You are on page 1of 6

MPU3113

HUBUNGAN ETNIK
JANUARI 2017

Sebelum menjelang ke arah kemerdekaan Tanah Melayu, Kerajaan Inggeris telah menetapkan
syarat bahawa semua kaum di Tanah Melayu mesti bersatu terlebih dahulu dalam politik. Ini
bermakna soal perpaduan kaum adalah syarat yang diutamakan. Dengan adanya perpaduan dan
kerjasama dalam politik, perkongsian kuasa boleh dilaksanakan. Keharmonian serta keamanan
masyarakat dan negara akan terjamin melalui sokongan padu daripada seluruh rakyat. Pelbagai
usaha telah dilakukan oleh parti-parti utama dalam usaha untuk memperjuangkan kemerdekaan
pada tahun 1950-an. Antara parti-parti utama yang muncul ketika itu ialah UMNO, MCA, MIC
yang bergabung menjadi parti Perikatan. Di samping itu, terdapat juga parti lain yang muncul
ketika memperjuangkan kemerdekaan negara iaitu parti IMP yang diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar.
Antara peranan parti-parti utama tersebut dalam gerakan kemerdekaan ini ialah dengan
mengadakan pilihan raya, pengabungan parti, memprotes, mengadakan kongres kebangsaan serta
persidangan di London.

Dato’ Onn Jaafar yang menjadi pengerusi Pergerakan Melayu Johor telah mencadangkan
supaya mengadakan Kongres Melayu bagi menyatukan seluruh masyarakat Melayu untuk
menentang Malayan Union. Oleh yang demikian, Kongres Melayu Se-Malaya diadakan pada 1
hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres tersebut dihadiri oleh 41
buah persatuan Melayu. Perlembagaan baru dibuat dan UMNO dengan rasminya ditubuhkan pada
11 Mei 1946. Matlamat awal penubuhan UMNO adalah untuk menentang gagasan Malayan Union
dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pemimpin pertamanya ialah Dato’
Onn Jaafar. Cadangan Dato’ Onn untuk membuka keahlian parti kepada semua bangsa untuk
memupuk perpaduan kaum tidak direstui oleh ahli-ahli UMNO. Penentangan dari ahli parti
menyebabkan Dato’ Onn meletakkan jawatan pada tahun 1951. Kepimpinan UMNO kemudiannya
diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman dan menukar konsep perjuangan UMNO dari ‘Hidup
Melayu’ kepada ‘Merdeka’. Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau cuba
menggerakkan segala usaha untuk mencapai kemerdekaan dengan menggabungkan parti-parti
politik yang ada sehingga terbentuknya Parti PERIKATAN yang dianggotai oleh UMNO, MCA
dan MIC pada tahun 1954. Sejak itu, UMNO menjadi teras utama pergerakan ke arah mencapai
kemerdekaan Tanah Melayu.

MCA ditubuhkan dengan rasminya pada bulan Februari 1949 atas idea British bagi
membolehkan sebahagian orang Cina menyokong British dalam menghadapi darurat. Sebenarnya,
pada penghujung tahun 1930an, Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-satunya parti yang
disertai oleh kebanyakan orang Cina. Presiden MCA yang pertama ialah Tan Cheng Lock. MCA
ditubuhkan dengan matlamat untuk melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik, dan sosial
kaum Cina di Tanah Melayu. Pada masa yang sama, MCA berjanji akan bekerjasama dengan
kerajaan untuk mematahkan kegiatan komunis. Penubuhan MCA juga membuktikan kepada
kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah Melayu.

