You are on page 1of 28

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan

1.0 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Terhadap


Guru dan Murid
1.1 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Terhadap Guru 1

1.2 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Terhadap Murid 4

2.0 Bagaimana Guru Dapat Mewujudkan Persekitaran


Bilik Darjah Mesra Budaya

2.1 Pelan Lantai 6


2.1.1 Aspek Fizikal
2.1.2 Aspek Emosi 8

Rujukan
Lampiran
PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai

budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding

negara lain. Menurut Edward Burnett Tylor, budaya atau kebudayaan merupakan

keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan,

kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh

oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.

Menurut kamus dewan edisi ke 3(1996) dalam muka surat 180 menyatakan

budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan

fikiran atau akal budi iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Dalam konteks pendidikan,

kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat

budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.

Oleh itu, saya akan menerangkan tentang implikasi kepelbagaian sosiobudaya di

dalam bilik darjah terhadap guru dan murid. Seterusnya juga saya akan menyatakan

bagaimana guru dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Jelas,

sebagai seorang bakal guru, saya perlu mengambil tahu implikasi kepelbagaian sosio-

budaya terhadap guru dan murid sebagai langkah persediaan sebelum saya melangkah

ke profesion perguruan kelak.


Penulisan Akademik

1.0 Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Terhadap Guru Dan Murid

Kepelbagaian didefinisikan sebagai berbagai-bagai manakala sosiobudaya pula

didefinisikan sebagai amalan berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu

masyarakat yang lahir daripada pegangan dan kecenderungan diri masyarakat


berkenaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Oleh itu, kepebagaian budaya boleh

ditakrifkan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya dalam

wilayah yang sama dan hidup bersama. Menurut Rabuskha (1972) menyatakan “dalam

masyarakat pelbagai kumpulan etnik ciri-ciri perbezaan seperti bahasa, agama dan

budaya selalunya menghalang integrasi sosial dan perpaduan sukar dicapai.” Maka, para

guru perlu mengenal dan memahami kewujudan pelbagai budaya masyarakat Malaysia

agar dapat mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya

melahirkan wargenegara yang bersatu padu dan harmoni.

1.1 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Terhadap Guru

Pengetahuan tentang implikasi kepelbagaian sosiobudaya ini sewajarnya diambil

tahu oleh semua agar pengetahuan ini dapat menghakis sikap prejudis, khususnya

guru dalam menangani kepelbagaian sosio budaya murid. Terdapat beberapa

peranan guru berdepan dengan kepelbagaian sosio budaya ini. Antaranya ialah :

Pertama, guru sebagai Physical Environment Designer. Menurut Mok Soon

Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-

mata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi

peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan

kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai kelas sosial

dan kaum. Manakala, menurut Rohand Meighan (1986), kelas sosial

menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan dalan sesuatu bangsa

yang sama. Lantas, guru perlu bijak menangani murid yang berasal daripada

pelbagai kaum dan kelas sosial yang berlainan.


Selain itu, guru sewajarnya peka dengan perbezaan agama dan kepercayaan

murid serta hormat dan menerima seadanya nilai dan kepercayaan itu. Biasanya,

kepelbagaian persekitaran akan mempengaruhi pemikiran serta kefahaman murid

terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, guru perlu merancang aktiviti

pembelajaran yang bersesuaian dengan semua kepercayaan, nilai dan agama

murid mereka. Aspek bahasa pengantar turut memberi impak kepada

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertembungan dialek yang

terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang perlu dikawal oleh guru dengan

menekankan penggunaan bahasa standard yang difahami semua murid.

