You are on page 1of 9

1.

0 Pengenalan

Chai, S. M., Goh, Margaret L. Z. dan Gopal, Ravi (2006), guru haruslah

mengetahui peringkat penaakulan moral kognitif anak murid mereka secara

menyeluruh kerana guru telah memainkan peranan yang penting dalam

merangsang kemahiran berfikir dan seterusnya memperkembangkan tahap

penaakulan moral pelajar. Penaakulan moral merujuk kepada satu sistem

perlakuan yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik

dan patut dilakukan (Abdul Rahman & Chang, 1994). Lawrence Kohlberg

adalah dianggap sebagai pengasas kepada Teori Penaakulan Moral dan beliau

berpendapat bahawa penaakulan moral adalah berkait rapat dengan

perkembangan kognitif seseorang individu. Melalui hasil kajian Kohlberg, L.

(1958), beliau telah membahagikan peringkat perkembangan moral ini kepada

tiga tahap yang utama dan setiap tahap dipecahkan lagi kepada dua peringkat

penaakulan moral.

2.0 Tiga tahap dalam Teori Penaakulan Moral Lawrence Kohlberg

Tahap 1: Pra-Konvensional

Tahap pra-konvensional ini merupakan tahap yang paling bawah dalam

penaakulan moral. Tahap ini adalah pada kanak-kanak prasekolah,

kebanyakan kanak sekolah rendah dan sebilangan daripada pelajar sekolah

menengah. Pada tahap ini, Williams dan Williams (1972) menerangkan

bahawa seseorang individu akan melakukan sesuatu perbuatan berdasarkan

ganjaran ataupun hukuman yang akan diterima akibat perbuatan tersebut.

Individu tersebut akan mengintepretasikan sesuatu arahan berdasarkan

1
kekuasaan autoriti yang memperkenalkan ataupun melaksanakan arahan

tersebut.

Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman

Haliza dan Joy (2011) berpendapat bahawa pemikiran moral kanak-

kanak pada peringkat ini lebih berorientasikan egosentrik dan mementingkan

diri sendiri. Mereka akan mematuhi peraturan yang diberikan daripada pihak

yang berkuasa tanpa menyoal sebab kerana mereka takut akan menerima

hukuman sekiranya melanggar peraturan itu. Kanak-kanak pada tahap ini

masih belum dapat berfikir tentang perasaan orang lain, mereka hanya

mengambil berat tentang kesan fizikal dan bukan kesan psikologi terhadapnya.

Contohnya, apabila Ali tidak mengemas alat permainan selepas bermain, ibu

bapa akan mendenda Ali dan selepas itu dia tidak akan mengulangi kesalahan

itu lagi kerana takut akan diberikan hukuman. Lantaran itu, melalui peringkat

ini sifat bertanggungjawab, disiplin serta mematuhi peraturan dapat dibentuk

dalam sanubari mereka kerana mereka akan berusaha untuk mengelakkan diri

daripada dikenakan dendaan.

Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi

Peringkat ini juga boleh dikenali sebagai utilitarian hedonisme, kanak-

kanak akan melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan

balasan atau ganjaran yang baik (Suppiah, Ramlah, & Abdul Aziz, 2008).

Kepatuhan kepada peraturan atau undang-undang tidak lagi secara mutlak

kerana kanak-kanak akan menganggap apa yang baik ialah apa sahaja yang

memberikan mereka kesenangan dan berguna. Contohnya, guru telah

memberi ganjaran gula-gula kepada Peter setelah Peter menyiapkan kerja

2
sekolah dengan baik, Peter akan berasa gembira akan terus bersungguh-

sungguh dalam pembelajarannya. Ekoran itu, penggunaan ganjaran dapat

dilakukan pada peringkat awal kanak-kanak untuk membina perkembangan

moral mereka yang positif.

Tahap 2: Konvensional

Tahap ini merupakan tahap pertengahan dan umumnya ada pada

seorang remaja atau dewasa. Pada tahap ini, Kohlberg (1971) berpendapat

bahawa inidividu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu

yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Norma-norma sosial

mula ditanam dalam jiwa kanak-kanak dan mereka menyedari peranan sosial

di samping mula memahami perkara-perkara yang menjadikan mereka dapat

mengamalkan sikap yang baik.

Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik

Pada peringkat ini, kanak-kanak atau remaja mula untuk mengaplikasi

ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru atau orang di

persekitaran. Mereka sudah boleh menerima norma masyarakat kerana

mereka mula untuk menghargai nilai kepercayaan dan mematuhi peraturan

yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana mereka ingin

dilihat sebagai ‘anak yang baik’ dan gelaran budak baik ini penting agar mereka

dapat diterima dalam kumpulan rakan sebaya. Peringkat ini dapat membantu

mereka untuk membina hubungan interpersonal yang kukuh dengan ibu bapa,

guru mahupun rakan sebaya kanak-kanak (Wong, Khairuddin, Maridah,

Rashnawati, & Azlina, 2013). Sebagai contohnya, kanak-kanak akan sentiasa

berpakaian kemas untuk memenuhi kehendak ibu bapa dan rakan sebayanya.

3
Lantaran itu, pujian dan pengukuhan daripada ibu bapa, guru dan rakan sebaya

akan mengakibatkan mereka terus untuk berkelakuan baik dan sentiasa

menjaga tingkah lakunya.

Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

Pada peringkat ini, individu dapat melihat sistem sosial secara

keseluruhan. Orientasi ini merujuk kepada peraturan, undang-undang dan

norma-norma masyarakat sebagai sesuatu yang muktamad dan kesanggupan

kanak-kanak atau remaja melakukan sesuatu tanggungjawab dalam

masyarakat dan mematuhi peraturan sosial yang sedia ada (Ahmad Nawawi,

2010). Penaakulan moral adalah berdasarkan peraturan, undang-undang dan

ketepatan yang telah ditentukan oleh masyarakat. Alasan untuk mematuhi

peraturan bukan disebabkan takut akan hukuman atau keperluan individu,

tetapi dipercayakan bahawa undang-undang dan peraturan harus dipatuhi

untuk mengekalkan keharmonian kelompok dan juga menjaga kesejahteraan

komuniti.

Teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg dapat membantu kanak-

kanak atau remaja untuk menanam nilai-nilai murni yang baik dalam sanubari

mereka dan mematuhi tatatertib sekolah. Menurut kajian Fatma Laili (2013),

beliau telah memberikan contoh apabila murid-murid bergaduh di dalam kelas,

guru tidak akan memberikan mereka hukuman tetapi lebih menekankan aspek

pembentukan kefahaman dan menimbulkan kesedaran mereka. Guru akan

menerangkan kepentingan untuk mewujudkan suasana yang tenang dalam

kelas agar pelajar yang lain dapat menumpukan perhatian semasa proses

pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Cara guru yang

4
menimbulkan kesedaran mereka tentang tanggungjawab mereka untuk

mengekalkan ketenteraman kelas adalah lebih efektif berbanding dengan

mengenakan hukuman atau dendaan. Contoh tersebut telah menunjukkan

bahawa dengan memahami teori perkembangan moral secara menyeluruh

kanak-kanak ataupun remaja dapat mengembangkan keperibadian mereka

yang sempurna serta membina karakter yang terpuji.

Tahap 3: Pos-konvensional

Tahap ini merupakan tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam

perkembangan moral Kohlberg. Tahap ini kebanyakan ada pada individu yang

telah melebihi 20 tahun ataupun ke atas. Pada tahap ini seseorang individu

mula meneroka pilihan dan memilih alternatif-alternatif yang lain dalam

penaakulan moral (Faridah Nazir, Norhiza & Zarinah, 2015).

Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak individu.

Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan dengan usaha

melindungi hak-hak asasi dan juga nilai-nilai yang telah dipersetujui oleh

majoriti orang dalam sesuatu masyarakat. Contohnya, seorang itu mematuhi

undang-undang jalan raya demi keselesaan dan keselamatan kepada

pengguna jalan raya. Peraturan dan undang-undang pada peringkat ini

merupakan kontrak sosial dan ia bersifat fleksibel dan bukan tegas. Justeru,

Anata Ikrommullah (2015) berpendapat bahawa peraturan yang telah digubal

ini boleh diubah jika bertentangan dengan norma-norma masyarakat ataupun

tidak diperlukan lagi. Sebaliknya, undang-undang akan dipatuhi dan dan diikuti

oleh sumua individu sekiranya ia dapat menepati hak-hak individu dalam

sesuatu masyarakat.

