You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN RINGLET,

39200 RINGLET
CAMERON HIGHLANDS TEL/FAX : 05-4958859
PAHANG DARUL MAKMUR E-MAIL : skringletch@gmail.com

Ruj. Kami : SKRL.100-9/6/1( )


Tarikh : 18 Mei 2023

Kepada,
YB Dato’ Ramli Bin Dato’ Mohd Nor
Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Cameron Highlands
No.2, Tingkat 3 & 4, Bangunan UMNO
Marigold Square, 39000 Tanah Rata
Cameron Highlands, Pahang

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI MESYUARAT AGUNG PIBG SK RINGLET KALI KE-20 SESI 2023/ 2024

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Ringlet akan mengadakan Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-20 seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 18 Jun 2023 (Ahad)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan SK Ringlet

3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG SK Ringlet amat berbesar hati memohon sumbangan daripada Yang Berhormat
Dato’ berjumlah RM 3 000.00 bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Ringlet Kali Ke-20 bagi Sesi 2023/ 2024.
Sumbangan ini boleh disalurkan ke akaun PIBG SK RINGLET melalui Akaun Maybank (506043217701).

Kerjasama dan perhatian Yang Berhormat Dato’ dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

MOHD HADI IZWAN BIN IZHAM


Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Ringlet
39200 Ringlet
Cameron Highlands

You might also like