Kedua, guru mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Dicky & Carey (1996), strategi pengajaran merangkumi beberapa aspek

urutan, susunan maklumat dan membuat keputusan bagaimana

menyampaikannya. Guru yang mengelola bilik darjah harus melihat pengajaran

sebagai an art rather than science supaya guru-guru berfikiran kreatif dan dapat

menyesuaikan diri dengan murid pelbagai budaya ( Noriati et al., 2009). Guru juga

perlu merancang pelan tindakan strategik bagi mata pelajaran yang diajar dan

memastikan pembelajaran perlulah selaras objektif iaitu apa yang hendak

dikuasai oleh murid. Objektif yang dirancang perlulah tepat, jelas dan mampu

dicapai oleh murid pelbagai budaya dan latar belakang. Pada masa yang sama

juga, guru harus berkemampuan membuat pemantauan atau refleksi di atas kerja-

kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan.

Ketiga, pengurusan bilik darjah dan pengurusan harian. Menurut Najeemah

Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku atau
pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh

persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu

merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008)

mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan

budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti

pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan

kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah.

Walau bagaimanapun, pengurusan bilik darjah tidak hanya tertumpu kepada

pengurusan tingkah laku tetapi juga tertumpu kepada pengurusan bilik darjah

secara fizikal. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah menurut Fred Steele

(1973), the effect of physical setting in a classroom is a setting for social

interaction, symbolic identification, growth, security, shelter and pressure.

Manakala, menurut Lambert (1994), aspek persekitaran fizikal memainkan

peranan penting seperti dengan siapa dan di mana murid dapat membantu dalam

interaksi antara murid dari latar belakang linguistik dan kebudayaan yang berbeza.

1.2 Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya Terhadap Murid

MURID

Murid
Gaya Belajar Kaum Etnik Bahasa dan Petempatan dan Gender
dan Berfikir Komunikasi Kelas Sosial
Rajah 1.2 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Terhadap Murid

Implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap murid dapat dilihat dalam beberapa

aspek. Menurut Gollnick dan Chin (1990) bahawa beliau berpendapat “Culture

provides the blueprint that determines the way an individual thinks, feels dan

behaves in society”. Marcelle, DuPraw dan Axner berpendapat terdapat enam

corak asas budaya yang membuatkan individu itu unik dan berbeza, iaitu berbeza

dalam komunikasi, berbeza sikap terhadap konflik, berbeza pendekatan dalam

menyelasaikan tugasan, berbeza dalam gaya menyelasaikan masalah, berbeza

sikap terhadap pendedahan pandangan dan juga berbeza dalam pendekatan

untuk mengetahui. Antara implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap murid

ialah, Pertama, murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio

budaya di dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan.

Corak pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi

yang sihat seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada

murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas

pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan

dengan tuntutan agama.

Kedua, proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama

hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat

dilaksanakan. Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya

memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah

berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid dan
semangat kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan

secara tidak langsung perpaduan antara kaum akan terjalin.

Ketiga, implikasi terhadap kepelbagaian sosiobudaya termasuklah kemahiran

dan penguasaan bahasa yang berbeza. Sesetengah murid yang hanya

menguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek semata-mata berkemungkinan

menghadapi masalah pembelajaran, kurang faham bahan yang dibaca dan

penerangan guru. Oleh itu, pertembungan bahasa menaikkan rasa inkuiri murid

untuk mendalami bidang bahasa selain bahasa ibunda sendiri dan dapat

meluaskan pengetahuan murid dalam pelbagai aspek bahasa. Penetapan bahasa

standard adalah penting bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Keempat, perbezaan kelas sosial. Kelas sosial wujud hasil taraf pendidikan dan

taraf sosio-ekonomi keluarga. Murid yang tergolong dalam kelas sosial rendah

mungkin menghadapi masalah berkaitan rapat dengan pembiayaan, kemudahan

belajar dan kurang kelengkapan untuk belajar. Manakala, murid yang datang

daripada golongan sosioekonomi sederhana dan tinggi kurang menghadapi

masalah kelengkapan dan kemudahan pembelajaran, berpeluh. Hasilnya, peluang

mendapatkan pendidikan lebih meluas berbanding mereka yang berada dalam

lingkungan taraf sosioekonomi rendah.

