You are on page 1of 12

“The Vocabulary of Philosophy”

oleh :
Mohd Aidil Bin Sahipaludin (G1810165)
Mat Saat Bin Abd Rahman (G1817327)
Sandrasegar A/L Kuppusamy (G1819309)
Rohani Bt Ali (G1813738)

International Islamic University Malaysia

1.0 Maksud Falsafah.

Falsafah merupakan satu perkataan yang akan memberikan pelbagai maksud mengikut
individu yang mendalami tentangnya. Falsafah di dalam bahasa Melayu bermaksud “cinta
kepada hikmah”. Falsafah dalam istilah Yunani disebut “Filo” iaitu mencintai
dan “Sofia” iaitu kebijaksanaan. Socretes pula mengatakan falsafah ialah “Ilmu
yang menyintai hikmah fitrah semulajadi”, manakala Aristotle pula mengatakan
falsafah itu adalah “Suatu ilmu yang mencari sebab-sebab yang jauh ataupun
ilmu yang mencari kewujudan sesuatu terhadap sesuatu yang wujud”. Istilah
falsafah ini jika dirujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, ia memberi makna
“Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang
menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Sepertimana yang dikatakan oleh Wolff (1989)
falsafah adalah cinta kepada kebijaksanaan. Manakala B. Russel (1946)
mengatakan falsafah adalag sesuatu antara Teleologi dan Sains yang mana ia
mengandungi perkara yang belum tepat atau belum nyata. Dari kedua-dua
pendapat itu bolehlah dikatakan falsafah merupakan suatu usaha berfikir yang
tiada akhirnya dengan tujuan mencari kebenaran.

2.0 Metafizik (Ontologi)

Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat
realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya. Menurut takrifan dalam kamus,
metafizik merujuk kepada “... yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan”. Metafizik
bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.
Metafizik merangkumi teori kosmologi, manusia dan hubungan tubuh dengan minda,
ketuhanan, teleology dan ontology. Ia melibatkan pemikiran yang jauh melampaui dan sukar
dijawab dengan hanya merujuk kepada dapatan eksperimen atau kajian saintifik.Sebaliknya,
ia bersifat spekulatif dan berfokus pada seduatu isu seperti hubungan dan sebab.

Ia mengutarakan soalan-soalan seperti di bawah iaitu, Apa itu kebenaran? Adakah


Tuhan wujud? Siapa itu manusia? Apakah itu kebebasan manusia? Adakah dunia ini semata-
mata terdiri daripada jisim sahaja? Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan
antara akal dan tubuh?

2.1 Kosmologi
Kosmologi merujuk kepada kejadian alam nyata dan penerangan tentang asal usul dan proses
perkembangannya. Menurut beberapa pandangan, ia melibatkan penciptaan dan peredaran
alam semesta. Ia turut berkait dengan faktor masa dan ruang serta hubungan antara sebab dan
akibat.
2.1.1 Implikasi Dalam Pendidikan
Dalam penggubalan Falsafah Pendididkan Kebangsaan (FPK), Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambilkira elemen alam
semesta dan proses perkembangannya. Contohnya, subjek Sains, Biologi dan Fizik
merangkumi kejadian planet, bulan dan bintang, dan alam semulajadi. Dalam proses
pembelajaran subjek-subjek ini, pelajar mempelajari teori kewujudan alam dan
mengaitkannya dengan kehidupan mereka. Mereka mula berfikir tentang pencemaran
alam dan tanggungjawab menjaga alam sekitar. Ini menunjukkan unsur kosmologi
dalam falsafah yang dipancarkan oleh pemikiran pelajar.

2.2 Manusia dan Hubungan Tubuh dengan Minda

Kejadian manusia merupakan aspek penting dalam sifat realiti. Ini termasuk alam fikiran
manusia serta hubungan tubuh dengan minda manusia. Pandangan tentang manusia
termasuklah tentang idealism dan spiritual realism, naturalism dan physical realism dan
experimentalism.
Manakala, hubungan antara tubuh dengan minda pula, membincangkan masalah
seperti interactionism, parallelism, epiphenomenalism, double aspect theory, emergence
theory dan spiritualism.

