You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN

Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003) dalam buku Psikologi Perkembangan
Untuk Bakal Guru yang ditulis oleh Rohaty Mohd Majzub (1992), mereka mendefinisikan
tingkah laku ialah sesuatu yang merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, tindak balas, tindakan, dan
reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti
elektrik oleh setiap organ.Manakala , Mohd. Nazar Mohamad (1990), dalam buku Pengurusan
Bilik Darjah dan Tingkah Laku yang ditulis oleh Mok Soon Sang (2012), beliau mentakrifkan
tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu
perjalanan kehidupannya. Ia juga boleh ditakrifkan terkeluar dari nilai dan norma sosial
masyarakat, termasuk di sekolah. Di bawah konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah
merujuk kepada sebarang tingkah tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan
ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Oleh itu,
dapat saya fahami bahawa tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah
laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran.Justeru,bagi mengatasi masalah tingkah laku di sekolah,guru juga
memainkan peranan penting kerana menurut (Haliza & Joy Nesamalar, 2009), seorang guru
bukan hanya berperanan untuk mengajar, tetapi juga bertindak sebagai pengurus bilik darjah,
mengurus murid-murid dengan memastikan murid-murid mematuhi peraturan bilik darjah.

2.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA TINGKAH LAKU BERMASALAH MURID TERSEBUT

2.1 Kurang Kasih Sayang Ibu Bapa

Kemungkinan murid yang menyepak dan menumbuk rakannya itu tidak


mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka secukupnya menyebabkan
potensi untuk membentuk sikap yang negatif meningkat. Ini bermakna, hubungan
baik yang wujud diantara ibu dan bapa adalah penting dalam menjamin pemberian
kasih sayang secukupnya kepada anak-anaknya. Oleh itu, konflik yang wujud
diantara ibu dan bapa itu sendiri sememangnya akan mengakibatkan kemenjadian
sikap dan tingkah laku anak-anaknya menjadi buruk. Menurut Steinberg (2001),
faktor psikologi yang menyumbang kepada tingkah laku bermasalah ialah apabila
wujudnya emosi yang tidak gembira hasil daripada faktor persekitaran seperti
hubungan kekeluargaan yang longgar, keluarga berpecah dan kurang perhatian
daripada ibu bapa. Ini kerana, hubungan yang tidak baik di antara ibu bapa di dalam
keluarga akan menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah tekanan

1
emosi dan mental yang agak kuat. Jelaslah bahawa kasih sayang ibu bapa amat
penting dalam kemenjadian anak-anak.

2.2 Pengaruh Persekitaran Kediaman Murid Tersebut

Pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan murid sangat dipengaruhi


oleh persekitaran tempat tinggalnya. Hal ini kerana perkembangan diri seseorang itu
kebiasaanya mereka akan memerhati perlakuan manusia disekelilingnya. Semasa
melalui proses perkembangan tersebut, mereka akan mengadaptasi segala kelakuan
yang dilihat dengan mata kasarnya. Oleh itu, jika murid tersebut duduk di kediaman
yang mengamalkan akhlak yang buruk, maka pelajar tersebut akan mengamalkan
kelakuan tersebut sebagai perbuatan yang dianggapnya bermoral dan boleh diterima
masyarakat. Sehubungan dengan itu, murid tersebut akan menganggap perlakuan
seperti gangsterisme merupakan kelakuan yang tidak salah untuk dipraktikkan di
sekolah khususnya. Berdasarkan Teori Pemodelan Albert Bandura (1999), tingkah
laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan daripada
persekitarannya. Hal ini dapat dibuktikan dengan Eksperimen Bobo Dollnya yang
terkenal telah menunjukkan bahawa kanak-kanak meniru perbuatan agresif daripada
orang dewasa di sekitarnya (Saiful Islam Al-Ghozi, 2013).Oleh sebab yang demikian,
murid tersebut yang berasal dari persekitaran yang kurang memberangsangkan
smenyebabkan dia mempunyai tingkah laku yang bermasalah kerana emosi yang
tidak stabil dan kerap berperasaan ingin melepaskan geram, merintih perhatian
orang lain dan tidak boleh mengawal masalah yang sedang dihadapinya.

2.3 Taraf Ekonomi Yang Rendah

Ekonomi sesebuah keluarga yang lemah berupaya untuk mengganggu emosi


ahli keluarga tersebut. Jadi, murid tersebut yang berkemungkinan berlatar
belakangkan keluarga yang miskin akan mempunyai masalah peribadi yang serius.
Hal ini kerana sewaktu berada di sekolah, murid ini akan bergaul dengan rakan-rakan
yang mempunyai taraf ekonomi yang berbeza dan berkemungkinan jauh lebih baik
daripada keluarganya. Oleh itu, murid tersebut akan berasa tertekan sekiranya
terdapat sesuatu perkara yang rakan sebayanya perolehi dan pada dirinya tidak
dapat ditunaikan oleh ibu bapanya kerana hal tersebut memakan kos belanjawan.
Rentetan itu, murid ini akan memikirkan jalan mudah untuk mendapat sesuatu yang
dihajatinya dengan tindakan yang tidak menghalalkan cara seperti membuli dan
mengugut. Sehubungan dengan itu, emosi yang tidak stabil adalah pencetus kepada
perbuatan pelajar yang bermasalah (Arbona & Power, 2003).Saya ingin menegaskan

2
disini bahawa taraf ekonomi yang rendah juga menjadi salah satu punca kepada
masalah buli dalam kalangan murid di sekolah.

