You are on page 1of 2

Tajuk : Kepentingan Imunisasi untuk Kanak-

Kanak

Pada masa kini, walaupun kita mempunyai sistem penjagaan kesihatan dan standard
kebersihan yang lebih baik, penyakit masih lagi wujud. Penjagaan kesihatan dan kebersihan
yang lebih baik mengurangkan penyebaran penyakit tetapi ia masih belum mencukupi untuk
menghapuskan penyakit sama sekali. Ini kerana kebanyakan penyakit disebarkan dari
seseorang kepada orang lain. Kanak-kanak lebih mudah terjejas akibat penyakit-penyakit ini.

1. Bayi anda sangat mudah terjejas oleh jangkitan


Bayi anda sangat mudah terjejas oleh penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin kerana
sistem imun mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Vaksin membantu menguatkan
sistem imun anak anda untuk melindungi mereka daripada komplikasi yang boleh
membahayakan nyawa. Oleh sebab itu, Program Imunisasi Kebangsaan (jadual imunisasi
kanak-kanak) mengesyorkan agar kanak-kanak diberi vaksin semenjak lahir dan seterusnya.

2. Perlindungan melalui susu ibu (imuniti daripada ibu) tidak mencukupi


Bayi yang baru dilahirkan mungkin menerima imuniti terhadap sesetengah penyakit (dalam
bentuk antibodi) daripada ibu mereka dalam tempoh beberapa minggu terakhir kandungan.
Namun, ini hanya berlaku (menerima imuniti) jika ibu pernah dijangkiti penyakit tersebut
semasa ianya kanak-kanak dan sistem imuniti ibu telah menghasilkan antibodi berkaitan.
Mereka juga menerima antibodi melalui susu ibu. Bagaimanapun, imuniti daripada ibu hanya
melindungi bayi terhadap penyakit yang mana ibu turut mempunyai pertahanan terhadapnya
dan boleh bertahan dalam masa 9 bulan. Apabila imuniti semakin berkurangan, bayi akan turut
berisiko untuk dijangkiti penyakit.

Apa itu Imuniti daripada Ibu?


Ibu mampu untuk memindahkan antibodi-antibodi yang mereka perolehi kepada anak yang
baru lahir melalui pemindahan plasenta dan melalui susu ibu. Bagaimanapun, imuniti ini hanya
bersifat sementara kerana antibodi diberi dan bukan dihasilkan sendiri oleh tubuh.
3. Imuniti melalui jangkitan semulajadi adalah berbahaya. Badan kanak-kanak
selalunya tidak boleh melawan penyakit ini.
Untuk membentuk imuniti semulajadi terhadap suatu penyakit, anak anda perlu mendapat
penyakit dan sembuh daripadanya. Ini akan meletakkan anak anda dalam risiko akibat
komplikasi yang boleh membahayakan nyawa. Imunisasi kanak-kanak menawarkan
perlindungan sama seperti imuniti semulajadi, tanpa anak anda menderita dengan risiko
tersebut.

4. Anak anda masih boleh mendapat jangkitan berbahaya walaupun dia kelihatan sihat
dan kuat
Anak anda sedang berlari, menjerit dan bermain. Bagaimanapun, tiada jaminan yang kanak-
kanak sihat akan selalu bebas daripada penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin. Penyakit
yang boleh dicegah melalui vaksin boleh menjangkiti orang biasa. Ia bertindak apabila anda
tidak menjangkakannya. Jika anak anda telah diberi vaksinasi, dia akan dilindungi daripada
penyakit ini.

5. Imunisasi kanak-kanak adalah cara paling efektif untuk melindungi anak.


Selain mengelakkan penyakit, vaksin turut berfungsi baik bersama dengan alat kesihatan
global yang lain seperti antibiotik dan penyusuan susu ibu. Ia selamat, efektif serta melindungi
orang tersayang dan masyarakat. Malah, imunisasi kanak-kanak berjaya menyelamatkan kira-
kira 2-3 juta kanak-kanak setiap tahun.

6. Imuniti akan berkurangan dari masa ke masa, jadi ingat untuk mengambil dos
penggalak.
Imunisasi kanak-kanak memberi imuniti hanya untuk jangka masa tertentu. Oleh itu, suntikan
penggalak diperlukan untuk merangsang semula sistem imun. Jika anak anda tidak mendapat
dos penggalak pada masanya, perlindungan mereka mungkin berkurangan.

You might also like