2.2.1 Implikasi dalam Pendidikan

Implikasi Metafizik dalam Pendidikan dipancarkan dalam FPK dimana matlamat


pendidikan adalah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan fizikal atau jasmani pelajar diambilkira dan
diterapkan dalam subjek Pendidikan Jasmani di mana pelbagai ilmu dipelajari untuk
menjaga kesihatan fizikal dan mental. Dalam subjek Biologi, pelajar mempelajari
tentang sistem tubuh manusia dan organ dalaman manusia. Seterusnya, pelajar akan
didorong untuk berfikir bagaimana menjaga kesihatan fizikal mereka. Ini merupakan
pancaran elemen falasafah dalam hidup mereka.

2.3 Ketuhanan
Beberapa konsep utama tentang ketuhanan ialah atheism, deism, pantheism, polytheism dan
theism. Konsep-konsep ini mempersoalkan tentang kewujudan Tuhan dan kekuasaanNya
daripada pelbagai pandangan.

2.3.1 Implikasi dalam Pendidikan

Dalam FPK, metafizik memberikan implikasi kepada manusia bersifat kerohanian. Ini
selaras dengan matlamat pembelajaran iaitu mencapai pembangunan rohani. Elemen
in terpancar dalam KBSR, KBSM dan FPK dan dilaksanakan di sekolah-sekolah di
Malaysia. Menerusi subjek Pendidikan Islam ; khususnya, pelajar mempelajari
tentang fardhu ain dan fardhu kifayah, Al-Quran dan Sunnah dan pelbagai aspek
agama. Aspek kerohanian ini mebantu memperkembangkan modal insan dan
membantu pelajar mengenali pencipta mereka dan menghargai hubungan mereka
dengannya.
2.4 Teleologi

Ia merujuk kepada tujuan kewujudan sesuatu dengan alam semesta. Para eksperimentalis;
walaubagaimanapun, tidak berjaya mengenalpasti tujuan dalam sesuatu kewujudan.
Pandangan bahawa sesuatu terjadi kerana tidak sengaja atau peluang dirujuk sebagai
nonteleological.

2.4.1 Implikasi dalam Pendidikan

Mengenalpasti tujuan kewujudan adalah sangat penting kepada para pelajar kerana
salah satu tujuan proses pembelajaran adalah untuk memperkembangkan intelek
mereka. Tujuan kehadiran ke sekolah mestilah jelas di mana para pelajar berhajatkan
keputusan akademik yang membantu mereka mendapatkan peluang pendidikan tinggi
dan pekerjaan. Hasrat ini adalah jelas dalam KBSR dan KBSM dimana guru-guru
menentukan objektif pembelajaran untuk dicapai pada akhir masa pembelajaran. Ini
adalah implikasi teleology dalam pendidikan.

2.5 Ontologi

Ia bermaksud hadir atau wujud. Ia merupakan bahagian falsafah yang berkaitan dengan
hakikat manusia termasuklah pelajar di sekolah. Sebagai manusia, pelajar akan menerokai
alam sekeliling dan terdorong untuk memahami sesuatu perkara.

2.5.1 Implikasi dalam Pendidikan

Dalam konteks pendidikan, guru-guru perlulah mengetahui tentang hakikat pelajar


mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KSSR), pelajar sekolah rendah mempelajari Sains melalui aktiviti
luar darjah dimana pelajar memetik pelbagai jenis daun dan menganalisa bentuknya.
Ini disusuli dengan kelas teori tentang struktur dan kepentingan tumbuh-tumbuhan
kepada pernafasan manusia.
3.0 Epistemologi.

Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan
kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud ‘ilmu’ atau
‘sains’ dan logos yang bermaksud ‘keterangan’. Justeru,epistemologi berfokuskan kepada
penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.

Dengan kata lain,epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan berkaiatan


pengkajian ilmu seperti ; Apa itu ilmu? Apakah sumber-sumber pengetahuan?, Apa yang
diketahui oleh manusia? Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu? Adakah ilmu
statik atau pegun atau senantiasa berubah?

Selain itu,epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan
kesahan cara mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti di bawah:

3.1 Wahyu
Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang
dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum.