2.4 Persekitaran Sekolah Kurang Kondusif

Menurut Dunhill (1965) di dalam Tan (2013), iklim sekolah yang tidak dikelolakan
dengan baik akan menimbulkan masalah disiplin di kalangan murid. Hal ini bermakna
budaya warga sesebuah sekolah tersebut sangat mempengaruhi kepada
pembentukan perlakuan murid sama ada positif mahupun sebaliknya. Jadi, guru
yang mempamerkan kelakuan yang kurang baik secara tidak langsung akan
mendorong murid untuk mencontohinya. Contohnya, hukuman keras ke atas
seseorang murid yang diberikan di khalayak ramai seperti sepak, tumbuk, dan
sebagainya. Hal ini kerana mereka menganggap segala perlakuan gurunya adalah
betul dan boleh diikuti. Selain itu, sikap rakan sebaya yang agresif dan negatif yang
tidak dibendung juga boleh mempengaruhi perlakuan murid disekelilingnya. Contoh
perlakuan murid tersebut adalah seperti membuli, memukul serta berkelakuan keras.
Akibatnya, sahsiah murid itu akan terjejas serta lebih cenderung ke arah perlakuan
negatif dan rakan-rakan yang lain juga turut melihatnya dan menjadikannya sebagai
tauladan yang tidak baik.Natijahnya,persekitaran sekolah yang tidak kondusif juga
merupakan salah satu punca berlakunya salah laku di sekolah.

3.0 INTERVENSI UNTUK MENGATASI SALAH LAKU MURID TERSEBUT

3.1 Modifikasi Tingkah Laku B. F. Skinner


Prinsip peneguhan model pengurusan disiplin tingkah laku yang telah diperkenalkan
oleh Burrhus Frederic Skinner (1953) merupakan satu intervensi yang sesuai untuk
diaplikasikan untuk menangani salah laku tersebut. Menurut beliau, peneguhan ini
menjadi motivasi ekstrinsik untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku murid-murid
daripada negatif kepada positif. Peneguhan tersebut terbahagi kepada dua iaitu
peneguhan positif dan negatif. Peneguhan positif bertujuan mengekalkan tingkah laku
murid-murid yang baik untuk diulangi atau menjadi lebih baik (Wong, Khairuddin,
Maridah, Rashinawati dan Azlina, 2013). Contoh peneguhan positif adalah memberi
pujian dan ganjaran terhadap kelakuan baik murid tersebut. Selain itu, peneguhan
negatif pula merujuk kepada rangsangan berbentuk teguran untuk menyedarkan murid
tersebut akan kesalahan yang dilakukan. Contoh peneguhan negatif adalah seperti
hukuman dan dendaan. Melalui kaedah ini, murid tersebut berupaya membezakan
antara kelakuan yang baik dengan kelakuan yang buruk untuk diaplikasikannya. Oleh
itu, kelakuan yang telah dilihat dan dialami oleh murid tersebut akan dinilai semula

3
sebelum ianya diamalkan. Kesannya, sudah pasti murid itu akan melakukan kelakuan
yang mendapat peneguhan positif sahaja.

3.2 Terapi Bermain

Terapi bermain sememangnya akan membantu murid tersebut mengurangkan


sebarang tekanan yang sedang dihadapinya terutamanya tekanan dalaman. Menurut
Homeyar dan Morrison (2008), sesungguhnya bermain merupakan dunia yang paling
semula jadi bagi kanak-kanak. Oleh itu, melalui terapi bermain murid itu akan lebih
banyak berinteraksi secara aktif sesama ahli terapi mereka. Hal ini sebenarnya dapat
mengelakkan murid itu daripada terus diam dengan memendam masalah peribadinya.
Dengan cara ini, murid tersebut sekurang-kurangnya akan berasa terhibur dengan
permainan yang dilakukan seterusnya menstabilkan tekanan emosi mahupun mental
yang sedang dihadapi. Melalui kaedah ini juga, murid itu akan rasa lebih disayangi,
dikasihi, dihargai, seterusnya berpotensi untuk menceritakan masalah sebenar yang
sedang dihadapinya kepada guru. Hasilnya, murid tersebut akan melakukan tindakan
yang sewajarnya dan jauh daripada tingkah laku bermasalah kerana mendapat
nasihat dan pedoman yang betul daripada seseorang guru mahupun pakar terapi.

