You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN

Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003) dalam buku Psikologi Perkembangan
Untuk Bakal Guru yang ditulis oleh Rohaty Mohd Majzub (1992), mereka mendefinisikan
tingkah laku ialah sesuatu yang merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, tindak balas, tindakan, dan
reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti
elektrik oleh setiap organ.Manakala , Mohd. Nazar Mohamad (1990), dalam buku Pengurusan
Bilik Darjah dan Tingkah Laku yang ditulis oleh Mok Soon Sang (2012), beliau mentakrifkan
tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu
perjalanan kehidupannya. Ia juga boleh ditakrifkan terkeluar dari nilai dan norma sosial
masyarakat, termasuk di sekolah. Di bawah konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah
merujuk kepada sebarang tingkah tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan
ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Oleh itu,
dapat saya fahami bahawa tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah
laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran.Justeru,bagi mengatasi masalah tingkah laku di sekolah,guru juga
memainkan peranan penting kerana menurut (Haliza & Joy Nesamalar, 2009), seorang guru
bukan hanya berperanan untuk mengajar, tetapi juga bertindak sebagai pengurus bilik darjah,
mengurus murid-murid dengan memastikan murid-murid mematuhi peraturan bilik darjah.

2.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA TINGKAH LAKU BERMASALAH

Pada hakikatnya, mencegah punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada
memperbetulkan tingkahlaku yang tidak diingini. Antara sebab atau punca berlakunya
masalah disiplin dalam bilik darjah ialah:

a. Masalah Perlakuan Murid Itu Sendiri


Adakalanya masalah disiplin berpunca dari murid itu sendiri. Murid berasa kurang berupaya
dan kurang keyakinan, rasa rendah diri, ingin mendapat perhatian yang lebih daripada guru
dan rakan, mudah berasa bosan, tidak mampu menyiapkan tugasan yang diberi kerana terlalu
sukar dan kurang jelas dan sebagainya yang berpunca daripada sikap diri murid itu
sendiri(Haji Samsudin bin Md Noor).

b. Guru Kurang Berfungsi


Guru merupakan anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan modal
insan yang progresif dalam sesebuah masyarakat. Kegagalan guru memberi tumpuan
kepada pengurusan bilik darjah akan menyebabkan pengabaian terhadap murid dan

1
mengakibatkan perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri murid-murid yang boleh
mencetuskan masalah disiplin. James Ang Jit Eng (2014) menulis, setinggi mana pun ilmu
dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang guru, ia akan menjadi sia-sia sekiranya guru tidak
mampu untuk mengurus bilik darjah dengan baik.

c. Bilangan Murid Yang Ramai Dalam Bilik Darjah


Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok
bilangan murid tertentu seperti kumpulan-kumpulan elite yang mempunyai prestasi pelajaran
yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid yang kurang pencapaiannya
dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka kerana wujudnya perasaan rendah diri.
Inilah titik tolak kepada masalah disiplin yang lain.

d. Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Kurang Berkesan


Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan
melahirkan modal insan yang berjaya di dunia dan akhirat. ”Kegagalan guru dalam menyusun
corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga gagal dicapai”-
Dr. Ragbir Kaur (2008). Begitu juga sekiranya kaedah dan teknik pengajaran yang dipilih tidak
melibatkan murid secara aktif, murid akan menjadi bosan. Maka akan berlakulah sikap-sikap
yang kurang menyenangkan di dalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah
disiplin.

e. Halangan Komunikasi
Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Ab. Halim (2005),
menyatakan proses pendidikan yang berkesan memerlukan interaksi yang berkesan antara
guru dan murid. Kebiasaannya, murid-murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman
mereka terhadap sesuatu topik. Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang positif
dalam hubungannya dengan murid akan mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid
kerana mereka menganggap guru kurang memberi perhatian tentang pertanyaan mereka.
Biasanya, golongan-golongan inilah yang akan bermasalah di dalam bilik darjah.