3.2 Berasaskan Pengalaman dan Pancaindera


Apa yang kita lihat,dengar,rasa,sentuh dan bau merupakan satu cara untuk kita
memperoleh maklumat mengenai alam sekeliling kita. Namun, cara mengetahui
sedemikian berkemungkinan kurang tepat,misalnya,ayam goreng yang kita rasa
sebenarnya adalah arnab goreng, air yang kita lihat atas jalan raya sebenarnya adalah
sesuatu mirage.

3.3 Intuisi
Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan
tidak disedari. Misalnya, seseorang ibu yang dapat mengesan sama ada anaknya
menghadiri kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja anaknya masuk ke dalam rumah.

3.4 Pandangan Pakar


Pakar-pakar bidang berkenaan berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dipunyai.
Misalnya,tokoh-tokoh falsafah yang terkenal seperti Socrates, Plato, Dewey dan
sebagainya.

3.5 Kaedah Saintifik


Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu melalui pengumpulan
dan penganalisisan data secara sistematik,misalnya menjalankan temu bual, membuat
pemerhatian, mentadbirkan soal selidik, dan sebagainya.

Kesimpulannya, epistemologi memberi garis panduan bahawa setiap disiplin ilmu


yang diajar kepada pelajar mempunyai sumbernya. Sebagai guru, sumber-sumber
ilmu dan kemahiran ini perlu jelas sepertimana yang telah diselaraskan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP).

4.0 Aksiologi

Axiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’. Ia adalah cabang
falsafah yang mempersoalkan tentang baik atau buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh.
Aksiologi membincangkan masalah nilai ataupun moral yang berlaku dalam kehidupan
manusia. Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika.

4.1 Etika.
Etika bererti nilai nilai ataupun norma norma yang menjadi pegangan manusia
dalam menguruskan tingkah laku masing masing. Perkataan etika berasal daripada
dua perkataan. Ethos dan Ethikos. Ethos bermaksud sifat ataupun watak dan Ethikos
adalah adab ataupun perbuatan baik.
Etika Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang
paling sesuai untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti
moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu
masyarakat dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada dua bidang asas seperti yang
berikut.
4.1.1 Etika Deskriptif
Adalah sikap moral ataupun nilai yang ada pada seseorang individu.
Oleh itu ianya tidak memberikan suatu penilaian malahan Cuma dapat
memaparkan nilainya sahaja.

4.1.2 Etika Normatif


Ianya adalah pendirian keatas sesuatu perkara ataupun sikap.
Contohnya adalah seperti benar atau tidak. Baik atau buruk dan
sebagainya. Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan
seperti, Apa itu kebaikan? Apakah ciri-ciri tingkah laku yang
menentukan kebaikan? Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu
betul? Adakah morality itu bersifat objektif atau subjektif?

4.2 Estetika

Merupakan ilmu yang membahas tentang keindahan, bagaimana keindahan


tersebut terbentuk dan bagaimana keindahan itu dirasakan. Keindahan merupakan
keindahan dari alam, hasil seni, serta moral dan intelektual. Estetika juga
berhubungan dengan kesenian yang berkaitan dengan keseimbangan dan
keindahan alam. Estetika. Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam
kesenian,alam sekeliling dan kehidupan. Dengan kata lain,ia lebih tertumpu
kepada cita rasa dan sentimen. Antara soalan-soalan yang dijawab termasuklah,
Apa itu kecantikan? Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan alam
semulajadi?

Secara kesimpulanya menurut axiologi pada tahap tahap tertentu ilmu kita harus
disesuaikan dengan nilai nilai budaya dan moral. Dalam aspek pendidikan didapati bahawa
semua murid harus memiliki sikap sikap moral yang membawa jaminan kesejahteraan di
masa hadapan. Penerapan nilai nilai ini membantu mengukir diri murid murid. Nilai
kegunaan ilmu tersebut dapat dirasakan oleh semua pihak dalam meningkatkan kesejahteraan
bersama.

5.0 Logik.
Dalam Bahasa Inggeris dikenali dengan logic manakala dalam Bahasa Latin dikenali
dengan perkataan logic.Dalam bahasa Yunani ia bermakna atau logikus iaitu unjuran yang
dapat difahami atau akal budi yang berfungsi dengan baik,teratur dan sistematik.

Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagu


jawapan yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan
sebagai sah dan yang mengelirukan. Secara umumnya, terdapat dua jenis logic iaitu Logik
Induktif dan Logik Deduktif.

5.1 Logik induktif


Bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat penaakulan terhadap butiran
terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.

5.1.1 Implikasi dalam Pendidikan


Contohmya semua faham api bersifat panas dan membakar, hangus.Tapi
sebaliknya berlaku apabila Nabi Allah Ibrahim ketika dibakar didalam
api,jasadnya tidak terbakar dan hangus dengan izin Allah.Seterusnya sifat besi
itu keras,padat dan berat.Apabila di bakar maka besi akan mencair seterusnya
boleh dibentuk.

5.2 Logik deduktif


Bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang
relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil
secara logik.

5.2.1 Implikasi dalam Pendidikan


Contohnya tanah yang luas.Namun keluasan tanah itu dapat dibahagikan
kepada pelbagai kegunaan.Antaranya tanah untuk pertanian bermaksud
melakukan kerja-kerja pertanian diatas tanah tersebut.Sebaliknya tanah
perindustrian pula merujuk keoada satu tempat kilang-kilang dibina.
6.0 KAITAN FALSAFAH DAN FPK

Cabang-cabang falsafah menjadi teras dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


(FPK) yang telah digubal 1988 oleh pakar-pakar pendidikan. Dalam bab ini akan dijelaskan
kaitan antara empat cabang falsafah yang ada dalam FPK.

6.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.“

6.2 Kaitan Cabang Falsafah dan FPK

Analisis mendalam dalam memperlihatkan kaitan antara empat cabang falsafah yang juga
menjadi elemen pembentukan FPK ini akan dibincangkan dengan melihat ciri-ciri atau frasa
yang ada dalam FPK berkaitan dengan metafizik, epistimologi, aksiologi dan logik serta
implikasinya.

Metafizik merupakan bahagian falsafah yang berkaitan dengan hakikat manusia


termasuklah pelajar. Maka, apabila pelajar didedahkan dengan pembelajaran yang ebrsifat
estimologi ia akan menjadikan pelajar meneroka alam sekeliling. Sememang begitulah
matlamat pendidikan seharusnya kerana pelajar terdorong untuk memahami tentang sesuatu
perkara atau lebih tepat pelajar mencapai tahap pemikiran yang tinggi iaitu menaakul. Ini
dapat disentuh dalam frasa FPK yang disebut “menyeluruh dan bersepadu”. Kesannya,
potensi individu dapat dikembangkan dengan baik.

Epistimologi pula lebih jelas dapat difahami dalam pendidikan kita apabila
membicarakan tentang kandungan yang tepat untuk diajar kepada pelajar. Guru perlu
menentukan bagaimana cara memperolehi ilmu pengetahuan dan mengikuti pembelajaran.
Epistimologi memberi sumbangan dalam menentukan kurikulum pembelajaran yang akan
digunakan mengikut aras umur yang bersesuaian dengan tahap penerimaan dan pemikiran
pelajar. Oleh kerana itu, sistem pendidikan bermula daripada prasekolah, sekolah rendah,
sekolah menenagah, peringkat university daripada diploma, ijazah, sarjana dan doktor
falsafah. Maka, FPK menggariskan dalam termanya, “usaha berterusan” iaitu pendidikan
suatu proses yang berterusan kerana ilmu itu hidup dan berkembang selaras dengan kemajuan
zaman. Kesannya, pelajar-pelajar diharapkan dapat menerapkan pembelajaran sepanjang
hayat apabila cabang falsafah ini diimplimentasikan dalam pendidikan.

Aksiologi pula membahaskan tentang nilai sama ada nilai baik atau sebaliknya dalam
membentuk tingkah laku. Dalam konteks pendidikan, nilai merupakan hubungan sosial baik
dari segi guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar dan lebih bermakna lagi hubungan
pelajar yang dididik oleh guru dengan masyarakat dan Penciptanya. Jelas dalam FPK disebut
tentang “kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan” dan “berakhlak mulia,
bertanggungjawab” yang memberi impaknya iaitu melahirkan pelajar yang memahami
hubungan antara invidu dengan Tuhan, hubungan antara individu dengan individu seterusnya
menjadikan individu tersebut sebagai seorang yang seimbang Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek dan Sosial (JERIS).