2.0 Bagaimana Guru Dapat Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Mesra

Budaya

Linton (1945) menyatakan kebudayaan adalah segala yang dipelajari dan di

ulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat. Mesra
bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu di dalam sesuatu

masyarakat. Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, adalah penting

bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Hasil daripada pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita

dapat melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio -budaya yang

seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.1 Pelan Lantai Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah dirumuskan oleh Fred

Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting

for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and

pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert

(1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa

dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara murid dari latar

belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.

Persekitaran
Bilik Darjah

Mesra
Budaya

Aspek Sosio-
Aspek Fizikal
emosi

Rajah 2.1 Gambar rajah menunjukkan Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

2.1.1 Aspek Fizikal :-


Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai

orkestra dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum,

penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan

ditumpukan adalah penyusunan suasana bilik darjah bagi

memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta

pemikiran terlebih dahulu mengenai masalah-masalah yang mungkin

timbul. Sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan

sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia turut

membantu mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Manakala, ruang

untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong

menolong antara murid dari pelbagai latarbelakang dan budaya.

Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh

Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical

environment of the classroom such as use of space, classroom setting and

cocial dimensions interact to shape classroom culture” Tindakan

mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan

Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a

literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and

discover knowledge”.

Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana

sudut-sudut ini akan menyedarkan murid-murid betapa pentingnya

perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk

mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak


langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik

darjah.

Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelbagai

latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di

sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat

melaksanakan tugasan dalam kumpulan.Semasa membuat tugasan murid-

murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama,

tolong menolong serta toleransi.

2.1.2 Aspek Sosio-Emosi

Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang

membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid kearah

mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap

pembelajaran mereka. Woolfolk (1990) berkata motivasi atau kuasa

dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan

tingkah laku murid. Guru boleh memberikan pujian dan galakkan kepada

murid untuk terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti di bilik darjah. Penghargaan

yang sesuai dengan penglibatan; ganjaran dalam bentuk hadiah atau token

ekonomi boleh diberikan kepada murid. Peneguhan positif penting untuk

menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid. Pengurusan

aspek-sosio emosi ini akan turut membantu kepada persekitaran bilik

darjah yang mesra budaya.


Guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat

menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka. Murid perlu

belajar menerima diri, orang lain dan semulajadi sekara seadanya. Mereka

yang stabil emosi akan mempunyai minat yang mendalam, disenangi

kawan, menerima demokrasi sekara terbuka, suka berjenaka dan paling

utama mampu menanggung konflik yang berlaku.

Emosi murid harus diurus dengan penuh bijaksana supaya mereka tidak

berada dalam kebimbangan, membangkit naluri ingin tahu dan mengelak

dari mereka berputus asa. Selain itu, hubungan positif sesama rakan kelas

perlulah dibina, dimana mereka harus diberi peluang bersosial dan

mengutamakan semangat kerjasama dan memahami emosi rakan. Murid

juga boleh mengunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan

menyelesaikan masalah sosio-emosi. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif

pergaulan diri serta persefahaman perlu dikembangkan bagi menghasilkan

keputusan yang berkesan.

Rujukan :

Buku

Mok Soon Sang(2002). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan Semester
3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.

Najeemah Mohd Yusof. (2005), Multicultural Education : Managing Diversity In Malaysian


Noriati, (2009). Murid dan Alam Belajar. Siri Pendidikan Guru Oxford Fajar, Kuala
Lumpur.

Woolfolk. (2001).Educational psychology,Boston: Allyn & Bacon, Inc.

Jurnal

Gollnick, D. M. & Chin, P. C. 1998. Multicultural Education in a Pluralistic Society, 6th


Edition. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Lambert, N. M. 1994. Seating Arrangements in Classrooms. The International


Encycliopedia of education (2nd ed.), 9,5355-5359

Linton. R, (1945). The Cultural Background of Personality. New York. Appleton.

Lemlech, J. K. (1988) 2nd . Classroom Management: Methods and Techniques for


Elementary and Secondary Teachers. New York: Longman.

