You are on page 1of 2

Azlan bin Saad

Ladang Kempas Klebang,


Sime Darby Plantations Bhd,
86609 Paloh,
Johor Darul Takzim.

Kepada Pegawai Yang Berkenaan,


Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 & 4, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA 18 Februari 2019

Tuan,

KEIZINAN PERTUKARAN SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya bernama Azlan bin Saad, bernombor kad pengenalan 690611-10-5129 telah
diarahkan bertukar dari Ladang Merotai, Sime Darby Plantation Sabah (Sdn Bhd), Tawau ke
Ladang Kempas Klebang, Sime Darby Plantations Berhad, 86609 Paloh, Johor berkuat kuasa
15 Februari 2019. Oleh hal yang demikian saya dengan ini mengesahkan memberi keizinan
kepada isteri saya Dima Mazlina@Siti Aishah bt Abu Bakar, bernombor kad pengenalan
720610-06-5422 untuk memohon pertukaran sekolah antara negeri bagi permohonan Jun
2019.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, berikut merupakan butir-butir diri isteri saya:

Nama : Dima Mazlina@Siti Aishah bt Abu Bakar


No K/P : 720610-06-5422
Nama Sekolah : SMK Merotai Besar, Peti Surat 272, 91007 Tawau,
Sabah.

4. Saya memberi keizinan kepada isteri saya untuk mengemukakan permohonan


perpindahan antara negeri (sekolah menengah) iaitu dari Sabah ke negeri Johor sebagai mana
yang tercatat pada borang permohonan yang telah diisi oleh isteri saya. Hal ini menimbulkan
kebimbangan bagi saya kerana hanya isteri dan anak perempuan saya menetap di sana dalam
persekitaran yang tidak selamat.

5. Kerjasama pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Besarlah harapan saya
agar permohonan pertukaran isteri saya dipertimbangkan.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

You might also like