5
Peringkat 6: Etika prinsip sejagat

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam pemikiran moral

kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral itu sendiri. Menurut Abdullah

Zhidi, Mahdi, Mazlan, Mohd Fu’ad dan Roslina (2014), kanak-kanak telah

mempunyai kod-kod moral dan etika yang tersendiri dan sedar tentang norma,

prinsip etika sejagat serta prinsip peribadi. Unsur sejagat yang ada pada

kanak-kanak akan membantu mereka dalam menentukan kelakuan yang positif

mahupun negatif apabila mereka berkomunikasi dengan ahli masyarakat yang

lain. Ekoran itu, etika sejagat yang dibentuk dari konsep asas seperti keadilan,

hak manusia dan hormat menghormati dapat membantu kanak-kanak untuk

menentukan perbuatan yang berhubung dengan moral.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Teori Kohlberg telah menunjukkan perkembangan

moral kanak-kanak adalah berkaitan dengan latar belakang keluarga,

pembentukan peribadi, pendidikan dan aktiviti sosial dan ransangan serta

pendedahan yang diterima oleh mereka akan mempengaruhi kelajuan

perkembangan moralnya (Tam, 2006). Oleh itu, guru haruslah mempunyai

kemahiran dalam menentukan tahap atau peringkat penaakulan moral murid

agar strategi dan teknik yang sesuai dapat dilaksanakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di bilik darhjah. Salah satu teknik yang boleh

digunakan oleh guru adalah dengan memberikan cerita-cerita yang

mengandungi dilema moral kepada murid semasa proses pengajaran dan

pembelajaran sedang dijalankan. Dilema moral yang membincangkan isu-isu

6
moral serta nilai-nilai yang berkonflik antara satu sama lain seperti undang-

undang pasti dapat merangsang kemahiran berfikir dan seterusnya

memperkembangkan tahap penaakulan pelajar.

7
Rujukan
Abdul Rahman Md. Aroff & Chang, L.H. (1994). Pendidikan moral. Kuala
Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Aris, Mohd Fu’ad Sam, & Roslina
Suratnu. (2014). Pengantar pendidikan moral. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Ahmad Nawawi. (2010). Pentingnya pendidikan nilai moral bagi generasi
penerus. Dimuat turun pada Ogos 14, 2016, daripada
http://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/31174972/Pendidi
kan_Nilai_Moral.pdf?AWSAccessKeyId=AKIAJ56TQJRTWSMTNPEA&
Expires=1471260072&Signature=i3%2FqBfjHfyB78Hz3B%2FZuSy3sXi
k%3D&response-content-
disposition=inline%3B%20filename%3DPENTINGNYA_PENDIDIKAN_
NILAI_MORAL_BAGI_G.pdf
Anata Ikrommullah. (2015). Tahapan perkembangan moral santri mahasiswa
menurut Lawrence Kohlberg. Jurnal Pendidikan Pancasila dan
Kewarganegaraan, 28(2), 77-87.
Chai, S. M., Goh, Margaret L. Z., & Gopal, Ravi. (2006). Tahap penaakulan
moral guru pelatih kdpm dan kpli di mpbl. Jurnal Penyelidikan IPBL,
7(1), 109-122. Dimuat turun pada Ogos 14, 2016, daripada
http://www.ipgkbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/m
arg06.pdf
Faridah Zazir, Norhiza Mohd Salleh, & Zarinah Mohd Shukur. (2015).
Perkembangan kanak-kanak. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Fatma Laili Khoirun Nida. (2013). Intervensi teori perkembangan moral
Lawrence Kohlberg dalam dinamika pendidikan karakter. Jurnal
Penelitian Pendidikan Islam, 8(2), 271-290.
Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2011). Perkembangan kanak-kanak untuk
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Kohlberg, L. (1958). The Development of Modes of Thinking and Choices in
Years 10 to 16. Ph. D. Dissertation, University of Chicago.
Kohlberg, L. (1971). Stages of Moral Development. Dimuat turun pada Ogos
14, 2016, daripada
http://info.psu.edu.sa/psu/maths/Stages%20of%20Moral%20Developm
ent%20According%20to%20Kohlberg.pdf
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008).
Psokologi pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Tam, Y. K. (2006). Pendidikan moral: konsep dan pedagogi pendidikan guru.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Williams, N. & Williams, S. (1972). The moral development of children.
Basingstoke dan London: Macmillan Education Ltd.

8
Wong, K. W., Khairuddin Mohamad. Marridah Hj. Alias, Rashinawati Abd.
Rashid, & Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan kanak-kanak.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like