You are on page 1of 2

MIC CAWANGAN CAREY ISLAND CENTRAL,

PULAU CAREY
BAHAGIAN KUALA LANGAT.
Tel : 016-3150848

Tuan Guru Besar, 12/4/2023


S.K.Sungai Judah,
42960 Pulau Carey.
Tuan,
JEMPUTAN UNTUK PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN 7
SEBELAH.
Merujuk kepada perkara di atas,Cawangan MIC Carey Island Central Pulau Carey
Bahagian Kuala Langat bercadang untuk mengadakan Pertandingan Bola Sepak di antara
sekolah-sekolah rendah Daerah Kuala Langat untuk memupuk semangat kesukanan
dalam permainan Bola sepak di samping melahirkan pemain bola sepak yang handal
kalangan murid-murid sekolah rendah di Daerah Kuala Langat ini.
2. Dengan ini saya selaku pengerusi cawanganMIC Carey Island, segala hormatnya
menjemput Pasukan sekolah tuan untuk mengambil bahagian dalan Pertandingan
Bolasepak Bawah 12 tahun 7 sebelah seperti berikut:

3. Butir-butir pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh : 8/5/2023 Isnin


Masa : 1.00 Petang - 6.00 Petang
Tempat : Padang Simpang Lima,Pulau Carey

4. Kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan disanjung tinggi. Semoga
perhatian dan tindakan dari pihak tuan akan membantu cawangan kami untuk
menjayakan pertandingan ini.

“KE ARAH MEMARTABATKAN SEMANGAT KESUKANAN”

Yang Benar,
….………………………………………
(Prabharan A/L Vyapuri)
Ketua MIC,
Cawangan Simpang Lima,Pulau Carey,
Bahagian Kuala Langat.

You might also like