You are on page 1of 3

Menurut Pruyn, Watsford & Murphy (2015), menyatakan bahawa atlet profesional mengambil masa

latihan selama sepuluh jam manakala kumpulan biasa mengambil masa dua jam sahaja. Kajian
dijalankan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan profesional dan kumpulan biasa. Hasil daripada
kajian ini ialah kekejangan otot berlaku pada pemain profesional kerana latihan yang lama dan
kelajuan serta lompatan yang banyak. Selain itu, latihan dinamik cepat kejang otot berbanding
dengan latihan pasif. Berlakunya banyak kecederaan pada pemain profesional pada peringkat
antarabangsa. Saya juga mengambil panduan beliau sebagai satu kaedah dalam menetukan set dan
ulangan dalam pelaksanaan aktiviti. Perkara ini dapat memudahkan untuk mengatasi masalah yang
dihadapinya.

Menurut Pearce, Latella & Kidgell (2012), menyatakan bahawa aktiviti dinamik lebih baik
daripada aktiviti statik kerana dalam permainan bola jaring lebih 11

mengutamakan pergerakan yang banyak. Beliau juga menggunakan aktiviti melompat, lari ulang alik
dan penukaran arah. Kaedah beliau dapat diterapkan dalam kajian saya dengan membaling dan
menangkap bola. Saya lebih fokus pada gerak kaki semasa menerima bola. Penukaran arah juga lebih
efektif bagi meningkatkan kemahiran gerak kaki.

kriteria ini perlu dimabil kira bagi keberkesanan kajian yang akan dilakukan oleh saya.

Kebolehtadbiran

Sebelum saya memulakan kajian saya, saya akan berbincang untuk mendapatkan bantuan

daripada pihak sekolah yang saya akan menjalankan kajian. Saya akan cuba meminta

kerjasama daripada pihak sekolah untuk menggunakan kemudahan dan infrastruktur yang

terdapat di sekolah. Kawasan padang yang sesuai juga akan memudahkan saya untuk

menjalankan tindakan kajian secara selamat. Kebenaran daripada guru besar juga dapat

memudahkan pengurusan saya dalam menjalankan kajian. Kajian ini mudah ditadbir dan

diuruskan. Padang merupakan kawasan yang terbaik untuk menjalankan tindakan dengan

selamat. Jika terdapat peralatan yang tidak mencukupi, saya boleh membina alat reka ganti

untuk digunakan semasa kajian dilaksanakan. Perancangan yang baik seperti menetapkan

masa, tarikh, lokasi dan juga tempoh perlaksanaan akan membantu kelancaran kajian ini.

Kepentingan

Kemahiran merupakan salah satu daripada tunjang utama yang terdapat dalam mata

pelajaran Pendidikan Jasmani. Kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran yang

dipelajari akan menyebabkan murid tidak dapat bermain dengan baik dalam sesuatu

permainan. Kajian ini adalah untuk membantu guru memperkenalkan kaedah lain dari kaedah
tradisional bagi mendapatkan keberkesanan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar

objektif tercapai. Selain itu, kajian ini dapat meningkatkan penguasaan murid dalam

kemahiran hantaran leret dengan sasaran yang tepat dalam permainan bola sepak. Kajian ini

juga boleh dijadikan rujukan kepada generasi yang akan datang dan kepada guru yang

menghadapi masalah yang sama.

Kebolehgunaan

Kajian ini sesuai dijalankan di sekolah kerana dapat mengubah dan mempelbagaikan lagi

kaedah pengajaran dan pembelajaran guru untuk mengajar sesuatu kemahiran asas dalam

Pendidikan Jasmani di samping dapat membantu murid menguasai kemahiran yang dipelajari

dengan sebaiknya. Kajian ini juga boleh dijadikan rujukan kepada generasi akan datang

sebagai rujukan. Kajian dan tindakan ini sesuai digunakan oleh semua murid tahap dua di

sekolah rendah. Tindakan yang menggunakan pendekatan latihan belari pada jarak tertentu

dan darat di atas Tkk, ini dapat digunakan dengan menyesuaikan permainan seperti mini bola

sepak sewaktu fasa Kemuncak Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani untuk

menguji penguasaan murid-murid berkaitan dengan hantaran leret dalam bola sepak.

Kawalan

Kajian ini memerlukan saya menyediakan lokasi ujian pra dan pos untuk mendapatkan

keputusan atas perlakuan dalam kemahiran hantaran leret yang dilakukan dengan catatan

jumlah ketepatan yang dilakukan oleh murid. Kajian yang baik merangkumi perkara-perkara

seperti subjek kajian, peralatan, lokasi serta cara perlaksanaan tindakan yang mudah dikawal.

Subjek kajian terdiri daripada murid-murid dan saya memerlukan persetujuan mereka untuk

menjadi subjek kajian dengan izin ibu bapa. Peralatan yang akan digunakan adalah perlatan

yang mudah didapati di stor sukan sekolah. Kawasan padang akan digunakan secara

maksimum untuk menjalankan tindakan yang dirancangkan. Intervensi yang dirancang akan

diadakan pada waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sahaja dan tidak

akan mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran yang lain.


Kolaborasi

Kajian ini hanya dapat dijalankan dengan kerjasama dengan beberapa pihak. Pihak yang

akan melibatkan ialah pihak sekolah, pihak ibu bapa dan murid, guru pembimbing dan juga

pensyarah. Pihak sekolah perlu membenarkan murid-murid terpilih untuk membantu

menyelesaikan kajian yang dijalankan. Selain itu, guru-guru Pendidikan Jasmani dan juga

pensyarah terlibat akan menjadi rujukan jika terdapat sebarang kemusykilan dalam

melaksanakan kajian serta tindakan yang telah dicadangkan ini. Murid-murid serta ibu bapa

juga perlu memberikan kebenaran sebelum mereka melibatkan diri secara langsung dengan

kajian yang bakal dijalankan ini.

Kerelevanan kepada sekolah

Kajian ini dilihat relevan dengan pembangunan kecergasan murid-murid serta pembangunan

sukan di sekolah. Jika murid-murid dapat menguasai kemahiran hantaran leret, kemungkinan

peningkatan prestasi mereka dalam permainan-permainan yang dipertandingkan akan

meningkat dari semasa ke semasa. Kajian yang akan dijalankan ini adalah sangat releven

dan bertepatan dengan kehendak arus pendidikan masa kini kerana dapat melahirkan murid-

murid yang dapat menyelesaikan masalah dengan rakan sebaya dan guru hanya sebagai

fasilitator serta murid menjadi perangsang kepada rakan yang tidak dapat membuatnya

dengan kaedah pembelajaran koperatif. Kaedah ini juga selaras dengan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia yang lebih memfokuskan pengajaran berpusatkan murid.

You might also like