Morrow, L.M., & Weinstein, C.S. (1982). Increasing children’s use of literature through
program and physical design changes. Elementary School Journal, 83, 131-137.

Meighan, R. (1986) A Case Study of Democratic Learning in Teacher Education in


Educational Review 38,3. 1986

Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:Addison-


Wesley.

Internet

Management of Classroom Behaviour Problems. Dilayari pada 14 April 2015 dari


http://uzspace.uzulu.ac.za/bitstream/handle/10530/639/Management+of+classroom+be
haviour+problems.+Z.+Zondi.pdf;jsessionid=9278AA76B61F93571F16191BECF84CA5
?sequence=1

Persepsi pelajar berisiko terhadap iklim pembelajaran. Dilayari pada 14 April 2015 dari
http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2034%202009/pdf/BAB[2].pdf
Perpaduan Kaum. Dilayari pada 16 April 2015 dari
http://www.academia.edu/6329400/Perpaduan_kaum

Pola Interaksi Sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik. Dilayari pada 16 April 2015
dari
http://eprints.usm.my/7785/1/POLA_INTERAKSI_SOSIAL_DALAM__KALANGAN_MUR
ID____PELBAGAI_ETNIK_DI_SEKOLAH_MENENGAH_KEBANGSAAN_SEKITAR_S
UNGAI_PETANI,_KEDAH.pdf

PPG Guru Budaya dan Pembelajaran. Dilayari pada 21 April 2015 dari
http://www.amaljaya.com/guru/ppg/edu-3106

RUJUKAN

Baharuddin Aris, Rio Sumarini Shariffudin & Manimegalai Subramaniam. 2002. Reka
bentuk perisian multimedia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Beattie, E.D. & Preson, N.R. 1990. Selecting micro computer courseware. Review of

Education Research 49(3): 70-71.

Benjamin, L.T., Hopkin, J.R. & Nation. J.R. 1994. Psychology. Ed. ke-3. New York:

Macmillan Publishing.

19

Bigge, M. L. 1982. Learning theories for teachers. New York : Harper & Row

Publishers, Inc.

Boyle, T. 1997. Design for multimedia learning. London: Prentice-Hall International.

Brown, J.S. Collins, A. & Duguid, P. 1989. Situated cognition and the culture of

learning. Educational Researcher.

Carrol, J. M. 1990. The Nurnberg funnel : designing Minimalist Instruction for practical

computer skill. MIT Press.

Cates, W. M. 1992. 1992 Fifteen Principles For Design More Effective Instructional

hypermedia/ multimedia product. Education Technology, December: 5-11.

Checkley, Kathy. 1997. The first seven..and the eighth: A conversation with Howard

Gardner. Educational leadership (atas talian)

.
Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi subjek pendidikan

komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Chung Hang Tek. 2001 Perlaksanaan Program Latihan Sekolah Bestari. Kerta kerja

Krusus Peningkatan Profesinalisme Orentasi Pensyarah Baru Maktab Perguruan

Malaysia. Hotel Pearl International Kuala Lumpur , 21-27 Oktober

Floyd, S. 1991. The IBM Multimedia Handbook. New York: Brady Publishing.

Gagne R.M. & Briggs L. J. 1979. Principles of instructional design. Holt Rinehart and

Winston.

Gagne, R.1985. The condition of learning and theory of instruction. Ed. ke-4. NewYork:

Holt.

Goh Kek Seng. 1990. Aktiviti Mengenal Komputer. Kuala Lumpur : Federal

Publication.

Hamidah Baba. 1999. Pemikiran dan hala tuju pembangunan perisian kursus multimedia

pendidikan interaktif. Kertas kerja Kursus Penilaian Grafik Adobe Photoshop.

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuching, 6-10 September.

Hannafin, M.J. & Peck 1988. The design, development and evulation of instructional

software. New York: Macmillan Publishing Company.

Harold, F., O'Neil, J.R. & Paris, J. 1981. Introduction and overview of computer-based
instruction. Computer-based instruction. hlm 1-21.