f. Sistem Sekolah Dan Corak Kepimpinan Guru


Mana-mana sekolah atau guru yang tidak melibatkan murid ketika membentuk peraturan dan
prosedur bilik darjah, sering menghadapi masalah akibat daripada peraturan dan prosedur
tersebut. Persekitaran sekolah dengan disiplin dan kawalan yang ketat menyemarakkan lagi
kelakuan negatif murid seperti tidak menghormati dan tidak sopan terhadap guru malah berani
menentang pihak sekolah. Tambahan pula guru mengamalkan kepimpinan autokratik di mana
tidak akan memberi peluang kepada murid untuk mengemukakan pandangan. Situasi ini akan

2
mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan murid dan keadaan ini akan menimbulkan
tekanan perasaan dan menjejaskan hubungan antara murid dan guru. Tiada masalah
pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Ini kerana kejayaan dan
kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung kepada kemampuannya mengawal
persekitaran bilik darjah (Abd. Ghafar, 2003).

3.0 CADANGAN INTERVENSI YANG SESUAI UNTUK MENANGANI MASALAH TINGKAH


LAKU

Sebelum masalah tingkah laku bemasalah ini menjadi semakin parah, langkah-langkah
mengatasinya haruslah segera diambil. Setiap pihak haruslah memainkan peranan dalam
menangani masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Pendekatan yang paling sesuai
digunakan untuk menagani masalah tingkah laku yang dibincangkan ialah kasih-sayang.
Pendekatan ini diterapkan dalam diri guru-guru dan para pelajar melalui program-program
secara berkumpulan atau kelompok yang menekankan soal perkembangan, pembinaan dan
pencegahan (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin ,2012). Ini bertujuan untuk membina
hubungan yang unik dan baik antara guru dengan murid dan antara murid dengan murid yang
lain. Hubungan baik antara pelajar dengan rakan sebaya ditekankan kerana berdasarkan
pendapat ahli psikologi seperti Powell (1963) yang beranggapan bahawa tingkah laku remaja
dianggap hasil daripada hubungan dengan orang lain berdasarkan desakan budaya, sosial,
biologikal dan fizikal. Hal ini kerana melalui pertautan (attachment) yang wujud di kalangan
murid dengan murid, dan murid dengan guru, sedikit sebanyak mempengaruhi tingkah laku
yang dibentuk dalam kumpulan murid tersebut.

Antara program yang dijalankan di sekolah yang boleh mendapat hasil yang positif di
mana masalah disiplin pelajar dapat dibendung yang pertama ialah penerapan ‘Agape Love’.
Melalui program ini, setiap tahun satu kursus yang paling penting dilaksanakan di sekolah
ialah Kursus Kepimpinan. Kursus ini dianggotai oleh pengawas, pembimbing rakan sebaya
dan majlis pelajar. Di dalam kursus ini, pemimpin-pemimpin pelajar akan diterapkan dengan
konsep “Agape Love”, iaitu satu konsep kasih sayang yang jarang diketahui umum. Ia
merupakan satu penerapan nilai kasih sayang tanpa syarat. Pelajar diterapkan dengan nilai
menyayangi semua orang tanpa mengira bangsa, agama, keturunan, ideologi, cara, gaya
hidup yang berbeza dan sebagainya. Melalui penerapan konsep ini, isu murid di’ragging’ tidak
lagi timbul kerana pelajar yang telah diberi kursus memahami tentang perbezaan manusia.
Murid ditekankan tentang uniknya manusia dan mereka haruslah memberi kasih sayang tanpa
syarat supaya kehidupan mereka di asrama dan di sekolah lebih bermakna.

3
Di samping itu, kumpulan pemimpin murid yang diterap dengan konsep ‘Agape Love’
kemudiannya dilatih untuk menjadi fasilitator. Mereka didedahkan dengan cara-cara untuk
menjalankan sesebuah program seperti program motivasi, program kemahiran belajar, dan
program kerjaya. Kumpulan trainers ini bertindak membimbing murid-murid lain dengan
kemahiran yang mereka miliki. Secara tidak langsung, pihak sekolah berjaya menerapkan
nilai kasih-mengasihi, hormat-menghormati, cintakan ilmu dan bekerjasama di kalangan para
pelajar tanpa mengira bangsa, agama dan status ekonomi sosial. Ini juga dapat mengelakkan
perasaan iri hati dan benci-membenci di kalangan para pelajar. Kumpulan Trainers ini yang
pada dasarnya adalah terdiri daripada Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya, Biro Asrama,
Majlis Perwakilan Pelajar dan sebilangan pelajar yang berisiko tinggi yang dikenalpasti dapat
membantu mewujudkan keadaan harmoni di dalam bilik darjah.