3.3 Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon


Setiap guru adalah guru disiplin terhadap bilik darjah yang dikendalikannya. Oleh
itu, guru hendaklah mengetahui cara untuk menjalankan proses pembelajaran dengan
berkesan. Menurut Gordon (1989), disiplin bilik darjah dapat dicapai apabila murid
memperoleh kawalan dalaman atau kawalan kendiri. Ini bermakna semua pelajar di
dalam sesebuah kelas itu berupaya untuk berkelakuan dengan fikiran yang waras dan
betul. Sehubungan dengan itu, Gordon telah memperkenalkan enam cara dan enam
pelan disiplin yang sesuai untuk diaplikasikan oleh seseorang guru di dalam bilik
darjah. Contohnya, guru perlu bijak memasukkan unsur disiplin yang betul ke dalam
peraturan yang dibuat secara kolaboratif bersama muridnya. Hal ini secara tidak
langsung akan menyebabkan murid yang melakukan salah laku itu terpengaruh dan
terbiasa dengan peraturan diri yang lebih beretika seterusnya meluputkan pengaruh
kelakuan negatif dari persekitarannya.

3.4 Bimbingan dan Kaunseling


Guru haruslah mengambil berat dan empati terhadap tingkah laku muridnya
terutamanya yang mempunyai masalah tingkah laku. Hal ini kerana seseorang murid
itu tidak akan melakukan kelakuan yang tidak baik tanpa sebab tertentu. Sehubungan
dengan itu melalui proses bimbingan dan kaunseling, guru akan mendalami sendiri diri
muridnya itu seterusnya mengetahui akan masalah sebenar yang sedang dihadapi

4
oleh murid tersebut. Dengan sifat kasih sayang dan keibu bapaan yang dimiliki oleh
seorang guru, maka mereka akan berupaya membantu murid tersebut dalam
memberi sokongan emosi dan moral. Menurut Shertzer dan Stone (1968), proses ini
juga membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Ini bermakna, murid
tersebut secara tidak langsung akan lebih terbimbing akan segala perlakuan dan
sebarang tindakan yang ingin dilakukan. Hal ini kerana, dia akan lebih sedar bahawa
setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah dan cara penyelesaiannya yang betul.
Oleh itu, murid tersebut akan terhindar daripada melakukan kelakuan distruktif.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, tingkah laku bermasalah sering berlaku di setiap sekolah di negara ini.
Yang membezakannya hanyalah kuantiti masalah disiplin di sesebuah sekolah tersebut sama
ada banyak ataupun sedikit. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Sehubungan
dengan itu, bagi mewujudkan suasana yang harmoni di dalam bilik darjah serta menjamin
murid berasa seronok belajar di sekolah, pihak kaunselor murid dan guru disiplin serta
persatuan PIBG haruslah bekerjasama dan sama-sama memikirkan kaedah yang paling
sesuai untuk dilaksanakan di sekolah.Di dalam kes ini setiap guru memainkan peranan yang
cukup besar dalam membendung tingkah laku bermasalah di kalangan pelajar sekolah.
Pelbagai intervensi yang telah diperkenalkan seharusnya dipraktikkan sebaik mungkin di
setiap sekolah agar masalah ini berjaya diatasi seterusnya dapat melahirkan murid yang
berkualiti tinggi dari segi emosi, intelek, rohani dan jasmani.

5
5.0 RUJUKAN

Albert Bandura. (1999). Social learning. The Blackwell encyclopedia of social psychology ,
576-581.

Arbona & C. Power. (2003). Parental Attachment, Self-Esteem, And Antisocial Behavior
Among African American, European American, & Mexican American Adolescence.
Journal of Counseling Psychology, 40-51.

B. F. Skinner. (1953). Science and Human Behavior. New York: Macmillan.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. 2009. Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik Darjah
dan Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 2012. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (3rd ed.) Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Rohaty Mohd Majzub. 1992. Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.

Saiful Islam Al-Ghozi F. R. (2013, Mei 7). Psikologi Belajar: Bandura dan Jurnal Bobo Doll.
Diakses pada 25 Ogos 2018, daripada Psikologi Sosial: http://syaiful-islam-
fpsi12.web.unair.ac.id/artikel_detail-78416-psikologi%20sosial-
Psikologi%20Belajar%20:%20Bandura%20dan%20Jurnal%20Bobo%20Doll.html.

Shertzer B & Stone. (1968). S.C Fundamental Counseling, (2nd Edision). Boston: Houghton
Miffin.

Steinberg L. (2001). We Know Some Things: Parent–Adolescent Relationships In Retrospect


And Prospect. Journal of Research on Adolescence, 11, 1–19.

Tan K. (2013). Masalah Tingkah Laku. Diakses pada 22 Ogos 2018, daripada
post:http://kellytan940302.blogspot.my/p/definisi-tingkah-laku-tingkah-laku.htm.

Thomas Gordon. (1989). Teaching Children Self-Discipline at Home and at School. Australia.
Crown.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj Alias, Rashinawati Abd Rashid & Azlina
Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

You might also like