20

Harwood, W.S. & Mc Mahon, M.M. 1997. Effect of integrated video media on student

achievement and attitudes in high school chemistry. Journal of Research in Science

Teaching 34(6): 17-63.

Hasselbring, T.S. & Goin. 1993. Strategies for teaching learners with special needs. New

York: Merill-Prentice Hall.

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D. & Smalindino, S.E. 1996. Instructional media

and technologies for learning. Ed. ke-5. New Jersey: Prentice Hall.

01. Pembangunan perisian multimedia satu pendekatan sistematik. Kuala Lumpur:

Venton Publishing.

Jamaludin Haron & Dr Zaidatun Tasir, 2004. Multimedia Dalam Pendikan. PTS

Pubication.

Jonassen, D. 1988. Designing structured hypertext and structuring access to hypertext.

Education Technology, November: 13-16.

Jonassen D. H. 1996. Computers as Mindtools for Schools. New Jersey : Prentice Hall

Jones, T. & Berger, C. 1995. Student use of multimedia science instruction: Designing

generation. Journal of Education Multimedia, Hypermedia 4(4): 305-320.


Jones, D. 1997. Designing instruction: enter the constructivism.

http://www.cabrillo.cc.ca.us/thinking/constructivism.html (9 Julai 2001).

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat KBSM

Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. http//kdp.ppk.kpm.my

Kementerian Pendidikan Malaysia 1997. Pasukan petugas sekolah bestari. sekolah

bestari di Malaysia.

Kozma, R.B. 1993. Learning with media. Review of Education Research 61(2): 179-211.

Krish, D. 1997. Interactivity and multimedia interfaces. Instructional Science 25: 79-96.

Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum Ku Hussin & Zubier

Hassan. 1998. Kajian penilaian dan perlaksanaan kursus dalam perkhidmatan 14

minggu sekolah bestari. Kertas kerja Seminar Bahagian Pendidikan Guru. Institusi

Perguruan Darul Aman, 6 - 8 October.

Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum Ku Hussin & Zubier

Hassan. 2000. Pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari

perintis Negeri Kedah dan Perlis. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan.

Alor Star, 25 -28 Jun.

21

Lee Shok Mee. 1997. Psikologi pendidikan 2: Teori dan aplikasi psikologi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Levin, T. & Gordon. 1989. Effect of and Computer Experience On Attitude Towards

Computers. Journal of Educational Computing Research. (1), 69-88

Lim Sea Kiaw . 1995. Kajian status pelaksanaan Literasi Komputer di Sarawak. Tesis

Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia

Lockard, J., Abrams, H. & Mary, M. 1997. The first decade of microcomputer in

education: from computer literacy to curriculum integration. Proceeding The

International Symposium of Education Computin, hlm 1-13.

Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New

Jersey:

Mc Keown P,G. 1986. Living with computer. USA : Harcourt Brace Jovanovich

Publisher

Merrill, P.F., Hammons, K., Vincent, B.R., Reynolds, P.L., Christensen, L. & Tolman,

M.N. 1996. Computer’s in education. Ed. ke-2. New York: Ally and Bacon.

Mohamad Izzat Ridwan . 2002. Merebut Bantuan Kewangan dalam pernigaan ICT .

Majalah PC September: 56-57

Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Medefinisi dan merapatkan jurang digital. Majalah PC,

September: 58-59
Mohamad Sabri Idris. 2002. Kerajaan di minta elak ICT jadi indutri monopoli. Surat.

Berita Harian, 23 Ogos: ms 11

Mohammed Sani Ibrahim. 1998. Perancangan Dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-

Guru Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti

Kebangsaan Malaysia.November .26-27

Mohd Ariff Hj Ismail. 2004. Model Reka Bentuk Instrksional Dalam Pengajaran dan

pemelajaran. Rekabentuk Pengajaran Dan ICT:Aplikasi Dalam Aliran Pendidikan

Era Globlisasi, hlm 1-11.