Selain daripada itu, kursus motivasi juga merupakan satu intervensi yang berkesan
untuk menangani isu masalah tingkah laku murid. Ini bemaksud kursus motivasi dijalankan
untuk murid di peringkat sekolah. Melalui kursus motivasi yang dijalankan, mereka akan diberi
pengisian kemahiran belajar, komunikasi berkesan, motivasi dan penerapan konsep kasih
sayang (Henley, 2006). Dengan ini kesemua pelajar akan mendapat pengisian yang sama
untuk menjadikan mereka mengamalkan satu budaya yang sama atau ‘shared value’ yang
setara. Ini memudahkan pihak sekolah terutamanya kaunselor pelajar dan guru disiplin untuk
mencorakkan murid yang lebih berdisiplin di dalam bilik darjah. Melalui kursus motivasi ini,
murid akan mempunyai matalamat yang sama dan mempunyai gambaran yang jelas tentang
apa yang mereka patut lakukan di dalam bilik darjah. Mereka juga akan sedar sekiranya
mereka melakukan banyak masalah tingkah laku, maka proses untuk mereka berjaya dalam
pelajaran akan menjadi sangat rumit kerana banyak masa diambil bagi menangani sesuatu
permasalahan tingkah laku yang dilakukan oleh mereka sendiri.

Selain daripada itu, guru juga perlu mengambil tahu dan segera merancang serta
melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif
murid. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang
kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara
umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran
mempunyai ciri-ciri tertentu seperti memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, tidak
mesra dengan guru dan orang lain, memberi jawapan sesuka hati, perlakuan hiperaktif dan
kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri. Oleh itu, guru haruslah bijak dan peka dalam
menguruskan tingkah laku dan disiplin murid di dalam kelas seperti kedudukan tempat duduk
murid yang jauh dari guru, susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari yang memainkan
peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif serta mempunyai ruang untuk murid

4
dan guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa
ditukar.

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, bagi mewujudkan suasana yang harmoni di dalam bilik darjah serta
menjamin murid berasa seronok belajar di sekolah, pihak kaunselor pelajar dan guru disiplin
serta persatuan PIBG haruslah bekerjasama dan sama-sama memikirkan kaedah yang paling
sesuai untuk dilaksanakan di sekolah. Ini memberi implikasi bahawa guru perlu didedahkan
dengan pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran dalam mengendalikan dan mengawal
kelas supaya ianya sesuai dan dapat memikat hati murid bagi mengikuti sesi Pengajaran dan
Pembelajaran yang kondusif dan harmoni.Oleh itu, masalah tingkah laku dapat dikurangkan
dalam kalangan murid di sekolah.

5
5.0 RUJUKAN

Abd. Ghafar Md. Din. 2003. Prinsip dan Amalan Pengajaran. Selangor: Utusan Publication &
Distribution.

Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin. 2012. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Kuala Lumpur: Freeman Horizons Sdn. Bhd.

Ab. Halim Tamuri. 2005. Hala Tuju dan Cabaran Pendidikan Islam dalam Era Globisasi.
Kertas Kerja Seminar Pendidikan dan Penghayatan Islam. Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjung Malim: Jabatan TITAS.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. 2009. Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik Darjah
dan Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Henley, M. 2006. Classroom Management: A Proactive Approach. New Jersey: Merrill


Prentice Hall.

James Ang Jit Eng. 2014. Pengurusan Bilik Darjah : Strategi-Strategi Mewujudkan Komuniti
Pembelajaran Berkesan. Selangor : PTS Akademia.

Mok Soon Sang. 2012. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (3rd ed.) Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Ragbir Kaur A/P Joginder Sigh. 2008. Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah
Menengah dan Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Rohaty Mohd Majzub. 1992. Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.

Haji Samsudin bin Md Noor, http://www.google.com.my

http://dukeamienerev.blogspot.com Di petik pada: 30/8/2018 12.12 a.m

You might also like