Cabang falsafah terakhir ialah logik iaitu satu konsep yang menggabungkan matlamat,
dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti yang tidak terpisah-pisah,
tekal, jelas dan logik. Ini dapat diambil daripada frasa “berletrampilan” dalam FPK yang
memberi kesan kepada pemupukan kompetensi diri. Malah, sejak tahun 2015 KPM telah
bertindak bijak dalam memperkenalkan Ujian Psikometrik yang amat didokong oleh guru
bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
Pelaksanaannya perlu meyeluruh dan sebaran maklumatnya perlu sampai kepada semua guru,
pentadbir sekolah, pelajar-pelajar, dan ibu bapa bahawa pelajar ini dapat dioptimumkan bakat
dan kemampuannya berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Howard Gardner. Maka, teknik
pengajaran dapat dipelbagaikan untuk merumuskan disiplin ilmu sama ada menggunakan
logik induktif atau deduktif jika semua memahami tujuan Ujian Psikometrik diadakan. Secara
analoginya, sistem pendidikan kita tidak boleh seperti menilai semua haiwan di hutan dapat
secemerlang si monyet jika ujiannya hanya satu, iaitu keupayaan memanjat pokok. Setiap
pelajar berhak dan boleh cemerlang dalam keupayaan, bakat dan bidang yang berbeza kerana
logiknya, pendidikan seharusnya melahirkan pelajar yang baik akhlak walau apa bidang yang
diceburi sekalipun.
Keseluruhannya, kaitan antara FPK dan semua cabang falsafah ini boleh difahami
dengan mudah melalui jadual seperti di bawah :

Jadual 6.2 : Kaitan Cabang Falsafah dan FPK

Cabang Ciri-Ciri FPK Implikasi


Falsafah

Metafizik Menyeluruh dan bersepadu Potensi individu perlu dikembangkan

Epistimologi Usaha yang berterusan Pembelajaran sepanjang hayat

Aksiologi  Kepercayaan dan  Hubungan antara inividu dan


kepatuhan kepada Tuhan
Tuhan  Pengajaran moral dan agama
 Berakhlak mulia dan
bertanggungjawab
Logik Berketerampilan Pemupukan kompetensi diri

7.0 KESIMPULAN

Pendidikan Malaysia yang didasari melalui FPK ini jelas mendokong semua cabang falsafah.
Maka, sistem pendidikan yang berkembang sesuai dengan peredaran zaman perlu bijak
dipelbagaikan bentuk penyampaiannya bagi memastikan sistem pendidikan kita melahirkan
matlamat besar dalam FPK iaitu “mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Rujukan :

Abdur Rahim Hamdan, (2011), Falsafah dan Pemikiran Pendidikan, UTM Press,
Johor.

Mohammed Yusoff Hussain, (2002), Pengenalan Kepada Sejarah Falsafah Barat


Modern, Tinggi Press Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang, (2010), Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme


Keguruan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.

Wolff (1989) Morality For Archangels. https://doi.org/10.1111/j.1467-9833.

B. Russel (1946) “Philosophy for Laymen,” Universities Quarterly 1 (Nov 1946), 38-49

Kamus Dewan (1994) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kuala Lumpur

Yusoh Bakyah,(2015), http://yusohbakyah.blogspot.com/2013/04/perkaitan-antara-cabang-


falsafah- dengan.html.Diakses pada 25 Mac 2019.

Azlina Abdullah ,(2017) https://prezi.com/ae4gct-ffwvs/cabang-cabang-falsafah/


Diakses pada 25 Mac 2019.
Dr. Hayati Ismail, (2017), Falsafah Pendidikan Kebangsaan Teras Traansformasi,.
http://www.utusan.com.my/rencana/falsafah-pendidikan-kebangsaan-teras-
transformasi-1.579961 Diakses pada 27 MAc 2019.

You might also like