Mohd Dzulkifli A. Jalil. 2002. Kajian keberkesanan persekitaran pembelajaran

multimedia interaktif dalam mata pelajaran biologi. Tesis Sarjana Pendidikan.

Universiti Teknologi Malaysia,Skudai.

22

Mohd Ishak Othman. 2002. pembinaan pembelajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer: Belajar mengenai storan skunder. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D. & Russell, J.D. 2000. Instructional technology

for teaching

Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran
berbantukan komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Liza Ahmad, 2001. Profesional IT Meningkat 11 peratus setahun. Berita Harian 3

Disember:

16

Norikma llias & Hjh Siti Fatimah Mohd.Yassin .1993 Pengujian dan Penilaian Perisian .

Media

ComiL.

Nurain Hafiza. 2002. Benarkah Melayu Sukar menguasi ICT. Majalah PC Oktober: ms 18

– 19

Orr, K.L., Golas, K.D & Yao, K 1994. Storyboard development for interactive multimedia

traninig. Journal of Interactive Instruction Development

Palmer W. Agnen, Anne S.Kellerman, Jeanine M.Meyer, 1996, Multimedia in The

Classroom,

Allym & Bacon, Boston, London, Toronto

Park, L., & Hannafin, M.J. 1993. Empirically-based guideline for the design of interactive

multimedia. Education Technology Research and Development

Pavlov, I. P. 1962. Essay in psychology and psychiatry including a section on sleep and

hypnosis. New York: Citadel Press

Perzylo, L. 1993. The application of multimedia in schools. British Journal of Education


Technology 24(3): 191-197.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Falsafah

pendidikan kebangsaan matlamat dan misi.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Teknologi

maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib. 1996. Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah

dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Reader, W. & Hammond, N. 1994. Computer bases microword: A bridge between

constructivism and direct instruction. Education Technology Research and

Development 40(1): 93-106.

Rivilin, E., Botagogo, R. & Shneiderman, B. 1994. Navigating in hyperspace: Designing

a structure-based toolbox. Communication of the ACM 37(2): 87-96.

23

Robiah Sidin. 1992. Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu tinjauan

literature. Jurnal Pendidikan Guru 4(3): 248-259.

Rohani Abdul Hamid. 1998. Keperluan pendidikan abad ke-21: Projek Sekolah Bestari.

Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan

Malaysia.November 26-27.
Rozinah Jamaludin. 2000. Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributor Sdn Bhd.

Rusdina Abdul Rahim.1993. Kearah pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka atau

fakta. Majalah Dewan, Jan:16-30.

Salleh Hassan. 1997. Kecermelangan penggunaan teknologi pendidikan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kertas Kerja Seminar Bahagian Teknologi

Pendidikan. Kuala Lumpur, 27 November.

See Kin Hai. 1997. Kesan pembelajaran berbantukan komputer terhadap daya kreativiti

pelajar dalam matematik. Jurnal Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua

Sekolah Malaysia 2: 61-66.

Selwyn, N. 1997. Students' Attitudes Toward Computers: Validation of a Computer

Attitude Scale for 16-19 Education. Computers Education. 28 (1), 35-41

Shaharudin Salleh 1986. Pengenalan Kepada Komputer. Petaling Jaya : Federal

Publications.

Sharifah Alwiah Alsagoff. 1987. Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Shaifol Bahary Sulaiman 2002. Asas Permainan Bola Sepak (Perisian Interaktif)
Shaifol Bahary Sulaiman. 2003. Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah bestari.

Prosiding Seminar Aliran Terkini Teknologi Maklumat dan Komunikasi, hlm 29-

38.

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia Bagi

Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti

Kebangsaan Malaysia,Bangi.

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Sains perpustakaan untuk institusi perguruan. Kuala

Lumpur: Federal Publication.

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. Kuala

Lumpur: Federal Publication.

24

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Get Logik. (atas talian) www.geocites.com/shaifol6900

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pratikum Berpasangan Fasa 1, MPBP (Perisian

Interaktif)

Sim Ah Hock, Siti Ropiah Abu Bakar, Mohammad Saat dan Md Din Hassan. 2000.

