You are on page 1of 2

KELAB GURU DAN STAF SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RINGLET 39200 RINGLET, CAMERON HIGHLANDS PAHANG DARUL MAKMUR

Telefon : 05-4956619 05-4956620 Faks : 05-4956621

Email : smkringletch@gmail.com

Ruj. Kami : Tarikh : 17 April 2013

YB. DATUK HO YIP KAP C-2-G13 Jalan Royal Lily 4/2 39000 Tanah Rata Cameron Highlands PAHANG DARUL MAKMUR

Yang Berhormat, PERMOHONAN SUMBANGAN KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME 2013 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab Guru dan Staf SMK Ringlet telah memutuskan untuk mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme seperti maklumat di bawah:Tarikh Masa Tempat Peserta : 28 30 Jun 2013 : 3 Hari 2 Malam : Pantai Indah Seaview Resort, Kuala Selangor : Semua guru dan staf SMK Ringlet (50 orang)

3. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik YB Datuk untuk menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak RM5000.00 bagi menjayakan kursus ini. Sumbangan tersebut akan digunakan untuk menampung kos perbelanjaan sepanjang kursus diadakan termasuklah bayaran penceramah, cenderahati, penginapan dan pengangkutan peserta serta jamuan makan malam yang melibatkan semua guru dan staf. 4. Sumbangan dalam bentuk cek boleh diserahkan seperti berikut: PIBG SMK RINGLET Nombor Akaun: 06190000388058 (CIMB BANK)

5. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi Kelab Guru dan Staf 2013, Encik Muhammad Nor bin Ali (019-9107575) atau Naib Pengerusi, Puan Siti Rogayah (019-9153413). 6. Sumbangan YB Datuk amatlah dihargai dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas,


.............................................. (MUHAMMAD NOR BIN ALI)

Pengerusi Kelab Guru dan Staf Sekolah Menengah Kebangsaan Ringlet Cameron Highlands

You might also like