MIC ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946. Yang Dipertua Kongres yang pertama ialah
John A. Thivy. John Thivy pernah terlibat di dalam Persatuan Pusat India di Tanah Melayu dan
juga gerakan kemerdekaan India. MIC bermula dengan penggabungan persatuan-persatuan India
yang terdapat di Tanah Melayu. Hasil daripada penggabungan tersebut, maka lahirlah parti MIC.
Pada peringkat awal perjuangannya, parti ini bertujuan menyokong perjuangan kemerdekaan di
India. MIC juga kurang mendapat sambutan di kalangan orang India di Tanah Melayu. Walau
bagaimanapun, selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, MIC lebih memberikan
tumpuan kepada kegiatan politik di Tanah Melayu. Selain itu, parti MIC juga bermatlamat
mengenengahkan isu-isu kerakyatan yang merupakan satu daripada isu utama di Tanah Melayu.
Dapatlah dikatakan bahawa matlamat utama penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan
politik, ekonomi, dan sosial kaum India di Tanah Melayu dan juga menjadi saluran bekerjasama
dengan kaum lain untuk memperjuangkan kemajuan politik. MIC pernah menyertai parti serpihan
yang ditubuhkan oleh Dato’Onn setelah beliau keluar daripada UMNO. Walau bagaimanapun,
MIC kurang bernasib baik kerana parti pimpinan Dato’ Onn tidak berapa berjaya dalam
pilihanraya 1952. Apabila MIC bergabung dalam Parti Perikatan pada tahun 1955, barulah parti
ini mendapat sambutan daripada orang India di seluruh Tanah Melayu.

PAS ditubuhkan ekoran daripada satu persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya yang
diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Parti ini jelasnya ditaja oleh Jabatan Agama
UMNO. Persatuan Ulama turut dianggotai oleh bekas aktivis agama, dan bekas ahli HAMIM yang
diharamkan oleh British. Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1955 dengan matlamat untuk
menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta

Penubuhan parti MCA iaitu Malayan Chinese Association adalah bermatlamat sebagai parti
perkauman bagi penduduk Cina. Beliau berhasrat untuk membimbing parti ke arah sifat
kebangsaan ini,iaitu dua perkara yang penting, iaitu orang Cina mesti menjadikan MCA sebagai
sebuah badan yang menyatukan masyarakat Cina dari semua lapisan dan cuba bekerjasama dengan
bangsa lain di Tanah Melayu. Di samping itu, beliau juga mendesak masyarakat Cina supaya
berusaha untuk memperluaskan semangat kebangsaan mereka dengan mencurahkan taat setia
kepada Tanah Melayu.Penubuhan parti tersebut telah disokong penuh oleh pihak pemerintahan
Inggeris. Selain itu, MCA juga berperanan sebagai satu langkah untuk mengelakkan orang-orang
Cina daripada terlibat dengan Parti Komunis Malaya dan lebih penting lagi sebagai wadah politik
kepada masyarakat Cina.Keadaan ini berlaku disebabkan pada awalnya orang Cina dilabelkan
sebagai komunis dan bersikap oportunis serta telah dikatakan memberi sokongan penuh kepada
pergerakan komunisme.

Pada tahun 2016, para pemimpin nasional MCA bersetuju dengan cadangan Ketua Pemuda
MCA, Datuk Chong Sin Woon untuk membuka keahlian gabungan MCA kepada masyarakat
bukan Cina. Tujuan cadangan MCA ini adalah untuk menarik pemuda-pemudi berbilang kaum
untuk menyertai MCA melalui penubuhan Kelab MCA yang selaras dengan usaha parti untuk
menjadi lebih ke hadapan dalam setiap aktiviti. Presiden MCA menegaskan bahawa masyarakat
Cina harus berinteraksi dengan semua masyarakat berbilang kaum. Walaupun MCA bermula
sebagai parti 'communal', tetapi mempunyai pendekatan berbilang kaum dan menyokong agenda
nasional yang mementingkan kepelbagaian ahli.

Parti MCA telah mengambil langkah untuk memastikan kewujudan surat khabar pelbagai
bahasa tidak menghasilkan penerbitan yang boleh membawa kepada masalah perkauman seperti
melarang penerbitan yang mencaci agama dan kepercayaan kaum lain. Pada masa yang sama MCA
tidak menggalakkan mereka menerbitkan penulisan yang hanya bercorakkan negara luar tetapi
digalakkan untuk menulis artikel yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan dan
intergrasi national. Penerbitan surat khabar yang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai
perpaduan dan intergrasi national ini akan membantu usaha kerajaan untuk menjayakan perpaduan
dan intergrasi nasional kerana surat khabar adalah media perantaran yang terbaik kepada
masyarakat.