Kemahiran teknologi maklumat dan sikap terhadap komputer selepas kursus latihan

guru sekolah bestari. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan. Alor Star, 25 -28
Jun.

Siti Fatimah Mohd. Yassin. 1998. Pengajaran penggunaan teknologi maklumat bagi

mengasah kemahiran berfikir. Inovasi dalam perkaedahan pengajaran Bahasa,

Sains sosial dan Teknologi Maklumat. Bangi : Penerbitan UKM.

Siti Hawa Ahmad. 1997. Sekolah bestari di Malaysia: Mereka semula sistem pendidikan

di Malaysia. (atas talian) http//www.eprd.kpm.my (17 April 2003).

Skinner, B. F. 1968. The technology of teaching. New York : Appleton-Century-Crofts.

Slavin, R. E. (1990). Cooperative learning : Teory, research and practice. New Jersey:

Merril/Prentice Hall.

Smart School Task Force. 1997. The Malaysian smart school-an MSC flagship

aplication : A conceptual blueprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Sorotan akhir tahun: Komitmen Kerajan terus rangsang sector ICT. 2002. Utusan

Malaysia 25 Disember: Ekonomi ms 24

Squires, D. 1997. Providing computer-base experince for learning physics. Physic

Educatio, 22: 39-24.

Stewart, L. and Michale, T. 1989. Parent’s guide to education software and computer.

San Diego: Computer Publishing Enterprise.


Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi : Teori dan praktik. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Supyan Hussin. 2000. Pembangunan perisian pembelajaran bahasa berbantukan

komputer. Jurnal Bahasa, Mac:3-5.

Syuhada Choo Abdullah Sekolah Bestari Kelolan TSS mula beroperasi. 2003. berita

harian 7 Januari : Pendidikan ms 8

25

Woolfolk, A.E. 1992. Educational psychology. Boston: Ally and Bacon.

Yong Soe Han (1993). Literasi Komputer. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Yusof Hashim . 1993. Buletin UNESCO Malaysia. Jilid 5, Nov. 1993

Yusup Hashim. 1998. Rekabentuk pengajaran bersistem dalam pembinaan pengajaran

berbantu komputer (PBK). Jurnal Pendidikan. 18: 1-14.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. 1990. pentadbiran pendidikan, K.Lumpur: Fajar Bakti

Zorani Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Zorani Wati Abas. 1994. Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal

Publications.

Rujukan
Baxter, G. P. & Shavelson, R. J. (1994). Science performance assessments: benchmarks

and

surrogates. International Journal of Educational Research, 21(3), 279-298.

Baxter, G. P., Shavelson, R. J., Goldman, S. R., & Pine, J. (1992). Evaluation of a

procedure-

based scoring for hands-on science assessment. Journal of Educational Measurement,

29(1),

1-17.

Dalton, B., Morocco, C. C., Tivnan, T., & Rawson, P. (1994). Effect of format on learning

disabled and non-learning disabled students¢ performance on a hands-on science

assessment. International Journal of Educational Research, 21(3) 299-316.

Jovanovic, J., Solano-Flores, G., & Shavelson, R. J. (1994). Performance-based

assessments:

Will gender differences in science achievement be eliminated? Education and Urban

Society,

26(4), August, 352-366.

Montgomery,W.(2001). Creating culturally responsive, inclusive classrooms. Teaching

Exceptional Children, Vol.33(4) pp 4-9.

Samuel O. Ortiz. Best Practices in Nondiscriminatory Assessment. St John's University


Retrieved 10 October 2009 from

http://www.nasponline.org/resources/culturalcompetence/

cultcomppractice.aspx#assess

Samuel O. Ortiz. Comprehensive Assessment of Culturally and Linguistically Diverse

Student:

A Systematic, Practical Approach for Nondiscriminatory Assessment. St John's

University

Retrieved 10 October 2009 from

http://www.nasponline.org/resources/culturalcompetence/

cultcomppractice.aspx#assess

You might also like