You are on page 1of 2

Pada alaf ini sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi

negara kita. Pada tiap-tiap tahun, dianggarkan jumlah pelancong yang berkunjung ke
negara kita adalah melebihi 6 juta orang. Kebanyakan pelancong adalah terdiri daripada
pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya
selain daripada pelancong tempatan. Pelancong-pelancong luar negara suka mengunjungi
negara kita kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik seperti pantai, tempat
membeli belah, monumen bersejarah dan taman rekreasi air. Terdapat pelbagai faktor
yang telah menggalakkan kedatangan mereka ke negara kita.

Faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia adalah disebabkan negara kita


mempunyai pelbagai tempat menarik. Malaysia banyak memiliki kawasan rekreasi yang
sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong antaranya ialah kawasan pantai yang bersih,
cantik dan berpasir putih seperti yang terdapat di pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan
sebagainya. Hal ini menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk mandi-
manda sambil menikmati keindahan alam. Jelaslah bahawa keindahan negara ini mampu
menggamit kehadiran pelancong ke negara bertuah ini.

Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk di kunjungi oleh
pelancong. Tempat-tempat menarik itu tidak hanya tempat membeli belah atau tempat
bersejarah, malahan kecantikan bangunan-bangunannya turut dikagumi. Para pelancong
dapat menikmati bangunan-bangunan tinggi mencakar langit atau bangunan bersejarah
yang sentiasa terpelihara. Di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya terdapat bangunan
canggih iaitu bangunan KLCC yang sentiasa menjadi daya tarikan pelancong. Hal ini telah
menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita sentiasa bertambah. Sudah terang lagi
bersuluh, banyak tempat menarik di Malaysia menjadi daya tarikan pelancong untuk
datang ke sini.

Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke negara kita adalah disebabkan oleh
kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia. Memandangkan Malaysia mempunyai
masyarakat majmuk, pelbagai jenis makanan terdapat di sini. Pelancong dapat menikmati
makanan kaum Melayu seperti sate, ketupat dan rendang mahupun makanan kaum India
seperti tosei dan maruku. Mereka juga boleh menikmati tarian pelbagai kaum seperti
tarian zapin dan tarian inang bagi kaum Melayu dan tarian singa daripada kaum Cina.
Tuntasnya, keunikan budaya ini telah menggalakkan kunjungan pelancong ke negara kita.
Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam turut menggalakkan kemajuan dalam
sektor pelancongan negara. Kerajaan telah membina jalan raya untuk menghubungkan
kawasan pelancongan agar dapat dikunjungi dengan mudah. Kerajaan juga meningkatkan
kekerapan penerbangan ke negara-negara lain untuk menarik lebih ramai pelancong
berkunjung ke Malaysia. Jalan-jalan lebuh raya telah dinaik taraf dan kerosakan telah
diperbaiki. Perkhidmatan pengangkutan awam lain seperti monorel, keretapi laju menuju
ke KLIA, komuter, GRAB, dan bas antara contoh pengangkutan awam yang sentiasa
digunakan untuk memudahkan perjalanan. Hal ini terbukti berkesan apabila jumlah
pelancong yang berkunjung ke Malaysia sentiasa bertambah dari setahun ke setahun.

Faktor lain yang menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia ialah


terdapatnya kemudahan membeli-belah yang disediakan untuk para pelancong. Dengan
wujudnya kemudahan ini, mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk
dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang terdapat di situ juga dijual dengan
harga yang berpatutan. Hal ini menggalakkan pelancong untuk terus berkunjung ke negara
kita. Terdapat banyak tempat atau kemudahan membeli belah yang ada di negara kita.
Pelancong boleh memilih tempat untuk membeli belah mengikut bajet dan keinginan
masing-masing. Di ibu kota, pelancong yang gemar membeli belah boleh mendapatkan
barang keperluan di SOGO, Pavillion, Bukit Bintang, Petaling Street dan Suria KLCC.
Malaysia diibaratkan sebagai syurga membeli belah bagi pelancong asing yang berkunjung
ke sini.

Intihanya, sektor pelancongan di Malaysia semakin meningkat maju kerana


disebabkan oleh pelbagai faktor. Justeru, rakyat jelata perlulah sentiasa menunjukkan
sikap mesra pelancong dan bersopan-santun bagi menggalakkan kehadiran mereka ke
negara kita. Dari satu sudut, peranan kerajaan sangatlah dominan bagi memastikan
Malaysia tetap terunggul dan teratas dalam senarai tempat wajib lawat bagi pelancong-
pelancong asing. Meskipun industri pelancongan Malaysia menghadapi saingan daripada
negara-negara Asia lain seperti Korea, Jepun, Indonesia, Thailand dan Vietnam, Malaysia
tetap ada daya tarikan sendiri untuk ”memancing” pelancong memilih Malaysia sebagai
destinasi percutian yang mengagumkan. Kempen-kempen Tahun Melawat Malaysia yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta perlu diteruskan agar dapat merancakkan
industri pelancongan negara. Dalam masa yang sama usaha menarik pelancong-pelancong
baharu perlu dirancang melalui pelbagai cara kerana tak kenal maka tak cinta.

You might also like