You are on page 1of 5

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN ...................................................................................................................................... i


1.0 PENGENALAN ......................................................................................................................... 1
2.0 HUBUNGAN TEORI PEMBELAJARAN DENGAN SDP DALAM PROSES PDP
PENDIDIKAN KHAS ........................................................................................................................... 1
3.0 KESIMPULAN .......................................................................................................................... 3
RUJUKAN ............................................................................................................................................. 4

i
1.0 PENGENALAN

Seni dalam pendidikan (SDP) merupakan salah satu kursus wajib yang perlu
diambil oleh bakal-bakal guru di semua opsyen di IPG. Elemen seni yang terkandung
dalam kursus ini ialah seni visual, muzik dan pergerakan. Menurut Kenneth M. Lansing
(1973) menyatakan bahawa, aktiviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi
sebagai satu cabang komunikasi. Justeru, pendidikan seni ini dapat meningkatkan lagi
kecerdasan sosial murid-murid ini. SDP diperkembangkan dalam diri murid untuk
menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Selain itu, SDP
memainkan peranan penting dalam meningkatkan perkembangan daya persepsi,
estetika dan kreativitinya. Menurut Sharifah Norul Akmar (2006), SDP memainkan
peranan penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat beberapa teori
yang menyokong bahawa SDP ini dapat memberi manfaat dari segi jangka masa
panjang dalam membangunkan sahsiah dan jati diri individu seseorang murid itu.
Antaranya ialah teori konstruktivisme, teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan
oleh Howard Gardner pada 1983, teori pembelajaran sosial, teori otak kiri dan otak
kanan melalui kajian Edward Gardner, Roger Sperry dan Herman dan akhir sekali ialah
teori pemprosesan maklumat yang dikemukakan oleh Robert M. Gagne.
Kesimpulannya, teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh ilmuan ini membuktikan
SDP amat penting kepada perkembangan murid-murid di sekolah.

2.0 HUBUNGAN TEORI PEMBELAJARAN DENGAN SDP DALAM PROSES PDP


PENDIDIKAN KHAS

Elemen-elemen dalam SDP iaitu elemen seni visual, muzik dan pergerakan
sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) murid pendidikan khas ini.
Hal ini kerana elemen dalam SDP ini dapat menarik perhatian murid-murid pendidikan
khas ini dalam jangka masa yang lama berbanding dengan tidak menggunakan elemen
ini. Antara contoh murid pendidikan khas yang mempunyai tumpuan yang sekejap di
dalam kelas ini ialah murid hiperaktif. Menurut Barkley (1990), gangguan hiperaktif dan
kurang tumpuan atau Attention Deficit Hyperactive (ADHD) merupakan salah satu
kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak. Ia adalah satu
kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai
ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif impulsive yang kerap dan
diperhatikan pada individu di peringkat yang normal. Menurut Lahey (1997) pula, ADHD
adalah masalah kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menupukan perhatian
kerana terhadnya kebolehan untuk memberi tumpuan. Jadi, jelaslah bahawa