MCA sedang menyediakan satu rangka kerja berkonsepkan ‘Pengiktirafan Kaum Cina,
Perpaduan Rakyat dan Bersaing di Peringkat Dunia’ yang membolehkan semua rakyat mendapat
faedah daripada perkembangan pesat badan ekonomi di rantau Asia. Pengerusi Jawatankuasa
Transformasi MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya kini bekerjasama dengan
pertubuhan Cina, pemimpin perniagaan serta ahli akademik melalui dialog mengenai pelbagai
program dari segi politik, ekonomi, budaya, pendidikan, belia dan wanita bagi menyediakan pelan
transformasi jangka pendek, sederhana dan panjang.

Dalam Pelan Transformasi MCA juga, banyak program dan inisiatif ekonomi telah
membuahkan hasil dalam meningkatkan ekonomi rakyat sebagai komplemen kepada usaha-usaha
kerajaan. Di bawah kepimpinan baharu MCA ini, banyak usaha transformasi telah dilaksanakan
di mana ianya merangkumi tiga fasa utama iaitu:

i) Teguh Bersama
ii) Memupuk Kepelbagaian, dan

iii) MCA telah melancarkan fasa ketiga bagi Pelan Transformasi MCA iaitu 10 Strategi
Hala Tuju Ekonomi. Untuk tujuan ini, MCA telah mewujudkan sepuluh kumpulan sasar semenjak
setahun lepas bagi memformulasikan ’10 Hala Tuju Strategi Ekonomi’ di bawah pelan tersebut.
Strategi formulasi ini melibatkan perkara-perkara berikut:

a) Modernisasi bagi sektor pertanian


b) Inisiatif ‘One Belt One Road’(OBOR)
c) Pendidikan vokasional
d) Industri kayu
e) Penjaja dan peniaga kecil
f) Pelancongan
g) Teknologi Maklumat
h) Pengangkutan dan logistik
i) Pembiayaan kewangan; dan
j) Neo Urbanisasi
Antara penekanan utama bagi pelaksanaan fasa ketiga ini adalah inisiatif One Belt One Road.
MCA telah memudahcara perhubungan perdagangan serta menarik banyak pelaburan ke dalam
negara bagi merangsang ekonomi. Kita perlu merebut peluang yang luas dalam inisiatif One Belt
One Road di mana Malaysia akan menjadi pintu masuk utama bagi negara China menembusi
pasaran ASEAN. Untuk itu, MCA akan menerajui usaha-usaha untuk mewujudkan satu pusat
informasi sehenti dan memastikan dasar-dasar kita adalah sejajar bagi merebut peluang yang
terbentang luas dalam inisiatif One Belt One Road serta meningkatkan peluang perdagangan,
kerjasama ekonomi, kebudayaan dan pendidikan rentas sempadan

Industri kecil dan sederhana (IKS) merupakan asas kepada ekonomi Negara kita. Justeru,
transformasi dan pembangunan IKS adalah penting dan perlu terus diperkasakan dan agenda ini
tidak boleh dilengahkan. Urusetia untuk Kemajuan Keusahawanan Malaysia (SAME) telah
ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan isu yang dihadapi oleh IKS, terutamanya dari segi
pembiayaan kewangan. Sejak pelancarannya pada bulan Julai 2016 sehingga kini, sejumlah
RM26.6 juta telah diluluskan di bawah pembiayaan Kojadi kepada 124 pemohon. Memandangkan
sambutan yang begitu memberangsangkan dan dapat membantu pembangunan ekonomi yang
berkesan, MCA menyedari kepentingan pembiayaan kewangan bagi pembangunan Industri Kecil
dan Sederhana (IKS), MCA akan membuat permohonan bagi menubuhkan sebuah Bank Koperasi
Kojadi.

Tuntasnya, kita dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti
kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti
Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain”
jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan
keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh
hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan
kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat”.
RUJUKAN

1. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303 Pengajian
Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
2. Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004). SPM SEJARAH. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.
3. Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002). PENGAJIAN AM
KERTAS 1 DAN 2 STPM. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
4. http://www.astroawani.com/berita-politik/mca-cadang-gubal-perlembagaan-buka-
keahlian-kepada-semua-kaum-120290

You might also like