesuka hati, akibat sering
berlaku kes kecurian wang.
9.4 Ibu bapa juga bertanya kepada pihak sekolah adakah perlunya pemakaian ves, tali leher
dan lencana dalam kalangan murid kerana murid mengadu tentang kerosakan aksesori
tersebut. Pn Juwitah Saiti menjelaskan bahawa pemakaian ves, tali leher dan lencana
adalah wajib dalam kalangan murid, bagi memenuhi tuntutan program disiplin., agar murid
sentiasa kelihatan berdisiplin dan berpakaian kemas. Pn Juwitah juga menjelaskan kepada
ibu bapa, ves dan tali leher anak-anak sering rosak kerana kurang penjagaan dari anak-
anak itu sendiri dan mereka menjadikan ves dan tali leher sebagai alat permainan ketika
waktu rehat.
9.5 Beliau juga menyatakan bahawa disiplin anak-anak sangat kritikal ketika berada di
sekolah. Kes conteng kelas dengan perkataan kesat mula berleluasa. Oleh itu Pn Juwitah
berharap agar ibu bapa dapat memberikan kerjasama untuk mencorakkan disiplin murid
agar jadi lebih baik.
9.6 Tuan Titi Bonsilon bertanya kepada pihak sekolah sama ada tahap 2 perlu memakai ves
atau hanya untuk tahap 1 sahaja.
9.7 Pn Jomite menyatakan bahawa tahap 2 tidak lagi digalakkan memakai ves untuk
biasakan murid tahu tugas masing-masing. Mulai tahun ini pemakaian ves hanya untuk
tahap 1. Untuk itu ibu bapa perlu membekalkan ves kepada anak-anak untuk keseragaman.
9.8 Pn Evelyne Mailin (NYDP) menyeru kepada semua ibu bapa agar menerapkan nilai
hormatkan guru. Diharap selepas ini ibu bapa menyelidiki terlebih dahulu sebelum membuat
tindakan.
9.9 Ibu bapa harus menyokong guru-guru untuk mendidik anak-anak terutamnaya jika ada
masalah yang melibatkan anak-anak harus ada perbincangan dan saling menghormati.

10. Hal-hal lain

10.1 Penolong Kanan 1 En Saberil Tangan menegaskan bahawa pada masa kini KPM
mengutamakan pencapaian tahap minimum (PTM). Oleh yang demikian kelas tambahan
akan diadakan, diharap ibu bapa dapat beri galakan kepada anak-anak. Manakala kelas
malam juga akan diadakan untuk menaikkan prestasi murid yang lemah.
10.2 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan kepada pihak ibu bapa untuk menghantar
anak-anak yang berbakat dalam permainan badminton di telupid bagi pemilihan. En Joseph
juga menyeru kepada ibu bapa agar memantau jadual waktu kelas anak-anak. Hal ini
kerana ada anak-anak yang tidak mahu melibatkan diri dalm aktiviti pendidikan jasmani
dengan sengaja tidak memakai pakaian sukan..
10.3 Pn Jomitie menegaskan kepada ibu bapa bahawa pihak sekolah diarah memasukkan
murid tanpa dokumen dengan syarat ibu bapa tetap terus mengurus dokumen murid
sebelum murid berpindah ke tahun enam. Beliau juga memohon kepada ibu bapa agar
memberi kerjasama untuk permohonan semula murid tanpa dokumen

11.0 Penutup

11.1 Tuan YDP PIBG mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kehadiran semua ahli PIBG
pada kali ini yang sangat memuaskan. Semoga ia dapat dikekalkan pada masa akan datang
untuk kecemerlangan anak-anak khasnya di Sk Ulu Sapi.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.37 tengahari.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh. Disahkan oleh,

………………………… …………………………….. -----------------------------


MAZLINAH M. DAYANG TITI BIN BONSILON EN ABDUL HALIM KADOP

Pengesahan Minit Mesyuarat :

Dicadangkan :……………………………………………………….

Disokong :……………………………………………………

You might also like