1
berdasarkan pendapat Barkley dan Lahey murid yang mempunyai masalah ADHD ini
sukar untuk menumpukan perhatian mereka dalam jangka masa yang lama di dalam
kelas.
Melalui penggunaan elemen muzik dan pergerakan yang terdapat dalam SDP,
tumpuan murid ADHD ini dapat ditarik dengan mudah. Hal ini kerana dengan
menggunakan elemen tersebut, murid ini akan menjadi lebih berminat untuk menjalani
PDP di dalam kelas. Melalui teori kecerdasan pelbagai oleh Gardner, seseorang itu
mempunyai lapan kecerdasan yang berbeza yang boleh digunakan untuk memproses
maklumat dan salah satu kecerdasan itu ialah muzikal. Gardner (2011) mencadangkan
pelbagai haluan PDP iaitu pendekatan estetik yang bermaksud mendekati sesuatu
konsep melalui deria muzikal, kinestatik dan visual. Dengan menggabungkan elemen
muzik dan pergerakan dalam PDP tumpuan murid ini dapat ditarik dengan mudah.
Antara contoh PDP yang dapat dilakukan di dalam kelas ialah guru menyanyikan lagu
‘Bangun Pagi’ di hadapan kelas dengan berlatarkan iringan muzik supaya penyampaian
lagu itu lebih menarik dan bersertakan gaya semasa menyanyikan lagu supaya murid
itu tidak bosan kerana kedudukan mereka yang statik itu.
Selain itu, bagi menyelesaikan masalah murid ADHD melalui elemen-elemen
yang terdapat dalam SDP yang mampu membina pengetahuan baru murid-murid
pendidikan khas ini. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan sedia
ada untuk membina pengetahuan baru. Melalui konsep teori konstruktivsme ini maka
jelaslah bahawa elemen-elemen seni yang terkandung dalam SDP mampu membina
pengetahuan baru murid-murid pendidikan khas. Elemen seni, muzik dan pergerakan
yang merupakan pengetahuan sedia ada murid akan memberikan keseronokan kepada
mereka iaitu murid-murid pendidikan khas dan seterusnya murid-murid ini akan turut
serta dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang guru adakan di
dalam kelas. Melalui penglibatan mereka secara langsung dan tidak langsung dalam
aktiviti PDP yang berasaskan SDP itu akan dapat membina pengetahuan baru murid
selaras seperti konsep konstruktivisme itu sendiri. Hal ini jelas seperti yang dinyatakan
oleh Brooks & Brooks (1993) teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina
makna tentang dunia dengan menintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka
telah faham sebelum ini.
Seterusnya, elemen-elemen dalam SDP sangat penting dalam PDP guru seharian
kerana melalui elemen-elemen ini murid ADHD dapat memberi tumpuan yang lebih
lama berbanding PDP tanpa elemen-elemen ini. Dengan menggunakan SDP dalam
PDP, murid akan lebih seronok untuk melakukan aktiviti di dalam kelas dan seterusnya
murid yang aktif dan memberi tumpuan di dalam kelas akan diberikan peneguhan
daripada guru. Hal ini akan menyebabkan murid ADHD ini yang kurang tumpuan tadi

2
akan juga turut aktif dan memberi tumpuan yang lebih semasa guru mengajar bagi
mendapatkan peneguhan daripada guru juga. Melalui teori pembelajaran sosial yang
diperkenalkan oleh Albert Bandura ini, murid yang memberi tumpuan yang lebih dalam
kelas itu telah menjadi model kepada murid ADHD tadi. Murid ADHD itu tadi meniru
tingkah laku itu untuk mendapatkan peneguhan dari guru itu tadi. Menurut Fisher (2009),
sebahagian besar pembelajaran yang dipelajari manusia ialah berpunca melalui
peniruan dan contoh perilaku iaitu model. Melalui teori ini, guru boleh memberi
peneguhan positif kepada murid yang aktif dan memberi tumpuan semasa PDP berjalan
seperti memberi gula-gula kepada mereka agar murid-murid ADHD ini juga teringin
untuk mendapatkan peneguhan positif itu.

3.0 KESIMPULAN

Jadi, berdasarkan teori-teori yang diberikan jelaslah bahawa elemen-elemen SDP


kepada murid pendidikan khas iaitu murid ADHD amat penting dalam PDP bagi
meningkatkan daya tumpuan atau fokus mereka di dalam kelas. Oleh itu, guru haruslah
bijak menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk
menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses PDP.
SDP dapat membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Elemen-
elemen SDP ini akan memudahkan lagi proses menghubungkait semua benda dalam
alam ini. Dengan demikian, SDP dapat membantu untuk mengaktifkan prosos PDP yang
dijalankan di dala kelas. SDP juga dapat membantu murid untuk memupuk minat
mereka serta menjadikan proses PDP menyeronokkan dan tidak lagi membosankan.
Oleh itu, guru harus mengaplikasikan SDP untuk memastikan penyampaian pengajaran
guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping
dapat menggalakkan murid bergerak aktif ketika proses PDP ini berlangsung kerana
tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

3
RUJUKAN

Anbalagan Devar. (2010). Pengenalan Seni dalam Pendidikan. Retrieved Januari, 31, 2018.
From http://www.academia.edu/23106351/Pengenalan_seni_dalam_Pendidikan

Brooks & Brooks. (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms.
Alexandria, VA: ASCD

Howard Gardner. (2011). Frame of Mind: The Theory of Multiple Intelligence. New York: Basic
Books

Jane E. Fisher. (2009). Cognitive Behavior Therapy. United States: Wiley

Kenneth M. Lansing. (1973). Art, Artists, and Art Education. New York City: McGraw Hill
Education

Lahey. (1997). Attention Deficit Disorder Without Hyperactivity. Washington: American


Psychiatric Association

Russell A. Barkley. (1990). Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Toronto: Medifocus Inc.

Sharifah Norul Akmar. (2006). Pedagogi Merentas Kurikulum. Kuala Lumpur: PTS Media
Group Sdn Bhd

You might also like