You are on page 1of 6

D/A NY SERVICE CENTER, LOT 561 KG PALOH TUAN SULONG 20050 KUALA TERENGGANU,

TERENGGANU DARUL IMAN

TFT/51530/005 – (09) November 2018

………………………………

………………………………

………………………………

Tuan,

MEMOHON TAJAAN BAGI MENJAYAKAN ACARA SUKAN LASAK PACUAN EMPAT


RODA BUKIT BESI MONSOON CHALLENGE 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa


Terengganu Fourwheeler Team akan menganjurkan acara sukan lasak pacuan empat roda
yang akan berlangsung seperti berikut :

Tempat BUKIT BESI RAINFOREST PARK, DUNGUN, TERENGGANU

Tarikh 15-16 Disember 2018

Sehubungan itu, kami ingin membuka ruangan logo syarikat bagi tujuan penajaan pada
t-shirt rasmi acara dan jadual nilaian tajaan boleh dirujuk pada lampiran 1. Kami
menjangkakan acara Bukit Besi Monsoon Challenge 2018 bakal mendapat sambutan yang
menggalakkan dan bakal mengumpulkan lebih dari 3000 orang pengunjung berdasarkan
kepada :

i. Kedudukan litar yang strategik dan berhampiran dengan Tasik Puteri iaitu salah satu
destinasi pelancongan di Terengganu.
ii. Litar seluas 21 km bakal menjanjikan kepuasan serta pelbagai aksi menarik di
kalangan peserta.
iii. Kemudahan infrastruktur yang lengkap dan memberikan keselesaan kepada para
pengunjung.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun BENDAHARI KELAB 113015279939


MAYBANK (MOHD ANUAR BIN LEMAS).

TERENGGANU FOURWHEELER TEAM

D/A NY SERVICE CENTER, LOT 561 KG PALOH TUAN SULONG 20050 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
DARUL IMAN

TEL/FAX : 09-6170258
Bersama-sama ini kami sertakan gambar litar Bukit Besi Rainforest Park dan aksi para
peserta di kalangan ahli TFT di beberapa siri acara sukan lasak pacuan empat roda bagi
rujukan pihak tuan (lampiran 2). Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya MOHD RADHI
BIN KAMARUDDIN, URUSETIA ACARA di talian 017-570 8818.

Semoga dengan sumbangan penajaan dari pihak tuan akan dapat memeriahkan lagi acara
tersebut disamping merancakkan lagi acara sukan lasak pacuan empat roda yang semakin
mendapat sambutan yang menggalakkan kebelakangan ini.

Segala sokongan dan perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahulukan
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"TERENGGANU MAJU BERKAT SEJAHTERA"

Saya yang menjalankan tugas,

MOHD RADHI BIN KAMARUDDIN


Urusetia Acara
Terengganu Fourwheeler Team

TERENGGANU FOURWHEELER TEAM

D/A NY SERVICE CENTER, LOT 561 KG PALOH TUAN SULONG 20050 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
DARUL IMAN
Lampiran 1

TERENGGANU FOURWHEELER TEAM

D/A NY SERVICE CENTER, LOT 561 KG PALOH TUAN SULONG 20050 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
DARUL IMAN
Lampiran 2

TERENGGANU FOURWHEELER TEAM

D/A NY SERVICE CENTER, LOT 561 KG PALOH TUAN SULONG 20050 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
DARUL IMAN
TERENGGANU FOURWHEELER TEAM

D/A NY SERVICE CENTER, LOT 561 KG PALOH TUAN SULONG 20050 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
DARUL IMAN
TERENGGANU FOURWHEELER TEAM

D/A NY SERVICE CENTER, LOT 561 KG PALOH TUAN SULONG 20050 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
DARUL IMAN

You might also like